Laman Webantu (M)   KM2: 6075 File Size: 17.0 Kb

| KM2i Index | KM2 Index |


TAG SP 332: Guardian: Panglima Perang Afghan
By Jonathan Steele

8/10/2001 9:50 am Mon

[Sila maklum rencana ini mempunyai unsur sindiran yang amat tajam. - Editor]

The Guardian
Sabtu 6 Oktober, 2001.


Panglima Perang Afghan

(Our Afghan Warlords)

Oleh: Jonathan Steele

Arming the Taliban's opponents will only deepen the agony of a ruined nation

Seorang wartawan TV kebingungan ketika meneliti penggambaran yang dibuatnya ketika merakamkan karung gandum yang dipunggah sebagai bahan makanan yang disusun menantikan kemunculan pelarian Afghan yang kelaparan dan ketakutan munculnya serangan udara Amerika. Rencana itu memang sengaja dibuat secara diam-diam, tidak berapa dikutuk ataupun ada sesiapa yang berani memulakannya. Tetapi, betapapun membingungkan, dasar yang dilaksanakan itu memang satu dasar gila. Orang gila manakah yang mencadangkan tindakan ketenteraan yang menyebabkan orang yang papa kedana lari ketakutan melupakan rumah tangga mereka dan mengheret ahli keluarga untuk meredah banjaran gunung dan dataran padang pasir - untuk berpusu-pusu di pintu masuk Pakistan dan Iran, yang sudah lama tertutup rapat? Kemudian mereka berkata anda akan diberikan bantuan bekalan makanan sebagai lambang kesucian hati kami kerana 'kami tidak bermusuh dengan anda, tetapi dengan regim yang memerintah anda'.

Belumpun dilancarkan sebarang peluru berpandu, ratusan ribu penduduk Afghan sudahpun mula berhijrah. Bayangkan bagaimana berkecamuknya keperitan dan kekeliruan yang akan menghantui mereka apabila gelombang pertama serangan 'Tomahawks' dilepaskan untuk menyerang mereka di sebalik segala dasar 'bom dan mentega' yang mereka lancarkan.

Namun, liputan luas selama dua minggu di TV itu, yang memaparkan kesengsaraan di Afghanistan tidakpun bererti, tidak membawa kesan. Ia memberikan ruang untuk kita berfikir dan memberikan peluang perasaan membalas dendam itu menjadi dingin dan sejuk. Liputan TV itu telah mendidik berjuta manusia mengenai keadaan sebenar negara yang amat sukar. Satu generasi ahli politik muda, yang tidak berapa pasti di mana Afghanistan sebenarnya satu bulan yang lalu, kini sibuk mendalami pengetahuan mencari perbezaan antara Uzbek, Tejik, Hazara dan Pashtun. Ada yang sudah mula memahami bahawa inilah sebuah negara yang kerap berbalah disebabkan isu etnik yang kerap bermasalah, penyatuan suku kaum dan hubungan wilayah di mana kerajaan pusat sentiasa berada dalam keadaan yang rapuh dan mudah berpecah-belah.

Masa akan membuktikan sukarnya untuk membuktikan betapa Osama bin Laden ada terlibat dengan serangan ngeri, setidak-tidaknya untuk meyakinkan seluruh dunia Islam mengenai penglibatannya. Mungkin identiti para perampas pesawat itu dianggap jelas setakat ini. Tempat duduk mereka dan pusat latihan mereka sejak beberapa tahun yang lalu sudahpun diberitahu. Cuma bahan bukti bahawa mereka menerima arahan daripada Osama Bin Laden belum lagi ditemui. Para askar sudah lama mati, tetapi kaptennya, apalagi para jeneral dalam perang ini, tidak mungkin akan terpalit.

Kerana itu, sasaran Amerika tidak lagi tertumpu kepada perancang utama yang disyaki. Sasarannya sudah diperluaskan lagi ataupun dibiaskan agar menyimpang ke arah sisi. Kerana tidak pasti di mana tempat persembunyi Osama Laden, dan terlalu ghairahkan kejayaannya, Amerika dan juga Tony Blair telah mengisytiharkan betapa kepimpinan Taliban harus menjadi sasaran yang sah juga. Kalau tidak mengena sasaran yang tepat di 'mata-kerbau' (bull's eye) sasaran sipi seperti di papan anak-panah boleh digembar-gemburkan sebagai bukti kejayaan yang dicapai.

