Laman Webantu   KM2: 6158 File Size: 14.7 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 362: IUK - Janji Manis, Bikinan Iblis
By Robert Fisk

17/10/2001 11:26 am Wed

http://argument.independent.co.uk/ commentators/story.jsp?story=99860

17 Oktober, 2001


Janji Manis, Bikinan Iblis

(Promises, broken promises)

Oleh: Robert Fisk

Ketika kegemilangan Empayar British, jamuan teh diadakan di taman dengan menyediakan teh pekat untuk dicampur susu dan dituangkan dalam teko yang dipanaskan dulu, sebelum menuangnya ke dalam cawan untuk dimaniskan dengan ketulan gula. Pepohon bunga-kertas (bougenville) yang mengeluarkan warna merah lembayung dan ungu di tembok berdekatan tempat saya berdiri, sedangkan beberapa ekor burung hitam berlumba mengejar sesama mereka di antara bebilah rumput yang baru dipotong, di depan sebuah hotel kecil di Peshawar tempat saya berlindung. Nun, hujung satu lorong kecil di situ terdapat satu perkuburan British yang menyemadikan tentera daripada Surrey dan Yorkshire yang mati terkorban pada abad ke-19 dulu, bahana pembunuhan kumpulan manusia yang disebut ghazi; panggilannya ketika itu. Inilah kumpulan fundamental Afghan yang masih muda yang pada awalannya mengiringi kumpulan yang mati itu untuk berperang. Itulah kumpulan yang mengikut Captain Mannering ketika merakamkan kisah Perang Afghan Kedua - sebagai 'kumpulan lelaki yang bergelar taliban'.

Pada zaman itu kita kerap suka berbuat janji. Kita telah menjanjikan sokongan kita kepada kerajaan Afghan seandainya mereka mengnyahkan Russia. Kita menjanjikan kekayaan kepada Empayar India termasuk komunikasi dan pendidikan sebagai ganjaran kesetiaan mereka. Tidak banyak yang berubah sejak itu. Kelmarin, sepanjang harian yang memanjang sehingga petang, pesawat pejuang telah membelah langit yang menguning di bahagian angkasa laman kecil hotel penginapan saya itu, dengan bunyi supersonik yang nyaring dan menyakitkan telinga, sambil naik meninggi laksana helang daripada landasan Peshawar untuk meluru arah pergunungan Afghanistan. Gempita enjin jet itu tentu menggegarkan tulang-tulang purba yang tersimpan rapi di perkuburan lama di hujung lorong tadi, sepertimana tembakan kehormatan terakhir yang pernah mengejutkan kesunyian tanah perkuburan itu dulu. Apabila dilihat akan sebuah TV di kamar tidur saya yang pecah dan rosak kerana gegaran enjin yang hebat itu adalah bayangan betapa sejarah imperial itu sedang mengulangi kisah lama dengan sendirinya.

Jeneral Colin Powell telah berdiri tegak di samping Jeneral Parvez Musharraf setelah memberikan janjinya untuk meneliti secara serius segla masalah yang menyangkuti Kashmir dan perwakilan Pashtu dalam kerajaan baru Afghan. Setiausaha Negara Amerika Syarikat dan seorang jeneral yang kini mesti kita sebut sebagai Presiden Pakistan itu, telah menghabiskan banyak masa sedangkan dentuman meriam oleh sebuah empayar purba, yang kini diwakili oleh angkatan tentera India rancak memuntahkan pelurunya. Jeneral Musharraf mahukan kempen mengganyang Afghanistan itu dilaksanakan untuk satu waktu yang singkat sahaja, sebagai ganjaran menyokong 'usaha Amerika memerangi keganasan'. Musharraf mahukan satu penyelesaian kepada masalah Kashmir. Powell menjanjikan persahabatan Amerika yang akrab dan akan ke India untuk menunaikan apa yang telah mereka cakap.

