Laman Webantu   KM2: 6159 File Size: 3.4 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 363: Pravda - Maklumat Bercanggah Kematian 200 Orang di Nigeria
By Irina Malenko

17/10/2001 11:40 am Wed

[CNN nampaknya sudah semakin berpenyakit seperti Bernama. - Editor]


Maklumat Bercanggah Mengenai Kematian 200 Orang di Nigeria

(Conflicting Data Abour 200 killed in Nigeria over Anti-US Protests)

Oleh: Irina Malenko

Akhbar Belanda telah melaporkan betapa 200 orang beragama Islam mati di bandar Kano (Utara Nigeria) minggu lalu kerana 'pergaduhan ganas antara kumpulan Islam dan Kristian'. (Ini juga yang dilaporkan oleh CNN semalam - penterjemah)

Sebab sebenar kematian itu ialah mereka ini telah menyertai satu tunjuk perasaan anti-AS yang besar, demikian laporan akhbar itu. Umat Islam di Nigeria telah membantah pengeboman Afghanistan oleh Amerika. Mereka bukannya dibunuh oleh penduduk beragama Kristian di bandar tersebut seperti yang didakwa. Mereka telah ditembak mati oleh satu pasukan yang menerima arahan daripada Ketua Polis.

Walaupun segala usaha dibuat oleh media barat untuk mentafsirkan kejadian itu sebagai 'konflik-etnik dalaman Nigeria', adalah jelas bahawa peristiwa itu amat bersamaan dengan beberapa episod yang sama tercetus di banyak negara membangun yang lain, disebabkan kebangkitan perasaan membenci Amerika dan perasaan anti-perang.

Berapa ramaikah manusia yang akan mati di seluruh dunia disebabkan kebencian terhadap Amerika secara membabi-buta? Berapa ramaikah antara mereka ini yang tidakpun mempunyai apa-apa kesamaan dengan serangan ngeri pada September 11 itu, tetapi sanggup mempertaruhkan nyawa mereka? Nampaknya jumlah mereka seperti ini akan meningkat lebih tinggi lagi berbanding yang yang terkorban pada hari serangan ngeri Amerika itu.

Tamat.

Terjemahan: SPAR




Asal:

http://english.pravda.ru/main/2001/10/15/18138.html

20:54 2001-10-15

IRINA MALENKO:

CONFLICTING DATA ABOUT 200 KILLED IN NIGERIA OVER ANTI-U.S. PROTESTS

The Dutch press reported today that about 200 Muslim people died in the town of Kano (north Nigeria) last weekend as a result of ?brutal clash between the Muslim and Christian groups.?

The real reason for the death of all those people became their participation in a large anti-American demonstration, the Dutch media admitted that. The Nigerian Muslims were protesting America?s strikes on Afghanistan - their brotherly country. They were killed not by the Christian residents of the mixed area of the town, where it all happened - a police chief ordered to open fire on them.

Thus, despite all efforts taken by the western media to represent the events in Kano as ?the inner-Nigerian ethnic conflict,? it is obvious that the incident in that African country, was similar to many other ones happening in the majority of developing countries, namely the growth of anti-American, anti-military sentiments.

How many people will die all over the world due to the blind American hatred? How many are there of those people, who do not have anything in common with the terror attack of September 11, but will have to give away their lives? It seems this amount will exceed the victims of terror in America.

Irina Malenko PRAVDA.Ru