Laman Webantu (M)   KM2: 6071 File Size: 5.5 Kb

| KM2i Index | KM2 Index |


TJ SP MGG: Mencekik-Darah Di Malaysia
By M.G.G. Pillai

7/10/2001 10:24 pm Sun

Mencekik-Darah Di Malaysia

(Blood-Letting In Malaysia)

Oleh: M.G.G. Pillai

Seorang lelaki yang amat dikehendaki oleh polis telah ditangkap. Dia dianggap seorang penyangak yang berbahaya. Semestinya polis terpaksa bertindak memperketatkan kawalan supaya dia tidak boleh membuat kerja semacam Houdini (pakar silap mata yang boleh melepaskan diri yang bergari dan dikunci dalam sebuah peti yang ditenggelam dalam air - penterjemah). Tetapi, itulah yang dilakukannya dengan melepaskan diri ketika pihak polis cuai mengawasi. Kisah dia melepaskan diri telah disiarkan di setiap akhbar tetapi yang merunsingkan kita ialah bagaimana perkara itu boleh belaku, dan kenapa tidak ada tindakan dikenakan ke atas dua anggoa polis yang cuai itu. Sepatutya mereka didakwa di mahkamah dan dipenjarakan. Mereka telah ditugaskan mengiringi seorang penjenayah dan mereka tiba di destinasi tanpa penjenayah itu. Sehingga kini saya belum mendengar rencana polis untuk mengurangkan peristiwa seperti ini supaya tidak berulang.

Begitulah kisahnya dalam cara hidup kita orang Malaysia yang sentiasa lalai, kemarahan yang ketara telah ditumpukan kepada cara penjenayah itu melepaskan diri, dan bukannya kepada polis yang mengawalnya. Bagaimana sistem kepolisan tercemar sengaja diabaikan. Tidak banyak bezanya dengan apa yang kita lihat di kaca TV dan akhbar pada September 11 yang merakamkan petaka dari angkasa di Pusat Dagangan Dunia dan Pentagon: kengerian dan ketaksuban telah tertumpu kepada kumpulan beragama Islam yang melancarkannya dan bukannya kepada apa yang mereka capai: sehinggakan sebuah negara yang paling berkuasa terpaksa melutut kerananya.

Ada sepucuk surat yang disiarkan di The New Straits Times pada 4 Oktober, 2001 (Ruang Letters mukasurat 11), yang mencadangkan satu idea yang baik: penjenayah itu harus dipasung kakinya dengan rantai besi pada masa depan. Mr. P. Selvam daripada Petaling Jaya telah mengaku betapa cara pengawalan yang tidak cekap tetapi memberikan kepujian kepada polis kerana 'bukan senang untuk polis menangkap penjenayah dan kumpulannya yang menakutkan orang awam'. Tetapi setelah menangkapnya polis membenarkan penjenayah itu lepas walaupun tangannya bergari.

Mr. Selvam berpendapat: 'Polis dan Jabatan Penjara harus meniru satu kaedah yang diamalkan di negara jiran. Setiap banduan digari tangannya dan pasung kakinya dengan rantai (dan bebola besi - penterjemah) sebelum dibawa masuk ke mahkamah. Ini adalah penting, mengikut Selvam, supaya seseorang tertuduh itu dimalukan dan dinafikan hak asasinya sebaik sahaja polis mengetahui akan bahaya yang dicetuskannya. Dalam kes ini orang itu tidak pun didera, dan kita tidak pun tahu siapakah dia sebenarnya dan apakah pihak pendakwa mampu mengenakannya satu hari nanti.

Tetapi sikap menyorot kepada zaman purba sudah semakin menarik rakyat di kawasan bandar. Eloklah kita kudungkan sahaja tangan si pencuri, demikian kata kumpulan beragama Islam di dalam UMNO dan PAS dan mengambil amalan Wahabbi di Arab Saudi. Penzina eloklah direjam dengan batu. Kumpulan orang bukan-Islam dan yang lainnya, termasuk juga orang Islam yang melihatkan tindakan yang tidak berperikemanusian ini, sambil memikirkan kita akan menyorot amalan lama, tentu menjadi terkejut dengan bentuk hukuman seperti ini. Sebaliknya kumpulan bukan-Islam yang sama tidak akan berlengah mahukan hukuman yang sama terhadap mereka yang menganas di persekitaran mereka - kerana itulah sahaja untuk mereka hidup senang lenang. 'Mungkin,' dia berpendapat, 'kita boleh ubah amalan itu dengan menggari dan merantai kaki orang yang melakukan jenayah besar dan para penjenayah yang berbahaya.'

Saya ingin mencadangkan satu veriasi: kenakan pasung kaki, dan gari dan rantai di tangan anggota polis yang membenarkan orang tahanan terlepas sebelum mereka dipenjarakan. Keaibannya sahaja sudah mencukupi untuk mencegah segelintir polis yang berani membebaskan seseorang pesalah terlepas bebas, selepas ini.

Saya memang tidak bersimpati anggota polis yang gagal menjalankan tugas mereka. Di Malaysia ini, anggota polis ialah bahan ketakutan. Rakyat lebih rela menjauhi diri daripada mereka. Kerana itu banyak kes jenayah yang tidak dilaporkan. Bantuanpun tidak diperolehi. Mereka terus mempunyai satu cara bertugas yang mencekik darah kita: cuba perhatikan jumlah rakyat Malaysia, terutama sekali kaum India yang telah terbunuh secara kejam oleh polis. Anggota polis yang telah melanyak bekas timbalan perdana menteri Dato Seri Anwar Ibrahim, merupakan seorang ketua polis negara. Ada satu kes yang dibawa ke pengadilan di mana keluarga kepada seorang wanita yang sedang mengandung ditembak mati dengan kejamnya dekat Kuala Lumpur, mahukan satu pengadilan yang saksama.

Beberapa tahun dulu, beberapa ahli MIC telah ditembak mati ketika polis menahan sebuah van di Kelantan dan membunuh semua penumpangnnya. Kita diberitahu van itu enggan berhenti di satu sekatan polis di jalanraya. Tetapi setiap mangsa yang mati itu ditembak di pelipis (temple) kepalanya. Perangkaan memang jarang disiasat. Namun dalam kes ini, keluarga mangsa berkemungkinan membawa kes ini ke mahkamah.

M.G.G.Pillai
pillai@mgg.pc.my

Terjemahan: SPAR-01-1691

Asal: KM2 6048