Tahap perencanaan tempoh peperangan yang dijanjikan itu sudah semakin berubah-ubah. Serangan peluru berpandu akan dijadikan hidangan memacu selera harian sahaja. Hidangan utama ialah berbentuk satu kempen melengkapkan pasukan yang anti-Taliban, Pakatan Utara (Perikatan Utara) supaya mereka mampu mara untuk mengambil-alih kuasa di Kabul. Kemudian, bolehlah kita membantu mereka menubuhkan satu kerajaan baru yang akan menerima kepulangan Raja Zahir Shah yang sudah lama digulingkan itu. Kita bukannya menakluk dan menjajah, cuma menerima satu jemputan oleh satu pihak yang beperang untuk memberikan bantuan. Kumpulan Pakatan Utara mungkin tidak mempunyai perwatakan malaikat. Sikap mereka terhadap hak kaum wanita dan kemajuan sosial mungkin tidak menyelerakan tetapi mereka tidak seburuk kumpulan Taliban. Inilah yang menjadikan kita benar-benar bersifat kumpulan pembebasan.

Segala bunyinya memang semacam menyelerakan malahan semacam ada hikmahnya. Tetapi di situ, terletak kesilapannya. Saya tidak menjangkakan untuk menjadi orang lama Afghan. Panggilan semacam itu ada mengimbau zaman penjajahan yang sudah lama dulu. Namun, saya mungkin layak dipanggil begitu, kerana kursus pertama saya secara intensif bermula di Afghanistan pada 1981 dulu dan saya sudah membuat liputan dari sana sebanyak enam kali. Setiap kali saya tiba saya dapat melihat betapa negara itu sudah semakin mereput ke jurang peperangan yang semakin menggila. Ketika Soviet menjajah dulu, saya merupakan sekumpulan warga minoriti yang berpendirian betapa kerajaan yang ditaja oleh Moscow pimpinan Babrak Kamal dan Najibullah, adalah golongan yang kurang kesyaitananya berbanding segala kerja-kerja bajingan yang dilakukan oleh Kumpulan mujahidin yang dibantu dan ditaja oleh CIA dan M-16, seandainya kumpulan ini berjaya merampas kuasa. Mereka ini telah menghancurkan Afghanistan. Ketika komunis menjajah dulu, Kabul tidakpun terjejas oleh peperangan - dan kaum wanita mempunyai hak asasi mereka - tetapi apabila kumpulan Mujahidin mendekati Kabul mereka telah memusnahkannya.

Gulbuddin Hekmatyar, seorang fundamentalis yang berdarah Pashtun, telah mengebom Kabul selama dua tahun sehingga menghancurkan separuh bangunan di bandar itu dan mengorbankan 25,000 orang awam. Dia bertindak demikian kerana mendapati kumpulan Tajik dalam 'pakatan' muhajidin itu tidak memberikannya kuasa yang secukupnya. Satu tahun kemudian, Ahmed Shah Massoud, yang digembar-gemburkan di luar negara sebagai seorang 'singa' dan pemimping unggul anti-komunis dan anti-Taliban, telah berperang melawan puak Shiah Hazara dan sekutu mereka yang berpusat di Kabul dan mengorbankan banyak nyawa. Namun dalam satu corak penonjolan kejuaraan kuasa panglima perang yang menjadi asam garam sejarah Afghan, Massoud, Hekmatyar dan Karim Khalili (pemimpin Hazara) telah bersatu semula beberapa bulan kemudiannya.

Berita angin mengenai 'satu kerajaan baru' di mana bekas raja akan dijadikan lambangnya bukannya satu cerita baru. Beberapa perwakilan PBB telah meluru ke istananya di Rome pada 1988, meminta beliau pulang mengambil alih tampuk pemerintahan sebaik sahaja Soviet bersetuju menarik diri. Rencana itu gagal kerana raja itu sendiri yang tidak bersedia memimpin. Lagipun kaum Pashtun tidakpun memberi penghormatan kepadanya, apatahlagi kaum bukan Pashtun dan puak mujahidin. Namun, Washington masih yakin dapat membantu kepulangannya walaupun ini bererti memberikan peranan kepada kumpulan bekas komunis.

