Laman Webantu   KM2: 6122 File Size: 16.5 Kb *

| KM2 Index |


TimesUK: Minyak, Israel dan Keganasan
By TimesUK

13/10/2001 11:18 am Sat

http://www.thetimes.co.uk/article/0,,56-2001353957,00.html

Minyak, Israel dan Keganasan

(Oil, Israel, terror)

Kesibukan Tony Blair menjelajah dunia Arab baru-baru ini memberikan gambaran betapa taksubnya beliau dengan anggapan bahawa Barat mesti berkerja kuat untuk memenangi perlumbaan menambat pemikiran dunia Islam. Dia yakin Britian amat sesuai menjalankan kerja-kerja memberikan penjelasan, kepada para pendengar yang selalunya bersikap anti-Amerika dan tidak memahami kenapa kumpulan pengganas mesti diganyang dan dihapuskan.

Sasaran utamanya memberi penekanan bahawasanya keganasan Islam itu mesti dibanteras dalam usahanya menegakkan satu halangan kebencian dan ketakutan antara dunia Islam dan Barat, dan konflik ini seharusnya tidak disalah-tafsirkan sebagai satu peperangan agama tetapi sebagai satu pertembungan kuasa yang dilancarkan oleh musuh kesenangan dan kedamaian di kalangan masyarakat mereka sendiri dan juga di negara-negara Barat. Dia amat ghairah memberikan jaminan kepada kumpulan pemimpin dan rakyat biasa akan niat baik Britain dan Amerika, dalam usaha mereka mengembalikan kebaikan daripada keburukan yang telah terjadi, dan sebagai balasannya mahukan kerjasama mereka untuk turut menghambat dan memusnahkan jaringan keganasan itu.

Mr. Blair memang sesuai membuat kerja-kerja semacam ini. Masalahnya dia menghadapi masalah kedegilan yang membantu. Tindakan kerajaan Saudi tidak sanggup menerima kunjungan seorang perdana menteri Britain adalah satu lambang kemenangan kepada Osama bin Laden - satu kemenangan yang tidak seberapa, yang bersifat tidak bijak dan tidak sepatutnya diberikan kepada musuh ketat mereka oleh Istana Saudi. Sikap menyejukkan al-Qaeda ataupun sebarang jaringan sekutu mereka, terutama sekali oleh pemimpin Islam yang takut dicop sebagai 'penderhaka' kepada Islam, akan memanjangkan konflik yang keluar meliar pada September 11, dan akan membahayakan lagi kumpulan Islam dan Barat. Sepatutnya fenomena itu sudah lama dapat dirasakan kemungkinan penjelmaannya oleh kumpulan elit Arab yang paling mementingkan diri sendiri. Sayangnya, perkara itu belum menjadi perhatian mereka.

Kewaspadaan Arab Saudi itu memang selari dengan sikap tradisinya memberikan ruang luas kepada kumpulan militan beragama, baik di negara sendiri ataupun di luar negara. Inilah sikap yang kini melantun balik bahananya, dan juga menghantui Barat. Kuasa mutlak Warga Istana Saud, berdasarkan dua tiang seri fahaman dan satu andaian. Tiang seri fahaman mereka itu ialah politik Barat dan sokongan ketenteraan, dan kesetiaan puak Wahabi yang mementingkan ajaran dan fahaman agama mereka. Andaiannya terletak kepada amalan turun-temurun betapa mereka adalah 'khadam-penjaga' dua daripada tiga kota paling suci dalam peradaban Islam. Osama Laden telah mengeluarkan pendapat bahawa andaian itu tidak boleh diambil-kira dan ramai orang Arab yang bersetuju dengannnya. Dia tidak akan senang-hati selagi kumpulan 'kufur' tentera Amerika tidak keluar dari bumi Arab Saudi. Sedangkan tanpa perlindungan Barat itu, regim yang ada sudah tentu hidup kurang selesa. Rencana menjatuhkan regim itu dan menggantikannya dengan satu pentadbrian yang mencontohi pentadbiran sistem khalifah adalah menjadi tujuan utama dan menepati harapan Osama Laden.

