Laman Webantu (M)   KM2: 6080 File Size: 5.5 Kb

| KM2i Index | KM2 Index |


TAG SP 336: TOI: Ramalan Tukang Telek: 'Amerika akan kecundang'
By TimesIndia

9/10/2001 11:33 am Tue

[Mungkin elok jika nujum-nujum menilik nasib syarikat penerbangan seperti MAS pula. Hari ini banyak (atau SEMUA?) syarikat penerbangan A.S. diberitakan akan diancam kemuflisan yang ketara dalam beberapa hari lagi... Ini termasuk syarikat yang membuat enjin yang memacu peluru berpandu Amerika.... - Editor]


Times of India

Ramalan Tukang Telek: 'Amerika akan kecundang'

(US may not find success against Osama: Palmist)

Islamabad: Usaha Washington memerangi Afghanistan, mungkin memakan masa hanya enam hari hingga enam bulan, tetapi tidak akan membawa sebarang kejayaan besar kepada Amerika Syarikat. Demikian ramalan seorang tukang telek dan numerologis Khalid Mustafa.

Mustafa membuat ramalan itu setelah membuat kajian mendalam akan lakaran tapak tangan Osama bin laden, yang sedang diburu oleh Amerika dengan serangan yang dahsyat, dan juga tapak tangan Presiden George Bush. Demikian dilaporkan oleh SADA NewsAgency.

'Oktober merupakan bulan yang memang mesra dengan Osama bin Laden untuk memulakan satu peperangan. Keseluruhan bulan Oktober akan merupakan bulan kerasian untuk tujuan ini.'

Yang seronoknya, kajian Mustafa itu menunjukkan tidak ada antara mereka berdua itu, Bush dan Osama, yang akan terbunuh dalam peperangan ini.

Tukang telek itu tidak nampak adanya perubahan dalam pemerintahan Taliban dalam masa tiga bulan yang akan datang.

Mustafa ialah seorang peguam korporat yang berpangkalan di Islamabad, dan berusia 36 tahun. Minatnya yang mendalam dalam pengetahuan numerology dan telek tapak tangan telah merapatkannya dengan beberapa pakar telek dalam bidang ini di peringkat antarabangsa. Namun, dia tidak menggunakan pengetahuannya itu untuk mencari nafkah hidupnya.

Menurut taksirannya, Osama Bin Laden ialah berbintang 'Leo' dan mempunyai segala ciri yang boleh dikait-rapat dengan Leo. Dia adalah pemimpin yang dilahirkan dan mempunyai ketokohan untuk menguruskan apa sahaja. Nombor nasih baik beliau ialah 1 dan 3.

Osama Laden dilahirkan pada 30 Julai, 1957, satu hari yang ada kaitannya dengan panglima perang. Yang menariknya Osama mengongsi tarikh kelahiran yang sama dengan Adof Hitler (diktator Jerman) yang lahir pada hari dan bulan yang sama.

Nama Osama mempunyai 13 abjad kesemuanya. Ini memberikan andaian beliau ialah seorang yang suka menyendiri.

'Saya dapat melihat orang yang bernama Osama ini orang yang stabil pemikirannya, nilai abjad pertama pada namanya itu adalah sama dengan jumlah keseluruhan abjad namanya, yakni '6'. Orang yang dipengaruhi dengan angka ini mempunyai minat kepada sajak dan suka berfikir lama-lama.'

'Keteguhan tangannya, mengikut lakaran 'hidupnya' (life) dan 'lakaran kepalanya' (headline) menunjukkan dia mempunyai kesabaran dan boleh bertahan untuk menghadapi sebarang rintangan. Tapak tangan yang berbentuk empat segi itu adalah satu petanda orang yang pragmatik. Saya nampak dia ada sedikit tertekan disebabkan kematian seseorang pada tahun 2000.'




Asal:


http://timesofindia.indiatimes.com/articleshow.asp?art_id=1484689235

US may not find success against Osama: Palmist

ISLAMABAD: Washington's war against Afghanistan may last six days to six months but will not bring any major success to the US, says palmist and numerologist Khalid Mustafa.

Mustafa made the prediction after a detailed study of the handprints of Saudi-born Osama Bin Laden, the prime suspect in the US terror attacks, as well as US President George Bush, reports SADA news agency.

Mustafa said: "The war will adversely affect the US image in the world, in addition to causing significant losses in men and material.

"October is a favourable period for Osama to wage a war. The whole of October will remain favourable for him in this respect."

Interestingly, Mustafa's study finds none of the two, Bush and Bin Laden, would die in the war.

The fortune-teller also sees no change in the Taliban rule of Afghanistan in the next three months.

Mustafa is a 36-year-old Islamabad-based corporate lawyer. His deep interest in numerology and palmistry has taken him to some of the internationally known experts in the field. Despite his deep study and keen interest, he does not use his art for earning livelihood.

His assessments are: Bin Laden is a Leo and has all characteristics associated with a Leo personality. He is a born leader, can establish corporate or other organization and can manage successfully. The lucky numbers include 1 and 3.

Bin Laden's birthday (July 30, 1957) is a day associated with warlords. Interestingly, Bin Laden shares his birthday with Adolf Hitler of Germany, who was born on the same date.

Bin Laden's name contains 13 letters. It can make a person reserved by nature.

"I see a perfect balance in Osama's name, as the value of the first letter is equal to sum of all letters i.e. six. This number develops interest in poetry and takes a person deep into thinking."

"The firmness of his hand, life and headline show that he has a lot of patience and can pass through any kind of hurdles. The square palm is a sign of practical approach. There seems to me a mental shock due to the death of someone in 2000." ( IANS )