Laman Webantu   KM2: 6099 File Size: 8.5 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 343: IUK: Fisk - Bush dan Blair Kalah Perang Mulut di Timur Tengah
By Robert Fisk

11/10/2001 2:41 am Thu

http://argument.independent.co.uk/commentators/story.jsp?story=98659

Independent UK

10 Oktober 2001.


Bush dan Blair Kalah Perang Mulut di Timur Tengah

(Bush and Blair have already lost the talking war)

Oleh: Robert Fisk

Bush dan Blair mungkin telah melalak memberitahu dunia betapa mereka akan berjaya 'memerangi keganasan'. Tetapi, di Timur Tengah, Osama bin Laden lebih menonjol dengan status yang penuh mitos, sehingga mengalahkan dua pemimpin Barat itu.

Sama ada seseorang itu ialah menteri Lebanon, seorang wartawan Saudi, seorang kerani bank ataupun seorang penduduk Mesir, sambutannya memang sama sahaja: suara Osama Laden yang diulang-ulang di puluhan juta rumah, menggambarkan desakan dan rintihan - dan kemarahan - masyarakat Islam di Timur Tengah yang telah melihat para presiden dan raja mereka yang pro-Barat meloloskan diri daripada sebarang kecaman yang serius terhadap pengguguran bom barat di Afghanistan.

Kalaulah negara Barat telah meneliti rakaman video terbaru Osama Laden, tentu mereka memberikan perhatian (kalaulah mereka benar-benar menelitinya) kepada kenyataannya terhadap keganasan di Amerika Syarikat. Kalaulah dia menyatakan perkenannya, walaupun menafikan pembabitan peribadinya, apakah ini bermakna dia sebenarnya berperanan di sebalik pembunuhan beramai-ramai pada September 11?

Dunia Arab mendengarnya dengan cara yang berbeza. Mereka telah mendengar satu suara yang menuduh Barat kerana mengamalkan dua jenis pengukur yang penuh 'keangkuhan' di Timur Tengah. Inilah suara yang menonjolkan isu utama yang menyelimuti kehidupan kebanyakan orang Arab. Konflik Palestin - Israel dan kesinambungan penempatan Israel.

Seperti yang disuarakan oleh seorang penduduk Mesir, semalam; 'Masyarakat Arab percaya Amerika cuba membunuh seorang insan yang sedia menyatakan kebenarannya.'

Arab biasa selalunya tidak merasa senang mengaitkan diri mereka dengan pendapat yang tidak seiring dengan pendirian kerajaan, tetapi kini, mereka lebih mudah menyuarakan kemarahan mereka itu. 'Mula-mula mereka sebut sasaran mereka ialah Osama bin Laden,' demikian kata Samar al Naji daripada Jordan. 'Kemudian mereka bom orang Afghan yang tidak berdosa dan tidak ada kena mengena dengan keganasan. Mereka serang orang Islam sambil melupakan gelagat orang Israel, negara penjenayah yang memusnahkan rumah kediaman Palestian dan membunuh wanita dan kanak--kanak.' Mr. Al-Naji baru berusia 29 tahun, dan bertugas sebagai seorang kerani bank, belum menunjukkan kematangan politiknya.

Di Unversiti Ain Shams, Mesir, solat khas dilaksanakan mengenang mangsa Afghan yang terbunuh dan di bandar Zagazig di tebing Nail, para pelajar mendebatkan masalah sebenar yang menghantui kebanhyak regim Arab yang pro-Barat. 'Kenapakah pemimpin kita diam membisu?' tanya mereka bertalu-talu. 'Apakah anda menerima arahan Amerika?' memang perkara ini tidak masuk akal. Masakan pemimpin negara Arab yang sederhana memerlukan arahan untuk memberikan sokongan kepada Barat. Lagipun Osama Laden telah mencadangkan mereka itu digugurkan daripada istana mereka.

Hanya di negara Arab yang lebih bebas, ada menteri yang sanggup bercakap apa yang terperam di minda mereka. Menteri Penerangan Lebanon, Ghazi Aridi, menganggap rakaman video Osama Laden sebagai satu kerja yang sungguh pintar. Kini sudah wujud katanya: 'satu kesedaran sejagat mengenai seorang insan - seandainya dia terbunuh, dia akan menjadi satu simbol dan kalau dia tidak terbunuh simbol itu menjadi lebih besar lagi.'

Di rantau Teluk, semangat semakin bergolak. 'Lihat, aku tahu beberapa wanita tua yang berjaga malam sembahyang hajat mendoakan keselamatan Osama laden,' kata seorang wartawan Saudi. 'Kemunculannya di TV adalah satu taktik yang baik, apatah lagi bila dia menyentuh masalah palestin. Osama tidak akan dibincangkan secara terbuka dan tidak ada sebarang komen mengenainya di kawasan masjid. Tetapi secara tidak rasmi, mereka kerap membincang kisah beliau.'

