Laman Webantu   KM2: 6188 File Size: 18.2 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 374: Iranian: B1-B2 Anggota Badan Yang Tidak Bertuan
By Mohsen Makhmalbaf

21/10/2001 9:43 am Sun

http://www.iranian.com/Opinion/2001/June/Afghan/

The Iranian
Jun 20, 2001

Afghanistan: Anggota Badan Yang Tidak Bertuan (Bahagian 1-2)

(Afghanistan: Limbs of No Body - Part 1-2)

Oleh: Mohsen Makhmalbaf


Dunia Memejam Mata Pada Tragedi Afghan

Seandainya anda membaca artikel ini sehingga tamat, ia akan memakan masa satu jam lamanya. Selama satu jam itu, 14 lagi insan yang akan mati di Afghanistan disebabkan peperangan dan kebuluran dan 60 orang lain menjadi orang pelarian di negara orang. Penulisan ini bertujuan memberikan gambaran kenapa terjadinya kefanaan dan penghijrahan. Kalaulah perkara yang menyedihkan ini tidak membawa sebarang makna dalam kehidupan anda yang manis belaka, janganlah teruskan membacanya.


Afghanistan Di Mata Dunia

Pada tahun lalu, saya telah menghadiri Festival Filem di Pusan, Korea Selatan. Di sana saya telah ditanya apakah rencana masa depan saya dalam dunia filem. Saya menjawab, 'Afghanistan'. Secara spontan saya disoal, 'kenapa Afghanistan?' Kenapa begitu? Kenapakah sebuah negara yang begitu melarat sehingga orang negara Asian yang lain seperti Korea Selatan tidakpun pernah mendengarnya?

Sebabnya amat menyerlah. Afghanistan tidak mempunyai sebarang peranan di dunia ini. Ia bukannya sebuiah negara yang boleh dikenang laksana sesuatu komoditi yang khusus ataupun kerana kemajuan sain, atau sebagai sebuah negara yang mempunyai pencapain karyawan yang terunggul. Di Amerika Syarikat, Eropah dan Timur Tengah, mungkin situasi ini berbeza dan Afghanistan hanya dikenali sebagai sebuah negara yang ganjil sekali.

Keganjilan ini, sebenarnya tidak mempunyai sebarang makna yang positif. Meraka yang mengenali nama Afghanistan selkaligus merangkapnya kepada kisah penyeludupan, kumpulan Taliban, fundamentalis Islamia, peperangannya dengan Russia, satu kisah perang saudara yang panjang, kebuluran dan amalan kesusilaannya yang tinggi. Inilah satu potret berbentuk subjektif yang ketiadaan kesan kedamaian dan kestabilan untuk pembangunan. Kerana itu tidak ada keinginan yang dapat melambai para pelancong luar untuk menjelajah negara ataupun para pedagang untuk melabur di Afghanistan.

Apakah kerana itu ia harus dibiarkan lesap begitu sahaja? Inilah pengaiban yang mungkin meransang perasaan seseorang menulisnya dalam kamus dunia betapa Afghanistan bolehlah digambarkan sebagai sebuah negara yang mengeluarkan dadah dan di mana penduduknya kelihatan kasar, garang dan berfahaman fundamentalis dan yang mahukan kaum wanita mereka menyungkup muka dalam selubung yang tidak ada lubangnya.

Tambahkan pula kisah pemusnahan satu patung tegak Buddha yang baru-baru ini mencuit perasaan simpati keseluruhan dunia dan menyebabkan para peminat budaya dan lukisan mempertahankan ukiran batu itu secara menggila. Tetapi kenapakah tidak ada sesiapa kecuali Pesuruhjaya Tinggi PBB Puan Ogata menyatakan perasaan betapa mereka tersentuh dengan kemungkinanya satu juta Afghan yang mati kelaparan disebabkan keadaan kebuluran yang sungguh memilukan? Kenapakah tidak ada sesiapa yang membincangkan perihal kematian? Kenapakah semua orang terjerit terlolong mengenai kemusnahan sebatang patung Budha tetapi enggan bersuara langsung menyekat kematian Afghan yang kelaparan dan meraung? Apakah di zaman dunia moden ini, ukiran batu lebih bermakna nilainya daripada manusia yang bernyawa?

