Laman Webantu   KM2: 6191 File Size: 13.4 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 375: Peperangan ala Amerika [Mesti Baca]
By John Pilger

21/10/2001 10:54 am Sun

[John Pilger adalah antara wartawan terbaik dunia - Editor]


http://www.johnpilger.com/

Oktober 15, 2001.


Peperangan ala Amerika

(War American Style)

Oleh: John Pilger

Serangan Anglo-Amerika terhadap Afghanistan sudah pun sampai ke satu sempadan yang baru. Ini bererti bahawa perang ekonomi Amerika itu sentiasa dibantu oleh ancaman berpanjangan adanya serangan ketenteraan terhadap setiap negara lain, tanpa sebarang kesahihannya. Inilah juga peperangan yang membahayakan penduduk di negara sendiri. Matlamat kemuncaknya bukanlah penangkapan seorang fanatik, yang sebenarnya bersifat satu putarbelit media semata-mata, dan bertujuan memacu kuasa imperial barat. Inilah hakikatnya yang tidak mahu dijelaskan oleh imperialis moden dan segala jongosnya, sedangkan masyarakat di barat yang terdedah kepada rencana jihad yang menyeluruh itu sepatutnya mempunyai hak untuk tahu.

Kerana terlalu ghairah, Tony Blair hampir membuat pengumuman niat yang sebenar yang berbeza dengan sikap pemimpin British sebelumnya sejak Anthony Eden dulu. Bukan sahaja Blair menjalankan peranan sebagai budak suruhan Washington, sikapnya yang suka cakap banyak seperti yang ditunjukkan kepada persidangan 'Labour Party', telah memberi ingatan betapa usaha menghidupkan kembali watak imperialisame itu sudah semakin terserlah. Hark, pengebom 'gentleman' mempunyai wawasan akan wujudnya satu dunia baru untuk 'golongan yang lapar, terhimpit hidupnya, kehilangan segalanya, yang serba tidak-tahu, mereka yang tinggal serba kesempitan daripada padang pasir di Utara Afrika higgalah kawasan peleseran di Gaza dan menjangkau banjaran gunung Afghanistanistan.' Demikianlah visinya ketika dia bersekongkol menggugurkan bom memusnahkan mereka dan menyekat edaran makanan untuk membantu kanak-kanak yang kelaparan.

Apakah semua ini satu lelucon? Tentu tidak, seperti yang telah diingatkan kepada kita oleh Frank Furedi dalam 'New Ideology of Imperialism', yang tidak pun berapa lama dulu, 'bahawa cakap-cakap mengenai nilai kerukunan imperialisme jarang sangat dipersoalkan di barat. Imperialisme dan perkembangan sejagat kuasa negara barat diperkenalkan dalam bentuk yang kesamaran positifnya, seolah-olah itulah penyumbang utama kepada tamaddun manusia.' Pencarian itu menjadi silap, tersasar jauh apabila didapati betapa fascisme, dengan segala tanggapan akan ketuanan budaya dan perkaumannya adalah imperialisme yang sebenarnnya, dan itulah juga perkataan yang kerap lesap dalam setiap pedebatan akedamia. Kalau diikutkan tradisi fahaman Stalinis, imperialisme sudah tidak wujud lagi.

Apabila khatamnya perang dingin, muncul satu peluang yang baru, menggantikannya. Krisis politik dan ekonomi di negara yang membangun, yang sebahagian besarnya disebabkan kesan imperialisme, seperti pertumpahan darah di Timur Tengah dan kemusnahan pasaran komoditi di Afrika, kini menjadi satu imbaun berpadan untuk imperialisme. Walaupun perkataannya masih tidak boleh disebut, para pemikir barat, samada konservatif ataupun liberal, kini sudah berani mengulang-ulang ekspressi pilihan Tony Blair dan George Bush yang berbunyi; 'tamaddun'. Perdana menteri Italy, Silvio Berlusconi dan bekas editor Harold Evans pernah mengongsi satu perkataan yang maknanya sebenar bergantung kepada satu perbandingan dengan mereka yang tidak bertamaddun, rendah diri dan mungkin mencabar 'nilai-hidup' barat, terutama sekali hak yang dikurnia Allah untuk mengawal dan merompak golongan yang tidak bertamaddun itu.

Kalaulah wujud sebarang kesangsian terhadap serangan yang mengena Pusat Dagang Dunia itu sebagai kesan langsung kepada kemusnahan imperialisme, Osama Bin Laden, sebagai pencernaan mutasi imperialisme, telah menghamburkannya dalam satu rakaman video segala caciannya mengenai Palestin, Iraq dan tamatnya sifat ketuanan Amerika. Dia tidak sekali pun menyebut kebenciannya terhadap tamaddun dan 'miniskirt' serta sebab-musabab mereka yang mabuk dan dikasi oleh ketaksuban Americanisme. Segala usaha untuk mengambil kira kebesaran dan kesinambungan serta bahana keganasan imperial Amerika itu dianggap oleh golongan atasan sebagai satu perkara yang dianggap 'taboo'.