Amalan biasa pemerintahan Saudi yang membeli kesetiaan sudah tidak berfungsi lagi gara-gara bahana hutang negara yang menggunung tinggi. Inilah yang memberikan sedikit kemudahan kepada Barat, setidak-tidaknya dari segi menafikan kemewahan dana yang telah disalurkan kepada kumpulan pengganas Islam. Mengikut taksiran Amerika, ada sekitar 369 pertubuhan pengganas di dunia ini, di mana 126 kumpulan itu merupakan kumpulan Islam yang giat mengganyang kerajaan mereka. Beberapa yayasan 'peribadi' Saudi, kebanyakannya warga istana, telah aktif selama bertahun lamanya membiayai satu kumpulan yang besar di kalangan pertubuhan 'ganas' itu. Mereka juga membiayai sekolah agama yang kerap merupakan pusat pendidikan untuk masyarakat yang miskin. Kebanyakan sekolah (surau/madarasah) ini merupakan pusat indroktinasi yang mendidik anak muda yang tidak ada pekerjaan tetapi mempunyai semangat perjuangan yang disebut oleh barat sebagai 'religious hatred' (kebencian berunsur keagamaan). Ada antaranya menjadi khemah latihan ketenteraan Islam. Wang Saudi telah membiayai al-Qaeda, dan khemah Taleban di Pakistan dan Afghanistan. Sekitar 10,000 graduan khemah ini, merupakan sukarelawan yang dikatakan sudahpun pulang ke tanahair mereka. Mereka ini dikatakan berpeleseran dengan kumpulan yang menganggur dan kumpulan pemuda yang berfikiran radikal, yang memilih Osama Laden sebagai wira mereka.

Kerelaan negara membiarkan sifat keganasan ini, yang telah menyumbang kepada satucorak naungannya itu, boleh menjadi sama bahayanya dengan kegiatan yang ditaja oleh kerajaan. Arab Saudi seharusnya diberitahu bahawa peristiwa September 11, tidak memberikan mereka banyak pilihan; dan mereka tidak seharusnya meneruskan memberi kesetiaan semata-mata untuk menentukan keadaan yang menjamin ketenangan. Perkara ini tidak boleh dimaafkan dan tidak mungkin dibiarkan berterusan. Perkara ini mesti dihentikan. Kalaulah perkara ini dapat disedari untuk kepentingan semua, adalah lebih baik lagi. Tetapi, Arab Saudi tidak mahu mendengar perkara sebenarnya.

Dilema yang menghantui Barat menunjukkan satu masalah yang lebih luas lagi. Barat mungkin beranggapan ia melancarkan satu usaha yang baik, tetapi terpaksa mendapatkan sokongan sekutu yang terdiri daripada kumpulan regim yang sungguh tidak digemari oleh dunia sejagat. Kebanyakan regim ini yang telah melahirkan kumpulan pengganas gara-gara kegagalan mereka menumpukan perbelanjaan terhadap pendidikan yang sempurna, kepintaran dan peluang ekonomi untuk mereka. Barat mempunyai satu rancangan jangka panjang yang mahukan beberapa kerajaan ini mengurangkan pembaziran mereka dan mengawal kebuasan kumpulan elit mereka, sama ada mengikut ajaran Islam ataupun sebaliknya.

Britain dan Amerika sedar, kalaulah mereka mahu membasmi keganasan itu di bahagian akar-umbinya, mereka terpaksa menangani masalah politik dan budaya yang kini menghantui dunia Arab. Itulah juga pesanan Mr. Blair sepanjang minggu ini.

Namun, dari segi jangka pendek, segala keutamaan itu memang berbeza. Barat mungkin berhadapan dengan masalah meminta regim yang sungguh ganas menjadi lebih ganas lagi, lebih dahsyat lagi menangani masalah jaringan pengganas, yang dalam kesah Saudi, telah sengaja dijinakkan dulu dan kini dianggap sebagai satu bahaya yang besar. Tindakan Saudi menyentap Mr. Blair adalah satu pertanda bahawa dalam beberapa bulan yang mendatang, Amerika dan Britain akan menghadapi banyak kesulitannya di Timur Tengah. Mereka juga akan dihantui kebencian yang membuak lebih dahsyat berbanding dulu-dulu. Matlamat jangka pendek Arab dan barat mungkin tidak mencapai kata sepakat disebabkan perbalahan yang berpanjangan, dan kepentingan jangka panjang akan terdedah untuk menunjukkan perbezaannya. Pihak bersekutu mungkin dapat memenangi hati golongan intelek Islam tetapi dijangka kecundang dalam memenangi hati orang yang memberontak jalanan. Besar kemungkinannya mereka turut tersilap mempercayai bahawa sebahagian besar umat Islam akan terkejut apabila mengetahui matlamat Al-Qaeda yang sebenarnya.

