Laman Webantu   KM2: 6184 File Size: 15.0 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 373: NarcoNews - B2 Bahan Bukti Palsu, Bush Memang Menipu
By Stan Goff

20/10/2001 3:51 am Sat

http://www.narconews.com/goff1.html


Bahan Bukti Palsu, Bush Memang Menipu

(The So-Called Evidence Is a Farce)

Oleh: Stan Goff

Saya tidak faham kenapa tidak ada orang yang menanyakan soalan khusus mengenai tindakan Bush dan orang-orangnya pada hari serangan itu terjadi.

Bayangkan:

Empat buah pesawat telah dirampas dan ditukar halatuju penerbangannya, sedangkan pergerakan itu dapat dikesan di radar perkhidmatan penerbangan (FAA). Semua pesawat itu rampas antara 7.45 pagi hingga 8:10 pagi waktu bahagian timur Amerika (Eastern Daylight Time).

Siapa Yang Diberitahu?

Ini merupakan satu kejadian yang tidak pernah berlaku sebelumnya. Tetapi, Presiden tidak diberitahu kerana dia terus dengan perjalanannya ke sebuah sekolah rendah di Florida untuk mendengan kanak-kanak membaca buku.

Pada 8:15 pagi, tentulah jelas adanya perkara ganjil yang sudah berlaku. Tetapi presiden itu masih tidak tahu.

Pada 8:45, penerbangan American Airlines Flight 11, menghunjam Pusat Dagangan Dunia, tetapi Bush masih sibuk dengan kanak-kanak sekolah dan bergambar dengan mereka di Booker Elementary. Empat pesawat sudahpun dirampas dalam satu masa, menjadikannya satu kejadian paling dahsyat dalam sejarah. Sebuah pesawat itu sudahpun menikam salah satu bangunan yang sungguh bersejarah dalam dunia, tetapi tidak ada seorangpun yang memberitahu Ketua Turus Angkatan Tentera Amerika.

Tidak ada sesiapa yang menggerakkan pasukan tentera udara untuk memintas petualang itu.

Pada 9.03 pagi, United Flight 176 menikam satu lagi bangunan kembar WTC. Tetapi, pada 9.05, Ketua Kakitangan Presiden telah membisikkan ke telinga Bush yang tiba-tiba menampakkan 'muka murung' kepada para wartawan. Adakah dia membatalkan lawatan itu untuk mengadakan satu mesyuarat tergempar? Tidak, dia teruskan majlis mendengar budak darjah dua membaca buku, kisah seorang budak perempuan 'menanduk' seekor kambing. Demikianlah gelagatnya sedangkan pada waktu yang sama American Airlines Flight 77 tiba-tiba menukar hala penerbangan dan berpatah-balik di ruang angkasa Ohio untuk menuju Washington DC. Apakah dia sudah memberikan arahan kepada pegawainya agar Angkatan Tentera Udara bertindak memintas? Tidak.

Kemudian, selepas 25 minit yang mencemaskan dia telah membuat satu kenyataan rasmi memberitahu Amerika Syarikat apa yang mereka sudahpun tahu (dan lihat) bahawa satu serangan telah lakukan ke atas Pusat Dagangan Dunia dengan menggunakan pesawat yang dirampas. Ketika itu ada sebuah pesawat rampasan lagi yang menuju Washington, tetapi adakah dia mengarahkan Angkatan Tentera Udara memintasnya? Tidak.

Pada 9.30, ketika membuat pengumuman, American Flight 77 masih lagi berada sepuluh (10) minit jauh-jaraknya daripada sasaran - Pentagon.

Pihak pentadbiran telah membuat satu dakwaan, kemudiannya betapa ia tidak mempunyai upaya untuk mengetahui Pentagon menjadi sasaran serangan ketika itu. Mereka berfikir bahawa Flight 77 sedang menuju White House (Rumah Putih). Yang sebenarnya, pesawat itu memang sudah terbang di bahagian ruang yang dianggap larangan ataupun 'White House no-fly zone' dengan penerbangan yang sungguh laju (melebehi 400 nauts).

Pada 9:35, pesawat ini berpatah balik secara 360 darjah di ruang angkasa Pentagon, ketika masih lagi diawasi pergerakannya oleh radar. Pentagon tidak dikosongkan, dan tidak juga ada pesawat tentera udara untuk memintas pergerakan pesawat rampasan ini antara Alexandria dan DC (District of Columbia - penterjemah)..