Seorang pengarang Saudi, Jamal Kashoggi, menegaskan betapa ramai orang Saudi yang ama kritikal terhadap Osama Laden sambil mempercayai bahawa dia telah mencemarkan Islam. Meerka bersedia melihatkan Afghanistan secara pandangan orang pessimis sahaja. Kandahar diduduki oleh penyokong sistem beraja dan juga penyokong Taliban,' kata beliau. Orang Afghan yang kecewa dengan kumpulan mujahidin anti--Russia itu dulu sudahpun membantu Taliban utnuk maju, tetapi menjadi tawar hati dengan Taliban sehingga sanggup menantikan kepulangan bekas raja untuk menduduki semula takhta.' Tetapi pandangan ini sudah tentu tidak selari dengan pendapat warga istana Arab Saudi yang merupakan satu pandangan kelompok kecil sahaja.

Di beberapa negara yang telah dihenyak oleh keazaban pengganasan yang lebih hebat dalam bentuk penderitaan dan kematiannya, jenayah terhadap kemanusiaan di New York dan Washington, yang kini menjadi mainan kata Presiden Bush telah menjadi pencetus kemarahan yang membuak itu.

'Aku jelak mendengar perkataan keganasan, keganasan, keganasan,' jerit seorang pengurus pembinaan di Lebanon yang dihormati, kepada saya. 'Apabila anda mempunyai musuh mereka digelar sebagai pengganas, ataupun orang gila ataupun penjenayah besar. Tetapi, kalau kami menghadapi musuh, kami disuruh bertolak ansur dengan mereka. Kamu ada Osama laden, kami ada Sharon (perdana menteri Ariel Sharon - penterjemah) yang menjadi sahabat kamu dan yang dipegang oleh Bush untuk bersalam dengannya.'

Ramai rakyat Lebanon yang percaya, Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon akan didakwa juga sebagai penjenayah perang kerana peranannya dalam pembunuhan beramai-ramai di kemah pelarian Sabra dan Chatila pada 1962. Ketika itu 1,800 orang awam terbunuh - hampir setengah jumlah mangsa yang dikatakan terbunuh di Amerika pada September 11. Mereka telah disembelih oleh militia Kristian Israel selama tiga hari sedangkan askar Israel hanya melihatnya dari kawasan markas tentera mereka yang berjiran dengan khemah pelarian itu.


Apa kata media lain:

Kalaulah Washington boleh membuktikan dengan lebih meyakinkan lagi bahwa hukuman yang dijatuhkannya sebagai membalas segala bentuk keganasan, termasuk yang dilakukan oleh Israel, ia akan kehilangan sokongan, dan dunia ini akan menjadi satu tempat yang lebih gelita.' (Arab News)


Jordan

'Tidak ada yang lebih penting dan bermakna daripada satu penyelesaian muktamad mengatasi masalah Palestin dan menghentikan ketegangan antara Iraq dengan PBB dan Amerika Syarikat. Kami yakin rakyat negara ini akan .......mengenepikan usaha Osama Laden untuk memperjuangkan masalah Palestin, Iraq dan segala masalah negara kita.' (Jordan Times)

Iran

'Sejarah tidak pernah menyaksikan sikap kurang ajar dan kediktatoran seperti itu.' (Siyaset-e Tuz)

United Arab Emirates (UAE)

Dengan mengizinkan hak menghenyak sesiapa yang difikirkan sebagai musuhnya, tidak siapa yang tahu bilakah bom-bom itu akan digugurkan pada sasaran yang dipilih oleh Washington. Ugama kita, malangnya tidak mengizinkan kekebalan disebaban tidak adanya persekongkolan Allah dalm tindakan itu dan tidak juga menikmati sebarang strategi yang mencetuskan keadaan kecemasan.' (Al-Khallej)

Israel

'Israel berkemungkinan sekali lagi memainkan peranan utama yang akan menyebabkan pakatan itu berkecai. Harus diharapkan, Ariel Sharon...akan mengusahakan satu peranan Israeli yang sesenyap mungkin.' (Ma'ariv)

Syria

Walaupun segala alasan yang mensabitkan Amerika memerangi keganasan itu sebagai sesuatu yang penting, AS, yang merupakan satu kuasa besar politik dan ekonomi, seharusnya bersikap lebih objektif dan mengelakkan bertindak terburu-buru. Syria, seperti juga negara Arab dan Islam yang lain, menganggap setiap tindakan politik dan ketenteraan anti-keganasan itu sebagai tidak berguna, selagi Israel itu dijadikan sasarannya.' (Tiahrin)

Iraq

'Satu tindakan jenayah... yang dilaksanakan oleh Amerika secara unilateral adalah menyalahi piagam PBB dan perundangan antarabangsa.... dan menyerupai mengamalkan hukuman rimba' (Al-Qadassiya).


Terjemahan: SPAR

Asal: KM2 6090