Aku telah menjelajah merata Afghanistan dan menyaksikan cara hidup sebenar di negara itu. Sebagai seorang pembikin filem aku telah menghasilkan dua filem 'feature' mengenai Afghanistan dengan jarak tempoh selama 13 tahun; ('The Cyclist', 1988 dan 'Kandahar', 2001). Ini telah memungkinkan aku mengkaji lebih 10,000 muka surat pelbagai buku dan dokumen untuk pengutipan data buat perfileman. Hasilnya aku dapat menilai Afghanistan dalam perlbagai bentu rupanya berbanding dengan kisah lain di dunia. Ia menjadi gambaran yang lebih berkecamuk, berbeza dan tragis, tetapi lebih jitu dan lebih positif. Inilah satu gambaran yang memerlukan perhatian dan bukannya dilupakan ataupun untuk ditekan.

Tetapi, di manakah Sa'di untuk menjadi saksi kepada tragedi ini - bukankah Sa'di yang mereka gurindam 'Semua manusia adalah anggota badan yang berjasad' seperti yang dirujuk kepada PBB dan terpahat di pintu gerbangnya kini?


Afghanistan dalam kenangan rakyat Iran

Fahaman rakyat Iran terhadap Afghanistan tidak banyak bezanya dengan fahaman orang Amerika, Eropah dan Timur Tengah. Kalau ada yang berbezanya ia tertumpu kepada jarak dekatnya. Pekerja Iran, penduduk yang menghuni wilayah selatan Tehran dan penduduk kelas pekerja di pekan-pekan Iran tidak berapa selesa dengan orang Afghan kerana mencurigai mereka sebagai pesaing untuk mendapatkan pekerjaan. Dengan mendesak Menteri Buruh Iran, mereka berjaya mendesak agar orang Afghan dihantar pulang ke negara mereka. [Lihat kisah bergambar]

Masyarakat Iran kelas menengah pula, menyukai sikap amanah orang Afghan dalam membuat kerja-kerja pertukangan. Kontraktor pembangunan berpendapat bahawa pekerja Afghan adalah lebih baik lagi berbanding pekerja Iran dan mereka tidak pula mendesak bayaran yang tinggi-tinggi. Penguatkuasa anti-dadah mendapati mereka sebagai punca utama dalam pengedaran dadah dan mahu mereka ditangkap dan dihantar pula sebagai satu jalan untuk menamatkan masalah dadah di negara itu. Para doktor pula menganggap mereka sebagai punca penyakit endemi seperti 'Selsema Afghan' (Afghan Flu) yang memang tidak wujud sebelum itu di Iran. Memang wujud ubat pelali dalam Afghanistan, tetapi kini ia terpaksa mencetuskan belanja lebih untuk pelalian polio untuk rakyat Afghanistan yang mendatang itu.


Pandangan Dunia Mengenai Afghanistan

Setiap kali wujud tajuk besar mengenai sesebuah negara, ia perlu diselidiki sentiasa. Imej sesebuah negara yang disiarkan dalam sesuatu media adalah merupakan rangkuman fakta mengenai negara itu dan satu pandangan bayangan betapa manusia di dunia ini memikirkan hal ehwal negara itu. Seandainya ada beberapa negara yang teringinkan sesuatu tempat itu, adalah menjadi satu kemestian agar berita yang benar disediakan mengenainya.

Malangnya, apa yang saya tanggapi mengenai Afghanistan itu sudah banyak yang tiadanya yang dapat menarik minat keinginan dunia luar, kecuali bijian poppi. Kerana itu Afghanistan menjadi tidak penting kerana tidak dapat mengongsi berita dunia, dan segala andaian penyelesaian masalahnya itu untuk masa yang terdekat adalah sesuatu yang nampak berat. Kalaulah ia menyerupai Kuwait, tentunya Afghanistan mempunyai minyak dan lebihan pendapatan daripada penjualan minyaknya.Tentu ia sudah dirampas balik oleh Amerika dalam masa tiga hari dan kos pengembelingan tentera Amerika itu boleh dibayar balik daripada lebihan pendapatan minyak.

