Laman Webantu   KM2: 6130 File Size: 7.9 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 354: TimesUK - Tentera Russia Bersedia Menyerang Kabul
By Vanora Bennet

15/10/2001 9:52 am Mon

Times UK

Tentera Russia Bersedia Menyerang Kabul

(Russian Troops Set To Raid Kabul Without approval)

Oleh: Vanora Bennet

Moscow 11 Oktober, - Angkatan tentera Russia bersama pasukan pakar teknikal mereka, yang berpakaian seragam celoreng tanpa sebarang lencana pengenalan, telah masuk secara rahsia menyusupi bumi Afghanistan dan sedang menunggu bersama-sama pasukan Pakatan Utara, untuk arahan menyerang Kabul. Demikian mengikut laporan seorang pengamat ketenteraan Russia yang terkenal.

'Dua minggu lalu, Russia telah melancarkan perang di rantau orang tanpa kelulusan parlimen seperti yang dimestikan oleh Perlembagaan, demikian yang ditulis oleh Pavel Felgengauer dalam akhbar Moscow Weekly. Sebagai seorang pengulas yang disegani, beliau melaporkan betapa angkatan perang Russia itu dilengkapi oleh 'Russian 201st motor-rifle diivision' yang berpangkalan di Tajikistan, yang bersempadan dengan Afghanistan. Jumlah kekuatan anggota telah ditambah daripada 7,500 askar kepada 8,000 orang. Sambil memetik maklumat yang diperolehinya daripada sumber ketenteraan, dia menulis bahawa pasukan anti-pesawat terbang dan tentera meriam telahpun menceroboh masuk Afghanistan.

Mr. Felgengauer telah menyebut Alexei Arbatov, daripada jawatankuasa pertahanan parlimen yang berkata bahwa pasukan Russia itu dihantar memasuki Afghanistan dengan kereta kebal yang terbaru untuk dibekalkan kepada pasukan Pakatan Utara Afghanistan. Mr. Arbatov telah dipetik sebagai menyebut akan kerunsingannya bahawa serangan Amerika terhadap Taliban itu tidak akan kekal lama, dan ini akan menyebabkan Russia 'terdedah kepada satu barisan musuh yang baru pula.'

Cerita ini menyanggah setiap laporan kenyataan terbuka yang dibuat oleh kementerian pertahanan Russia sejak negara itu menawarkan bantuan menyokong Washington memerangi keganasan. Pada hari Isnin, menteri pertahanan Mr. Sergei Ivanov, telah mengulangi satu kenyataan bahawa tentera Russia tidak akan memasuki lagi Afghanistan. Malahan seorang jurucakap kementerian pertahanan telahpun menafikan laporan Mr. Felgengauer.

Dua tahun dulu, askar Russia telah mengejutkan pasukan sekutu Barat apabila ia menguasai lapangan terbang Pristina ketika Nato giat mengawal Kosovo pada 1990. Nampaknya Moscow yang semakin merasa tidak tenang, mahu menunjukkan kemampuan angkatan bersenjatanya lebih pantas daripada pasukan tentera Barat.

Kini, Russia adalah lebih mesra dengan barat. Ini menunjukkan Russia kurang berkemungkinan bersaing dengan Washington untuk berlumba-lumba siapa dulu yang akan berada di Kabul dan menguasainya. Lagipun, pengalaman selama 10 tahun di Afghanistan yang berakhir dengan episod yang kecundang itu, pasukan angkatan tentera Russia masih lagi menanggung aib penyakit 'Alahan Afghan'. Presiden Vladimir Putin telah mengusahakan satu kempen menenangkan pihak yang kegusaran betapa sikapnya menyokong tindakan sejagat memerangi keganasan tidak akan bererti dia akan mengirim askar Russia untuk mati di pergunungan sebelah selatan negaranya.

Moscow telah berjanji untuk membekalkan alat kelengkapan perang kepada Pakatan Utara. Tetapi, Mr. Felgengauer berkata Moscow telah memungkiri janji itu dengan hanya menghantar satu pasukan tentera yang kecil untuk memberi sokongan kepada tentera Pakatan Utara. Seandainya pihak Taliban menyerang sekarang ini, puak Pakatan Utara akan menghilangkan diri mereka di pergunungan dan membiarkan askar Russia terdedah untuk ditangkap oleh Taliban.

