Laman Webantu   KM2: 6157 File Size: 5.0 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 361: IUK - Apabila Yg Tidak Berdosa Disembelih Dengan Kejam...
By Robert Fisk

17/10/2001 11:25 am Wed

http://argument.independent.co.uk/commentators/story.jsp?story=99519


15 Oktober, 2001.

Apabila Yang Tidak Berdosa Disembelih Dengan Kejam, MERPERKUATKAN Tanggapan Inilah Peperangan Memusuhi Islam

(Slaughter of the innocent bolsters view that this is war against Islam)

Oleh: Robert Fisk

Di Baghdad dulu, terdapat satu kubu perlindungan yang telah kita musnahkan dan mengorbankan lebih 300 nyawa. Di Kosovo, kita telah mencincang lumat satu barisan pelarian dengan bom. Kini di Afghanistan, sebuah kampung bernama Karam sudah menjadi bahan kerja jijik kita membunuh secara beramai-ramai.

Memanglah, tiba masanya untuk mengulang kembali perkataan purba yang berbunyi 'menyesal'. Kita kesal dengan pengeboman kubu perlindungan di Baghdad dulu, dan kita memang rasa menyesal kerana tersalah tembak satu barisan pelarian di Kesovo dulu. Kini kita kesali pengguguran bom yang tersilap sasaran pada malam Jumaat di Kabul. Inilah kisah pengiriman peluru berpandu yang membunuh empat petugas PBB di Pejabat Pemusnah Jerangkap Samar Isnin lalu; dan apa juga musibah yang mengena Karam.

Itulah ceritanya yang sama sahaja. Kita mulakan dengan menembak senjata 'pintar' selepas para wartawan dan para penglima tentera menceritakan kisah kecanggihannya. Sidang akhbar mereka menunjukkan gambar-gambar landasan kapal terbang yang tidakpun berlubang di permukaannya. 'Inilah malam penuh kejayaan,' kata mereka, selepas menggugurkan bom di Serbia.

Itu juga yang mereka ulangi minggu lalu, sehinggalah kita orang awam - memberikan cadangan betapa berperang itu akan menyebabkan kematian yang tidak berdosa. Inilah yang terjadi. Itu sebabnya pihak tentera mencipta satu frasa yang menjijikkan berbunyi ' bencana gadaian' (collateral damage). Mereka juga memang bersedia membohong para pemberita di bumi. Pada mulanya, Nato mendakwa pesawatnya tidak menyembelih konboi pelarian pada April 1999 dulu. Apabila kami terjumpa serpihan bom yang digunakan mempunyai tandanama Amerika, mereka pun mengubah pendirian.

Sekarang mereka cetuskan lagu baru seperti ini: 'Kalau kami bunuh pihak yang tidak berdosa, kami rasa menyesal dengan tindakan itu. Tetapi, kenapakah para wartawan berpisah daripada penyelia Serb dan lihat benda lain di Kosovo' Kita mungkin disoal sekali lagi, kerana pembabitan kita dalam satu episod bersejarah yang di Britain dianggap Perang Afghan Keempat. Apakah yang dibuat oleh para wartawan memberikan bantuan untuk menyelamatkan Osama Laden dan kumpulan perompaknya?

Cuma ada satu perbezaan besar kali ini. Pada 1991 dulu, kita memang mempunyai satu pakatan negara Islam yang menyebelahi kita. Pada 1999, kita bersikap buas terhadap kumpulan Serb sehingkan kematian ramai masyarakat yang tidak berdosa dapat ditunjukkan sebagai kezaliman Solobodan Mlosevic. Lagipun, secara teorinya ketika itu kita sedang mencuba menyelamatkan masyarakat Islam Albania.

Kita tidak dapat nafikan adanya panglima yang tongong kali ini menyebut kemusnahan Karam adalah disebabkan kesilapan Osama Laden. Inilah pendapat bodoh yang tidak dapat menukarkan fikiran ratusan ribu umat Islam yang masih marah dengan serangan di Afghanistan.

Inilah masalahnya. Di setiap negara di Timur Tengah, termasuk Lebanon yang begitu tinggi toleransinya, keraguan bahawa ini adalah satu peperangan memusuhi Islam, memang sudah lama membengkak.

Itu sebabnya ramai pemimpin Arab diam membisu dan kerajaan Saudi enggan membantu. Ini juga sebabnya kelmarin, ramai penunjuk perasaan yang mahu menyerang sebuah pangkalan udara Pakistan yang membolehkan askar Amerika menggunakannya untuk membakarnya juga.

Maka terdedahlah satu anjakan pemikiran orang Arab terhadap jenayah memerangi keinsanan di New York dan Washington. Ini yang menjadi satu anjakan sasaran yang merunsingkan apabila mereka mengutuk kezaliman di Amerika itu tanpa mengambil-kira respons orang Amerika - dan mengutuk respons itu tanpa mengambil-kira segala kengerian dan bencana kezaliman yang terjadi di seberang lautan Atlantik.

Kini, dunia Islam dapat melihat bagaimana ummat Islam yang tidak berdosa dibom hingga mati oleh serangan udara ke atas Afghanistan. Kalaulah bencana di Karam itu sama dahsyatnya dengan dakwaan kumpulan Taliban, segala kata-kata Blair yang menafikan bahawa inilah dia peperangan agama akan kecundang begitu sahaja.

Perdana Menteri kini mampu mengimbau bagaimanakah satu mazhab yang memecahkan TV dan menggantung tali pita di pokok itu mampu menggunakan TV dan video untuk menyebarkan propaganda mereka.

Tamat.

Terjemahan: SPAR

Asal: KM2 6137