Laman Webantu (M)   KM2: 6079 File Size: 5.5 Kb

| KM2i Index | KM2 Index |


TAG SP 335: TOI: Kumpulan Yang Diharamkan Mahu Kembali Lagi
By TimesIndia

9/10/2001 11:21 am Tue

[Artikel ini nampak simple, tetapi mengikut ramalan pengamat politik yang masak dengan sepak terajang politik Mahathir, berita ini sengaja ditonjolkan mengambil sempena pergolakan di Afghanistan di Amerika. Inilah yang diramalkan oleh banyak veteran politik sebagai usaha Mahathir mahu mengekalkan kuasa yang sudah lama terhumban di longkang penghinaan politiknya. Tidak ada yang terbaru dengan isi artikel ini, seperti pembohongan besar mengenai kem latihan Al Arqam untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia. Sehubungan artikel ini maka terjawab kenapa ada usaha TV Malaysia mahu memulihkan imej Rahim Noor tukang pukul Mahathir yang sedang merana keaiban gara-gara kerakusannya membaham Anwar Ibrahim dulu.

Kalau Rahim dipulihkan, bolehlah dia menonjol di TV menceritakan siasatannya mengenai kem latihan Arqam di Thailand dulu. Manusia akan terus merancang, Allah Merancang juga....!!! - Penterjemah]


Times of India

Kumpulan Yang Diharamkan Mahu Kembali Lagi

(Outlawed Malaysian group attempting comeback)


Kuala Lumpur: Kerajaan Malaysia telah memberi amaran untuk melancarkan satu gerakan menangkap para pengikut bekas pertubuhan yang diharamkan.

Timbalan menteri hal ehwal dalam negeri Zainal Abidin Zin berkata bekas ahli Al-Arqam telah mengadakan beberapa perjumpaan rahsia sejak lima bulan dulu di luar bandar, di mana pergerakan itu masih hidup subur sebelum kerajaan mengharamkannya pada 1994 kerana dakwaan mengembangkan ajaran sesat.

'Kami tidak tahu apa sebabnya,' demikian Zianal disebut sebagai berkata oleh Sunday Star. 'Kita tidak mahukan pergerakan yang diharamkan itu merancang aktiviti seperti yang pernah dilakukannya dulu.'

Zainal tidak menjelaskan apa bentuk tindkan yang akan diambilnya, tetapi polis sudah memantau pergerakan itu agar tidak dipulihkan semula.

Kerajaan pimpinan Perdana Meneri Mahathir Mohammed telah menahan pengasas pergerakan itu, Ashaari Muhamaed, dan 11 orang lagi pemimpin pertubuhannya selama dua bulan pada 1994. Mereka telah dibebaskan setelah muncul di TV untuk bertaubat.

Kerajaan juga telah membubarkan perkampungan yang dikendalikan oleh kumpulan itu yang mempunyai supermarket, kilang dan bermacam perniagaan lain. Pertubuhan itu mendakwa mempunyai 100,000 ahli ketika di zaman kegemilangannya.

Tidak adapun sebarang lapuran keganasan ketika kerajaan melancarkan gerakan menangkap mereka.

Islam ialah agama utama Malaysia. Lebih 60 persen penduduknya yang berjumlah 23 juta itu adalah beragama Islam, kebanyakannya Sunni - dan kerajaan tidak menyenangi mazhab lain dan pergerakan kumpulan agama yang lain.

Pada minggu yang lalu kerajaan telah mengarahkan penahanan tanpa perbicaraan 10 orang yang dituduh menganggotai satu kumpulan militan islam yang dikatakannya mahu menggulingkan kerajaan Mahathir, yang telahpun memimpin Malaysia selama 20 tahun.

Mereka yang ditangkap, kebanyakannya adalah ahli parti pembangkang yang berunsur 'fundamentalist Islamic' telah pun menafikan dakwaan itu dan berkata kerajaan sengaja mahu menjatuhkan martabat parti dengan mengaitkannya kepada 'Muslim extremism'.

Tamat.

Terjemahan: SPAR




Asal:

http://timesofindia.indiatimes.com/articleshow.asp? art_id=49176357


Outlawed Malaysian group attempting comeback

KUALA LUMPUR: The Malaysian government has warned that it will crack down on followers of a local Muslim sect who try to revive the banned movement, news reports said on Sunday.

Deputy home minister Zainal Abidin Zin said former members of the Al-Arqam group have held secret meetings over the past five months in rural parts of Malaysia, where the movement flourished before the government banned it in 1994 for allegedly spreading heretical religious teachings.

"We do not know what their intentions are," Zainal was quoted as saying by the Sunday Star newspaper. "We do not want the outlawed movement to organize activities like what it did before it was banned years ago."

Zainal didn't elaborate on what form a crackdown would take, but police were monitoring the movement to ensure it is not revived.

Prime Minister Mahathir Mohamad's government detained the movement's founder, Ashaari Muhamad, and 15 other top members for two months in 1994. They were released after they appeared on national television and claimed to have repented.

Authorities also disbanded communes run by the Al-Arqam sect, which owned supermarkets, factories and other businesses and claimed to have 100,000 members at the height of its popularity.

There were no reports of violence during the crackdown.

Islam is the official religion of Malaysia. More than 60 per cent of the Southeast Asian country's 23 million people are Muslims -mostly Sunni - and the government frowns on other sects and religious cults.

The government last week ordered the detention without trial of 10 men accused of belonging to an obscure Islamic militant group it says were plotting to overthrow Mahathir, who has led Malaysia for 20 years.

Those arrested, mostly members of a fundamentalist Islamic opposition party, have denied the claims and say the government is trying to discredit it by linking it to Muslim extremism.
( AP )