Laman Webantu   KM2: 6170 File Size: 8.2 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 368: Pravda - Perdagangan dan Peperangan
By Dmitry Litvinovich

18/10/2001 12:52 pm Thu

http://english.pravda.ru/main/2001/10/17/18358.html


Perdagangan dan Peperangan

(Business and War)

Oleh: Dmitry Litvinovich

Kisah ngeri tragedi September 11, semakin menghilang ditelan masa. Kejutan yang pertama turut tenggelam juga, memberi ruang untuk dibuat kajian situasi itu tanpa emosi dan histeria jeritan yang meninggi. Sebenarnya Amerika tidak bersedia dengan serangan besar-besaran begitu. Kenapakah ia terjadi seperti itu, dan kenapakah agensi pertahanan Amerika tidak bersedia mempertahankannya? Eloklah kita dekati masalah ini daripada sudut yang lain pula.

Apakah yang menguntungkan Amerika daripada episod itu? Diharapkan tidak ada sesiapa yang bersikap sinis terhadap saya. Sebenarnya, ramai orang yang cuba menjawab soalan ini. Eloklah kita tinjau Amerika selepas 11 September. Yang pertama, Perlembagaan yang dianggap laksana sesuatu yang keramat sedang dikaji semula. Sebarang keputusan yang dibuat oleh pentadbiran presiden, daripada peruntukan yang besar untuk memerangi anti-keganasan kepada mengkaji semula perundangan utama negara, telah mendapat kelulusan spontan daripada Dewan Senat dan Kongres. Apakah Republicans pernah mengimpikan semua ini? Begitu juga proses mencuci bersih jabatan-jabatan ketenteraan - mereka yang dikambing-hitamkan - membawa banyak faedah kepada regim Republikan. Orang baru yang menggantikan mereka semua tentunya tidak ada kaitan dengan pentadbiran yang dahulu.

Sekarang, cuba kita alihkan perhatian daripada politik tempatan kepada ekonomi negara. Semua orang sedar akan keadaan ekonomi Amerika yang mengecut. Sepanjang dekad itu, ekonomi dapat membesar disebabkan pertumbuhan yang menakjubkan yang dialami oleh 'syarikat high-tech'. Perbezaan antara harga sebenar dengan harga pertukaran saham kadangkala mencecah 1000 persen. Malahan ada yang naik mencanak lebih tinggi lagi. Proses mengecut itu mula terserlah pada pertengahan 90-an. Inilah yang terpaksa diwarisi oleh pasukan George Bush, yang tidak pun boleh diberikan jolokan yang terbaik di dunia ini. Muncullah satu krisis yang diiringi oleh segala bahananya: pengurangan pelaburan, kemuflisan syarikat, dan pengangguran - Amerika tidak pernah mengalami masalah ini untuk beberapa tahun lamanya.

Peristiwa 11 September itu, memberi insentif baru kepada pembangunan situasi itu. Memang wujud keadaan yang serupa beberapa tahun dulu, selepas Pearl Harbour, di waktu ekonomi Amerika terpaksa disentap pergolakan ketenteraan. Terdapat banyak pesanan untuk mengeluarkan alat kelengkapan perang, dan inilah yang menyuntik aliran pelaburan terus. Peperangan membasmi keganasan sejagat akan memakan masa yang panjang. Inilah yang dinyatakan sendiri oleh George Bush dalam salah satu wawancaranya. Dengan demikian Amerika akan melonjak dengan suntikan teknologinya sambil melupakan krisis yang menggila itu ditelan zaman.

Inilah dia dividen dasar luar Amerika. Amerika telah memainkan peranan bertanggungjawab terhadap operasi ketenteraan di Afghanistan, kerana tidak mahu melibatkan PBB dalam kemelut itu. Sebelum itu Amerika telah menggugat Eropah dengan menurunkan nilai 'euro' dan menentukan dasar pasaran minyak kepada negara Arab. Sesiapa yang berani menyimpang daripada peraturan ini dihukum secara otomatis dengan cara menyenaraikan namanya dalam senarai musuh Amerika, seolah-olah mereka juga turut memberikan bantuan kepada kumpulan penjenayah.

