Laman Webantu (M)   KM2: 6070 File Size: 32.7 Kb

| KM2i Index | KM2 Index |


TAG SP 330: Beranikah Sesiapa Bertanya Kenapa?
By David Duke

7/10/2001 9:59 pm Sun

http://www.duke.org/writings/09-17-01.shtml


Beranikah Sesiapa Bertanya Kenapa?

(Will Anyone Dare to Ask Why?)

Oleh: David Duke


Amerika dan masalahnya yang besar:

Kita baru sahaja mengalami satu kejutan yang dahsyat dan serangan yang paling ganas dalam sejarah moden. Seolah-olah satu babak yang sungguh mempersona dalam wayang bikinan Hollywood, telah bermain di depan mata. Pada September 11, 2001, pesawat penumpang yang dirampas telah dihunjam untuk menikam Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York dan Pentagon di Washington. Ribuan rakyat Amerika kehilangan nyawa dan tersiksa. Kerugian mungkin mencanak naik melebehi satu trillion dollar, dan peristiwa ngeri itu berkemungkinan mencetuskan kegawatan ekonomi di seluruh dunia.

Gelagat keganasan yang sungguh kejam ini mesti ditangani dengan segala Keazaman setiap rakyat Amerika. Mereka yang melaksanakan perbuatan yang menggila ini perlu dihukum seberat hukuman yang dizinkan oleh perundangan, supaya perbuatan ganas seperti itu tidak dibenarkan berulang di bumi Amerika.

Tetapi, bagaimana pula kita mahu melindungi diri daripada keganasan pada masa hadapan, nanti?

Oleh kerana peningkatan pengetahuan sains di seluruh dunia, keganasan yang mungkin tercetus nanti berkemungkinan lebih dahsyat lagi daripada yang kita alami pada 11 September dulu. Seandainya berlaku, ia berkemungkinan tidak mencetuskan ledakan sebarang rupa, tetapi mungkin merupakan kematian manusia besar-besaran disebabkan serangan biologi dan radiasi.

Berita terburuk dalam suasana ini ialah kalaupun kerajaan membelanjakan berbilion dollar ataupun menggugurkan banyak bom yang dimilikinya, adalah tidak mudah melindungi diri kita sepenuhnya daripada bahaya besar semua itu. Malahan, lagi banyak bom yang kita gugurkan dan kemusnahan yang kita cetuskan, lebih besar kemungkinannya kita menerima balasan dalam bentuk keganasan.

Kita sudah memasuki ambang kehidupan di mana kekuatan ketenteraan tidak menjamin banyak perlindungan. Ini bukan masanya lagi di mana negara yang kuat mampu menyerang negara yang lemah tanpa memikirkan balasannya. Sebuah negara yang paling kenit ataupun sebarang entiti politik yang ditersepit sudah mampu menuntut bela dengan melaksanakan keganasan secara besar-besaran. Tidak ada sebuah negara yang kebal lagi, termasuklah negara yang paling kuat di dunia ini.

Lainlah kalau kita mula cuba memahami kenapa berlakunya tindakan ganas ini semua, dan sebab-musabab ianya terlaksana, barulah kita mampu menyekat keganasan yang serupa itu di hari muka. Kita, rakyat Amerika mesti menyoal diri sendiri, kenapa kita mesti merana penuh ketakutan terhadap segala keganasan ini.

Apabila sebuah jam berhenti, kita menyoal diri kenapa?

Apakah tercabut plag dari dindingnya? Apakah bateri di dalam kehausan kuasanya? Apakah ia telak rosak dan kenapa?

Apabila kita mempunyai masalah, kalau kita tidak menyoal kenapa dan mencari jawapannya untuk bertindak memperbaiki keadaan, masalah itu akan berkekalan dan akan menjadi lebih teruk di luar dugaan.

Media massa Amerika telah menyedapkan mata kita dengan segala gambaran penuh warna-warni dan terperinci walaupun sungguh ngeri, senario serangan yang menyerang Amerika dan menyayat hati.

Mengutuk para penyerang itu dengan panggilan 'bacul' memang tidak kena pada tempatnya. Para pengganas telah melakukan satu tindakan yang tidak boleh dibayangkan betapa ganasn dan kejamnya mereka terhadap rakyat Amerika. Namun, mereka bukannya golongan yang pengecut. Kumpulan juruterbang 'kamikazi' dulu mungkin merupakan kumpulan yang songsang, tetapi untuk merelakan diri sendiri menghadapi kematian untuk mencapai satu perjuangan bukannya satu mainan. Melabel para penyerang itu sebagai bacul dan penakut ataupun orang gila bukannya jawapan yang memuaskan soalan kenapa perbuatan jenayah ini dilakukan. Lainlah kalau kita fikirkan bahawa setiap orang yang pengecut dan gila mahu menjahanamkan Menara Pusat Dagang Dunia dan Pentagaon secara bersaja-saja.

