Laman Webantu   KM2: 6107 File Size: 5.7 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 345: BBC - Pakistan Menukar Haluan
By Zaffar Abbas

12/10/2001 12:48 am Fri

[Serang Kabul Pakistan yang retak. Musharaf kini berada dalam dilema. Sebagai seorang bernama Islam dia sepatutnya lebih bersahabat dengan orang Islam. Lagipun selama ini Taliban tidakpun menggangu Pakistan tetapi Amerika mengenakan pelbagai sekatan kerana geram kebolehan nukliar Pakistan. Jika tidak Pakistan tidak akan diboikot sebegitu panjang.

Amerika tentu suka Pakistan turut terjebak dalam krisis ini kerana mungkin nukliar itulah sebenarnya muslihat Amerika untuk datang berperang.
- Editor
]

BBC

Pakistan Menukar Haluan

(Pakistan Changes Direction)

Oleh: Zaffar Abbas

Sikap Pakistan membelakangi Afghanistan - menolaknya untuk memihak kepada usaha menubuhkan satu kerajaan yang baru melibatkan banyak pihak lain - adalah satu usaha yang mungkin menggugat keselamatan dalam negaranya.

Ketika Presiden Pervez Musharaf hampir menyambut ulangtahun kedua kuasanya sebagai presiden bulan ini, krisis yang sedang melanda nampaknya memberikan beliau satu peluang untuk keluarkan Pakistan keluar daripada kongkongan konservatif keagamaan dan memperbaiki imej negaranya sebagai sebuah negara Islam yang sederhana.

Dia telah mengutuk Taliban kerana melindungi pengganas termasuk mereka yang mencetuskan keganasan di Pakistan.

Jeneral Musharraf telah mengutuk pertunjukan perasaan jalanan yang dilakukan oleh penyokong Taliban dan telah bertindak menyingkirkan golongan konservatif di kalangan pegawai dalam angkatan tentera.

Para pengamat berkata ini adalah satu anjakan besar dalam dasar pemerintahannya.

Tahanan Rumah

Walau bagaimanapun, pegawai kanan dalam kerajaan ketenteraan telah mengaku betapa beberapa kumpulan agama, yang meraih banyak kepentingan dalam dasar awal dulu-dulu, tidak akan mengalah begitu sahaja tanpa melawan.

Pihak yang berkuasa telah membuat keputusan untuk bertindak tegas terhadap mereka yang mencetuskan tunjuk peraaan ganas itu.

Sekurang-kurangnya tiga orang pemimpin tertinggi di kalangan kumpulan agama yang bebeza telah dikenakan hukuman tahanan rumah mereka.

Para pegawai berkata mereka tidak akan teragak-agak menahan lain pemimpin tertinggi kumpulan yang bersifat keras seandainya mereka mencetuskan protes yang ganas.

Sasaran Yang Menyusul

Jeneral Musharaf telah mengutuk tunjuk perasaan terhadap tindakan pimpinan Amerika itu dan berkata sebilangan besar rakyat Pakistan menyokong pendpatnya berbanding segelintir kumpulan agama yang kerdil tetapi keras kepala itu.

Namun, banyak kumpulan semacam itu berpendapat seandainya dasar baru kerajaan mengenai Afghan itu mencapai kejayaannya, mereka pula yang akan menjadi sasaran seterusnya.

"Ini adalah rencana Amerika yang sungguh licik untuk menekan pergerakan Islam di rantau ini," kata seorang ahli tertinggi pertubuhan Jamaat-e-Islami.

"Protes kami yang ini bukan sahaja menyokong pihak Taliban, ia juga bererti masa depan pergerakan Islamiyah di Pakistan juga."

Ramai pengamat beranggapan bahawa pertukaran di kalangan pegawai tinggi dalam tentera Pakistan yang baru berlaku itu adalah satu usaha untuk mengekalkan satu kepimpinan yang sederhana.

Tamat

Terjemahan: SPAR.




Asal:

http://news.bbc.co.uk/hi/english/world/south_asia/newsid_1589000/1589596.stm

Pakistan changes direction

There have been violent anti-US protests in Pakistan

By the BBC's Zaffar Abbas in Islamabad


Pakistan's about-turn on Afghanistan - dumping the Taleban in favour of a broad-based government - is likely to have a direct impact on its own internal security.

As President Pervez Musharraf completes two years in power this month, the current international crisis seems to have given him the opportunity to take Pakistan out of religious conservatism and revive its image as a moderate Islamic state.

He has condemned the Taleban for sheltering terrorists - including those involved in violence in Pakistan.

General Musharraf has also denounced street agitation by pro-Taleban Islamic groups and sidelined some Islamic conservatives within the army.

Analysts say this shows a major shift in policy.

House-arrest

However, senior officials in the military government admit that religious groups, which were the main beneficiaries of the earlier policy, will not give in without a fight.

The authorities have decided to come down heavily on those involved in violent demonstrations.

At least three high-ranking leaders of different Islamic groups have been put under house-arrest.

Officials said they would not hesitate to arrest other senior members of hard-line Islamic groups if there were more attempts to organise violent protests.

Next target

General Musharraf has condemned the Pakistani protests against the US-led action and says the overwhelming majority support his views rather than those of hard-line Islamic groups.

But many such groups feel that if the government's new Afghan policy succeeds, they might become the next target.

"It is a well calculated American plan to suppress the Islamic movement in this region," says a senior member of the hard-line Jamaat-e-Islami.

"So our protest campaign is not just in support of the Taleban, it is for the survival of the Islamic movement in Pakistan as well."

Some analysts view the recent reshuffle in the army as an attempt to encourage more moderate leadership.