Fikirkan jenaka ini:

Mereka mahu kita percaya bahawa seorang juruterbang yang dilatih di sekolah penerbangan di Florida untuk pesawat 'Piper Cubs' dan 'Cessna' telah berjaya melaksanakan pengendalian secara menjunam (downward spiral) sejauh 7,000 kaki dalam masa dua setengah minit, dan menerbangkan pesawat itu serendah mungkin sehingga ia tersentuh wayar elektrik di jalan berdekatan Pentagon, dan menghunjamkan pesawat itu dengan tepatnya di bahagian bangunan dengan kelajuan pesawat pada 460 nauts.

Apabila teori berkenaan latihan di sekolah memandu itu ditolak oleh orang yang lebih tahu, maka direka pula satu dongeng betapa perampas pesawat itu menerima latihan 'flight simulator'. Dongeng ini samalah dengan kisah seseorang yang melatih anak perempuannya untuk memandu ketika kesibukan jalanraya dengan kelajuan 1-40 bsj. Hanya dengan melatihnya melalui bermain video. Inilah yang dikatakan taik kuda! (nasib baik bukan talembu, marah pula peminat Phoolandevi - penterjemah)

Ada satu kisah yang sedang dilakar untuk peristiwa ini. Saya tidak dapat menceritakannya di sini.

Tetapi, setidak-tidaknya ketua turus angkatan tentera dan para pekerjanya yang mati patut ikut secara membuta-tuli dalam usaha operasinya memerangi keganasan, sebenarnya telah mengabaikan tugasnya dan cuai. Malahan dia ini memang bodoh rupanya. Kalaulah perkara sebenar dapat diketahui, ada kemungkinan dia menyorokkan kisah yang sebenar, tentu ada petanda wujudnya satu konspirasi.

Semestinya, pentadbiran 'de facto' Bush, sedang dihantui satu longgokan krisis yang membolehkan mereka menyelamatkan keadaan dengan tercetusnya peristiwa ini. Sama ada mereka terlibat dengan peranan yang kotor ataupun sebaliknya, setidak-tidaknya mereka telah menyauk peluang kewujudan serangan ini untuk mengatasi apa juga bentuk kelemahan yang ada ketika itu. Paling kurangpun mereka berjaya mengalihkan masalah ekonomi yang merudum disebabkan masalah 'capitalisme' kepada peristiwa 11 September, untuk memperakukan agenda dasar luar mereka dan menyediakan satu peraturan yang menekan di dalam negara untuk melemahkan pihak yang menentang mereka.

Dalam banyak hal, peristiwa 11 September, telah membantu Bush mengeluarkan kek masakannya yang sudah hangus daripada ketuhar pembakaran.

Inilah peristiwa yang memberikan mereka lampu hijau yang mengizinkan pembinaan satu agenda jangka-panjang untuk mereka merencana satu bentuk peraturan menegakkan konsep kawalan yang fasis dalam negara dan juga di luar sana sebagai tiang kuasa satu kelas manusia yang memutar-belit dunia apabila berakhirnya sumber minyak.

Tidak sesiapa yang nampak gajah besar di depan mata, kerana itu berbagai-bagai bentuk penekanan sudahpun bermula dalam negara dan juga di seantero dunia, baik secara rasmi ataupun sebaliknya. Inilah yang dianggap sebagai satu versi baru fahaman McCarthyism. Saya telah menghadiri satu kursus di Chapel Hill, North Carolina pada 17 September. Walaupun tidak ada sesiapa yang mahu membincangkan dengan panjang lebar kisah serangan itu, kerana semua yang ada lebih mementingkan balasungkawa dan membaca doa untuk mereka yang menjadi mangsa, kami telah dikritik dengan pedas sekali dan dituduh sebagai musuh negara. Semalam ada orang yang mahukan saya dihalau keluar (tempatnya tentulah satu tekateki sahaja).