Akan tetapi, idea yang paling terserlah ketika zaman kegelapan dulu telah dikemukakan oleh Amerika. Ketika perundingan Geneva berjaya mendesak Soviet mengundurkan diri, tercetus isu pembekalan senjata sebaik sahaja Russia berundur. Soviet Russia ketika itu mahukan hak untuk terus membantu boneka mereka di Afghanistan, Najibullah, dan meminta agar Amerika, Arab Saudi dan Pakistan tidak membekalkan senjata kepada kumpulan pejuang Afghanistan. Ketua Setiausaha Negara Amerika ketika itu, George Shultz telah mencadangkan konsep berdiam diri dan melancarkan 'negative symmetry' (sama-sama menafikan). Kedua-dua pihak tidak lagi membekalkan senjata kepada puak yang mereka sokong dulu.

Sekarang ini, tibalah masanya kita mengamalkan konsep 'sama-sama menafikan' itu. Daripada mengambil sikap membekalkan kelengkapan perang yang baru kepada Pakatan Utara, seperti yang dilakukan oleh Russia dan Iran, dan seperti yang dicadangkan oleh AS, seluruh dunia harus menyatakan 'yang sudah itu sudahlah!'. Pakistan harus juga ditekan agar tidak membekalkan senjata lagi kepada puak Taliban. Tidak ada satu gerakan sekatan senjata yang dapat terlaksana di negara seperti Afghanistan yang mempunyai kawasan sempadan yang amat terbuka. Adalah lebih baik meminta pasukan yang sibuk berperang-saudara mencapai kata sepakat menghentikannya dan menafikan mereka kelengkapan perang. Usaha ini lebih baik berbanding strategi Washington mengalahkan Taliban dengan membekalkan puak penentangnya dan membantu mereka mengebom serta menyerang kubu Taliban dengan peluru berpandu.

Orang asing telah masuk campur dalam politik Afghanistan untuk satu tempoh yang panjang dengan kesan yang sungguh mengaibkan. Negara itu penuh dengan kelengkapan perang dan sudah pun berkeadaan padang jarak padang tekukur. Usaha PBB untuk mencapai pakatan politik, yang telah digerakkan semula empat tahun yang lalu, perlu ditumpukan dalam pencarian satu struktur persekutuan di mana kumpulan etnik dan wilayah diberikan autonomi yang lebih besar lagi. Harapan akan wujudnya satu kerajaan pusat di negara yang begitu berpecah dan tertekan adalah satu ilusi semata. Sebarang usaha untuk melancarkan serangan udara dan pembekalan lebih banyak senjata adalah rencana yang paling silap untuk memulihkan negara.

Tamat.

Terjemahan: SPAR




Asal:

http://www.guardian.co.uk/Print/0,3858,4271595,00.html


Our Afghan warlords

Arming the Taliban's opponents will only deepen the agony of a ruined nation

Jonathan Steele

Saturday October 6, 2001
The Guardian

Ironic, says the TV reporter, as his footage shows sacks of American flour being unloaded for the tide of desperate Afghans fleeing their homes in fear of American attacks. The word is low-key, mildly critical, not daring to stick its neck out. Ironic? Come off it. The policy is crazy. Can decision-makers seriously recommend military action which drives people in terror out of their homes to trek with their families across mountains and deserts and huddle before the closed gates of Pakistan and Iran, and then say we will feed you out of the kindness of our hearts because "our struggle is not with you but with your rulers"?

Before a single cruise missile has been launched, hundreds of thousands of Afghans are already on the move. Imagine the even greater panic and dislocation when the first wave of Tomahawks rolls in and the policy of "bombs and butter" takes off in earnest.

But two weeks of TV coverage of the human misery which is Afghanistan have not been entirely ineffective. They have provided a pause for thought and allowed the desire for revenge to cool. They have also given millions of people a crash course on the reality of this wretched country. A new generation of politicians, who barely knew where the place was a month ago, busily mugs up on the differences between Uzbeks, Tajiks, Hazara and Pashtun. Some are starting to understand that this is a place of constantly shifting ethnic, tribal and regional alliances where central government has always been fragile.

Time has also shown how hard it is going to be to prove Osama bin Laden's hand behind the terror attacks, at least for the Muslim world to be convinced. The hijackers' identities are relatively clear. Where they lived and trained over the past few years is also coming into focus. But evidence that their orders came from Bin Laden has not yet been found. The soldiers are dead but the captains, let alone the enemy generals in this war, may never be implicated.