Ketika Soviet Union masih wujud, orang Afghan mendapat perhatian media Barat kerana perjuangan mereka menentang Blok Timur (Eastern Bloc) dan kejayaannya menyaksikan penekanan komunis. Apakala Soviet berundur dan berepecah kemudiannya, kenapakah Amerika Syarikat yang mendokong hak asasi manusia, tidak memberikan tumpuan menyelamatkan 10 juta kaum wanita yang dinafikan hak pelajaran dan kegiatan sosial ataupun menyumbang terhadap pembasmian kemiskinan dan kelaparan yang mengancam begitu ramai manusia?

Jawapannya amat mudah sangat kerana Afghanistan tidak mempunyai apapun sebagai ganjarannya. Afghanistan bukannya seorang gadis sunti yang indah paras rupanya dan mendenyutkan jantung seribu kekasihnya. Malangnya hari ini ia sudah menyerupai seorang wanita tua. Sesiapa yang kepingin merapatinya akan dihantui perbelanjaan tinggi kerana sakit yang kerap melanda. Kita juga tahu bahawa kita tidak punyai masa seperti seorang Sa'di ketika mana 'semua manusia itu adalah anggota kepada satu jasad.'


Tragedi Afghanistan Dalam Perangkaan

Tidak ada pengumpulan statistiks yang bersungguh-sungguh di Afghanistan sejak dua dekad yang lalu. Kerana itu, semua data dan angka adalah berbentuk relatif dan taksiran semata-mata. Mengikut perangkaan, Afghanistan mempunyai jumlah penduduk seramai 20 juta dalam 1992. Selama 20 tahun dan sejak penaklukan Russia, lebih kurang 2.5 juta Afghan telah mati disebabkan bahana perang ataupun secara tidak langsung disebabkan serangan ketenteraan, kebuluran dan kekurangan perubatan.

Dengan lain perkataan, setiap tahun sekitar 125,000 orang ataupun sekitar 240 manusia setiap hari ataupun 14 orang setiap jam ataupun seorang setiap sekitar lima minit telah menemui maut disebabkan tragedi ini. Peristiwa ini sama dunianya dengan kisah kematian anggota kapalselam Russia ('Kursk'-penterjemah) yang kecundang beberapa bulan lalu di lautan dalam seperti yang diberikan liputan berita melalui satelit setiap satu minit akan saat kecemasan mereka. Begitu juga halnya ketika dilakukan liputan langsung mengenai penghancuran tugu Buddha (Bumiyan) dulu.

Tidak ada yang bercakap mengenai kematian tragis orang Afghan setiap lima minit selama 20 tahun yang lalu. Namun, nasib pelarian Afghan lebih menyayat hati. Mengikut perangkaan yang lebih terperinci jumlah pelarian Afghan yang mencari perlindungan di Iran dan Pakistan ialah 6.3 juta. Kalaulah angka ini dibagikan dengan tahun, hari, jam dan minit selama 20 tahun itu, setiap seorang Afghan menjadi orang pelarian bagi setiap satu minit. Angka ini tidak termasuk mereka yang lari daripada utara ke selatan dan sebaliknya untuk melepaskan diri daripada peperangan saudara.

Aku sendiri tidak dapat mengingatkan negara lain yang mempunyai penduduknya dikurangkan sebanyak 10 peratus melalui kematian dan 30 peratus melalui perghijrahan dan terus dihantui sikap tidak acuh dunia. Jumlah manusia yang terbunuh dan pelarian di Afghanistan adalah bersamaan dengan jumlah keseluruhan rakyat Palestin. Itupun tahap simpati orang Iran terhadap Afghan tidakpun melebehi 10 peratus daripada tahap simpati mereka terhadap Palestin dan Bosnia, sedangkan kami mengongsi bahasa yang sama dan sempadan antara dua negara.

Ketika melepasi stesen kastam Dogharoon di sempadan untuk memasuki Afghanistan, aku terbaca satu papan tanda yang memberi amaran kepada para pelancong mengenai beberapa benda yang kelihatan ganjil rupanya. Yang mereka maksudkan itu ialah jerangkap samar. Papan tanda itu berbunyi: 'Setiap 24 jam, tujuh orang terpijak jerangkap samar di Afghanistan. Hati-hati agar tidak menjadi seperti mereka pada hari ini ataupun esok.'

