Laman Webantu   KM2: 6111 File Size: 9.7 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 348: IslamOnline: B1 - Sahabat Yang Menjadi Seteru
By Omer bin Abdullah

12/10/2001 1:49 am Fri

http://www.islam-online.net/English/Views/2001/10/article1.shtml

02/10/2001


Sahabat Yang Menjadi Seteru

(From Friend to Foe)

Oleh: Omer bin Abdullah

Bahagian Satu:

Pada 1848, Lord Palmerston, yang kemudiannya menjadi perdana menteri England, telah memberitahu Dewan Rakyat (House of Commons): 'Kita tidak mempunyai sahabat yang berkekalan dan kita tidak mempunyai musuh secara berterusan, dan itulah kepentingan yang perlu dipatuhi.'

Hamid Mir, editor 'Ausaf' sebuah akhbar harian berbahagsa Urdu yang berpengaruh di Pakistan, pernah menulis dalam 'The Federal Times' (Lahor, Pakistan) satu kisah pada bulan Oktober 1995. Pada waktu itu sebuah syarikat minyak, UNOCAL, yang berpusat di California telah mendatangani satu perjanjian protokol dengan kerajaan Turkmenistan untuk menjalankan pencarian dan pembinaan satu saluran paip minyak menghala ke Pakistan dan melalui wilayah Afghan.

Apabila Taliban berjaya menakluki Kabul, timbalan presiden Unocal, Christopher Taggart, telah membuat kenyataan betapa dia 'menganggap pergolakan itu positif.'Dia menambah seandainya Amerika mencontohi gelagagt Pakistan menjalin hubungan baik denan Taliban, tentulah banyak peluang dagang untuk mereka. Robert Oakley, bekas Duta Amerika di Pakistan, telah disara khidmatnya oleh Unical untuk melobi hal ini dan beliau telah bergerak antara Washington dan Islamabad menjalankan tugasnya yang sungguh aktif.

Dennis Kux, seorang diplomat kanan yang sudah bersara dan pernah berkhidmat di rantau itu ada menulis satu buku: 'The United States and Pakistan 1947-2000-Dischanted Allies (The Johns Hopkins University Press,2001). Beliau telah menulis dan memberitahu bahawa pada bulan Oktober 1995 juga, seorang menteri dalam negeri di bawah pemerintahan perdana menteri Benazir Bhutto; Major General (B) Naseerullah Khan Babar, telah mengepalai satu konvoi trak-trak daripada Quetta menuju Turkmenistan, melalui Kandahar dan Heart. Turut serta perjalanan konvoi itu ialah beberapa pegawai diplomat termasuk Duta Amerika di Pakisan John Monjo. Kux menambah betapa Jabatan Negara (Amerika) 'tidakpun merasa tertekan' apabila Taliban menakluki Kabul, dan beliau menulis betapa Jabatan Negara mengangap kedamaian di Afghanistan mampu meningkatkan peluang mendirikan satu projek besar memasang saluran paip gas yang membabitkan satu konsortium yang dipimpin oleh Unocal, sebuah syarikat minyak yang mahu menyalurkan gas yang digali daripada Turkmen kepada India dan Pakistan.

Mirtelah menulis bagaimana Bhutto telah menceritakan kepadanya beberapa hari selepas pemecatan beliau pada November 6, 1996. Benazir menyebut bagaimana Duta Amerika di Islamabad Thomas W.Simons telah tidak menyenangi Benazir kerana puak Taliban enggan menyetujui permintaan Unocal. Pada November 16, 1996, penolong setiausaha negeri Robin Raphael telah berdebat di satu persidangan PBB mengenai Afghanistan di New York. Pada waktu itu beliau telah membangkitkan kewujudan Taliban yang dianggapnya satu pergerakan yang masih purba sikapnya dan menganggap dasar Taliban itu yang mempunyai unsur pelampauan (extremism) dan paling mudah untuk menjinakkan mereka ialah secara berhadapan dengan mereka. Robin kemudiannya pergi ke Kandahar dan berjumpa dengan beberapa pegawai tinggi Taliban, tetapi dasar bersemuka itu gagal juga kerana Taliban sudah pun menandatangani satu MOU (Memorandum of Understanding: Memo Persefahaman) dengan BRIDAS, sebuah syarikat minyak Argentina, untuk memajukan projek saluran paip gas tersebut.

Mir telah melapurkan bagaimana Babar, pernah menyoal tujuannya mengkritik Taliban. Mir menjawab bahawa dalam pertemuannya yang pertama kali dengan ketua Taliban - Mulla Omar, beliau tidak pun sedar betapa Amerika bercadang membiayai saluran paip gas itu kerana apa yang dia faham (selama itu) bahawa segala sokongan yang mereka terima diberikan oleh Pakistan. Mir telah mengetahui betapa 'Amerika mempunyai satu agenda yang mengandungi tiga perkara khusus untuk Taliban. Satu, mereka (Amerika) mahu menggunakan Taliban untuk mengadu dumba mereka melawan Iran. Dua, mereka mahu mempengaruhi Taliban untuk bersetuju mengizinkan pembukaan khemah perlindungan dan markas latihandi Afghanistan untuk kumpulan mujahidin UYGHUR daripada wilayah Xiniang di China. Tiga, Amerika mahu mengusahakan satu projek pembinaan saluran gas daripada Turkmenistan sampai Pakisan melalui Afghanistan. Walaupun demikian, Mir berpendapat bahawa dia sudah merasakan yang Amerika biol itu tidak akan berjaya mencapai waima satu sasaran pun kerana Taliban bukannya satu kumpulan manusia yang mudah akur dengan arahan yang ditujukan kepada mereka.