Ketika melancarkan 'Infinite Justice' askar Amerika telah dihantar memasuki wilayah Asia Tengah, yang secara tradisinya dihormati sebagai wilayah yang dipengaruh Russia. Janganlah ada sesiapa yang memikirkan Amerika akan berundur daripada wilayah itu, kerana Amerika mempunyai minat mendalam terhadap Afghanistan. Dari segi geografi, kedudukan negara ini amat menguntungkan Amerika, kerana ia akan memberi ruang untuk mencacakkan panji-panji kuasa menyeluruhi wilayah itu. Takkan Wall Street bersikap membisu kepada kekayaan hasil bumi di situ. Di sana tersimpannya gas, minyak, gangsa, dan batu permata di seluruh buminya. Amerika telah membuktikan betapa di sebalik setiap titisan darah dan airmata - pasti ada harganya.


Tamat

Terjemahan: SPAR




Asal:

http://english.pravda.ru/main/2001/10/17/18358.html

Pravda.RU

16:58 2001-10-17


DMITRY LITVINOVICH: BUSINESS AND WAR.

AMERICA'S ECONOMIC INTERESTS IN AFGHANISTAN

The horrible details of the tragedy of September 11 are slowly fading into the background. The first shock is gone, so now it is time to analyze the situation without emotions and hysterical yelling. America was not ready for such a large scale aggression. Why did it happen that way, and why did the American services failed to do anything to prevent that? Let us try to approach this problem from another angle.

What did America gain from that? Please do not think I am being cynical, but really, a lot of people are trying to answer this question. Let?s start with America itself after September 11. The holy of holies of the United States, the American pride, the Constitution is being revised. Any decisions made by the presidential administration, from assigning huge money for anti-terrorist struggle to revising the major law of the country, are quickly approved by the U.S. Senate and Congress. Could the Republicans even dream about this? The cleansing in the military departments - the scape goats - was also good for them. The new people that will replace them will not be connected with the previous administration.

Now, let?s switch from domestic politics to the economy. Everybody knows about the slowdown in the American economy, the media pays very much of their attention to this. During the entire decade, the economy was growing due to the fantastic growth of shares of the high-tech companies. The difference between the real cost and the exchange cost of shares sometimes reached 1000% and even more. The slowdown became noticeable in the middle of the 90s. Bush?s team had to inherit the economy, which could not be called the best in the world. There was a crisis approaching with all of its consequences: reduction of investments, bankruptcy of companies, and unemployment - America has not experienced these problems for several years.

The events of September 11 gave a new incentive for the development of the situation. There was a similar situation in the country years ago, after Pearl Harbor, when the American economy had to take a military turn. There were a lot of orders for producing military hardware, and the flow of direct investments increased. The war against international terrorism will last long. George W. Bush said this himself in one of his interviews. Therefore, America can cope with a technological spurt and leave the crisis behind.

America received the foreign policy dividend. The United States took on the responsibility for the military operation in Afghanistan, which showed the United States did not want to take the U.N.into account. America threatened Europe with the devaluation of the euro and dictated its oil policy to the Arab countries. Those who will try to deviate from this line will automatically be included on the list of the enemies, supposedly for their assistance rendered to terrorists. While performing operation "Infinite Justice," American troops have found themselves on the territory of the Central Asia, which was traditionally beeen considered to be in Russia?s sphere. One should not hope the Americans will leave from the region. America has its interests in Afghanistan as well. The geographic position of this country is rather profitable, which will allow one to set up control over the entire region. Wall Street can not be indifferent to the rich deposits of gas, oil, copper, and precious stones in this country. There is a price for blood and tears - America has proved that.

Dmitry Litvinovich
PRAVDA.Ru