Aku telah melihat perangkaan yang lebih menakutkan daripada salah satu kem Palang Merah. Ada satu kumpulan daripada Kanada yang bertugas mematikan jerangkap samar yang mendapati kisah tragedi yang terlalu memilukan, sehingga mereka putus asa dan pulang ke negara mereka. Berdasarkan perangkaan yang sama, untuk selama 50 tahun lagi, rakyat Pakistan mesti memusnahkan jerangkap samar itu secara kumpulan untuk membolehkan sesuatu kawasan itu selamat untuk dihuni. Inilah bahananya apabila setiap puak dan kaum di Afghanistan telah menanam jerangkap samar untuk memerangkap musuh mereka, tanpa mencatatkan penanaman mereka itu dalam satu peta untuk membolehkan kerja-kerja menggali dan memusnahkannya semula. Jerangkap samar itu tidak ditanam mengikut amalan tentera yang memudahkan pengutipannya apabila keadaan sudah aman. Ini bererti Afghanistan sudah menanam jerangkap samar untuk memerangkap diri sendiri. Apabila hujan lebat turun, air yang mengalir itu telah menghanyutkan alat perangkap itu dan menjadikan laluan yang satu ketika sebelumnya dianggap selamat menjadi laluan yang berbahaya.

Statistik ini mendedahkan setakat mana keadaan kehidupan di Afghanistan itu menjadi tidak selamat hingga mencetuskan sikap rakyatnya untuk berhijrah keluar negara. Orang Afghan menganggap cara hidup mereka yang berbahaya. Mereka kerap dihantui keraguan berdepan dengan kelaparan dan kematian.

Kenapakah Afghan tidak boleh berhijrah? Apabila sebuah negara mempunyai kadar penghijrahan meningkat sehingga 30 peratus, sudah tentu ia sudah hilang punca akan masa depannya. Daripada 70 peratus yang berbaki itu,10 peratus sudahpun mati dibunuh. Baki 60 peratus itu tidak berupaya menyeberangi sempadan, kalau mereka terdayapun mereka terpaksa berpatah balik kerana ditolak oleh negara jiran.

Keadaan yang berbahya ini menjadi satu penghalang kepada kewujudan orang asing di Afghanistan. Tidak ada pedagang asing yang berani melabur di Afghanistan kecuali dia seorang peniaga dadah dan pakar politik yang terbang keluar masuk secara terus daripada negara barat. Inilah yang menyulitkan usaha menyelesaikan krisis Afghanistan. Pada waktu ini, disebabkan sekatan PBB dan masalah keselamatan, kecuali tiga buah negara yang melakukannya secara rasmi dan dua negara secara tidak rasmi, tidak ada pakar politik di Afghanistan. Yang ada hanyalah taksiran diplomatik yang disumbangkan daripada jarak jauh.

Kekaburan krisis negara itu semakin meningkat kerana dibebani oleh pelbagai bentuk tragedi dan kedunguan dunia mengenainya. Aku pernah menyaksikan sekitar 20,000 lelaki, perempuan dan kanak-kanak di pinggir kota Herat yang mati kebuluran. Mereka sudah tidak berdaya untuk berjalan lagi, hanya terbaring kelaparan menunggu mati.

Inilah kisah kebuluran yang berlaku baru-baru ini. Pada hari yang sama, Pesuruhjaya Tinggi Suruhanjaya Pelarian PBB, Puan Sadako Ogata dari Jepun, pernah menziarahi orang yang sama dan menjanjikan betapa dunia akan membantu mereka. Tiga bulan kemudiannya, aku terdengar di Radio Iran, Ogata menyebut jumlah orang Afghan yang mati kerana kelaparan menjangkau sehingga satu juta di seluruh negara.

Dari situ saya merumuskan betapa tugu Buddha itu bukannya dihancurkan oleh sesiapa; ia gugur ke bumi kerana keaiban melihatkan segalanya. Aib kerana dunia tidak memahami masalah Afghanistan. Ia hancur kerana sedih memahami kehebatannya itu tidak dapat digunakan.

