Laman Webantu   KM2: 6112 File Size: 6.6 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 349: IslamOnline: B2 - Sahabat Yang Menjadi Seteru
By Omer bin Abdullah

12/10/2001 1:50 am Fri


http://www.islam-online.net/English/Views/2001/10/article1.shtml

02/10/2001


Sahabat Yang Menjadi Seteru

(From Friend to Foe)

Oleh: Omer bin Abdullah

Bahagian Dua:


Kedudukan Pakistan Yang Berbahaya

Ramai orang Pakistan bersetuju bahawa kebanyakan pemimpin Taliban itu adalah hasil keluaran institusi yang kurang matang dalam fahaman mereka terhadap Islam yang dianuti juga oleh rakyat Pakisan dan lebih satu bilion ummah di dunia ini. Pemahaman mereka kepada semangat sebenar ajaran Islam adalah masih bercelaru, sehinggakan ramai yang masih keliru mengenai pengajaran, kesabaran dan keadilan yang diamalkan di Medina oleh junjungan Nabi Mohammad (SAW)

Inilah yang membuatkan Presiden Pakistan Jeneral Pervez Musharraf mempunyai hubungan yang kelamkabut dengan puak Taliban. Beberapa hari selepas berlakunya serangan ganas di Amerika, Musharraf telah mengejutkan PBB apabila beliau menghantarkan utusan takziah (balasangkawa) kepada Mulah Omar yang sedang meratapi kematian timbalannya, Mullah Mohammaed Rabbani. Dalam utusannya itu Musharraf menyatakan betapa Rabbani merupakan 'sahabat setia Pakistan.' Kemudian, dia merenggangkan dirinya daripada Taliban, sambil memberitahu majalah 'Herald' yang diterbitkan setiap minggu, 'Mereka memang bebas dan ganas.' Musharraf juga menyebut bahawa 99 persen negara Afghan sudah dijadikan 'bahan tebusan' oleh pelampau beragama yang merupakan hanya setakat satu persen penduduk negara.

Kalaulah kenyataan Mir itu dapat diterima-pakai, ini bererti Taliban sudah terpasak mengikut pendirian Pakistan bahawa di sebalik ketokohan keIslaman mereka itu, mereka enggan menyokong satu pergerakan anti-China (salah satu daripada tiga faktor dalam agenda yang direncanakan), sedangkan itulah yang diamalkan oleh Pakistan.

Mir berpendapat bahawa Taliban bukannya satu kumpulan oportunis, dan disebalik banyak kesilapan dan kedunguan, pihak Taliban sudahpun menjadi benteng pertahanan antara Pakistan dan China. Mengikut Mir lagi, ada satu pertubuhan Saudi yang menginginkan sokongan Taliban untuk memusuhi China. Apabila difikirkan dakwaan pengaruh Osama bin Laden dan kebenciannya kepada fahaman komunisme, ada memikirkan usaha itu mudah diatur. Tetapi, Taliban telah menolaknya.

Ketika berucap kepada rakyat Pakistan memberikan penjelasan kenapa dia menerima permintaan Amerika untuk menyokog mereka, Musharraf berkara: 'INDIA mahu menentukan seandainya dan apabila berlaku satu perubahan kepada kerajaan Afghanistan, kerajaan itu mestilah yang bersikap anti-Pakistan.'

David Rohde daripada New York Times (September 25, 2001) telah berkata: 'Apabila pegawai Pakatan Utara berpura-pura menunjukkan muka berani mereka, memang banyak kesangsian terhadap daya ketenteraan mereka. Pakatan itu mendakwa mempunyai 15,000 askar, tetapi pegawai Russia menghitung setakat 5,000 sahaja. Mereka mendakwa menguasai 15% kawasan utara, tetapi taksiran Russia menyebut 5% sahaja.'

Rohde menambah; 'Pakatan itu pernah dituduh kerana kegiatan pengedaran dadah dan perdagangan senjata dan pencemaran hak asasi manusia, termasuk pembunuhan gila-gila, membakar rumah kediaman dan merompak. Sasaran utama mereka ialah Pashtun, yang mendasari sokongan Taliban.' Tuduhan yang sama memang ada juga diarahkan terhadap kumpulan Taliban.

Seandainya siasatan Pakistan itu diterima-pakai betapa pasukan Pakatan Utara (yang juga dikenali sebagai United Front) mempunyai antara 8,000 hingga 10,000 askar bersenjata, kekutaan tentera mereka itu begitu terhad sehingga dalam banyak keadaan mereka tidak akan mampu menyingkirkan Taliban daripada Kabul. Beberapa lapuran media British ada menyebut pembabitan pasukan khas British yang berjuang bersama angkatan perang Pakatan Utara itu telah menggerunkan Pakistan. Rakyat Pakistan menjadi takut apabila mengetahui musuh yang mereka tentang itu sedang bergerak daripada utara, dengan sokongan aktif daripada India pula.

Ramai rakyat Pakistan merasa tergugat dengan perkembangan yang ada, terutama sekali dengan kemungkinan Taliban dijatuhkan dan diganti oleh kerajaan Pakatan Utara, yang disebut oleh banyak pihak mengingini penubuhan satu kerajaan yang dianggotai pelbagai pihak. Pakatan Utara memang sudah lama disokong oleh Iran dan Russia yang sudah semakin terdesak. Moscow menyokong Pakatan Utara itu kerana ia membenci gelagat Taliban yang menentang penaklukan Republik Chechnya oleh Russia. Iran menentang Taliban kerana keengganan mereka menerima-pakai ajaran Shia.

Mengikut beberapa lapuran daripada Pakistan, ada satu persidangan antara menteri di ibukota Tajik, Dushanbe, yang turut dihadiri oleh perwakilan India yang berunding dengan Republik Asia Tengah itu, yang mengongsi sempadannya dengan Afghanistan dan Iran. India telah diwakili oleh seorang wakil yang tidak-lain-tidak-bukan timbalan menteri halehwal luar Omar Abdullah. Beliau ini ialah anak lelaki kepada Farouq Abdullah, ketua menteri boneka belaan wilayah jajahan India - Kashmir. Satu mesyuarat susulan persidangan di Dushanbe itu telah dihadiri pula oleh pegganti (arwah) Ahmad Shah Massoud, Jeneral Mohammad Fahim dan menteri luar Pakaan Utara, Abdullah Abdullah.

Lt. Gen.(B) Salahuddin Tirmizi, bekas komander tentera dan pengetua National Defense College dilapurkan telah berkata: strategi ketenteraan Pakistan tidak mampu berjiran dengan sebuah kerajaan Afghanistan yang tidak mesra dengannya. Inilah nanti yang memaksa satu anjakan penting dalam penempatan bala tentera Pakistan. Beliau berpendapat sebarang kiasan wujudnya dominasi Pakatan Utara dalam penubuhan kerajaan Afghanistan yang baru akan menyulitkan kedudukan Pakistan.

Itu sebabnya, Pakistan mencari satu penyelesaian strategi untuk mengekalkan satu regim yang boleh mesra dengannya di utara itu supaya keseluruhan tumpuannya dapat disasarkan kepada India. Usaha mewujudkan 'strategi yang mendalam' itu bukannya merupakan satu sikap berundur, tetapi ia merupakan satu strategi untuk memudahkan penggembelingan bala tenteranya hanya kepada satu sempadan sahaja.


Tamat

Terjemahan: SPAR-MT

Asal: KM2 6110