Laman Webantu (M)   KM2: 6073 File Size: 8.2 Kb

| KM2i Index | KM2 Index |


TJ SP MGG: Penerbangan MAS Yang Terhangguk-hangguk
By M.G.G. Pillai

7/10/2001 10:38 pm Sun

Penerbangan MAS Yang Terhangguk-hangguk

MAS's Bumply Flight After A Crony Bails Out

Oleh: M.G.G. Pillai

(Permintaan Khas daripada Penterjemah: Dua malam yang lepas, keluar satu program di TV dan radio yang menonjolkan seorang professor kangkong Univerti Malaya, bernama Prof. Latif Bakar, yang memuji rencana kerajaan mengambil-alih MAS sebagai satu tindakan yang mendahului masa, Dia berhujah betapa pintarnya kerajaan Malaysia mengambil alih MAS apabila diambilkira masalah semasa. Hujah beliau memanglah jauh menyimpang kerana penuh propaganda. Penterjemah meminta jasabaik sesiapa mengirimkan terjemahan artikel ini kepada emel beliau. Saya kesihankan para pelajar yang menerima 'pendidikan' daripada professor kangkong ini).

MAS sedang keperitan. Pada mulanya ia diserahkan kepada seorang kroni beberapa tahun yang lalu dalam projek penswastaan. Itulah ketikanya, kroni yang bernama Tan Sri Tajuddin Ramli bertindak melaksanakan beberapa operasi untuk membuat wang untuk diri sendiri sambil mengenepikan amanah rakyat Malaysia. Kemudian dia memujuk mahagurunya, seorang bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin, membeli balik saham syarikat itu pada kadar RM8 sesaham, dua kali ganda daripada harga pasaran, dan dia telah mengaut keuntungan sekitar RM900 juta kerana menghancurkan satu syarikat penerbangan negara.

Apabila tercetus bantahan terhadap pembelian itu, Tun Daim memberikan keyakinan betapa pembelian itu adalah baik dan berpatutan, walaupun harganya adalah dua kali ganda harga pembelian saham pegangan Sultan Brunei yang dibeli oleh kerajaan pada kadar RM16 sesaham. Dia tidak perlu membeli saham itu kerana kerajaan mempunyai pegangan 51 peratus suara pengundian dalam syariakat (MAS) itu tanpa perlu mengeluarkan belanja tidak menentu untuk memperkayakan peniaga itu kerana kegagalannya berniaga. Tetapi, kroni mana yang mesti dibiarkan papa kedana. Kerana itu Tan Sri Tajuddin berjaya membodohkan rakyat Malaysia dan bergelak sakan menyimpan wangnya di bank.

Kini kita sedar kerajaan sudah berbohong. Ketua Pengarah baru sistem penerbangan itu, Dato' Mohamed Nor Yusuf, telah memberi tahu pengurus kanan pada 25 September setelah beliau membatalkan satu sidang akhbar, bahawa MAS sudah muflis sejak empat tahun dulu lagi. Kalau pinjamannya tidak dibayar pada petang itu, syarikat itu terpaksa ditutup. Mujur ia dapat dibayar bertepatan jadualnya untuk menangguhkan proses tutup perniagaan pada tahun hadapan pula. Kini dia memberitahu para wartawan dan penganalis pasaran betapa tidak ada sesuatu yang boleh diharapkan lagi. Dia terpaksa mengurangkan jumlah penerbangan, kakitangan dan juga perencanaan. Dia tidakpun menyebutnya, tetapi perundingan dengan beberapa syarikat penerbangan asing menunjukkan kemungkinan ada penerbangan lain yang akan mengambil-alih.

KLM merupakan pilihan, tetapi mereka mahu melaksanakan proses 'bail-out' dan bukannya mahu menjadikan MAS satu penerbangan yang efisen. KLM tidak boleh membuang kekitangan yang ada, dan terpaksa terus mengusahakan keuntungan walaupun pengurusan MAS tidak berjaya melaksanakannya. Kerajaan memang tidak pernah mahukan MAS membuat keuntungan. Kerana itu MAS mempunyai jumlah kakitangan yang berlebihan dengan satu peratusan yang tinggi semata-mata untuk hiasan pandangan sahaja. Ketidak-cekapan MAS memang menakjubkan. Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik, pernah menegaskan betapa MAS berada di bahagian hadapan dalam industri penerbangan global dan pelancongan. Malangnnya, dia tidak faham tidak ada sesiapa yang akan mempercayai cakapnya itu.