So the target of the planned American attacks is no longer just the suspected mastermind. The aim is being widened, or at least deflected. Unsure where Bin Laden is hiding, and eager for visible signs of success, the Americans - and Tony Blair - proclaim the Taliban leadership is equally legitimate a target. Instead of going for the bull's eye, any hit on the dartboard will be trumpeted as proof we've scored.

The phasing of the promised war is also shifting. Missile strikes will just be the hors d'oeuvre. The main meal will be a sustained campaign to arm the Taliban's opponents, the Northern Alliance, so that they can seize Kabul and take power. We will then help them form a broad-based government and bring back the deposed King Zahir Shah. Afghanistan is in the midst of a civil war. We are not invading but responding to an invitation by one side for aid. The Northern Alliance may not be angels. Their attitudes to women's rights and social progress may be unappetising but they are not as bad as the Taliban. So we are really liberators.

It sounds tempting, even noble. But wrong. I never expected to be an "old Afghan hand". The term sounds irredeemably colonial. But perhaps I deserve the label, as my own crash course in Afghanistan began in 1981 and I have reported from there six times since. On each visit the country had slipped deeper into the jaws of ever-widening war. During the Soviet period, I was in the small and unfashionable minority which came to the view that the Moscow-supported governments of Babrak Karmal and Najibullah were lesser evils compared to the ravages which the CIA- and MI6-backed moja hedin were likely to cause if they ever took power. Ravage Afghanistan they did. In the communist period, Kabul was virtually unscarred by war - and women had rights - but when the mojahedin moved in, they tore it apart.

Gulbuddin Hekmatyar, the Pashtun fundamentalist, shelled the city for two years, destroying half its buildings and killing 25,000 civilians because he thought the Tajik wing of the mojahedin "alliance" was not offering him enough power. A year later, Ahmed Shah Massoud, lionised abroad as the greatest leader of the anti-communist and anti-Taliban resistance, turned his guns on his Shi'ite Hazara allies who were concentrated in the western part of Kabul, killing thousands. Yet, in a pattern of cynical warlordism with which Afghan history is replete, Massoud, Hekmatyar and Karim Khalili, the Hazara leader, were allies again within months.

The current talk of a "broad-based government" with the ex-king as its figurehead is also nothing new. UN envoys rushed to his palatial home in Rome in 1988 to urge him to return when the Russians agreed to withdraw. The effort foundered on the king's chronic unwillingness to take a lead, the fact that even among many Pashtun he is not regarded with respect, let alone among non-Pashtun, and on the mojahedins' refusal - ardently supported by Washington - to give any political role to the ex-communists.

But the most promising idea of those bleak times did come from the Americans. The final phase of the Geneva talks, which led to the Soviet withdrawal, centred on the question of arms supplies once the Russians pulled out. The Russians wanted the right to go on aiding their ally, Najibullah, while insisting the Americans, Saudis, and Pakista nis no longer armed the mojahedin. In reply, George Shultz, the secretary of state, proposed "negative symmetry". Both sides would stop arming their clients.

When the Russians refused, the Americans said this was unacceptable and so the two superpowers agreed on exactly the opposite of what Shultz had proposed. There would be "positive symmetry". The phrase is now forgotten but as a euphemism for an arms race it deserves a high rank in the lexicon of linguistic cynicism alongside "collateral damage".

Now is the time to revive "negative symmetry". Instead of giving yet more arms to the Northern Alliance, as Russia and Iran are already doing, and the United States proposes to do, the outside world should be saying enough is enough. Pressurealso needs to be put on Pakistan to end its supplies to the Taliban. No arms embargo is ever complete, especially in a country, such as Afghanistan, with porous borders. But it is far better to press the parties in a civil war to reach a compromise by denying them weapons and fuel for their hardware rather than by Washington's proposed strategy of trying to defeat the Taliban by arming their opponents and aiding them with bombing runs and missile attacks on Taliban positions.

Foreigners have intervened in Afghan politics for too long and always with disastrous results. The country is awash with weapons and already in ruins. The United Nations' efforts to find a political settlement, which were revived four years ago, need to be refocused on the search for a federal structure in which regions and ethnic groups will have greater autonomy. Hope of strong central government in a country so split and traumatised is an illusion. Above all, air strikes and yet more supplies of arms are the wrong way to go.

Guardian Unlimited © Guardian Newspapers Limited 2001