Laman Webantu   KM2: 6108 File Size: 10.8 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 346: NOW - Bush Pujuk Semula N/Islam Yg Biayai Keganasan
By Johan Bacher

12/10/2001 12:57 am Fri

[Catatan Penterjemah: Setiap orang Islam harus membaca artikel siri NOW ini secara terbuka walaupun terdapat tohmahan bahawa kerajaan Iran itu adalah kerajaan diktator dan sebagainya. Kita perlukan maklumat dan pengetahuan yang tersirat dalam setiap penulisan orang Barat. Perkataan 'pengganas' dalam artikel ini adalah juga manusia dan kumpulan yang sama yang diberikan iktiraf 'pejuang kebebasan' oleh puak lain - penterjemah]


Bush Pujuk Semula Negara Islam Yang Biayai Keganasan

(Bush woos the same Muslim states funding terrorism)

Oleh: Johan Bacher

Apalah dihairankan kalau sebahagian besar kegiatan Osama bin Laden telah dibiayai oleh segelintir diktator yang memang menentang Amerika Syarikat secara terbuka: Iraq, Sudan, dan Iran. Tetapi tidak ramai yang sedar betapa dana yang terlibat dalam operasi seperti itu tidak berbaloi jumlahnya. Yang lebih memeranjatkan ialah sebahagian besar wang yang membiayai pertumbuhan fundamentalisme ini datang daripada 'sekutu' Amerika yang terbabit dalam peperangan yang sedang bergolak kini: Pakistan, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi. Osama bin Laden sudah tentu ketawa besar ketika pergi ke bank.

Diktator tersebut, yang menguasai sebahagian besar bekalan minyak yang rendah harganya, telah menyalurkan berjuta - malahan ada yang menyebut berbilion dollar - banyaknya wang ke dalam tabung derma dan pertubuhan yang menyokong pengembangan fahaman Wahabbi. Fahaman Islam yang dianggap istimewa ini telah bermula di abad ke-18 dulu, yang berakhir dengan penguasaan Kota Mekah. Fahaman Wahabi adalah pegangan hidup Osama bin Laden yang dieksport ke Afghanistan untuk dipraktikan oleh kumpulan Taliban. (Sumber kewangan ini adalah tambahan kepada sumber kewangan yang dipunyai sendiri oleh Osama Laden). Ketiga-tiga kerajaan itu telah menyimpan aliran wang tunai itu dengan harapan untuk menjinakkan kebangkitan fundamentalisme yang semakin kukuh di negara masihng-masing.

Dengan adanya sahabat seperti ini, pasukan Osama Laden seharusnya tidak mempunyai sebarang masalah dengan usaha George Bush mahu membekukan akaun bank sekitar 27 individu dan kumpulan Islam di Amerika Syarikat.

Banyak kerajaan - kecuali Iran - menyalurkan sedikit sahaja sumbangan dana kepada kumpulan pengganas. Kebanyakan saluran itu dibuat melalui saluran lain (secara tidak terus), melalui pembiayaan perkhidmatan sosial. Kemudian ada pula kutipan di masjid yang diuruskan oleh penyokong yang sama ideologinya kiepada wang dan dana yang disedut daripada pelbagai jenis tabungan kebajikan dan syarikat proksi.

Pembiayaan yang disalurkan oleh Arab Saudi, UAE dan Pakistan kepada Osama bin Laden telah dianggarkan oleh Yossef Bodansky , seorang ahli Kongres dalam jawatankuasa 'Task Force On Terrorism and Unconventional Warfare', bernilai sekurang-kurangnya $1.4 bilion dollar setahun, daripada pertubuhan Wahhabi di rantau Teluk. Ada yang memberikan taksiran lebih besar lagi.

Sanil Dasgupta, seorang penyelidik memberitahu adalah bukan senang untuk Presiden Bush menyekat aliran dana untuk kegunaan kumpulan Osama bin Laden di Teluk Parsi.

Ketiadaan peraturan yang jelas menyulitkan kerja-kerja mengesan aliran wang tunai itu. Lagipun sebahagian besar pegerakan aliran wang itu disalurkan melalui sistem 'HAWALA' yang dibuat secara tidak rasmi dan lebih berasaskan keyakinan, tanpa sebarang kesan tulisan.

Dasgupta berkata bidang perniagaan barang kemas adalah satu saluran niaga yang amat diminati oleh kumpulan 'pengganas'.

Sebahagian besar daripada 10 bilion dollar yang didermakan oleh kepimpinan Saudi kepada pertubuhan agama melalui kementerian agama - adalah untuk membiayai aktiviti sosial, pendidikan dan kebajikan masyarakat; telah disalurkan kepada Osama bin Laden.

Dia dipercayai menggunakan sistem perbankan di Dubai untuk menyalurkan wang yang diperlukannya. Mengikut kajian PBB, syarikat penerbangan Afghanistan 'Ariana', pernah digunakan untuk menerbangkan dana yang diperlukan oleh Osama Laden daripada Dubai memasuki Afghanistan pada akhir 1999. Penerbangan ini telah diharamkan oleh PBB, sebagai satu bahagian sekatan terhadap Taliban. Kerana enggan menutup semua markas latihan pengganasnya.