Pada keseluruhannya, seandainya pertembungan yang tidak dapat dielakkan ini terus berpanjangan untuk bertahun lamanya tanpa satu rumusan yang jelas, kesannya nanti akan mendedahkan muslihat menemukan dua keutamaan Barat yang tidak bertulis di Timur Tengah. Satu, mendapatkan kemudahan bekalan minyak di rantau Teluk, dan menentukan kewujudan Israel mengikut sempadan yang selamat.

Di Israel, kereputan keadaan semakin tidak dapat dielakkan, kerana kumpulan 'pengganas' seperti hamas- yang diongkosi oleh Riyadh - akan menjadi lebih berani, dan tidak ada sebarang inisiatif diplomatik yang berjaya melepasi ugutan sabotaj mereka. Untuk tempoh sederhana, Barat akan terus menyokong Yassir Arafat dengan bantuan ketenteraan terhadap kumpulan ini - dan sebagai balasan kerana memperkuatakan desakan terhadap Israel agar berundur daripada keseluruhan Tebing Barat dan penempatan baru. Semua ini merupakan satu proses menghidupkan semula inisiatif Oslo yang terbantut tahun lalu dalam persidangan perdamaian di Kem David.

Akan tetapi, Barat perlu berterus terang bagaimana mahu menangani semua ini. Mereka tidak bersetuju dengan tahap pertama. Kehadiran Amerika Syarikat di rantau ini tidak akan meredakan keadaan, bahkan akan memburukkan semuanya. Pengaruhnya tidak lagi hebat seperti dulu, malahan akan berkurang lagi. Regim seperti Saudi akan menjadi lebih terdesak dan bercelaru. Serangan yang dilakukan terhadap Amerika bukannya bertujuan membunuh ribuan manusia, tetapi adalah bersifat memprovokasi agar tercetus perang antara Barat dan Islam, mengusir keluar AS daripada Timur Tengah dan menghancurkan Israel.

Barat memang terdaya mengalahkan segala ugutan itu; ia tidak ada upaya memeranginya di setiap medan perempuran pada satu masa yang sama.


Tamat

Terjemahan: SPAR




Asal:

FRIDAY OCTOBER 12 2001

Oil, Israel, terror

The trouble when two priorities become three

Tony Blair's latest foray into the Arab world reflects his conviction that the West must fight and win the battle for Muslim public opinion. Britain, he believes, is particularly well suited to the task of explaining, to audiences that will often be both anti-American and uninformed, why terrorists have to be confronted and quashed.

His theme is that Islamic terrorism must be thwarted in its goal of erecting a barrier of hate and fear between the Muslim and Western worlds, and that this conflict should be understood not as a war of religion but as a power struggle launched by enemies of prosperity and civil peace in their own societies as well as those of the West. He is anxious in particular to assure both rulers and publics of British and American good faith, of their determination to bring good out of evil in return for their co-operation in pursuing and grinding down the networks of terror.

This is the sort of thing Mr Blair does very well. But it is stony ground. The Saudi decision not even to receive a British Prime Minister was a small victory for Osama bin Laden - a victory timidly, unwisely and unnecessarily handed to their most implacable enemy by the House of Saud. The appeasement of al-Qaeda or any of its allied networks, most especially by Muslim rulers fearful of being branded ?traitors? to Islam, will prolong the conflict unleashed on September 11 and add to its dangers for Muslims as well as the West. That ought by now to be apparent even to the most self-deluding of Arab elites. But it is not.

