Laman Webantu (M)   KM2: 6072 File Size: 13.0 Kb

| KM2i Index | KM2 Index |


TAG SP 331: Asiaweek: Nilai Secebis Kemurkaan
By Sangwon Suh

7/10/2001 10:37 pm Sun

http://www.asiaweek.com/asiaweek/magazine/ dateline/0,8782,178032,00.html


Asiaweek
12 Okt, 2001

Nilai Secebis Kemurkaan

Oleh: Sangwon Suh

Kemelut ekonomi global semakin melukakan. Kini, rantau Selatan dan Tenggara Asia sudah merasa sangsi apakah para pelabur mungkin menyamakan ketidak-senangan Islam terhadap Amerika selaras dengan unsur pelampau - dan menarik pelaburan mereka.

Oleh SANGWON SUH

Inilah masa yang mencabar menjadi eksekutif di rantau Asia. Pada mulanya, kemalapan sejagat yang melunturkan prospek perniagaan di rantau itu. Kini, ia bertukar kepada takutkan keganasan dan kebangkitan perbalahan kaum. 'Hanya setakat beberapa minggu yang lalu, ibupejabat perdagangan mahu tahu sama ada berbaloi usaha untuk meneruskan kehadiran kami di rantau ini memandangkan kebangkitan perindustrian China,' kata seorang ketua perbankan Eropah di Singapura. 'Sekarang ini mereka mahu tahu apakah benar kumpulan radikal Islam akan mengambilalih Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand - dan berapa selamatkah Singapura?' Sudah menjadi tugasnya menolak mitos dan menulis keadaan sebenarnya, namun katanya, tugas itu bukan kepalang sukarnya. Dia mengeluh. 'Anda mungkin memikirkan kita sudah dianggap seolah-solah menyerupai Afghanistan.'

Keadaan mungkin menyulitkan setiap peniaga di Asia, namun ia menjadi semakin menekan di rantau Selatan dan Asia Tenggara dengan mereka daripada masyarakat Islam. Ketika Amerika bersiap bertindak terhadap Afghanistan, disebabkan regim fundamentalis Taliban berdegil melindungi perancang utama keganasan, Osama bin Laden, semangat anti-AS sudahpun menggelegak di seluruh rantau itu, dengan munculnya semakin banyak protes terhadap sebarang usaha tindak-balas Washington untuk menyerang. Keaadan ekonomi sudah semakin berguling kesan penurunan keadaan sejagat yang lembab berpusing, yang dilecehkan lagi oleh kebarangkalian betapa serangan September 11 di New York dan Washington akan melembabkan lagi sebarang proses pemulihan di Amerika Syarikat. Ada yang khuatir keadaan ini akan terus menjunam dan berpusing seandainya pelabur antarabangsa menyamakan sentimen anti-Amerika itu dengan ekstremis Islam - ataupun sengaja menganggapnya sebagai keadaan politik yang tidak stabil - lantas bertindak melepaskan pegangannya di rantau ini.

Sebenarnya, Asia tidak mungkin mengalami satu keadaan di mana modal perdagangan akan dilarikan ataupun merasakan satu keadan terhentinya urusan dagang dengan Barat. 'Gelagat beberapa kumpulan radikal picisan tidak akan mencetuskan satu kesan yang besar yang menjejaskan pelaburan ataupun mencetuskan aliran keluar portfolio niaga untuk satu tempoh yang lama,' demikian pendapat Manu Bhaskaran, ketua ekonomis di SG Securities di Singapura. Amat jelas, betapa syarikat asing dan institusi kewangan sudah semakin khuatir, sehingga terlebih mengada, terhadap mungkin terjadinya serangan kumpulan agama ekstrimis. Inilah yang akan menyulitkan Asia. 'Walaupun ramai orang sedar betapa kumpulan ini adalah kumpulan picisan, soalnya mereka ada di situ,' kata Jim Walker, ketua ekonomi di CLSA Emerging markets. 'Inilah yang menakutkan, dan kalaulah ada pelaburan baru di rantau ini yang sememangnya amat mengharapkan pelaburan asing, (rantau ini) yang akan terus merana.'

Pakistan merupakan calon utama yang akan merana. Jiran terdekat Afghanistan ini berkemungkinan meledak kerana sebagai sebuah kerajaan militari yang sekular dan yang telah berikrar membantu peperangan AS terhadap keganasan, Pakistan terpaksa berdepan dengan bahaya kewujudan kumpulan militan yang pro-Taliban, yang sudahpun mengisytiharkan jihad terhadap Amerika. Awan peperangan yang memendungi Pakistan sudahpun mengeluarkan bayang yang menggelapi industri Pakistan - yang merupakan nombor empat terbesar di dunia - kerana pembeli Barat sudahpun memikirkan mencari sumber pembekal alternatif. Pedagang asing dan pengurus syarikat multinasional telah menerima nasihat daripada kedutaan mereka agar keluar daripada negara itu selagi keadaan masih tegang. 'Sejak satu tahun dulu secara puratanya, kami telah memerhatikan peningkatan pelaburan,' kata Sohail Sethi, presiden Dewan Perdagangan dan Industri Rawalpindi. 'Kami sedang memerhatikan penurunannya.' Sambil dua orang pembantunya diam bersahaja, Sethi menerangkan betapa itulah hari pertama dia menjalankan tugasnya.' Saya fikir, ini bukannya hari terbaik untuk memulakan tugas,' katanya dengan senyuman sahaja.