Demikianlah bahana ketidak-cekapan yang sengaja dibiarkan. Perangkaan terakhir, bertarikh 31 Mac 2001, menunjukkan kerugian sebanyak RM1.3bilion tahun lalu, sedangkan pinjaman syarikat berada pada RM9.1 bilon yang kebanyakannya terhimpun ketika Tajuddin Ramli diberikan keyakinan untuk menunjukkan cara membebankan syarikat itu dengan hutang bertapuk. MAS telah memesan pesawat baru di luar keupayaan kegunaannya, dan dalam masa tujuh bulan lagi ia akan menerima bekalan pesawat berbadan luas yang bernilai RM2.28 bilion yang tidakpun dimilikinya. Dato' Seri Nor berkata MAS memerlukan dana secepat mungkin untuk membayar bekalan pesawat yang baru itu dan tambahan sebanyak RM1.6 bilion lagi untuk membiayai hutang kerana berpindah daripada Subang ke KLIA. Dia tidak tahu bagaimana mahu menyediakan wang sebanyak itu.

Pada bulan lalu, MAS telah menjual bon bernilai RM800 kepada Intelek Perakasa Bhd. sebuah syarikat yang disokong oleh kerajaan yang ditubuhkan untuk membeli saham pegangan Tajuddin Ramli. Bon ini (yang dalam bentuk 'redeemable convertible preference shares) merupakan tambahan kepada RM1.8 bilion yang pernah dibayar untuk membeli saham utama MAS daripada Tajuddin dulu. Dengan tercetusnya petaka dari angkasa di New York pada September 11 dulu, MAS turut terjejas dan premium insurannya naik mencanak dua kali ganda menjadi RM110 juta. Semua kos lain sudah naik juga dan untuk menyelamatkan syarikat penerbangan itu segala bentuk bantuan kerajaan perlu diteruskan. Tetapi kini para penumpang terpaksa membayar lebih untuk penerbangan dalaman yang mengurangkan segala bentuk khidmat mesra penumpangnya; tidak ada lagi makan dan minum ketika penerbangan dalam negeri.

Kita boleh perhatikan bagaimana caranya kerajaan mengendalikan projeknya ataupun memberikan kemudahan kepada para kroni untuk mengendalikan projek mereka. Ia menjadi satu cerita fantasi yang bersalur surelisme apabila kontrak yang lumayan dan tidak munasabah tinggi harganya yang membolehkan setiap penerima menjadi jutawan segera sebelum projek mereka bermula. Kemudian mereka digalakkan berhutang sakan, sedangkan wakil kerajaan dalam lembaga pengarah syarikat itu turut tidur tanpa membetulkan keadaan. Semua ini berlaku selepas kerajaan membuat pendirian bahawa kerajaan tidak sepatutnya bergiat dalam perniagaan. Tetapi apa sahaja yang boleh diswastakan telah dilaksanakan tanpa sebarang pertimbangan yang waras, kecuali untuk memperkayakan para kroni, yang kemudiannya menjualnya kembali kepada kerajaan untuk menyauk keuntungan besar yang terakhir.

Sebagai contoh, Tajuddin Ramli pernah berniaga mengangkut pekerja pelantar minyak dengan helikopter ke Lautan China Selatan. Inilah yang dijadikan modal untuk beliau menerima peluang mengambil-alih MAS yang disalah-urus ketika itu. Dia berjaya menerima peluang itu kerana adanya satu perundangan yang tidak bertulis di mana kerajaan akan bersedia menentukan dia dan para jongosnya tidak akan kerugian apa-apa.

Cerita sebenar MAS menjadi terdedah dengan kesediaan Dato' Mohamed Nor menceritakannya. Mahathir Mohamed telah mencuba mengengsotkan tuduhan terhadap menteri kewangannya yang tidak kelihatan itu. Ini dilaksanakan dengan tindakan kerajaan menghambat mereka yang barkait rapat dengan Daim, dan mereka kini hidup ketakutan kalau-kalau ada sesiapa yang mengetuk pintu rumah mereka - terutama sekali daripada pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri. Tan Sri Halim Saad yang pernah menjadi taukeh besar Renong satu ketika dulu pernah mendapatkan pinjaman sebanyak hampir RM30 bilion mengendalikan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dengan hutang yang tidak akan dapat terbayar sepanjang satu generasi manusia. Kroni yang lain sedang beratur untuk menyerahkan kembali syarikat penswastaan yang sudah banyak hutangnya dan sudah tidak terurus lagi. Tidak ada yang lebih menakutkan lagi daripada masalah kewangan, apabila dirangkumkan dengan sikap kerajaan dalam menanganinya. Kerajaan masih bertegas ia masih mempunyai banyak simpanan wang dan dana. Semua itu adalah sama karutnya dengan segala pembohongan yang pernah dituturkan oleh Tun Daim di Parlimen.

M.G.G.Pillai
pillai@mgg.pc.my

Terjemahan: SPAR-01-1701

Asal: KM2 6068