Kini, Herr Ashcroft sedang memantau kerja-kerja membasmikan beberapa peruntukan kebebasan manusia sejak berlakunya perundangan mengenai anti-keganasan selepas peristiwa Oklahoma City. Peristiwa itu tidak mencetuskan gerakan anti-keganasan, cuma setakat mempercepatkan pelaksanaan hukuman mati. FBI sudahpun mengklasifikasikan kumpulan pengganas itu bukannya berasaskan apakah kumpulan itu pernah mengganas, tetapi apakah fahaman mereka. Beberapa kumpulan sosialis dan kumpulan anti-globalisasi telah dikenal pasti sebagai kumpulan ganas, walaupun tidak ada secebis bahan bukti menunjukkan mereka terbabit dengan keganasan. Inilah yang mengingatkan saya kepada satu akta bernama 'Smith Act' yang akhirnya dimansuhkan kerana bertentangan dengan Perlembagaan. Itupun setelah ramai manusia yang terpenjara lama-lama kerana melakukan 'perbuatan jenayah' berbentuk berfikir sahaja. (Apa bezanya dengan ISA di Malaysia? -penterjemah)

Saya berpendapat perkara ini merupakan satu masalah besar kepada regim Bush sekarang ini. Terdapat penentangan meluas di dunia ini kepada apa yang disebut sebagai agenda neo-liberal (neo-liberal agenda) yang merupakan satu nama panggilan manis kepada imperialisme putarbelit hutang. Bebanan hutang dan ugutan sekatan ekonomi sudah lama dijadikan taktik memulas telinga negara yang melarat. Kita harus sedar tindakan paling muktamad untuk mengekalkan ugutan itu ialah tindakan ketenteraan. Bagi setiap agenda ekonomi sejagat, tentu ada agenda politik dan ketenteraan yang dilakar untuk masa yang sama.

Tumpuan utama tindakan ini semua untuk jangka pendek, ialah di Asia Tenggara. Tetapi agenda ini sudah diskripkan sebagai satu olahan untuk memerangi keganasan di seluruh dunia.

Rencana ini dikira munasabah daripada bertopengkan peperangan membanteras dadah. Lagipun konsep perang-dadah itu sudah tidak lagi diterima-pakai oleh banyak negara. Puak berhaluan kiri sudah semakin berkuasa dan menjadi popular di Venezuela, El Savador, Nicargua, Ecuador, Colombia, Republic Dominica, Haiti, Brazil, dan Argentina. Cuba sudahpun mencapai nama yang semakin mengharum sejak beberapa tahun dulu. Kekuatan sebenar empayar ini semakin terdedah. Kita tidak lagi mempunyai daya menipu negara ini dengan mengenakan peraturan ekonomi yang memudahkan negara mereka dikuasai oleh syarikat transnasional. Inilah yang mendedahkan agenda Bush. Kerana itu tindakan yang mudah ialah menuduh negara ini sebagai penyokong keganasan.

Berdasarkan dalil di atas, saya berani katakan bagaimana puak kiri telah lalai dengan perkara ini. Mereka membiarkan regim Bush terlepas begitu sahaja tanpa menyoal siapakah yang melakukan apa bendanya pada 11 September.

Kalaulah cerita rasmi itu dianggap satu penipuan, maka ada sebabnya yang jitu kenapa kita mesti mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Kita mesti memahami dengan jelas apakah sebenarnya motif pentadbiran Bush sekarang ini.

Kita juga mesti mengetahui lebih banyak lagi apakah motif mereka yang terdekat. Kita mahu tahu juga di manakah segala kuasa sosial yang melakar keadaan sekarang ini merancang halatuju mereka. Saya tidak fikir pentadbiran ini sedang sibuk merencana kumpulan politik yang menjadi agenda utama mereka. Mereka sedang merencana satu kaedah menyelamatkan keadaan besar yang semakin terlucut daripada kawalan mereka. Seperti kaedah membasmi sesuatu, memang sudah ada teknologi pintar yang memudahkan kerja-kerja bodoh itu.

Mereka bukannya melakukan satu tindakan sebagai menyambut peristiwa September 11. Tetapi mereka memulakan satu rencana menyekat penggelonsoran sumber minyak di pasaran dunia, yang akan mencetuskan satu pengecutan ekonomi dunia dan sekaligus mendedahkan kehaprakan sebuah empayar (Amerika - penterjemah).

Inilah yang menepati andaian saya betapa semua ini akan menggugat keselamatan Amerika, yang sepatutnya menjadi kerunsingan besar mereka.

Tindakan yang dirancang oleh pentadbiran regim Bush ini, tidak saja akan mencemaskan keselamatan negara, malahan akan meruntuhkan martabatnya. Tindakan ketenteraan terhadap begitu banyak kumpulan di seantero dunia, seperti yang diperakukan sendiri oleh pentadbiran ini, akan menghenyak banyak pihak tersadai di tembok kehampaan. Sudah tentu ini tidak menjamin keselamatan kita.

