Laman Webantu   KM2: 6139 File Size: 7.5 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 358: Amerika Diancam Serangan 'Hiroshima'
By Hugh Dougherty

16/10/2001 2:12 pm Tue

Newscom Australia


Amerika Diancam Serangan 'Hiroshima'

(Threat of 'Hiroshima' on America)

Oleh: Hugh Dougherty

Agensi Siasatan Pusat Amerika (CIA) telah memintas satu hantaran berita daripada seorang ahli Al-Qaeda yang menggembar-gemburkan rencana pelancaran serangan 'ala-Hiroshima' di Amerika.

Utusan itu, yang dilakukan tahun lalu telah menyebut Osama bin Laden, yang merupakan orang yang tertuduh utama dalam serangan ngeri pada September 11, telah merancang melakukan satu serangan ala-serangan Hirsohima. Serangan bentuk ini adalah meniru pengguguran bom atom pada 1945 ke atas Pelabuhan Hiroshima, yang membunuh lebih 200,000 manusia.

Namun setelah dilakukan pencarian untuk mendapatkan bahan bukti apa yang tersorok di sebalik utusan itu, para perisik Amerika telah menghadapi jalan buntu kerana tidak mendapat sebarang kiasan akan berlakunya serangan pada September 11 itu. Demikian yang dilaporkan oleh The New York Times, semalam.

Dalam satu lagi siasatan yang membabitkan kisah serangan ganas itu, pegawai Amerika yang terlibat kini mencari jawapan apakah ketua kumpulan perampas pesawat, Mohammaed Atta bukan sahaja mengepalai serangan tersebut, malahan telah merancang rencana operasi itu.

Kumpulan Al-Qaeda pimpinan Osama Laden itu menguruskan latihan dan bantuan kewangan kepada kumpulan Islam yang cergas (fanatik?) dan membiarkan mereka membuat perancangan sendiri. Siasatan mendalam cara kumpulan itu bergiat cergas memberikan satu teori baru kepada para penyiasat cara-mana serangan itu telah dirancang.

Para pegawai Amerika telah memberitahu The New York Times besar kemungkinannya Atta pernah mengemukakan rancangannya untuk menyerang secara serangan rela-mati bersekutu itu kepada Osama Laden, yang kemudiannya memberikan restunya.

Kemudian, Osama Laden memberikan sumbangan dana dan sokongan logistik, dan segala perutusan antara para panglima Al-Qaeda dengan Atta diuruskan melalui orang perantaraan.

Kini para penyiasat sedang bertungkus-lumus memperakukan teori itu, sedangkan pada 1998, pengeboman berganda terhadap kedutaan Amerika di Kenya, Nairobi dan Daressalam, Tanzania beberapa orang pemberi maklumat dan saksi telah datang membantu.

'Sebahagian besar sebabnya siasatan ini amat menyulitkan ialah disebabkan semua pelakon utama telah turut mati sama,' kata seorang pegawai Amerika.

'Ketika kedutaan diledakkan dulu, terdapat beberapa penangkapan dibuat terhadap saksi-saksi utama.'

'Mereka telah membuat pengakuan, memberikan nama orang lain. Tetapi, kini kita tidakpun mempunyai peluang serupa itu.'

Tidak ada sebarang bahan bukti yang menunjukkan orang-orang kuat Osama Laden pernah mengembara ke Amerika ataupun Eropah untuk menyelia serangan itu.

Para penyiasat percaya serangan 11 September itu telah diselia sendiri oleh Osama Laden dan tiga orang panglimanya.

Mereka ialah Muhammed Atef, yang dipercayai seorang yang telah dipilih sendiri oleh Osama Laden untuk menggantikannya dan bertanggungjawab dengan latihan ketenteraan di khemah Al-Qaeda. Kemudian ialah Ayman al-Zawahiri, ketua kumpulan Jihad Islamia Mesir, yang dianggap bertanggungjawab juga dengan latihan di khemah latihan Al-Qaeda. Yang lagi seorang ialah Abu Zubaydah, ketua 'urusan hal ehwal luar' yang bertanggungjawab dengan hal ehwal propaganda dan kewangan.

Sementara itu, dengan bertiupnya berita serangan darat Amerika, para pejuang Taliban sedang melengkapkan para penyokong mereka di kawasan sempadan dan memerintahkan rakyat biasa untuk keluar meninggalkan bandar dan desa di kawasan itu. Demikian laporan para penduduk dan pegawai Pakistan, kelmarin.

Penduduk yang menghuni kawasan di sepanjang sempadan Pakistan telah memberitahu betapa Taliban telah menyudahkan longkang pertempuran yang dalam dan memperkasakan kedudukan mereka di bahagian Afghan sepanjang sempadan itu.

Pasukan Ketenteraan Sempadan Pakistan (Pakistan Frontier Corps) turut juga menggali parit untuk kegunaan mereka di sepanjang kaki bukit yang mengawasi perjalanan di kawasan sempadan itu.

Tamat

Terjemahan: SPAR.




Asal:

http://news.com.au/common/story_page/0,4057,3049520%255E2,00.html

Threat of 'Hiroshima' on America

Hugh Dougherty in New York
15oct01

THE US Central Intelligence Agency intercepted a message from an Al-Qaeda member boasting of plans to carry out a "Hiroshima" on America.

The message, last year, said Osama bin Laden, the terror suspect in September 11 attacks on the US, was planning to carry out an attack like Hiroshima, a reference to the 1945 atomic bomb dropped on the Japanese port which killed more than 200,000 people.

But in spite of a frenzied search for evidence of what the message meant, American spies drew a blank and had no idea of the plans being laid for the September 11 attacks, The New York Times newspaper reported yesterday.

In another development in the investigation into the terror strikes, American officials are now examining whether hijack ringleader Mohammed Atta not only led the attacks but also came up with the daring plot.

Bin Laden's Al-Qaeda organisation works by giving training and cash to fanatical Muslim groups and letting them pursue their own plans. The insight into how the group works has given investigators a new theory of how the attacks were planned.

American officials told the New York Times it was possible Atta took his plan for co-ordinated suicide hijackings to bin Laden, who approved the plot.

Bin Laden then provided cash and logistical support, while messages between Al-Qaeda commanders and Atta were passed through intermediaries.

But investigators are struggling to confirm their theory, whereas in the 1998 twin bombings of the American embassies in Kenyan capital Nairobi and Tanzanian capital Dar-es-Salaam, informers and witnesses were found.

"Part of what is so hard is that so many of the key players are dead," a US official said.

"With the embassy bombings, there were key arrests.

"They made confessions, named names. We don't have anything like that."

There has also been no evidence found that any of bin Laden's key henchmen travelled to the US or Europe to co-ordinate the attacks.

Investigators believe the September 11 strikes were overseen by bin Laden's three lieutenants.

They are Muhammed Atef, believed to be bin Laden's hand-picked successor and the man with responsibility for terrorist and military training within Al-Qaeda. Ayman al-Zawahiri, the head of Egyptian Islamic Jihad, and the man thought to be in charge of military operations inside Al-Qaeda is one of the other three. The final lieutenant is Abu Zubaydah, head of "external affairs", responsible for Al-Qaeda's propaganda and finance wings.

Meanwhile, girding for a US ground attack, Afghanistan's Taliban fighters are arming supporters along both sides of the border and ordering people to evacuate towns and villages in the area, residents and Pakistani officials said yesterday.

Villagers who live along Pakistan's border said the Taliban have dug trenches and fortified positions along the Afghan side of the frontier.

Pakistan's Frontier Corps also was digging its own trenches on the low, drab hills that overlook the road to the border.