Laman Webantu   KM2: 6106 File Size: 9.5 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 344: TOI: Bush Sentap Musharraf
By Chidanand Rajghatta

12/10/2001 12:28 am Fri

[Gelagat Bush menunjukkan satu rencak fikiran yang tidak begitu tenteram. Apa tidaknya banyak negara Islam tidak begitu bersetuju tindakkan menyerang Afghanistan itu manakala sekutunya yang lain bimbang juga jika mereka nanti akan hidup dibayangi ketakutan. Ini tentunya akan mengheret lagi negara mereka ke kancah kemelesetan ekonomi. Lagipun Amerika bertindak tanpa bukti yang kukuh dan lebih bersifat gopoh. Dengan kenaikkan harga minyak dan kos insuran serta terjejasnya industri pengangkutan bagaimana ekonomi akan cepat pulih dari demam? Silap-silap kerajaan mereka sendiri akan tumbang.... - Editor]


TimesIndia

Bush Sentap Musharraf

(Bush snubs Musharraf)

Oleh: Chidanand Rajghatta

Pada hari kelmarin (Selasa), Presiden George Bush secara tidak semena-mena menyentap Presiden Musharraf menunjukkan ada yang tidak kena dalam perhubungan mereka di mana Islamabad diharapkan menguruskan kehendak Washington dalam menangani masalah keganasan tanpa banyak soal.

Beberapa jam selepas Presiden Pakistan memberitahu dunia bahawa dia telah menerima 'kepastian yang jelas' daripada AS dan UK bahawa operasi mengganyang Afghanistan itu adalah untuk satu masa yang pendek. Tetapi Bush telah menyentapnya dengan berkata, 'Saya tidak tahu siapa yang memberitahu Presiden Pakistan itu.'

'Selalunya, kami tidak pernah bercerita rancangan ketenteraan,' demikian penjelasan Bush yang sudah sakit hati dengan kebocoran rahsia perisikan oleh pegawainya di Washington. 'Ada satu cara untuk memendekkan kempen di Afghanistan, iaitu agar Osama Laden dan para pembantunya diserahkan untuk pengadilan.'

Sikap mendedahkan adanya pergeseran dengan sekutu yang penting, dengan cara menyentap begitu seperti yang ditunjukkan oleh seorang Presiden Amerika terhadap seorang pemimpin dunia yang lain, adalah satu fenomena yang jarang dilihat. Sikap Bush itu telah ditunjukkannya di Rose Garden di Rumah Putih di hadapan Chanselor Jerman Gerhard Schroeder.

Tetapi, Islamabad telah menjentik kemarahan pentadbiran Amerika dengan agendanya tersendiri dan syarat- syarat yang diselit ketika menunjukkan sokongan kepada Washington memerangi keganasan.

Walaupun pegawai Amerika telah menunjukkan simpati terhadap rintihan Pakistan yang sengaja merengekkan sokongan itu, pentadbiran Bush telah mula menyemak semula peranan Islamabad dalam perihal kerjasama mereka. Washington terpaksa bertegas setelah meneliti laporan mengenai hubungan ikrab antara kerajaan Pakisan dan pentadbiran Taliban dan wakil proksi mereka. Inilah yang menyedarkan Washington hingga mendesak Musharraf bertindak tegas memecat beberapa orang pegawainya atas permintaan AS.

Satu petanda jelas berlakunya anjakan sikap ini terletak kepada cara Washington memberikan pilihannya terhadap Pakatan Utara walaupun sebelum itu ia telah menerima-pakai rayuan Pakistan agar puak Taliban yang dipilihnya dibenarkan memegang peranan utama dalam pemerintahan di Kabul. Dalam satu majlis taklimat di Pentagon, Setiausaha Pertahanan Donald Rumsfeld telah bertegas lantang bahawa wakil Taliban yang disebut-sebut itu mesti ditolak. Ini merupakan satu pendapat yang selari dengan pendapat Menteri hal Ehwal Luar India Jaswan Singh ketika beliau membuat lawatan ke Washington dan ketika Pakistan dikatakan sedang giat merayu agar dilantik sebagai proksi Amerika.

'Kami berminat melihat mereka (Pakatan Utara) mencapai kejayaan. Kami mahu melihat mereka mengusir keluar Taliban dan Al-Qaeda daripada negara itu.' Demikian cadangan Rumsfeld dalam satu pengumuman yang memeranjatkan kerana pasukan yang menentang Taliban itu memang disenangi oleh India, Russia dan Iran. Namun, masih ada kemungkinannya nanti, satu kumpulan yang berpecah daripada Taliban akan mendapat tempat di meja perundingan.

Pakistan telah bertegas agar puak Taliban terus diberikan kuasa untuk memerintah Afghanistan baru. Pendapat Pakistan itu berasaskan fakta bahawa Taliban adalah daripada kaum Pushtu yang merupakan 70% penduduk Afghanistan. Lagipun Pakatan Utara itu, mengikut tafsiran Pakistan tidakpun mempunyai wakil Poshtu selain kumpulan minoriti seperti Uzbeks, Tajik, Shiadan Hazarah.