Inilah yang terjadi dalam operasi tentera Russia pada 1994. Ketika itu satu operasi ketenteraan setengah-masak telah mencetuskan Perang Russia di Chechnya. Pemandu kereta kebal Russia yang telah dikirimkan secara rahsia untuk membantu puak Chechen yang pro-Mosow telah menyerang kumpulan pemisah dan berakhir dengan mereka tertangkap oleh puak Chechnya. Moscow telah bertindak menafikan pembabitannya dalam operasi yang kecundang itu, dan bertegas bahawa yang ditangkap itu adalah banduan Russia yang berkhidmat sebagai askar upahan.

'Kalaulah pakar-pakar kami telah ditangkap oleh Afghanistan, apakah Moscow akan menuduh mereka sebagai askar telah lari dan tidak memperakui mereka seperti yang dilakukan pada 1994 dulu, atau mulakan satu perundingan membayar wang tebusan untuk membebaskan mereka'' demikian soalan yang dikemukakan oleh Mr. Felgengauer.

Tamat

Terjemahan: SPAR.




Asal:

http://www.thetimes.co.uk/article/0,,2001350005-2001352971,00.html


THURSDAY OCTOBER 11 2001

Russian forces 'already in action'

FROM VANORA BENNETT IN MOSCOW

RUSSIAN troops and technical experts, wearing camouflage but no identifying badges, have secretly entered Afghanistan and are waiting with the anti-Taleban Northern Alliance for orders to attack Kabul, according to a prominent Moscow military analyst.

?Two weeks ago . . . Russia effectively went to war on foreign territory without the parliamentary approval demanded by the Constitution,? Pavel Felgengauer wrote in the weekly Moscow News.

Mr Felgengauer, a usually authoritative commentator, said that the strength of the Russian 201st motor-rifle division stationed in Tajikistan, on the border with Afghanistan, had been increased from 7,500 to more than 8,000 men. Quoting informed military sources, he said anti-aircraft and artillery units from the division had penetrated Afghanistan.

Mr Felgengauer also quoted Alexei Arbatov, of Russia?s parliamentary defence committee, as saying that Russian technical experts were being sent into Afghanistan with the latest supplies of tanks for the Northern Alliance. He said Mr Arbatov was worried that US attacks on the Taleban might not last long, leaving those Russians ?face-to-face with a new enemy?.

The story contradicts every public statement made by the Defence Ministry since Russia first offered to help Washington to fight terrorism. On Monday, Sergei Ivanov, the Defence Minister, repeated that Russian troops would never again fight inside Afghanistan. A Defence Ministry spokesman denied Mr Felgengauer?s story yesterday.

Two years ago, however, Russian troops startled Western allies by grabbing control of Pristina airport during Nato?s 1999 operation in Kosovo. An insecure Moscow apparently wanted to prove that its Armed Forces were quicker off the mark than the West?s.

Russia today is closer to the West, making it less likely that Moscow would want to compete with Washington over who got to Kabul first and after a disastrous ten-year engagement in Afghanistan, the Russian military still suffers from ?Afghan allergy?.

President Putin has made a point of reassuring nervous compatriots that his backing for international action against terrorism will never mean sending Russians to die in the dusty southern mountains.

Moscow has openly pledged military hardware to the Northern Alliance. But Mr Felgengauer said Moscow had broken its public promise by sending in small numbers of troops to beef up the alliance.

If the Taleban counter-attack now, Mr Felgengauer said, alliance guerrillas could easily vanish into the hills, but Russians would be left to face capture.

This happened during a bungled Russian military operation in 1994 that sparked Russia?s war in Chechnya. Russian tank drivers who had been secretly sent to help pro-Moscow Chechens attack separatists fell into enemy hands. Moscow promptly denied involvement with the botched operation, and insisted that the Russian prisoners must be mercenaries.

?If our specialists are taken prisoner in Afghanistan, will Moscow call them deserters and disown them as it did in 1994, or start negotiating to ransom them?? Mr Felgengauer said.