Bertentangan kepada metos (dongeng), usaha penaklukan Vietnam oleh Amerika satu ketika dulu dianggap oleh pengkritik sebagai satu 'perjuangan suci' di mana Amerika telah 'tersungkur' dan terpaksa melutut. Hollywood telah memainkan peranan menyingkirkan kebenaran kezaliman itu, mengikut caranya membentuk jalan fikiran kita, cara mentafsir sejarah sezaman kita ini, dan tamaddun manusia yang lainnya. Kini, oleh kerana kebanyakan berita yang disiarkan itu banyak mengikuti jalinan rencana Hollywood, yang dibesar-besarkan oleh kecanggihan teknologi, dengan tipudaya untuk memperkecilkan segala kerja bajingan dan dosa barat, adalah tidak menjadi satu kehairanan kalau tidak ramai yang dapat melihat akan kesan titisan darah (daripada penyembelihan barat itu).

Apakah secara kebetulan bahawa Afghanistan kini diserang dengan bom yang menggunakan pesawat pengebom B-52 yang sama yang pernah menghancurkan Indochina 30 tahun dulu. Di Kambodia sahaja, 600,000 manusia kehilangan nayawa dibaham bom Amerika, sebagai satu katalis untuk melahirkan Pol Pot, seperti yang diperakukan dengan jelasnya oleh fail CIA. Sekali lagi akhbar menulis nama Diego Garcia tanpa sebarang penjelasan lanjut. Itulah tempatnya B52 mendapat bekalan minyak. Tiga puluh lima tahun dulu secara senyap-senyap dan sambil menolak arahan PBB, kerajaan British pimpinan Harold Wilson telah mengusir keseluruhan penduduk Pulau Diego Garcia di lautan Hindi itu untuk menyerahkan pulau tersebut kepada Amerika selamanya sebagai tempat menghumban (menguji) senjata nuklear dan sebagai pangkalan untuk pesawat yang berkeupayaan terbang jauh untuk mengawasi Timur Tengah. Mujurlah penduduk pulau itu memenangi tuntutan mahkamah terhadap kes mereka tahun lalu, barulah kisah betapa mereka pernah dinyahkan oleh imperialisme muncul di bidang media Britain.

Mungkin juga satu kebetulan apabila John Negroponte menjadi duta Amerika mewakili Bush di PBB. Pada minggu ini dia telah menyebut ugutan Amerika kepada dunia sejagat betapa ia perlu menyerang lebih banyak negara lagi. Pada awal 1980-an dulu, Negroponte menjadi duta Amerika di Honduras, dan dia telah menaja penubuhan satu skuad pembunuh regim itu yang dikenali dengan nama 'Batallion 316'. Tugas skuad pembunuh itu ialah menghapuskan pembangkang demokrat, sedangkan CIA menjalankan kegiatan perang 'contra' di Nicaragua. Tugas istimewa mereka ialah membunuh para guru dan menyembelih para bidan. Inilah bentuk keganasan yang amat lumrah di Amerika Latin, sedangkan para penyiksa dan pembunuh utama itu dilatih dan diongkosi oleh polis dunia yang memerangi 'keganasan sejagat'. Mungkin inilah juga sebabnya Florida menempatkan lebih ramai pengganas dan pembunuh upahan berbanding setiap negara lain di dunia ini.

Berita yang tidak dibaca zaman ini ialah kisah 'peperangan membasmi keganasan' yang penuh muslihat untuk membolehkan pencapaian matlamat yang memperkasakan Amerika. Semua itu mengambil kira: menyogok dan memujuk kerajaan yang lemah dan rakus dalam wilayah bekas jajahan Soviet di Asia Tengah. Kerja merasuah ini adalah satu tugas penting utnuk menentukan peningkatan kuasa Amerika di rantau itu dan penggerudian simpanan minyak dan gas yang masih dara di rantau itu. Penaklukan Macedonia oleh NATO yang merupakan satu perjalanan odissi penjajah di rantau Balkan, menjamin pengembangan industri kelengkapan perang Amerika dan pemacuan dasar perdagangan ala pintu-terbuka.

Apakah yang dimaksudkan oleh Blair ketika dia menawarkan kepada golongan miskin 'ruang dalam pasaran kita supaya kita mengamalkan dagangan bebas seiras yang kerap kita khutbahkan'? Dia berpura-pura menabur empati terhadap sebahagian perasaan penderitaan dan kemarahan: terhadap 'perasaan disisihkan.' Justeru, ketika bom-bom berguguran, 'lebih banyak tawaran baru' mengikut ihsan World Trade Organisation (WTO) ditawarkan kepada golongan miskin, yakni lebih banyak penswastaan, lebih banyak pembetulan struktur, lebih banyak kerja-balun-membalun segala sumber dan pasaran, lebih banyak pemansuhan tarif dan cukai. Pada hari Isnin dulu, Setiausaha Negeri Perdagangan dan Industri, Patricaia Hewitt, telah mengadakan satu persidangan dengan pertubuhan sukarelawan untjuk mengisytiharkan betapa 'sejak 11 September, sudah diwujudkan satu program yang menyeluruh' untuk memberi faedah kepada kumpulan miskin diberikan 'kebebasan dagang yang lebih luas' . Mungkin juga beliau telah mencontohi program negara yang melarat dimana rakan sekabinet beliau, Clare Short telah mewujudkan Department for International Development ( DID = Jabatan Pembangunan Sejagat) untuk memberi sokongan kepada kempen penswastaan bagi pihak syarikat multinasional British, seperti mereka yang mahu mengenakan khidmat yang tinggi harganya dalam sumber yang berharga seperti bekalan air.

