Laman Webantu   KM2: 6182 File Size: 6.7 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 371: Asiaweek - Semua Taliban Disukai
By Matsuko Murakami

20/10/2001 3:38 am Sat

http://www.asiaweek.com/asiaweek/daily/foc/0,8773,180342,00.html

Asiaweek Okt 18, 2001


Semua Taliban Disukai

(The Talibans Are Well Liked)

Oleh: Matsuko Murakami

Seorang doktor berbangsa Jepun, Tetsu Nakamura bertugas merawat pesakit kusta dan pelarian di Afghanistan dan Pakistan. Inilah tugas yang membolehkannya meneliti kehidupan sebenar di negara yang bermasalah itu. Dia berkata, daripada pengamatannya selama ini, dunia telah silap mentafsirkan kumpulan Taliban. 'Ada yang tidak kena dengan laporan media,' katanya. 'Cakap-cakap mengatakan Taliban bengis dan zalim adalah tidak benar.' Nakamura berkata kumpulan fundamental ini menerima sokongan yang kuat daripada penduduk Afghanistan terutama mereka di luar bandar. 'Jika tidak, bagaimanakah mereka boleh mentadbir 95% negara Afghanistan sedangkan mereka mempunyai hanya 15,000 anggota bersenjata sahaja?'

Orang kampung yang terletak di sekeliling hospital Peshawar yang menjadi pusat perubatan Nakamura dan 10 buah klinik yang berada di bahagian timur daya Pakistan dan bahagian timur Afghanistan, merasa lega dengan keamanan yang ditegakkan oleh pemerintahan Taliban, katanya. Orang Pashtun yang merupakan dua-pertiga penduduk Pakistan, dapat menerima ajaran Islam yang tegas kerana itu sudah menjadi amalan mereka selama ini, katanya. 'Wanita tidak dinafikan pekerjaan dan golongan pelajar tidak dinafikan pelajaran. Malahan setengah doktor tempatan di klinik saya adalah doktor wanita'

Jadi, kenapakah penduduk di Kabul, dikatakan mahu melihat Taliban digulingkan? 'Puak Taliban mungkin bertindak cara lain di sana,' kata beliau ketika kami bertemu di Tokyo barau-baru ini. 'Mereka terpaksa membetulkan keadaan hidup yang penuh korupsi di bandar. Mereka yang terlalu kuat mengutuk Taliban adalah Afghan dari kelas atasan yang dinafikan hak mereka berseronok.' Penjelasan Nakamura itu mengingatkan saya kepada beberapa tayangan rakaman sejak serangan terjadi di New York dan Washington. Rakaman video yang dibuat oleh wartawan Peranchis di Afghanistan, menunjukkan wanita Afghan mengutuk Taliban dengan kesatnya. Mereka semuanya memakai pakaian sutera dengan mengenakan cincin besar di jari mereka.

Nakamura berusia 55 tahun, berkata kumpulan anti-Taliban yang diberi nama Pakatan Utara itu bukannya pasukan pejuang kebebasan yang disebut oleh para wartawan barat. Orang kampung lebih takutkan mereka kerana mereka lebih ganas daripada puak Taliban, katanya. Mereka menghukum orang yang tidak berdosa secara zalim dan secara berahsia dan tidak seperti yang dilakukan oleh Taliban yang membuat kerja itu sebagai ingatan kepada orang lain.

Nakamura bertugas untuk Peshawar - kai Medical Services, sebuah agensi bantuan Jepun yang berpangkalan di Fukuoka City yang telah beroperasi di jajahan Peshawar selama 17 tahun. Pada pertama kali dia melawat kawasan itu ialah ketika menjadi peluncur salji pergunungan dan masih lagi menuntut di sekolah perubatan di Fukuoka. Ketika ittu dia terkejut melihatkan kekurangan perubatan, terutama sekali untuk pesakit kusta. Dia menawarkan perkhidmatan sukarela di hospital itu pada 1984. Katanya: 'Saya habiskan banyak masa dalam mencuba memahami pesakit saya, cara hidup mereka dan nilai hidup - kenapa yang menyebabkan mereka menangis atau apa yang menjadi perkara yang berharga dalam hidup mereka. 'Mujur, saya boleh makan di mana saja dan tidur di mana-mana,' katanya.

Nakamura telah melihat orang asing melawat Afghanistan dan pulang ke negara mereka untuk mengkritik budaya Islam - dari kacamata barat. 'Orang-orang ini mungkin jadi hero ataupun heroin di London ataupun New York,' katanya, 'tetapi mereka tidak memberikan sebarang sumbangan kepada kebajikan Afghan.' Menyentuh cadangan bahawa Taliban telah memencilkan negara itu daripada dunia sejagat, Nakamura berkata: 'orang Afghan mungkin lebih berpengetahuan daripada orang Jepun, kerana mereka mendengar siaran harian BBC dalam Bahasa mereka setiap hari.'

Yang amat merunsingkan doktor ini ialah nasib berjuta pelarian yang kebuluran di dalam Afghanistan dan persekitarannya. Lebih satu juta penduduk ini sedang kelaparan, katanya, sedangkan lebih 40% yang hampir kebuluran. Dia berpendapat 10% akan mati pada musim sejuk. Nakamura dan para pembantunya telah menghentikan peranan memberi keutamaan kepada penyakit kusta pada 1080-an dulu kerana terlalu ramai pelarian yang menanggung penyakit malaria, diarrhea, jangkitan dan demam. Musim panas berpanjangan sejak beberapa tahun yang terdekat telah membuatkan penuduk menjadi pelarian. Keadaan semakin buruk disebabkan pengeboman Amerika dan kisah penaklukannya. Pertubuhan bantuan Nakamura telah membantu kerja-kerja menggali telaga untuk minuman dan untuk pertanian dan bertujuan membolehkan para pelarian pulang semula ke kampung mereka.

Nakamura pulang bercuti ke Jepun untuk sementara sambil memikirkan pusat tugasannya di Pakistan dan Afghanistan. Kata Nakamura: 'Ia adalah laksana fatamorgana nun jauh di tengah padang pasir.' Dia teringatkan bumi Afghanistan yang berwarna merah-keperangan dan wajah-wajah petani Afghan yang keriangan apabila menerima bekalan air telaga membasahi tanah ladang mereka. Begitu juga dengan wajah-wajah askar Taliban yang membantu orang kampung dan desa. 'Saya ada satu soalan mudah saja,' katanya. 'Apakah yang dipertahankan oleh kuasa besar sehingga sanggup mengebom sebuah negara kecil dan melarat ini?'

Ini adalah satu soalan yang baik.

Tamat


Catatan Penterjemah: Bayangkan satu ketika dulu seorang diktator nyanyuk sanggup berbelanja lebih dua juta hanya untuk mengongkosi seorang Melayu murtad mengelilingi dunia. Bayangkan kalau wang itu dikirimkan ke Afghanistan dan ditubuhkan satu pusat perubatan sukarela Malaysia dan kirimkan anak muda lulusan perubatan dan kejuruteraan untuk membantu dan meniru apa yang telah dilaksanakan oleh sebuah agensi Jepun sejak 17 tahun yang lalu. Kalau diambil semua motorsikal lelongan kastam dan polis bandaraya dan kirimkan ke sana secara percuma, bayangkan pahala Fardu Ain yang kita terima???

Terjemahan: SPAR

Asal: KM2 6174