Laman Webantu   KM2: 6162 File Size: 1.4 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 365: NesMax - Pakar Kajibumi: Saya Tahu Di mana Osama Bersembunyi
By NewsMax

17/10/2001 11:46 am Wed

http://www.newsmax.com/showinsidecover.shtml?a=2001/10/16/135326

NewsMax

Pakar Kajibumi: Saya Tahu Di mana Osama Laden bersembunyi

(Geologist: I Know Where bin Laden Is)

Pakar kajibumi Jack Shroder yang bertugas di University of Nebraska-Omaha, merasa yakin dia tahu di mana Osama Laden bersembunyi. Schroder pernah membuat kajian di Afghanisgtan, dapat mengecam formasi tanah dan batu-batan daripada gambar video yang menunjukkan Osama Laden bercakap selepas berlakunya pengeboman AS sepuluh hari yang lalu. Demikian laporan UPI, hari ini.

Dia telah memberitahu isterinya dan juga Omaha World-Heralds, dia telah dihubungi melalui telefon akan rakaman gambar itu tetapi enggan menyebut apakah soalan itu dikemukakan oleh kerajaan.

Mengikut kajiannya, keadaan batu-batan itu hanya terdapat di dua wilayah di Afghanistan: Paktia dan Paktika, kira-kira 125 batu daripada Kabul. Kawasan itu katanya memang dipenuhi gua dan dikuasai oleh Pashtun, salah satu kumpulan etnik yang sedang cuba menguasai seluruh Afghanistan.

Tamat.

Terjemahan: SPAR

Asal: KM2 6152