Janji-janji manis memang merupakan satu bahagian penting konflik kita. Dalam peperangan 1914-18 - terdapat satu lagi masalah memerangi kesyaitanan, yang mesti boleh kita ingati, kerana itulah masanya British membuat janji. Seluruh masyarakat Yahudi dunia, terutama Yahudi di Russia, tentu ingat janji kita menyokong penubuhan satu tanahair untuk Yahudi di Palestin. Kepada orang Arab, Lawrence of Arabia telah menjanjikan kemerdekaan mereka. Terdapat satu babak yang sungguh indah dalam filem yang sama jodolnya di mana Peter O'Toole, yang berpakaian jubah Arab dan menampakkan wajah yang tidak dapat menyerupai wajah Osama Laden, meminta Jeneral Allenby (Jack Hawkins) memberikan janji manis memerdekakan Sherif Husseyn sebagai balasan kepada sokongan Arab untuk menghancurkan angkatan tentera Turki. Untuk satu ketika yang penuh tandatanya, Hawkins menunjukkan riak keengganannya, kemudian dia mula tersengih menunjukkan senyuman yang canggih sambil berkata: 'Apa salahnya!'. Apakah saya tidak melihat satu senyuman yang sama rupanya pada wajah Tony Blair ketika dia memegang tangan Yassir Arafat dengan erat di genggamannya, sambil memimpin Arafat melalui pintu gerbang No. 10 Downing Street, pada minggu ini?

Akhirnya kita telah mengenakan penaklukan ketenteraan Anglo-Peranchis menyeluruhi tanah Arab yang membantu kita dulu dan, tiga dekad kemudiannya, memberikan kepada kaum Yahudi hanya separuh tanah Palestin. 'Segala janji,' mengikut pendapat seorang ahli akademik Palistin, Walid Khalid, 'adalah untuk ditepati'. Tetapi, bukanlah janji yang dibuat ketika manusia berperang.

Ketika muncul Perang Dunia Kedua, kita telah menjanjikan kemerdekaan kepada Lubnan yang dijajah oleh Peranchis ketika itu, sebagai balasan untuk mereka berpaling tadah terhadap penjajah 'Vichy' mereka. Apabila Peranchis mengengkari janji-janji mereka, penjajah Vichy itu dinyahkan pada 1946 dengan penuh keaiban. Dua tahun kemudiannya, Presiden Roosevelt, yang ghairah mahukan hak menyamun minyak Saudi daripda British di penghujung musim perang - telah menjanjikan istana Saudi bahawa beliau tidak akan membiarkan Palestin dipinggirkan.

Pada 1990, ketika Kuwait telah ditakluk (oleh Iraq) kita mahukan dunia Islam dan Arab menyebelahi kita memerangi Iraq. Presiden Bush Senior telah membuat janji untuk menubuhkan 'Order Dunia baru' yang bebas daripada ancaman nuklear - bebas daripada senjata peperangan - untuk membolehkan keseluruhan Timur Tengah berada dalam keadaan aman. Sebaik sahaja Iraq dinyahkan daripada bumi Kuwait, kita taja satu Puncak Persidangan Timur Tengah di Madrid, dan telah menjual lebih banyak peluru berpandu, kereta kebal, dan jet pejuang kepada negara Arab dan Israel, dalam kuantiti yang lebih banyak lagi berbanding tiga puluh tahun sebelumnya. Di waktu yang sama keupayaan kuasa nuklear Israel tidak pernah disebut langsung.

Kini, kita mengulangi semuanya sekali lagi. Belumpun sampai tiga hari Powell menunjukkan minat terhadap masalah Kashmir, Yassir Arafat yang digelarkan sebagai orang tua Gaza yang tidak berguna, ataupun 'Osama Laden kita' mengikut gelaran yang menghinakannya oleh bekas panglima Ariel Sharon - telah dipelawa untuk berjumpa dengan Tony Blair di Downing Street, kerana Blair sudah menjadi seorang penyokong kuat terbaru Palestin dan kemerdekaannya, yang mahukan penubuhan satu negara merdeka Palestin termasuk Jerusalem (Baitul maqdis) yang merupakan satu versi baru tawaran Bantustan yang pernah ditawarkan kepada Arafat. Mr. Tony Blair tidak perlu sangsikan kemarahan Amerika kerana sebelum kejadian September 11 di Amerika dulu, Mr. Bush pernah bermimpi penubuhan sebuah negara merdeka Palestin yang dapat menerima kewujudan Israel. Lantas, Mr. Arafat yang telah bercakap dalam Bahasa Inggeris begitu lama sejak lama tidak berbuat demikian sebelum itu, terus menyokong pengeboman Afghanistan. Kesian orang Afghan. Mereka tidak ada lagi untuk memperingatkan dunia ini betapa satu ketika dulu Yassir Arafat yang sama, pernah memberikan sokongannya yang sungguh ghairah menyokong penaklukan Afghanistan oleh Soviet.

