Laman Webantu   KM2A1: 6095 File Size: 4.1 Kb *

| KM2A1i Index | KM2A1 Index |


TAG SP 341: Pravda - Taliban Tidak Menggunakan Senjata Utama Mereka
By Pravda

11/10/2001 12:44 am Thu

[Amerika kini sedang berperang dalam keadaan teka meneka kerana bukti kukuh memang tiada. Dalam keadaan ketandusan berita sebenar keadaan di medan perang ia tidak akan mampu menilai dengan tepat apa yang sudah mengena. Sebaliknya ia hanya akan mengundang kemurkaan yang tiada tandingnya oleh rakyat Afghan semuanya kerana mengebom tidak tentu hala.

Taliban nampaknya mahir membaca... tidak perlu membazirkan peluru seperti Amerika. Lagipun itu menunjukkan betapa hapraknya strategi Amerika yang akan menjerut Bush sendiri juga (oleh kosnya). Seandainya ramai tentera Amerika maut alamat tempoh Bush mungkin tidaklah lama.... - Editor]


Taliban Tidak Menggunakan Senjata Utama Mereka

(Taliban Are Not Using Their main Weapon - Are they preparing a Surprise?)

Puak Taliban belum lagi menggunakan senjata utama mereka. Demikian laporan Al-Jazeera TV di Qatar, yang merupakan hanya satu stesen TV yang mempunyai wartawannya di medan perang di Afghanistan. Mengikut mereka, selain Kabul dan Kandahar, pesawat AS telah mengebom satu pertahanan Taliban di utara Kabul. Dari sana dijangkakan akan bermulanya serangan Pakatan Utara untuk menyerang kotaraya negara itu.

Al-Jazeera melapurkan betapa Taliban mempunyai sistem menangkis pesawat terbang termasuk peluru berpandu SAM-7 (Surface to Air Missile) yang masih tidak digunakannya. Penyerang AS sedang ditentang oleh senjata penangkis pesawat perang, yang tidak mampu menjatuhkan pesawat yang terbang tinggi. Amerika Memberi Amaran Mungkin Perluaskan Tindakan Ketenteraan (US Warn That Military Action Against Terrorism may Spread Outside Afghanistan)

Amerika Syarikat telah memberitahu Majlis Keselamatan PBB bahawa tindakan ketenteraan terhadap jaringan keganasan Al-Qaeda, mungkin merebak di luar Afghanistan. Sepucuk surat yang dialamatkan kepada Majlis Keselamatan bagi pihak wakil tetap AS di PBB John Ngroponte telah menyatakan, antaranya:

Angkatan Tentera AS telah melancarkan satu tindakan membenteras serangan lanjut terhadap Amerika Syarikat mengikut hak universal terhadap pertahanan individu dan pertahanan kumpulan. Siasatan kepada serangan penganas September 11 dulu menunjukkan 'adanya bukti yang jelas dan meyakinkan betapa pertubuhan Al-Qeda yang disokong oleh Taliban telah memainkan peranan utama dalam serangan tersebut.'

Namun, siasatan itu masih diperingkat awal, kerana itu 'banyak fakta yang masih samar.'

'Eloklah kami membuat rumusan betapa pertahanan-diri kami memerlukan tindakan lanjut terhadap pertubuhan lain di negara yang lain.' Ramai pemerhati pecaya bahawa 'tindakan lanjutan' itu mungkin diarahkan terhadap sebarang negara yang disenaraikan oleh jabatan negara setiap tahun dalam 'Senarai Negara Keganasan,' di mana Iraq adalah salah satu contohnya.

Melihat reaksi pertama Majlis Keselamatan itu, adalah tidak mungkin AS diberikan keizinan untuk meluaskan zon tindakan ketenteraan kecuali ia mengemukakan bahan siasaan yang lebih meyakinkan.

Terjemahan; SPAR




Asal: [portions]

http://english.pravda.ru/main/2001/10/09/17481.html

2001-10-09

TALIBAN ARE NOT USING THEIR MAIN WEAPON. - ARE THEY PREPARING A SURPRISE?

The Taliban have not used their main weapon yet, Katar Al-Jazeera TV station reported, the only station that has its correspondents in Afghanistan. According to the TV station, in addition to Kabul and Kandagar, US aircraft bombed a Taliban position to the north from Kabul, which is from where the Northern Alliances attack of the Afghan capital is being expected. Al-Jazeera reported that the Taliban has anti-aircraft systems, including the SAM-7, though they are not using them. US aircraft are being fired on with anti-aircraft guns, which are not capable of shooting down high-altitude aircraft.