Akan tetapi, seorang diplomat India yang pernah berkhidmat di Kabul memberitahu, bahawa jumlah peratusan Pushtu di Afghanistan tidak melebehi 40% dan kerana itu puak Pushtu kerap mensabotaj sebarang usaha untuk diadakan bancian kaum di Afghanistan untuk mengelak terdedahnya muslihat itu. Di samping itu masih ada kaum Pushtu dalam kumpulan angkatan Pakatan Utara. Malahan, Raja Zahir Shah adalah orang Pushtu juga.

Pakistan mempunyai sebab kenapa mahukan satu kerajaan Pushtu terus dikekalkan di Kabul. Pertama, kerana mahukan satu pentadbian yang disenanginya di bahagian Barat sempadannya, untuk mengimbangi suasana liar yang dihadapinya dengan India di bahagian Timur sempadan. Kedua, untuk melegakan penduduknya daripada kaum Pushtu yang berkemungkinan berpakat dengan Pustu Afghan untuk mendesak diwujudkan satu wilayah merdeka dan bebas daripada pentadbiran Pakistan.

Tamat

Terjemahan: SPAR.




Asal:

http://timesofindia.indiatimes.com/
articleshow.asp?art_id=1238002382

Bush snubs Musharraf

CHIDANAND RAJGHATTA

TIMES NEWS NETWORK

WASHINGTON: US President George Bush on Tuesday peremptorily snubbed Pakistan's military ruler Pervez Musharraf amid clear indications of a strain in their event-based relationship in which Islamabad is expected to do Washington's bidding on the terrorism issue with no questions asked.

Hours after the Pakistani President told the world that he had received "definite assurances" from the US and UK that the military operation in Afghanistan would be short, Bush publicly contradicted him, snapping, "I don't know who told the Pakistani President that."

"Generally, we don't talk about military plans," Bush, who has been annoyed by the leakage of intelligence matters by law-makers in Washington, continued. "There's one way to shorten the campaign in Afghanistan, and that's for Osama Bin Laden and his leadership to be turned over so they can be brought to justice."

The public expression of discord with a crucial ally, much less the sharp tone employed by the US President about another world leader, is rare. It was made in the White House Rose Garden in front of the visiting German Chancellor Gerhard Schroeder.

But Islamabad has evidently annoyed the administration with its own agenda and conditions while purporting to support Washington's campaign against terrorism.

Despite making sympathetic noises about Pakistan plight, which US officials privately say the country has brought on itself, the administration has begun to take a hard look at Islamabad's role in the whole messy affair. Washington's position has hardened after reports about the deep links between the Pakistani establishment and the Taliban and its jehadi proteges, a realisation that led to the weekend crackdown and sacking of the hardliners by Musharraf under US pressure.

One indication of the shift in attitude is evident in the manner in which Washington has changed its stance on the Northern Alliance after initially appearing to consider Pakistan's plea that its Taliban proteges should continue to have a role in a future Kabul dispensation. At a Pentagon briefing today, Defence Secretary Donald Rumsfeld categorically said the Taliban had to go, a sentiment first expressed by India's External Affairs Minister Jaswant Singh when he was visited Washington at a time Islamabad was still pleading for its proxy.

""We would like to see them (the Northern Alliance) succeed. We would like to see them heave the Taliban and Al Qaeda out of that country," Rumsfeld said, in a surprisingly hearty endorsement of the rival group that is backed by India, Russia, and Iran. Indications are that at best, a moderate, breakaway faction of the Taliban, which disavows the Taliban policies, might find a place at the table.

Pakistan has been arguing for a sustained role for the Pushtu-dominated Taliban, maintaining that it would be the only correct course to bring stability to a country that it says is 70 per cent Pushtu. The Northern Alliance, Islamabad says, has little Pushtu representation and is comprised mainly of other ethnic minorities like Uzbeks, Tajiks, Shias, and Hazaras.

But an Indian diplomat who has served in Kabul contested the assertion, saying Afghanistan's Pushtu population is as low as 40 per cent and Pushtus have consistently sabotaged census in the country to hide this fact. Besides, the official said, the Northern Alliance has Pushtus in its ranks and King Zahir Shah himself is a Pushtu.

It now appears that Pakistan is losing the battle to install another proxy government in Kabul. "They are seeing the writing on the wall, which is why they are making overtures to Zahir Shah," the Indian official said.

Pakistan's reason to install a proxy Pushtu government in Kabul is two-fold. One, to have a friendly regime in Kabul that serves as a cushion on its western flank so it can confront India on the east. And two, to contain its own explosive Pushtu population that could otherwise team up with the Afghan Pushtus and revice the dormant movement for a separate state in Pakistan.