Indonesia akan merupakan satu lagi negara yang akan merasakan bahananya. Negara itu sudah bergolak dengan demonstrasi anti-Amerika yang membengkak dan gelagat liar pelampau Islam yang mahu menyingkirkan warga Amerika - sehingga kerajaanpun merasa jatuh airmuka, kerana ia baru sahaja letih memujuk rayu pelaburan pelabur Amerika. 'Kami terpaksa mengawal padahnya,' kata Suryo Sulisto, timbalan pengerusi Dewan Perdagangan Indonesia. Ia perlu bertindak secepat mungkin. Kedutaan AS sudahpun menghantar pulang beberapa kakitangan kurang penting, sedangkan pembuat barangan berjenama Nike dan gergasi elektronik Motorola sudahpun mengengsotkan, secara sementara sahaja, ahli keluarga kakitangannya ke luar negara.

Walaupun tindakan lari keluar itu masih sedikit, ia membawa kesan yang menakutkan terhadap penduduk asing yang lain. 'Adalah amat sukar menjawab seorang anak perempuan anda yang menyoal kenapakah teman- temanya di sekolah sedang bersiap untuk keluar negara,' kata seorang pegawai syarikat perlombongan. Yang terhenyak ialah usaha pemulihan ekonomi Indonesia, yang memang diperakui oleh Jakarta amat bergantung kepada modal asing dan kepakarannya. 'Kemasukan pelaburan asing membawa erti tibanya orang asing untuk menguruskannya, sedangkan amat sukar untuk mengajak orang luar berdagang ke sini,' kata Frank Shea, seorang penasihat kepada Arthur Anderson di Jakarta.

Filipina yang didominasi oleh pengamal Kristian sudahpun merasakan segala bahaya ancaman kumpulan Abu Sayyaf, yang telah mengumumkan mahu menegakkan sebuah negara Islam di bahagian selatan, tetapi masih berlagak sebagai pengganas. Tidak perlu dipersoalkan bahawa dua penculikan (orang asing dan Filipino) yang dicetuskan oleh Abu Sayyaf telah menumpulkan selera pelabur asing," kata Peter Wallace daripada AYC Consultants di Manila, yang merupakan seorang pengamat risiko politik dan ekonomi.

Malahan beberapa negara yang tidakpun dibayangi keresahan kumpulan fundamental dan aktiviti puak pemisah sedang bersedia untuk menghadapi kemungkinan yang merbahaya takutkan mereka terkait disebabkan hubungan persatuan. 'Memang ada kemungkinan terjejasnya pelaburan asing memasuki negara Islam, disebabkan cara Islam itu yang telah ditonjolkan - walaupun ada usaha untuk mengatakan bahawa Islam dan keganasan itu tidak boleh disatu-padukan,' kata Ramli Musa timbalan pengerusi eksekutif Ingress Corp, seorang pengeluar peralatan kereta di Malaysia. 'Ramai orang yang masih beranggapan bahawa Islam mempunyai potensi untuk menjahanamkan.'

Kemalapan dunia teknologi global sudahpun mencekik Malaysia. Pulau Pinang yang merupakan pusat pengeluaran elektronik sudahpun merasakan kesan kelembapan itu sejak awal tahun ini. Nama global seperti Seagate, dan AMD telah mula membuang pekerja dan syarikat kecilan sudahpun tutup-kedai mereka. Kejadian September 11 akan menyulitkan lagi keperitan ini. Pada bulan Ogos, jumlah pekerja yang buang mencecah 9,300 orang, dan pihak yang berkuasa menjangka angka ini melonjak lagi sehingga 33,000 pada akhir tahun. 'Dalam enam bulan lagi kebanyakan syarikat Barat akan melengahkan pelaburan mereka kerana sikap sengaja mahu menafikan pelaburan di negara Islam.' Demikian ramalan Toh Kin Woon, seorang ahli exco Pulau Pinang. 'Mulanya kami menjangkakan satu henjutan yang baik, tetapi kejadian terkini menunjukkan Pulau Pinang terpaksa bersedia menghadapi masalah yang akan mengacahnya.'

YANG IRONISNYA, Pulau Pinang ialah sebuah negeri kosmopolitan yang didominasi oleh penduduk Cina. Ia dikatakan merana disebabkan orang asing takutkan puak radikal Islam; sedangakan itulah corak hidup yang dikatakan menjadi amalan di negeri yang disebut oleh Perdana menteri mahathir mohammad ditadbir oleh parti Islam yang mempunyai unsur-unsur ekstremis. Tetapi, para pegawai di Kelantan dan Terengganu yang ditadbir oleh parti Islam itu (PAS) tidakpun merasakan sebarang ketegangan ataupun keperitannya.' Kami tidakpun merasa sebarang masalah,' kata Mustafa Ali yang menguasai ekonomi negeri dalam kerajaan negeri Terengganu. 'Tidakpun ada sebarang perbezaan sebelum kejadian di Amerika itu ataupun selepasnya.'

