Laman Webantu   KM2: 6134 File Size: 5.5 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 357: IUK - Banyakkah Berubah Bila Landasan Kandahar Berlobang Dan Merekah?
By Robert Fisk

15/10/2001 10:52 am Mon

http://www.independent.co.uk/story.jsp?story=99416

14 Oktober, 2001


Banyakkah Berubah Bila Landasan Kandahar Berlobang Dan Merekah?

(Will a few holes in the runaway of Kandahar airport make a difference?)

Oleh: Robert Fisk

Alangkah baiknya hati orang Amerika menghentikan pengeboman pada hari Jumaat? Apakah itu yang mereka lakukan sempena isyrak dan Mi'raj? Bagaimana pada bulan Ramadhan?

Jangan anggap soalan ini semua satu sindiran. Saya baru teringatkan satu kisah - apabila Jeneral Richard Myers menghormati rakyat Islam di Afghanistan dengan menghentikan serangan pada hari Jumaat - apakah peperangan kali ini satu tindakan yang serius ataupun tidak? Apakah yang kita fikirkan ketika menghebohkan kasih sayang kita kepada Islam ketika kerja mengebom Afghanistan itu dilaksanakan.

Ini bukannya kali pertama kita membodohkan diri sendiri. Ketika memulakan serangan keatas Afghanistan kita telah melancarkan 'Kosovo mode' (menyerang bertubi kali) Seperti diberitahu, kita merancang menyerang tembakan daripada bumi arah angkasa, pusat arahan dan pusat pengawalan kerana mahu meguasai semuanya untuk menentukan 'kekuasaan ruang udara.' Kita tidak perlu mengingatkan begtapa Taliban telah membawa Afghanistan memasukki zaman jahiliah dulu, sehinggakan sekitar 20 buah pesawat MIG-21 mereka yang ada itu tidak pun mampu terbang di udara. Ataupun apakah mereka tahu perbezaan antara pusat pemerintah dan pusat kawalan dan bakul sampah. Hanya dalam beberapa jam minggu lalu, kita telah menukarkan Taliban menjadi orang Serbs.

Memang benar, kita telah mengebom khemah Osama bin Laden, kerana tidak siapa yang mampu menafikannya. Memang tidak sukar mengesan lokasi setiap khemah itu kerana kebanyakannya dulu dibina dengan bantuan CIA, ketika Osama bin Laden dan penyokongnya adalah orang yang baik-baik - walaupun perkara ini sudah tidak menjadi kenyataan yang benar lagi apabila para panglima tentera memberitahu apa yang telah mereka musnahkan.

Tetapi apakah kita benar-benar yakin dengan menebuk lubang sebesar kawah di landasan lapangan terbang Kandahar akan membawa banyak kesan ketenteraan terhadap orang yang memusnahkan peti TV dan menggantung pita vedeo di dahan pokok? Apakah gelagat memusnahkan simpanan minyak akan menegah lelaki berjambang dan berjanggut daripada menembak kita di kaki gunung? Kalaulah manusia yang sama ganasnya daripaa Pakatan Utara berjaya mara dan menaklukki Kabul, apakah kita akan membenarkan mereka mengulang cara hidup lama meliwat dan merompak dengan dahsyat? Apakah kita akan menghantar askar Amerika dan British untuk merampas kotaraya - seperti yang dilakukan olah Russia pada 1980 dulu - dan keluar untuk membiarkan banjaran gunung dihuni oleh kumpulan yang ganas itu?

Kita telah gembar-gemburkan Ketumbukan Pergunungan (Mountain Division), yang sedang menunggu di Uzbekistan. Tetapi menunggu apa? Kalau ada pun taktik ketenteraan yang masuk akal dan mungkin berjaya kita lakukan - ialah kalau kita masih ingat lagi untuk menghambat Osama Laden, bukannya memusnahkan lagi segala tembok yang sudah kehancuran di Afghanistan. Ini bererti kita akan mencincang lumat setiap ceruk negara itu, dalam missi kita satu per satu. Tetapi, sesiapa yang pernah menjejakkan kaki melihat keadaan Afghanistan tentu sedar betapa besar dan sulitnya tugas ini. Satu penjalanan menerusi Banjaran Kabul yang memaparkan puncak gunung yang tegak meninggi, dan sungai yang beku dan tidak mengalir lagi, memberikan gambaran betapa pasukan Mountain Division itu akan menghabiskan masa di situ meraba-raba dan merangkak jalannya di antara ketulan batu yang dahsyat keadaannnya.

Menunggukan semua itu, satu bencana kemanusian sudah pasti akan tiba. Mampukah askar kita meneruskan perjalanan merentasi pelusuk desa yang dipenuhi manusia yang lapar dahaga, membebaskan manusia yang hidupnya penuh huru-hara, sambil mengagehkan bekalan makanan kepada mereka sambil bertanya mana letaknya Osama Laden dan para penyokongnya. Bagaimanakh kita boleh tumpukan kerja-kerja pembelaan kepada tragedi negeri September 11 dulu, sedangkan ribuan rakyat Afghan meraung agar mereka diselamatkan.

Seandainya kita berjaya mengesan Osama Laden dan orang-orangnya, apakah kita akan membiarkan orang Afghan hidup merempat seperti keadaan kedaifan mereka, mereput dan melarat sambil dihantui jerangkap samar yang lama berkarat? Hanya masa yang akan menentukan sebelum pemimpin agama di Pakistan mencemuh Barat kerana bertanggungjawab terhadap tragedi kemanusiann yang akan berlaku - dan yang menyedihkan ialah mereka memang tidak salah meramalkan perkara itu.

Saya masih bingung dengan apa yang dikatakan oleh Presiden Bush minggu yang lalu, betapa peperangan ini akan memakan masa satu minggu, berbulan, mungkin juga satu dekad lamanya. Saya masih memikirkan berapa ramaikah orang Afghan yang akan bernyawa dalam masa sepuluh tahun lagi yang akan menghargai kehormatan yang diberikan kerana kita tidak menyerang apabila hari Jumaat datang menjelang.

Tamat

Terjemahan: SPAR

Asal: KM2 6133