Di Dushanbeh, Tajikestan, aku telah menyaksikan satu kumpulan 100,000 Afghan yang lari daripada wilayah selatan menuju ke utara dengan berjalan kaki. Seolah-olah mereka lari daripada satu bencana besar. Babak pelarian sebenar ini tidak ditayangkan kepada dunia luar di mana juga. Kanak-kanak yang kelaparan telah berlari daripada medan perang dengan berjalan kaki tanpa kasut berbatu-batu jauhnya. Tidak lama kemudian mereka telah diserang oleh musuh dalam negara sebelum dinafikan hak suaka politik oleh Tajikestan. Akhirnya, beratus ribu mati kebuluran di tanah lapang antara Afghanistan dan Tajikestan, tanpa ada sesiapa yang ambil peduli akan nasib mereka akhirnya.

Seorang penyajak Tajik terkenal, Puan Golrokshar pernah menulis: 'Apakah peliknya, kalau ada seseorang di dunia ini mati kesedihan melihatkan nasib yang melanda Afghanistan. Yang peliknya tidak ada yang mati kerana kesedihan ini.'


Afghanistan - negara tanpa imejnya

Afghanistan ialah sebuah negara yang kehilangan perwatakannya kerana sebab yang pelbagai. Apabila wanita Afghani menutup muka mereka bererti 10 juta daripada 20 juta penduduk Afghanistan tidak membenarkan wajah mereka dilihat oleh dunia. Sebuah negara yang wujud di mana setengah jumlah penduduknya tidak dapat dilihat oleh kaum wanitanya, adalah sebuah negara yang kehilangan imejnya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tidak ada siaran television. Terdapat beberapa akhbar yang menerbitkan dua muka surat sahaja dengan nama seperti 'Shariat', 'Heevad' dan 'Anise' yang menyiarkan teks sahaja tanpa sebarang gambarnya. Beginilah keadaan media di seluruh Afghanistan. Lukisan dan gambar-gambar sudah diharamkan mengikut amalan agama. Wartawan asing tidak dibenarkan memasuki Afghanistan, apalagi untuk mengambil gambar.

Walaupun Afghanistan sudah memasuki abad ke-21, tidak ada sebarang pembikinan filem ataupun pawagam di Afghanistan. Satu ketika dulu terdapat 14 panggung wayang yang menayangkan filem India dan ada beberapa studio filem secara kecilan yang meniru cara pembikinan filem India. Semuanya sudahpun pupus.

Afghanistan tidak pernah menghasilkan sebarang filem untuk catatan dunia filem sejagat. Namun, Hollywood pernah mengeluarkan filem 'Rambo' menceritakan kisah perang di Afghanistan. Keseluruhan penggambaran filem itu dibuat di Hollywood dan tidak adapun seorang Afghan yang diambil untuk berlakon di dalamnya. Kalau adapun babak yang authentik ialah kehadiran Rambo di Peshawar, Pakistan. Itupun hasil kerja teknik perfileman yang disebut 'back-projection'. Teknik ini digunakan semata-mata untuk urutan aksi yang mencetuskan keseronokan. Apakah penggambaran Hollywod itu melambangkan imej sebuah negara yang kehilangan 10 peratus rakyatnya melalui kematian dan 30 peratus lagi yang melarat sebagai orang pelarian dengan satu juta sekarang ini sedang menanti panggilan maut kerana kelaparan?

Russia pernah mengeluarkan dua buah filem mengenang pengorbanan tenteranya ketika mereka menakluk Afghanistan. Kumpulan Mujahidin pernah membuat beberapa filem selepas Russia berundur dan filem mereka itu merupakan bahan propaganda dan tidak semestinya imej sebenar keadaan yang lalu ataupun Afghanistan masakini. Secara kasar, filem itu adalah menonjolkan keperwiraan segelintir Afghan yang berjuang di padang pasir.

Terdapat dua filem 'feature' yang diterbitkan di Iran mengenai keadaan pelarian Afghan; 'Friday' dan 'Rain'. Saya telah mengeluarkan 'The Cyclists' dan 'Kandahar'. Inilah keseluruhan imej mengenai Afghan di Iran dan dunia media. Dalam perkiraan pembikinan program TV dunia keseluruhannya, pengeluaran filem dokumentari memang terhad. Mungkin ialah satu-satu konspirasi dalam negeri ataupun luar negara ataupun disebabkan kejahilan sejagat yang menyebabkan Afghanistan kekal sebagai sebuah negara tanpa imejnya.

Terjemahan: SPAR

Asal: KM2 6187