Kemudian wujud pula dana daripada edaran dadah. Sepatutnhya Afghanistan mengusahakan penghapusan tanaman popi yang menghasilkan candu jenis heroin dan menerima bayaran wang bantuan daripada Amerika. Sebaliknya negara itu menjadi pengeluar candu yang paling besar di dunia ini. Mengikut taksiran kerajaan AS, industri candu Afghanistan menyumbang kepada 70 peratus daripada jumlah perniagaan yang bernilai $500 bilion setahun. Tanaman poppi memenuhi kawasan tanah yang kering kontang di negara itu (MasyaAllah kalau begitu banyak hasil candu, kenapa petani Afghan tidak mampu membeli bekalan makanan? Kenapa TV tunjukkan mereka makan 'nan' bercecahkan air suam sahaja? - penterjemah)

Michael Sheehan, seorang penyelaras AS terhadap anti-pengganasan, memberitahu 'House of Judiciary Committe' Amerika bahawa hasil penjualan narkotik itu semuanya digunakan untuk membeli kelengkapan perang dan membiayai markas latihan pejuang tajaan Osama bin Laden. (Tetapi Sheehan tidak dapat dikesan untuk mendapatkan penjelasan lanjut), Mengikut Sheehan, ada pemerhati antarabangsa yang percaya bahawa kegiatan pengganas itu disengajakan untuk melencongkan tumpuan pasukan keselamatan ketika bekalan dadah disalurkan keluar.

Kalaulah kita faham bagaimana wujudnya penyerapan dana ini, kita tentu mampu mencekik aliran nyawa konspirasi pengganas global, bukan dengan menggunakan juruterbang ataupun askar tentera darat tetapi memadai dengan kawalan sempadan, pengauditan dan kerja kuat para wartawan siasatan.

Tamat. Johan Bcher adalah penulis buku 'Petrotyranny'.




Asal:

http://www.nowtoronto.com/issues/2001-09-27/news_feature.html

Suspicious Allies

Bush woos the same Muslim states funding terrorism

By JOHN BACHER

it's not surprising that much ofOsama bin Laden's career has been funded by dictatorships overtly hostile to the United States: Iraq, Sudan and Iran. But few realize that this cash is small change in his operations.The real shocker is that most of the money that bolsters this expansionist fundamentalism comes from America's own "allies'' in this looming war: Pakistan, the United Arab Emirates and Saudi Arabia. Bin Laden must be laughing all the way to the bank.

These dictatorships, which control most of the world's supply of low-cost oil, have been pumping untold millions -- some estimate billions -- into charities and other organizations that support Wahhabism, the particularly fearsome brand of Islam named after the 18th-century prophet Wahhabi, who outraged most of the Islamic world during a brief but brutal conquest of Mecca. Wahhabism is the authoritarian creed practised by bin Laden and exported to Afghanistan and the Taliban. (These financial resources are in addition to bin Laden's personal fortune.) The three governments have kept the cash flowing in hopes of appeasing the swelling fundamentalist forces in their own countries.

With friends like these, bin Laden's posse should have very few problems with President George Bush's announcement this week that he's going to freeze their U.S. assets and go after the international bank accounts of some 27 Muslim individuals and groups.

Governments -- with the exception of Iran -- provide very little direct funding to terrorist groups. Most of it is indirect, via funding for social services. Then there's everything from donations collected at mosques by ideological sympathizers to money siphoned from legitimate and illegitimate charities and shell companies.

The funding flowing from Saudi Arabia, the UAE and Pakistan to bin Laden has been estimated by Yossef Bodansky, a member of the U.S. Congress's Task Force on Terrorism and Unconventional Warfare, to amount to at least $1.4 billion a year, mostly from Wahhabi organizations in the Gulf. Some put that figure much higher.

Sanil Dasgupta, a foreign policy and financial researcher for the Washington-based Brookings Institution, tells NOW that it will be very difficult for the U.S. to choke off any of bin Laden's funding from the Persian Gulf.

The lack of regulations makes tracking the money nearly impossible. And much of the financial movement in the region is conducted within the underground system known as "hawala," an informal banking system based on trust, leaving no paper trail.

Dasgupta says the jewellery trade is another node of economic activity favoured by terrorist organizations. "Tracking official sources of revenue is one thing,'' he says. "The unofficial sources are quite another. We're talking about a very murky world here.''

Some of the more than $10 billion donated by the Saudi leadership to Islamic organizations through the ministry of religious works -- funds officially designated for social, educational and humanitarian purposes -- is said to find its way to bin Laden.

He is believed to use United Arab Emirates banks in Dubai to access monies flowing to his cause from near and far. According to UN documents, Afghanistan's national airline, Ariana, was flying planeloads of cash from Dubai to bin Laden's Afghan base in late 1999. These flights were grounded under UN-imposed sanctions against the Taliban for, among other things, ignoring a UN resolution ordering the closure of terrorist training camps..

Then there's money from drugs. Afghanistan was supposed to be slowly eradicating poppy crops used to make heroin in return for aid from the U.S. Instead, the country has become the single largest source of heroin in the world, by one U.S. government estimate accounting for more than 70 per cent of the $500 billion the trade generates annually. Poppies take up much of the still arable land in the drought-stricken country.

Micheal Sheehan, the U.S.'s coordinator for counter-terrorism, told the House Judiciary Committee last December that money from the sale of narcotics goes to arm and run the camps that bin Laden uses to train terrorists. (Sheehan could not be reached for comment.) Some international observers, Sheehan said, now believe that terrorist activities are staged to divert security forces while drug shipments are being carried out.

If we understand the way this cash seepage works, we may be able to choke off the lifeblood of the global terrorist conspiracy, not with pilots and ground troops but with border patrols, forensic audits and the hard work of investigative reporters.

John Bacher is the author of Petrotyranny. Additional reporting by Enzo Di Matteo.