Laman Webantu   KM2: 6199 File Size: 9.9 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 376: Pravda - Taleban - Siapakah Mereka?
By Bancroft-Hinchey

22/10/2001 10:40 am Mon

[Kalaulah Taliban itu memang tidak disukai oleh majoriti rakyat Afghan mereka tidak akan mampu menguasai sebahagian besar negara itu dengan berbekalkan beberapa ribu pejuang yang kebanyakkannya tidak terlatih dengan senjata tetapi lebih terlatih dengan ilmu ugama!. Taleban berjaya menguasai Afghanistan bukan kerana senjata tetapi kerana akhlak dan ilmu yang tidak dapat ditandingi sesiapa di sana... Malangnya ramai yang mengutuk mereka tidak tahu kepala hujung cerita. Akhlak dan ilmu itulah sebenarnya senjata untuk menawan hati manusia!!.
- Editor
]


http://english.pravda.ru/main/2001/10/22/18763.html

Pravda.Ru
22.10.01

Taleban - Siapakah Mereka?

(The Taleban - Who and What?)

Oleh: Bancroft-Hinchey

Panglima tentera Pakatan Utara, Jeneral Dostan berpendapat, bukan semua orang Taliban itu tidak berguna. Di Afghanistan mereka lebih terkenal sebagai mengajar Sharia, Al Quran dan perundangan Islam mengikut cara ajaran dulu-dulu. Hukuman memenggal kepala dan menyebat dikhalayak ramai di padang bola ataupun stadium merupakan amalan biasa buat mereka.

Namun demikian, Jeneral Abdul Rachid Dostan berpendapat 'Bukan semua Taliban itu orang yang jahat, ramai yang dapat memberikan khidmat yang baik kepada rakyat. Pada lazimnya mereka adalah kaum Pashtoon, dan kumpulan ini mesti mempunyai wakil dalam kerajaan yang akan datang.' Pendapatnya itu diberikannya kepada 'Der Spiegel'.

Kebanyakan anggota Taliban dilahirkan di khemah pelarian di Pakistan ketika penaklukan tentera Soviet, setelah diminta berbuat demikian oleh Presiden Afghanistan ketika itu Najibullah. Mereka telah dilatih dan diongkosi oleh Osama Bin Laden. Ada pihak yang menyebut latihan itu adalah dengan penglibatan cergas CIA. Majoriti yang dilatih oleh CIA itu adalah Pashtun, dan ramai juga pejuang daripada negara lain seperti Saudi, Kuwait, Uzbek dan hinggalah Pakistan.

Pada tahun 1994, mereka menumpaskan pasukan mujahidin Hezbi-i-islami yang dipimpin oleh Gulbuddin Hekmatyar, setelah mereka berjaya menunaikan tugas kerajaan Pakistan melindungi satu konvoi perdagangan antara Islamabad dan Asia Tengah. Sebagai pejuang berani, mereka akhirnya berjaya menguasai Kabul pada September 1996.

Setelah diterima dengan hati terbuka oleh penduduk yang begitu lama tertekan oleh panglima perang dan raja dadah, pemerintahan Taliban telah memerangi korupsi dan mengenakan peraturan dalam aturhidup rakyat Afghanistan.

Dengan sokongan pasukan perkhidmatan risikan Pakistan dan juga wang yang didermakan oleh kumpulan mafia Pakistan (ingat laporan ini datang daripada Pravda yang anti-Taliban!!! - penterjemah) akhirnya Taliban telah merenggang kuasa Pakistan itu dan bergerak bebas sebagi satu kuasa yang mesra dengan Islamabad. Banyak lagi negara islam yang lain menyumbang bantuan kepada Taliban. Arab Saudi sebagai contohnya, menyumbang banyak kelengkapan perang dan wang sehingga pertengahan 2000.

Ideologi Taliban dikatakan bermodelkan ajaran yang satu ketika dulu diwujudkan di India pada zaman abad ke-19, dan dicampurkan dengan budaya Pashtoon serta ajaran Wahhabi. Ajaran Wahhabi adalah syor Mohammad ibn Abdal Wahab (1703/92). Taliban merupakan satu pertubuhan yang ramai kaum Pashtoon. Di awal perang saudara dulu Uzbek dan Tajik telah berjaya menduduki Kabul sehinggalah mereka dihalau oleh Taliban.

Mereka kini menguasai sekitar 10 peratus kawasan utara Afghanistan sahaja. Kemenangan Taliban itu membolehkan kaum mereka mendapat balik tanah yang pernah dirampas dulu.

Ketika pemerintahan Clinton, puak Taliban dilihat sebagai satu benteng terkuat menampan kekuatan Iran di rantau itu. Namun, Clintonpun mempunyai masalah untuk menyetujui fahaman Taliban yang menyekat kebebasan kaum wanita secara menafikan mereka kebebasan untuk bekerja dan kanak-kanak perempuan pergi bersekolah.

Peraturan radikal ini yang membuatkan Taliban tidak disenangi oleh ramai penduduk Afghanistan. Sebagai contoh terbaru ini, kaum wanita tidak diberikan hak rawatan percuma. Kini, regim Taliban sedang meraung kerana diasak dan berkemungkinan tidak dapat bertahan lama. Hanya Pakistan yang terus mengikhtiraf kerajaan Taliban.