Kenapakah kita gemar bermain politik cakar-cakaran, memberikan janji manis kepada sekutu yang terdesak setelah bertahun-tahun menerima, malahan merencana, segala ketidak-adilan di Timur Tengah dan Asia Tenggara. Berapa lama lagi kita perlu menunggu, sebelum terlambat, menarik sekatan terhadap Iraq, dan membenarkan puluhan ribu kanak-kanak Iraq untuk hidup sempurna? Bagaimana dengan janji-janji ketika mahu menjatuhkan Sadam Hussin dulu untuk menarik semua pasukan tentera kita di semenanjung Arab? Lagipun, cubalah ulangi perkara ini dengan lantangnya, kalaulah kita tepati semua janji itu, setiap tuntutan Osama Laden dapat ditunaikan.

Memang seronok membaca kandungan sepenuhnya ucapan penuh Osama Laden ketika membuat tuntutan selepas serangan Menara Dagang Dunia seperti yang dibuat dalam rakaman video beliau. Osama Laden telah bertutur dalam Bahasa Arab, dalam satu hal yang perlu diterjemahkan dalam bahasa inggeris, betapa 'negara kita (Islam) telah menanggung aib selama 80 tahun, ..' dan merujuk kepada 'ketika pedang kita menjangkau Amerika selepas 80 tahun...'. Osama Laden mungkin bersikap zalim, ganas, bengis, ataupun berhati syaitan, tetapi dia sungguh pintar. Saya fikir dia telah merujuk secara khusus kepada Perjanjian Sevres 1920, tulisan kuasa sekutu yang menang, yang telah berjaya menumpaskan Empayar Ottoman dan selepas 600 tahun berjaya memansuhkan sistem bersultan dan khalifah, sekaligus menghancurkan juga impian perpaduan Arab. Seorang professor Amerika Professor James Robbins, kerap dapat mengecam pembantu khas Osama Laden, bernama Ayman Zawahri - pernah bercakap di dalam gua 11 hari dulu yang telahpun dirakamkan videonya, betapa pertubuhan Al-Qaeda 'tidak merelakan berulangnya tragedi Andalusia di Palestin.' Andalusia? Memang, kemelut Andalusia telah mengakhiri kerajaan Islam di Sepanyol pada 1492.

Kita boleh menabur janji-manis di mana kita suka. Tetapi, orang Timur Tengah mempunyai ingatan yang lebih panjang. Pada pertengahan 90-an, saya kerap memasuki kedai buku di Algeria. Di kawasan tigasegi Bentalha, ratusan manusia yang tidak berdosa telah disembelih oleh kumpulan Islam - mungkin juga oleh pasukan tentera kerajaan - yang kebanyakannya telah berjuang di Afghanistan memerangi Russia. Saya memasuki kedai itu untuk mencari buku mengenai Islam, budaya Islam sejarah Islam dan ajaran al-Kuran. Semuanya ada di situ. Di bahagian para yang besar, itu juga bentuk bukunya. Tetapi di kedai buku Kaherah, saya akan menjumpai buku mengenai sains nuklear, kejuruteraan kimia, aeronotik, kajian biologi dan sebagainya.

Buku teks penerbangan tentu buat waktu kini, membawa kiasan yang baru pula. Begitu juga buku mengenai kajian biologi. Saya mengsyaki, alasan kenapa semua itu disangsikan mempunyai kaitan kepada sejarah Arab yang diaibkan. Masyarakat Arab merupakan golongan yang terawal di kalangan ahli sains di permulaan millenium kedua. Ketika itulah kumpulan Kristian - satu lagi bahan tumpuan Osama Laden, - baru sahaja cuba melepasi dunia kebengongan mereka mengenali dunia Islam. Jadi, sejak beberapa dekad yang lalu, ketika fahaman kita mengenai Arab itu terlalu terpaut kepada kekayaan minyak - yang memaut pula satu kumpulan Arab yang mudah disogok, dan kebanyakannya masih mundur kehidupannya, yang menunggukan sumbangan bantuan kita. Ramai antara mereka yang mengemukakan soalan yang wajar mengenai sejarah dulu dan masa depan mereka, mengenai agama dan sains, mengenai - seperti yang saya syaki - apakah Tuhan dan teknologi itu merupakan sebahagian daripada dunia yang sama.

