Laman Webantu (M)   KM2: 6082 File Size: 6.5 Kb

| KM2i Index | KM2 Index |


TAG SP 337: IUK: Fisk - Sahabat Kita Adalah Pembunuh, Penyangak dan Pendera
By Robert Fisk

9/10/2001 11:57 am Tue

http://www.independent.co.uk/story.jsp?story=98181

Independent UK


Sahabat Kita Adalah Pembunuh, Penyangak dan Pendera

(Our friends are killer, crooks and torturers)

Oleh: Robert Fisk

Hampir empat minggu selepas berlakunya petaka ngeri dari angkasa yang menghunjam New York dan Washington, kita masih main politik mundar-mandir sambil bersekongkolan dengan beberapa algojo yang paling dahsyat di dunia.

Mungkin Mr. Blair percaya bahawa 'nilai hidup pegangan kita mesti bersinar pada apa yang kita laksanakan di Afghanistan' sedangkan tidak ramai 'sahabat' kita di rantau itu yang berpegang kepada nilai hidup amalan kita, kerana ada antara mereka yang menggenggam darah kering di tangannya. Sambil kita mencari segala kemudahan dan pangkalan untuk melancarkan kelengkapan perang dan keizinan ruang udara, dan mencipta beberapa dasar baru setiap hari - kita diminta untuk melupakan banyak peristiwa yang sudah dirakam oleh sejarah.

Pertama, kita mesti lupakan Chechnya. Itulah episod penekanan terhadap republik Islam - lengkap dengan pembunuhan beramai-ramai, ramai yang diperkosa dan banyak pula kubur mereka. Bukankah itu hasil rancangan Vladimir Putin, bekas pegawai tinggi KGB, yang didekati oleh Bush untuk menjenguk apa yang tercetus di Slovenia.

Cara Mr. Putin menyerang Grozny ialah bertepatan masa dengan pertandingan menguasai istana presiden Russia, dan dalam jangkamasa beberapa minggu, askarnya yang tidak berdisiplin telah menghancurkan Chechnya yang menyerupai Afghanistan, dahsyatnya. Kini, Mr. Putin dianggap sahabat terkuat kita dalam 'peperangan melawan keganasan'. Kenapa tidak, bukankah dia sendiri pakar keganasan itu?

Kedua, kita mesti melupakan regim diktator yang dianggotai keluarga diraja Saudi yang mempunyai pasukan polis 'mouttawa' yang telah dikerah mengajar Taliban bagaimana mewujudkan Kementerian Amal Maruf Nahi Mungkar.

Kita diajak melupakan betapa kaum wanita tidak dibenarkan memandu kereta di Arab Saudi, dan majlis pancung kepala setiap minggu selepas waktu Jumaat di masjid-masjid. Begitu juga dengan sistem kehakiman negara itu yang sungguh memalukan dan tidak adil kesemuanya, yang mungkin mengingatkan kita kepada segala perbuatan untuk mencontohi Arab Saudi yang dilaksanalan oleh Taliban, yang kita mahu lihat akan hancur dengan kemusnahannya.

Kemudian kita mesti melupakan satu regim yang belum berapa dahsyat sistem demokrasi pemerintahannya, Jeneral Pervez Musharraf. Hanya baru sangat beliau menjadi ketua turus angkatan tentera Pakistan yang menggulingkan sebuah kerajaan demokrasi yang dipilih oleh rakyat Pakistan tetapi menjadi korup disebabkan ia dipimpin oleh Nawaz Sharif. Malahan, Jeneral Musharraf sudah merencana untuk menghukum gantung Nawaz Shariff. Mujur, Presiden Clinton tiba di Islamabad awal tahun lalu untuk mengutuk Osama bin Laden dan merayu agar Nawaz Shariff tidak diapa-apakan.

Hanya beberapa minggu yang lalu, jeneral ini melantik dirinya sendiri menjadi presiden negara. Ketika seluruh dunia bersikap menunggu melihatkan gelagatnya itu, Kini Jeneral Musharraf sudah pun diberikan pengiktirafan sebagai seorang 'presiden' juga.

Keempat, ingatan kita mesti menjalar kepada seorang sahabat terbaru di Uzbekistan yang bernama Presiden Islam Karimov yang kini sedang memenjarakan 7,000 banduan di negaranya. Tidak ada kebebasan akhbar dan parti pembangkang di negaranya ini.

Mikhail Ardzinov merupakan salah seorang aktivis hak asasi manusia di Uzbekistan. Beliau pernah didera dengan ganasnya oleh polis rahsia Krimov dua tahun dulu. Kini Mikhail berkata 'walaupun Amerika tidak mahu melupakan hak asasi manusia untuk mendapatkan persahabatan Karimov, kami sedar rentak politik itu tidak akan berubah lagi.' Memang benar, Krimov sudahpun memberi keizinan Amerika menggunakan ruang udaranya 'untuk digunakan membasmi keganasan untuk tujuan kemanusiaan dan keselamatan'.

Ini bukannya masa untuk mengingatkan sesiapa betapa Uzbekistan mempunyai alasan tersendiri mahu menghancurkan Taliban - bukannya disebabkan sifat Taliban mengeksport fahaman revolusi ke negara jirannya, tetapi kerana Presiden Karimov mahukan satu saluran paip minyak merentang Afghanisan untuk menuju pelabuhan Pakistan. Inilah satu projek yang boleh mengongkosi pasukan polisnya yang sudah muflis dan juga beberapa syarikat minyak Amerika.

Salah satu sahabat sekutu Karimov ialah penjenayah perang yang anti-Taliban, bernama Abdul Rahman Dustum. Inilah panglima perang yang membenarkan orangnya mengganas di Kabul pada awal 90-an sambil merogol wanita untuk beberapa bulan lamanya. Kemudian, dia berpaling tadah untuk memihak kepada Taliban setelah menerima wang upahan. Kerana itu kita mesti mempunyai 'amnesia' (hilang ingatan) terhadap anarki dan pencabulan hak asasi manusia yang dilakukan oleh Pakatan Utara (Perikaan Utara) - sahabat kita di Utara Afghanistan yang pernah mentadbir Kabul. Tentu kita mesti ingat dengan penuh kesedihan, Ahmad Shah Massoud, seorang patriot tulen yang dibunuh oleh pasukan rela-mati berbangsa Arab (kata mereka) pada 9 September 01. Sekaligus kita mesti melupakan kawan beliau, Rasoul Sayaf yang memimpin satu pasukan yang merampas wanita Shia sebagai abdi seks mereka pada awal 90-an dulu.

Memang betul sangat kisah Churchill pada tahun 1941 dulu ketika diberitahu berita Jerman sudah menakluki Soviet Union dan ketika Stalin menjadi sahabatnya. Dia (Churchill) mengumumkan seandainya Hitler menakluki Neraka, dia mahu membuat rujukan kepada hantu itu dalam Dewan Rakyat Britain. Tetapi, kita tidak akan membuat sebarang rujukan kepada semua 'sahabat' kita di rantau ini. Kita sudahpun menghunus sebilah pedang yang berkilau dan tajam, dan tidak lagi perlu gusar apakah tangan yang akan kita salam itu nanti bergelumang dengan darah juga.

Inilah dia peperangan di mana demokrasi memerangi kejahatan, seperti kata Presiden Bush. Sebabnya ialah kerana tidak banyak lagi demokrasi itu yang masih diamalkan.


Terjemahan: SPAR

Asal: KM2 6081