Kini, regim ini sedang ditentang habis-habisan dari dalam dan luar. Wakil Afghanistan di PBB bekas presiden Burhanuddin Rabbani berkata Taliban kini melarikan diri ke pergunungan.

Inilah masanya yang paling perit untuk pasukan antarabangsa yang mahu campurtangan dalam hal ehwal Afghanistan seperti yang pernah dialami oleh Russia dulu.

Osama Laden yang menyatakan bahawa askar Amerika adalah lebih teruk daripada askar Soviet, kini ternyata sudah bersedia menantikan serangan Amerika mengikut rencana mereka yang nombor tiga.

Pravda.Ru. Lisbon Portugal

Catatan: Pravda.ru (Russia) ada melaporkan sebuah helikopter Amerika yang membawa 25 penumpang telah ditembak jatuh dan Taliban kini sedang mengurung 11 komando yang masih bernyawa lagi. Kita mahu tunggu apakah penjelasan Amerika seterusnya. Apakah Taliban akan menyeret askar ini di jalanraya pada selepas Jumaat yang akan datang? - penterjemah.

Terjemahan: SPAR




Asal:

http://english.pravda.ru/main/2001/10/22/18763.html

2001-10-22

THE TALIBAN - WHO AND WHAT?

Public enemy number one or 'not all are bad people' in the words of the Taleban's chief opponent, General Dostan of the Northern Alliance'

The Taliban are better known in Afghanistan for doling out the Sharia, the Koranic Law, in its most crude and raw form. Public beheadings, mutilations, and floggings in packed football stadiums have become commonplace.

However, General Abdul Rachid Dostan of the Northern Alliance, the main armed opposition group fighting the Taliban regime in the north of the country, has declared that there are Taliban and Taliban. 'Not all of the Taliban are bad people; there are many who can provide good services to the people. In general, they are Pashtun, a group which should be represented (in a future common government)," he declared in an interview with Der Spiegel.

The Taliban were born in refugee camps in Pakistan during the intervention of Soviet forces, at the request of the beleaguered president of Afghanistan, Najibullah. Financed and trained by Osama Bin Laden, some say with the complicity and even active involvement of the CIA, the majority are from the Pashtun tribe, although there are several thousand Moslem fighters from other nations, from Saudis and Kuwaitis to Uzbeks and Pakistanis.

In 1994, they swept to victory against the Mujaheddin force Hezb-i-Islami, led by Gulbuddin Hekmatyar, after being initially used by the Pakistani authorities to protect a trade convoy to establish a route between Islamabad and Central Asia. Excellent fighters, they beat off attack after attack and captured Kabul in September, 1996. Originally accepted as liberating heroes by a population oppressed by numerous drug and warlords, the Taliban began by fighting corruption and imposed a degree of normality to the daily lives of the citizens of Afghanistan.

Aided by the Pakistani secret services and, some say, by money from the Pakistani mafia, the Taliban soon freed themselves from any yolk with Islamabad and became a force friendly with Pakistan, but strictly autonomous. However, other Moslem states aided the Taliban as they swept across the country from south to north in a number of brilliant military successes. Saudi Arabia, for example, provided important quantities of arms and money until mid-2000.

The ideology of the Taliban is based on an obscure sect, which developed in India during the nineteenth century, mixed with Pashtun lore and Saudi Wahhabism. This is the western term for a sect founded within Islam by Muhammad ibn Abd al-Wahhab (1703/92), which defends the position of a Unitarian God (Wahid), banning the praying to any prophet, angel. or saint. Wahhabism preaches a literal and strict interpretation of the noble Qu'ran and adherence to the doctrine of predestination.

The fact that the Taliban are made up of the majority Pashtun is important, since during civil war, the northern minority Uzbek and Tajik warlords were in Kabul, but their strongholds were, and are, isolated regions in the northern 10% of the territory that they hold today. The advent of the Taliban, going back the Pashtun lands, was ,therefore, a foregone conclusion. During the Clinton administration, the Taliban were seen as an important counterweight to Iran in the region, but there was a diplomatic correction due to their policy on women, refusing to allow them access to education, forbidding girls from going to school, and prohibiting women from working.

This radicalism, mixed with violence, earned the Taliban mistrust even among some Pashtun tribespeople and open revolt in non-Pashtun areas since 1996. For example, women were recently denied the right to health care.

Today, the regime faces its hardest test in what would logically appear to be its death throes. Isolated diplomatically, Pakistan being the only country to recognize this regime, and facing a massive military operation from within, and outside, its borders, and its representative in the United Nations being former President Burhanuddin Rabbani, the Taliban now take to the mountains.

This may be the worst nightmare for the international force intervening in the country, as the Soviet Union itself witnessed. Osama Bin Laden, who has issued declarations expressing surprise that the American troops are much worse than the Soviets, seems to be ready and waiting for phase three.

Timothy BANCROFT-HINCHEY PRAVDA.Ru LISBON PORTUGAL