Saudi Arabia?s caution is in line with its long habit of giving a free hand to religious militancy, at home and abroad. That habit has come home to haunt it - and to haunt the West. The authority of the House of Saud rests on two main pillars and one assumption. The pillars are Western political and military support and the loyalty of the deeply puritanical Wahhabi tribe; the assumption is that they are owed respect as the hereditary guardians of two of Islam?s three holiest shrines. Bin Laden has declared the assumption to be invalid and many Arabs agree. He will not rest until the ?infidel? US troops are driven from Arabian soil and, without Western protection, the regime would be gravely at risk. Its overthrow and replacement by a Taleban-like medieval caliphate is a primary and explicit bin Laden aim.

The traditional Saudi response, which is to purchase loyalty, is no longer sustainable because the kingdom is deeply in debt. That gives the West some modest leverage, at least on the question of depriving Islamist terrorism of funds. Of the 369 terrorist organisations that, on American estimates, exist worldwide, 126 are in the Islamic world and most of them are active mainly against their own governments. ?Private? Saudi foundations, mostly royal, have for many years bankrolled a disturbingly high proportion of them. They have also financed religious schools which are often the only education available to the poor. Many of these ?schools? are indoctrination centres from which jobless youths emerge brimming with religious hatred. Some are terrorist boot camps; Saudi money financed al-Qaeda and Taleban camps in Pakistan and Afghanistan; some 10,000 Saudi graduates of these camps, volunteers for jihad, are now thought to have returned to the kingdom. They mix with unemployed and increasingly radicalised youths for whom bin Laden is a hero.

State toleration of terror, which is what this pattern of patronage has amounted to, can be as dangerous as state sponsorship. Saudi Arabia has to be told that September 11 has left them no choice; they can no longer hope to buy these people off for the sake of a quiet life. It will not be excused; and it will not work. It must stop. If that can be phrased in terms of a common interest, so much the better. But the Saudis do not want to be told the truth.

The West?s dilemmas over Riyadh illustrate in particularly acute form a wider problem. The West may be fighting the good fight, but it is forced to court as allies in this struggle some of the most reactionary and unpopular regimes around, regimes which give terrorists purchase by their failures to provide proper education, skills and economic opportunities. The West?s long-term goals must be to persuade these governments to lower the barriers of privilege and to curb the bad behaviour of their elites, both Islamic and ?unIslamic?. Both Britain and America are acutely aware that if they are to crush the roots of terrorism, they must deal with the political and cultural troubles that blight the Arab world. That was Mr Blair?s message this week.

Yet in the short term, the priorities are quite different. The West may find itself demanding that already repressive regimes become more repressive, more ruthless in rooting out networks which, in the Saudi case, they have fostered to their now considerable peril. The Saudi snub to Mr Blair was an indication that in the coming months America and Britain will have a rough time in the Middle East. They may also find themselves more hated in the region than they have ever been. Western and Arab short-term goals may not mesh and in the course of heated disputes, long-term interests may appear to diverge. The allies may win over Muslim intellectuals but stay on the losing side in the battle for the streets; it is even possible that they are mistaken in believing that the great mass of Muslims would be horrified if they knew what al-Qaeda?s real goals were.

Above all, and particularly if this unavoidable struggle continues for years without clear-cut results, it may expose the unspoken difficulties of reconciling the West?s two fundamental priorities in the Middle East, secure access to the Gulf?s oil, and Israel?s existence within secure borders. In Israel, deterioration is almost inevitable at this phase; terrorist groups such as Hamas - supported by Riyadh - will be at their most confident; no diplomatic initiative has much hope of surviving their sabotage. In the medium term, the West may find itself giving Yassir Arafat active military support against these groups - in return for putting enormous pressure on Israel to withdraw from virtually all the West Bank and its settlements there in a revival of some version of the Oslo process that reached a dead end last year at Camp David.

But first the West has to get to the point where it can deal with these things. They are not for phase one. The US presence in the region, far from being reduced, is going to be increased. Its influence will be less, not more, discreet. Regimes such as Saudi Arabia?s will be more nervous, not less. The attacks on America aimed not just to kill thousands of people but to provoke war between the West and Islam, drive the US out of the Middle East and destroy Israel. The West can defeat all these threats; it cannot fight on every front at once.