Kita tidak pernah dihantui pemikiran dan soalan yang serupa ini. Kita hanya terus memberikan sokongan kepada diktator Islam di dunia ini - terutama di Timur Tengah - sebagai ganjaran kepada keakraban persahabatan mereka dan janji kosong kita untuk membetulkan sejarah ketidak-adilan mereka semua.

Kita telah merelakan diktator yang bersubahat dengan kita untuk mencekik parti komunis dan sosialis mereka. Kita tidak memberikan peluang kepada penduduk negara ini untuk mengamalkan sistem pembangkang kecuali melalui agama. Kita telah membuat kerja memperlekehkan seolah olah mereka itu adalah haiwan - Imam KHOMEINI, Abu Nidal, Gaddaffi, Arafat, Saddam Hussein dan Osama Laden, tanpa mahu mempersoalkan rakaman sejarah itu. Kemudian kita membuat janji-janji manis lagi. Saya masih ingat bagaimana Presiden Carter dan Reagan, membuat janji kepada kumpulan Mujahidin Afghan. Perangilah Russia dan kami akan bantu anda pula. Barulah ada bantuan untuk membaiki ekonomi Afghanistan. Itulah janji membaikkan ekonomi Afghanistan serupa dengan janji memperbaiki ekonomi Pakistan yang baru sangat dijanjikan oleh Amerika. Itulah juga janjinya yang telah diberikan kepada rakyat Saudi, Palestin, Uzbeks dan siapa lagi? Sebetulnya, sebaik sahaja Russia berundur, pada 1989, tidak adapun secebis bantuan ekonomi yang ditunaikan.

Tetapi, pada tahun lalu, ada seorang presiden bernama Clinton yang telah berjanji membantu Pakistan seandainya sanggup menolak Osama bin Laden. Sedangkan perbuatannya itu samalah dengan memberikan ingatan kepada orang Pakistan betapa 'sejarah mereka menunggukan janji itu tertunai adalah sama panjangnnya dengan jarak jauh sungai Indus.'

Saya amat takut sekarang ini, kalaulah kita tidak menghormati sejarah, kita tidak akan memahami masalah ketidak-adilan. Kita hanya memadatkan sifat ketidak-adilan itu, setelah lama sangat culas dalam hal itu. Itulah ketikanya kita menyuap dan merasuah sekutu kita dengan janji-janji manis yang bersifat mempunyai kepentingan sejarahnya, seperti resolusi penubuhan Palestin, Kashmir, Timur Tengah yang bebas daripada ancaman senjata perang, kemerdekaan Arab, satu nirwana dunia ekonomi - kerana kita sedang berperang. Kerana itu kita beritahu apa yang mereka mahu dengar dan janjikan apa juga yang mereka mahu kita berjanji,- apa sahaja, untuk membolehkan kita menggunakan ruang angkasa raya mereka dalam usaha kita 'memerangi keganasan.'

Itulah kiasannya apabila Jeneral Powell berjanji mahu menyelesaikan masalah Kashmir setelah Jeneral Musharraf merayu agar dibantutkan peperangan itu, sedangkan pesawat pejuang terus mengaum angkasa Afghanistan daripada pangkalan Peshawar.



Janji-janji Manis:

1915 TE Lawrence menjanjikan kemerdekaan Arab sebagai balasan sokongan mereka melalui Sheriff Hussayn;

1917 Dalam satu surat daripada Arthur Balfour kepada Lionel Rothchild menjanjikan tanah air Yahudi di Palestin.

1944 Presiden Roosevelt menjanjikan Raja Ibn Saud bahawa Palestin tidak akan dipinggirkan.

1979-90 Presiden Carter dan Reagan berjanji membangunkan Afghanistan kalau mereka bersetuju menghalau
Russia.

1991 George Bush Senior menjanjikan rantau aman di Timur Tengah kalau Arab menyokong peperangan Teluk.

2001 Tony Blair meyakinkan Yasser Arafat akan iltizam Britain untuk 'penubuhan negara Palestin' yang merangkumi Israel.

Tamat.

Terjemahan: SPAR

Asal: KM2 6153