Laman Webantu   KM2: 6128 File Size: 9.1 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 352: IUK: Kenapa Osama Laden ditabalkan menjadi wira Palestin?
By Said Ghazali

15/10/2001 9:24 am Mon

http://www.independent.co.uk/story.jsp?story=98779


Independent, UK

Kenapa Osama Laden ditabalkan menjadi wira Palestin?

(Why bin Laden is hailed as the hero of Palestine)

Oleh Said Ghazali

Di bandar Nablus di Tebing Barat, Ali al-Masri ialah seorang pekedai yang sudah 72 tahun umurnya.. Dia bercadang untuk menggantung gambar potret Osama bin Laden, manusia yang paling dikehendakki di dunia, pada dinding kedainya. Ketika Iyad Musnar,seorangtukang kayu berusia 28 tahun, terlihatkan Osama mengutuk AS di kaca TV, dia menjadi seronok dan melaungkan 'Allahu Akbar'. Amani Khader, seorang anak perempuan berusia 10 tahun kepada seorang pemimpin tempatan, berkata dia mencintai Osama Laden semacam ayahnya sendiri.

Inilah beberapa suara baru yang berkemundang di persekitran Tebing Barat itu sejak beberapa hari yang lalu. Tiba-tiba kami diberikan seorang 'pejuang' di jalanan Palestin, dan beliau ialah seorang insan yang dipercayai oleh Barat yang telah membunuh 6,000 orang.

Saya memang percaya kepada kemampuan pejuang pembebasan satu ketika dulu. Pada sekitar 1950-an dulu kami percayakan Gamal Nasser. Dia memberitahu, kami akan dapat semula tanah kami. Tetapi pada 1967, Israel menakluki Tebing Barat dan Gaza, sehinggalah ke hari ini.

Kemudian muncul Yasser Arafat. Saya pernah mempercayainya juga - sehingga saya dipenjarakan selama 18 bulan pada 1974 kerana menganggotai Fatah, pergerakan utama beliau. Dia juga telah membuat kenyataan yang hebat-hebat mengenai membebaskan tanahair kami. Yang kami terima hanyalah bermacam bentuk kegagalan, walaupun dia kerap mengatakan semua itu adalah kemenangan. Di bawah pimpinannya kami pernah kehilangan sekitar 20,000 ahli masyarakat Palestin yang terkorban dalam episod pembunuhan beramai-ramai 'Black September 1970'. Tiga belas tahun kemudiannya, kami telah dinyah keluar daripada Beirut selepas menyaksikan kehancuran Lebanon.

Pada 1993, Arafat menandatangani Perjanjian Oslo, menyetujui syarat-syarat di mana kami tidak lagi mempunyai kuasa mengawal sempadan, bekalan air, ekonomi, dan juga ruang udara. Akhirnya, 'pejuang kebebasan terunggul' kami ini mempunyai satu tugas tunggal untuk mengawal rakyatnya, menggunakan pasukan polis beliau menentukan keselamatan orang Israel.

Orang Palestin pernah juga mengkagumi Saddam Hussin, betepuk tangan kerana kebodohan apabila peluru berpandu Scud merejam Israel pada 1991. Ramai rakyat Palestin yang sudah semakin dingin terhadap beliau. Kerana itu dia selalu menghantar orang kepercayaannya dengan bekalan wang untuk menderma keluarga mereka yang mati di tangan Israel. Tetapi harinya sebagai seorang wira kami sudah lama berlalu.

Kini golongan cerdik pandai Palestin sudah mula berkata bahawa pejuang kebebasan yang sebenar ialah George Bush kerana beliau memerangi keganasan dan menjanjikan sebuah negara bebas untuk kami. Tetapi Bush ialah sahabat yang paling rapat dengan Israel. Tidak menjadi satu kehairanan kerana itu, setelah berlakunya pelbagai kekecewaan itu, ada segelintir orang Palestin yang telah berpihak menyebelahi Osama bin Laden.

Masyarakat Palestin akan terus menentang peperangan mengganyang Afghanistan, kerana menganggapnya sebagai semata-mata mempunahkan orang awam. Memang yang dimangsakan itu tidakpun bertanggungjawab kepada serangan 11 September. Orang biasa memberikan sokongan mereka kepada Osama bin laden bukan kerana mereka menyetujui pembunuhan 6,000 orang awam, tetapi kerana mereka mengongsi semangat anti-Israel, dan sentimen anti-Amerika.

Seperti ummat Islam yang lain, rakyat Palestin menentang kehadiran askar-askar Amerika di semenanjung Arab. Mereka mengkagumi Osama Laden kerana sebagai seorang jutawan dia lebih selesa membuat pilihan pahit memperlekehkan Amerika dan barat.