Sebab yang jelas di sini ialah kerana Kelantan dan Terengganu adalah dihayun oleh ekonomi pertanian dan tidak bergantung terlampau amat kepada pasaran asing dan pelaburannya. Mereka mempunyai kaedah sendiri untuk menarik pelabur asing untuk terus kekal di negari mereka. 'Di sini kita boleh rasa selamat, tidak ada bahayanya,' kata Masmitsu Fujikawa, pengurus besar pengeluaran 'wool processing' yang telah berada di Terengganu sejak tujuh tahun. 'Pada mulanya kami beranggapan apabila kerajaan baru (PAS) memerintah, kami akan menghadapi sekatan. Tetapi tidak pula ada bezanya dari dulu. Kami masih boleh menikmati minuman bir di rumah.'

Namun begitu, negeri yang dikuasai oleh PAS itu tidak pula terlepas daripada gangguan luaran. Seorang eksekutif sebuah syarikat tekstil di Kelantan, yang mengeksport sekitar 85% keluarannya ke Amerika, telah melaporkan menghadapi kesulitan berurusan dengan pembeli di Amerika selepas kejadian ngeri September 11 itu.

'Pembeli di AS tiba-tiba menjadi lebih memilih-milih,' katanya. 'Kami tidak tahu apakah ini ada kaitannya dengan peristiwa itu ataupun mereka manaikkan piawaian mereka. Mereka sudah mula menolak barangan yang ada sedikit tercemar sedangakan dulu mereka tidak bersikap begitu.'

Para pegawai Kuala Lumpur sudah merasakan bahana bahang kebangkitan di Barat terhadap negara Islam. 'Kalau sebuah syarikat Amerika terpaksa memilih antara Singapura, Thailand dan Malaysia untuk mencari tapak industri mereka, mulai dari ini kita boleh jangkakan kita menduduki tempat ketiga dalam pemilihan mereka. Demikian pandangan Raja Munir Shah, seorang anggota UMNO. Ini tidak bermakna tempat lain seperti Singapura tidak terjejas. 'Bukannya ada satu tembok yang melindungi keseluruhan Singapura,' kata Mark Mobius daripada Empleton Emerging Markets Fund. 'Singapura bergantung kepada kesihatan dan keupayaan negara jirannya dan akan merasakan kesan lengsung kepada setiap pergolakan di Malaysia, Indonesia dan negara lain di Asia Tenggara.'

Kalaulah ada juara daripada kemalapan yang menghantui keadaan ini, China merupakan juara itu, kerana sebelum berlakunya serangan itu, ia sudah menerima sekitar 70% pelaburan terus asing daripada Eropah, dan Amerika Utara yang ditujukan kepada Asia Timur. 'Satu kesan sampingan daripada serangan pengganas itu membolehkan China menerima lebih banyak pelaburan asing mengalir masuk sambil menghenyak nasib Asia Tenggara.' Demikian pendapat Walker daripada CLSA. Dia juga meramalkan India sebagai satu lagi peraih peluang ini berasaskan kedudukannya yang berunsur strategi. 'AS memerlukan India yang semakin bertenaga daripada dulu. Ini bererti syarikat AS akan lebih melabur di India, dan mencetuskan lebih banyak lagi usahasama dengan India.'

Yang ironinya, di sebalik kedudukannya yang berbahaya, Pakistan juga akan meraih durian runtuh. Kerjasama Islamabad dengan Washington, dijangka mencuit anugerah Amerika dalam bentuk bantuan yang bertambah. Namun, Sethi tidak berapa ghairah dengan kemungkinan itu. 'Kami akan merasa lebih lega kalau diberikan satu pakej perdagangan berbanding bantuan,' katanya.

Berapa lamakah agaknya keperitan itu akan bertahan? Mungkin berbulan juga, memandangkan serangan yang akan dilancarkan itu berkemungkinan melembabkan henjutan ekonomi AS itu untuk pulihkan semula ekonomi global. 'Pada awalannya kami jangkakan ekonomi AS dapat pulih semula pada penghujung tahun ini, ataupun paling lambat, pada awal tahun hadapan', kata Wallace daripada AYC. 'Kini, kami fikir pemulihan ekonomi Amerika itu akan muncul hanya pada pertengahan tahun hadapan.' Bagaimana pula dengan fahaman Islamofobia? Ia akan menghilang, kerana semangat ekstremism itu hanya merupakan pakaian sebahagian kecil masyarakat Islam - itupun bergantung kepada hari yang mendatang dengan harapan kumpulan yang sederhana tidak akan bertukar arah menjadi ekstrim pula.

Tamat.

Terjemahan: SPAR

Asal: KM2 6065