Bush dan Blair mendakwa bahawa 'seluruh dunia menyokong kita.' Ini tidak benar, kerana mereka hanya didampingi segelintir elit yang mempunyai agenda tersendiri seperti Vladimir Putin yang mahu menghapuskan Chechnya, yang kini diberikan keizinan, dan China yang mahu menyauk semua penentangnya, yang sudah diizinkan juga. Sehubungan itu, bagi setiap bom yang meledak di bumi Afghanistan dan berkemungkinan dihunjamkan juga di bumi Iraq, semangat kebangkitan Arab dan Islam yang militan akan bangkit membiak sehingga terlakar garisan peperangan yang mencetuskan 'pertembungan tamaddun' yang memang sudah lama ditungu-tunggu oleh fanatik di dua bahagian yang berseteru. Dalam masyarakat yang kita wakili hanya secara lakaran sahaja, sikap menggunakan dua kayu-pengukur oleh Barat sudah semakin jelas kini. Inilah yang membuatkan mereka kagum walaupun secara tragisnya, akan sepakatan kumpulan marhaen di merata dunia terhadap mereka yang dimangsakan oleh Episod 11 September.

Itulah, dan sumbangannya kepada kemunculan semula sifat perkauman di Britain, yang merupakan pencapaian utama kerja-kerja pendakwahan Blair. Kepastiannya yang usang terhadap cakap-cakap untuk berperang yang sebenarnya gambaran kumpulan elit politik dan media yang tidak pernah mengenal erti perang. Sebaliknya, masyarakat yang mendengar tidak pernah memberikannya mandat untuk membunuh orang yang tidak berdosa, seperti orang Afghanistan yang kerjanya sebelum terkorban dulu hanyalah mencari jerangkap samar dan memusnahkannya. Mereka ini dibunuh oleh bom Amerika ketika mereka tidur.

Gaga-gara pembunuhan kejam semacam ini meletakkan Bush dan Blair sama tahapnya dengan mereka yang merencana dan melaksanakan pembunuhan ngeri di menara kembar dulu. Mungkin, belum ada lagi seorang perdana menteri yang tersilap langkahnya dengan perasaan rakyatnya, yang merasa tidak senang, kebingungan dan terkial-kial memikir apa yang harus dibuat seterusnya. Bancian Gallup mencatatkan pendapat ramai dengan kadar 82 persen yang berkata 'sebarang tindakan ketenteraan hanya boleh dilaksanakan setelah identiti penjenayah yang benar-benar didapati bersalah benar-benar dapat disahkan, walaupun proses itu memakan masa berbulan untuk melaksanakannya.'

Di kalangan mereka yang digaji dan diamanahkan untuk bercakap telah memilih untuk diam membisu. Di manakah perginya ahli parlimen yang pernah bersuara lantang memperkenalkan diri mereka, tetapi kini seolah-olah malu untuk bersuara? Mana perginya suara protes satu masyarakat yang bertamaddun, terutama mereka yang semakin gian menguruskan agensi bantuan dan menerima sumbangan kerajaan dan kerap juga tugasannya dan kemudiannya mengisytiharkan status 'non-political' ketika kelantangan suara mereka itu dapat menyelamatkan masyarakat yang miskin dan mungkin dibom itu diselamatkan? Chris Buckley daripada 'Christian Aid' yang bertugas secara bertungkus lumus dan segelintir manusia lainnya, memang kita hormati dan kecualikan dalam seruan kita ini. Mana perginya mereka yang kerap mencanangkan kebebasan akademik dan kebebasan berpolitik yang sudah pasti merupakan permata ketemadunan barat? Masa yang lama mencanangkan 'liberal realisme' dan mengandaikan imperialisme itu sebagai 'crisis management', dan bukannya sebagai penyebab sesuatu krisis itu, telah memuntahkan bahananya. Apabila kita bercakap mengenai perundangan sejagat dan pencarian keadilan yang berpada, walaupun dari segi diplomasi ataupun menyanggah keganasan kita itu mungkin tidak menyumbang kepada peningkatan kerjaya seseorang. Ataupun seperti yang pernah ditulis oleh Voltaire: 'Adalah berbahaya bersikap benar ketika kerajaan berbuat salah.' Tetapi ia tidak merobah hakikat mengatakan sesuatu fakta itu benar.


Tamat

Terjemahan: SPAR

Asal: KM2 6167