Konsep menggembar-gemburkan peperangan yang direncana sekarang, sebenarnya amat bersalahan dengan hukum-hakam peperangan dan akan menjurus kepada bencana ketenteraan. Inilah yang harus dilihat daripada sikap berkecuali dari segi moral dan politik hidup kita.

Orang-orang yang memiliki setengah daripada keseluruhan simpanan minyak dunia sengaja digugat agar tidak tenang hidupnya sedangkan kita tidak mampu meramalkan apakah bahananya nanti, melainkan kebarangkalian kita akan dinafikan hak mendapat bekalan minyak daripada mereka. Yang lebih dahsyat lagi cara kita mengkucar-kacirkan Pakistan, sebuah negara yang berkuasa nuklear agar bertegang urat dengan jirannya, dan cara kita mengusik-ngusik Russia - sebuah negara nuklear juga. Keinginan kita untuk mengekalkan tahap keselamatan negara tidak juga naik meninggi, dan Amerika tidak boleh menolak keupayaan negara lain dengan kemampuan nuklear mereka lagi.

Saya berpendapat, agenda domestik ini adalah satu ancaman besar yang hebat menggugat keselamatan sesiapa juga mengkritik kerajaan dan para tauke korporatnya, dan kita sudah tahu bahwa ancaman yang sebenar akan menghantui penduduk dunia yang mudah dikambing-hitamkan setiap kali krisis dalam negara ini turun menikam.

Memang sudah wujud ancaman sebenar fascisme dalam negara ini, dan inilah fenomena yang memerlukan musuh tempatan untuk dimamahnya. Kalau mengikut sejarah, musuh itu mestilah berbentuk puak berhaluan kiri, kesatuan sekerja, dan pelbagai sektor perkauman dan kebangsaan yang tertekan. Pemikiran mewujudkan 'Keadaan darurat dan kecemasan' ini untuk menekan perbincangan ketidak-senangan rakyat terhadap anti-perkauman, kawanitaan, alam sekitar, sosialisme dan anarkisme.

Walaupun ada penentangan secara simbolik oleh pegawai-pegawai terhadap 'xenophobia' keIslaman (menakutkan pengaruh Islam), segla gambaran yang stereotaip telah menumpulkankuasa media, sehingga kerajaan terpaksa mengulangkaji cara menonjolkan martabat perkauman. Inilah langkah pertama sebelum dilancarkan cara menguasai kaum lain. Kita memang sudah lama diputar-belitkan kepada ideologi perkauman sama ada secara terbuka ataupun sebaliknya. Perkauman sebagai sebuah institusi yang menyangkuti psikologi Amerika Syarikat memang tidak mudah dimansuhkan.

Disebabkan semua dalil-dalil ini saya telah menekankan bahawa kita tidak dapat menerima secara melulu apa juga yang disogok oleh pentadbiran Bush ini, baik segala dasarnya ataupun segala temberang dan kelentongannya. Tindakan mereka itu amat berbahaya, dan sudah tiba masanya untuk mereka diperangi secara terbuka, sebelum mereka memantapkan agenda dan memperkasakan kuasa mereka. Kalau mereka berjaya dengan agenda itu, akan sulitlah nanti usaha kita.

Kalaulah puak berhaluan kiri mampu bersatu agar tidak pupus, perlu memahami peranannya yang kritikal dalam hal ini. Kita perlu memainkan peranan sebagai kumpulan yang bekerja kuat, tidak berpuak-puak dan bergerak sekata dalam pertubuhan aman. Kita perlu mengkaji, menyelaras dan merencana segala perancangan kita yang bersejarah ini. Kita perlu menyediakan barisan kepimpinan menghadapi konflik penentuan yang akan muncul untuk
mengalahkan fasisme dan kemudiannya mengambil kuasa politik.

Kata-kata hikmah Rosa Luxemburg semakin menyerlah kebenarannya. Kita bukannya sedang diagah untuk memilih antara sosialisme dan kapitalisme. Tetapi, sosialisme ataupun barbarisme (kebinatangan).

Apa yang paling kita mampu ialah penafian dan perasaan segan-silu.

Tamat.

Terjemahan: SPAR
19 Okt 2001

Asal: KM2 6166