Memberikan sokongan kepadanya tidak membawa erti seseorang itu menyetujui keganasan, walaupun ramai yang masih bengang dengan makna keganasan itu sebenarnya. Kenapakah Iraq, Iran, Syria, Hizbollah, 'Islamic Jihad' mesti diberi cop sebagai pengganas, sedangkan Israel dikecualikan?

Orang Palestin sudahpun memperakukan insan ini sebagai wira mereka kerana mereka percaya dia akan menghukum kuasa-besar paling berkuasa di dunia, sebuah negara yang telah membantu Israel untuk terus membuatkan kami hidup sengsara. Orang Palestin percaya wira baru mereka ini akan membebaskan Palestin.

Satu hari yang lalu saya telah mendekati salah seorang anggota polis yang ditubuhkan oleh Arafat. Beliau baru sahaja selesai menyuraikan tunjuk perasaan pelajar sekaolah di Nablus yang menentang pengeboman Amerika dan menyokong Osama bin Laden. 'Apa pendapat anda mengenai Osama Laden?' saya tanya pegawai itu. 'Dia adalah manusia yang terhebat di dunia ini. Dia adalah penyelamat kita.' Kalau begitu, saya tanya dia lagi, kenapa anda bertindak ganas terhadap para penyokongnnya? 'Saya mengikut perintah,' jawabnya; 'Allah tetap akan datang membantu.'

- Said Ghazali menetap di Palestin.

Terjemahan oleh SPAR.




Asal:

Said Ghazali: Why bin Laden is hailed as the hero of Palestine

11 October 2001

In the West Bank city of Nablus, Ali al Masri, a 72-year-old shopkeeper, says he plans to hang a picture of Osama bin Laden, the world's most wanted man, on his wall. When Iyad Musmar, a 28-year-old carpenter, saw the Saudi dissident on TV lambasting the US, he was delighted and cried out "Allahu Akbar" - "God is great". Amani Khader, the 10-year-old daughter of a local politician, says she now loves bin Laden like a father.

These are just a few of the voices to rise out of the desperate landscape of the West Bank in the past few days. Suddenly we have a new "saviour" on the streets of Palestine, and it is a man who, the West believes, murdered at least 6,000 people.

I believed in saviours once. In the 1950s we believed in Gamal Nasser. He told us we would get our land back. But then came 1967 and the Israeli occupation of the West Bank and Gaza, which continues to this day.

Then there was Yasser Arafat. I used to believe in him, too - enough to spend 18 months in jail in 1974 for joining Fatah, his mainstream movement. He also made grand statements about liberating the homeland. All we got was a string of failures, although he always claimed them as victories. Under him we lost 20,000 people in Jordan during the Black September massacres of 1970. Thirteen years later we were kicked out of Beirut, leaving Lebanon in ruins. In 1993 he signed the Oslo accords, endorsing a deal under which we would have no control over our borders, water, economy, or skies. In the end, our "great liberator's" only job would be to keep his people in line, using his police forces to provide security for the Israelis.

Palestinians used to applaud Saddam Hussein, clapping stupidly as his Scud missiles flew into Israel in 1991. Many Palestinians have begun to feel more ambivalent about him. So now he sends his emissaries with sacks of money to support the families of those killed by Israel. But his days as our hero are past.

Now the Palestinian intelligentsia is saying that the true new saviour is George Bush who is fighting terrorism and promising a state for us. But Bush is the closest ally of Israel. Little surprise then, after all these disappointments, that some have turned to bin Laden.

Palestinians will always oppose the war against Afghanistan, seeing it as an assault mostly on civilians. These victims are not responsible for the September 11 attacks. On the streets people support bin Laden not because they approve of the killing of 6,000 civilians, but because they share his anti-Israeli, anti-American sentiments.

Palestinians, like other Muslims, also oppose the presence of American soldiers in the Arab peninsula. They also admire bin Laden as a millionaire who has preferred to take the harshest choice in defying America and the West.

Supporting him does not mean endorsing terrorism, although many wonder what terrorism means. Are Iraq, Iran, Syria, Hizbollah, Hamas, Islamic Jihad to be branded terrorists, and not Israel?

Palestinians have made this man their new hero because they believe he is going to punish the greatest superpower in the world, a country that has helped Israel to keep us living in permanent misery, and will liberate Palestine.

The other day I approached one of Yasser Arafat's policemen who had just finished dispersing students marching in Nablus in protest against the American bombers and in solidarity with Osama bin Laden. What do you think of bin Laden, I asked the officer? "He is the greatest man in the world. He is our Messiah." So why, I asked, do you act so brutally against his supporters? "I have bad orders," came the reply, "But God will help."

The author is a freelance journalist living in Palestine