Kux telah menulis betapa Babar telah mewujudkan satu bahagian khas memantau Afghanistan di kementerian dalam negeri untuk memberikan bantuan kordinasi dengan pihak Taliban. Cara Mir mempertikaikan gelagat Babar itu menunjukkan pihak Taliban menerima sokongan regim Benazir Bhutto dan telah mendapat sokongan besar daripada suami perdana menteri itu menikmati perlbagai urusan dagang. Tentulah sesuatu yang menyeronokkan kalau ada siasatan dibuat untuk mengetehui berapakah komisen yang dibalun oleh Asif Ali Zardari, suami Benazir itu.

Mir berpendapat, Mullah Omar amat yakin bahawa Amerika tidakpun berminat dengan Osama bin Laden dan matlamat mereka sebenarnya ialah untuk menegakkan sebuah kerajaan pilihan mereka di Kabul, yang boleh memberikan Amerika kuasa mengawal semua pergerakan yang menggunakan jalan yang menghubungi Asia Tengah. Justru, Umar dapat merasakan betapa Amerika sengaja mahu mencetuskan pelbagai halangan, bukan sahaja kepada Pakistan dan China, tetapi juga kepada Iran.

Ahmed Rashid yang menulis satu buku bertajuk: Taliban: Militant Islam, Oil dan Fundamentalism inCentral Asia (Yale University Press; March 2000) pernah menulis mengenai persaingan Unocal/Bridas berkaitan politik kawasan simpanan gas asli dan saluran paip di Asia Tengah.

Humayurn Gauhar pernah menulis dalam Nation, (Sept.23) dan berkata: 'CIA telah menyemai bibit-baka (Taliban) dalam rahim ISI (Pakistan's Inter-Services Intelligence) sementara pasukan perisikan Saudi telah memainkan peranan seorang bidannya. Taliban telah diprogram supaya wujud laksana duri yang mencucuk Iran kerana Iran memang berhasrat mahu menyatupadukan Afghanistan. Sebaliknya, semua kumpulan yang telah dirasuk oleh pelbagai ideologi dan ajran agama, telah berpisah dan berpaling tadah memerangi pencipta mereka.'

Mir menambah, hanya setelah projek yang bernilai lapan bilion dollar itu gagal dimulakan, barulah Amerika mencetuskan isu besar membabitkan nama Osama bin Laden, meminta beliau ditarik-keluar yang ditentang oleh Taliban, sambil memberi ingatan bahawa mereka sudah membesar menjadi satu kekuatan yang bebas merdeka.

Frnaz Schurmann, dalam tulisannya, 'Afghanistan's Taliban Rebels Blend Islam dan Maoism' (Pacific News Service, Sept.30,1996) menyatakan; 'Adalah satu ironis Washington telah menunjukkan kegembiraan terhadap kemenangan Taliban itu dengan penuh senang hati, kerana alasan utamanya ialah Taliban mempunyai sikap membenci yang mendalam terhadap Iran.'

Di samping itu pasukan Pakatan Utara adalah merupakan satu kumpulan yang disokong oleh Iran, Russia, INDIA, Turki, dan banyak lagi, termasuklah seorang panglima perang Afghan yang pro-komunis General Rashid Dostum.

Pakistan telah mengambil tindakan utnuk mempertahakan kepentingannya, terutama sekali setelah melihat pakatan rapat antara bekas presiden Afghanistan (1992-1996) Burhanuddin Rabbani dan India, Russia dan Iran yang mengimbangi pengaruh Pakistan. Di sebalik lakonan Pakatan Utara untuk santapan dunia, pucuk pimpinannya kerap mendapatkan campurtangan Pakisan dalam menaja dialog (dalaman) intra-Afghan.

Perjanjian Damai Islamabad (Islamabad Accord) telah ditandatangani oleh semua pihak Afghan pada 1993, dan masih menjadi satu testimoni kepada iltizam Islamabad untuk menegakakn keamanan secara usaha sama sendiri, di Afghanistan. Mengikut perjanjian ini makanya Sibghatullah Mujadidi, telah dilantik sebagai seorang presiden di Kabul dan dia dapat bertahan selama enam bulan. Akan tetapi, apabila beliau enggan mengosongkan takhta untuk menyerahkan jawatan presiden kepada Rabbani, Pakistan telah bertindak mengusirnya untuk melepaskan jawatan itu

Mir telah merakamkan, apabila tempoh kuasanya berakhir, Rabbani juga tidak bersedia melepaskan jawatannya (sebab dia kena penyakit diktator reput UMNO, Malaysia!)

Rabbani telah mencemari perjanjian awalnya dan enggan turun, khabrnya setelah dihasut oleh Washington dan Moscow. Ini disusuli serangan terhadap kedutaan Pakistan di Kabul yang diiringi oleh keengganan Rabbani melaksanakan Perjanjian Damai Islamabad itu. Inilah yang memaksa Pakistan berpaling kepada Taliban untuk menyokong pergerakan itu, sedangkan sebelum itu Taliban digunakan oleh orang Pakistan sebagai pengawal keselamatan, menjaga perdagangan mereka di sepanjang jalan perdagangan menuju Asia Tengah daripada dirasuk puak-puak yang merompak.

....bersambung....

Terjemahan: SPAR-MT

Asal: KM2 6110