Kenyataan demikian menyekat manusia untuk mencari sebab-musabab sebenarnya kenapa peristiwa itu berlaku juga. Seandainya kita mahu menyekat perkara demikian berulang lagi, tentu ada kunci rahsia yang mesti kita tanya 'kenapa' dan fahami.

Mungkin satu soalan terbaik yang perlu kita soalkan, kenapa dalam kerja gila dan bacul ini, orang Arab tidak menyerang Switzerland ataupun Sweden? Apakah sebabnya yang membuatkan negara itu tidak diambil peduli untuk turut diserang sekali?

Biarlah saya mengambil sikap berterus terang. Sebab yang paling utama tercetusnya keganasan begini berpunca daripada penglibatan kita dalam mencetuskan dan memberi sokongan kepada gelagat bajingan Israel.


Apabila keganasan di balas keganasan:

Rakyat Palestin dan sekutu mereka berbangsa Arab telah menjadi bahan sasaran keganasan Israel sejak setengah abad lamanya.

Pada akhir 1940-an, puak zionis telah mengambil-alih Negara Palestin dan menghalau 700,000 orang Palestin daripada tanah halaman mereka melalui pelbagai kegiatan ganas. Antaranya ialah pembunuhan kejam secara besar-besaran terhadap 254 orang Palestin yang terdiri daripada lelaki tua dan uzur serta perempuan dan kanak-kanak (yang tidak berdosa) di Deir Yassin. Itulah satu peristiwa pembunuhan berami-ramai yang sungguh kejam yang dilakukan oleh Yahudi dengan cara membelah perut wanita yang sedang hamil. Setelah melakukannya, para pembunuh yang kejam itu telah sengaja memberikan liputan meluas akan kejadian itu dengan tujuan menakutkan orang lain agar mereka terus keluar lari daripada rumah kediaman dan pusat perniagaan yang sehingga kini masih tidak dipulangkan kepada mereka.

Bekas Perdana Menteri Israel, Menachem Begin, turut terlibat dalam pembunuhan kejam ini, pernah berbangga dengan kepentingan peristiwa di Deir Yassin dalam tulisannya yang dibukukan berjodol 'The Revolt: The Story of the Irgun'. Dia telah menulis betapa negara Israel (the state of Israel) tidak dapat diwujudkan tanpa kemenangan di Deir Yassin. 'Pasukan Haganah telah melancarkan beberapa serangan di beberaapa Bahagian sehingga mencapai kejayaan... Dalam keadaan ketakutan yang amat sangat orang Arab telah lari lintang-pukang, menangis dan berteriak; 'Deir Yassin''.

Pembunuhan beramai-ramai itu tidak juga dihentikan selepas tertubuhnya sebuah negara Yahudi; mereka teruskan kerja jijik itu di waktu perang dan ketika keadaan sudah aman. Di sini kita rakamkan beberapa peristiwa kejam itu: Pembunuhan beramai-ramai Sharafat, Peristiwa Ngeri Kibya, Peristiwa Ngeri Kafr Qasem, Peristiwa Ngeri Al-Sammou, Peristiwa Ngeri Sabra dan Shatila (yang diketuai oleh Ariel Sharon - penterjemah), Peristiwa Ngeri Oyon Qara, Peristia Ngeri Al-Aqsa, Peristiwa Ngeri Masjid Ibrahim, Peristiwa Ngeri Jabalia.

Sebagai satu dasar pembasmian etnik, Israel terus menyekat penduduk Palestin yang pernah lahir di tanahair mereka dan mempunyai kaum keluarga turun temurun di situ untuk pulang ke kampung halaman. Di waktu yang sama Israel telah memberikan pampasan dan insentif kepada kaumnya yang tidak pernah tinggal di Palestin untuk datang berhijrah daripada empat penjuru dunia dan menduduki tanah orang Palestin.

Orang British pun pernah merasa bahana keganasan Israel, seperti yang berlaku ketika meledaknya bom di Hotel David di Jerusalem.

Keganasan Israel itu tidak berhenti sejak itu. Itu sebabnya wujud jumlah banduan per kapita yang lebih besar berbanding negara lain, malahan lebih ramai berbanding Russia pimpinan Stalin dulu dan China Komunis di zaman keganasannya. Israel menyiksa secara bersistem setiap banduan Palestin, dan Israel merupakan hanya sebuah negara di zaman moden ini yang membenarkan penyiksaan para banduan di penjara. Malahan, ada kumpulan hak asasi manusia di Israel yang membuat satu laporan setebal 60 muka surat yang merakamkan betapa 85% banduan Palestin di penjara Israel dihenyak penyiksaan. Pernah New York Times menyiarkan satu artikel tulisan seorang Yahudi, Joel Greenburg yang melaporkan betapa secara purata Israel menzalimi sekitar 500 hingga 600 banduan Palestin setiap bulan.

Israel telah menyerang dan membunuh ribuan pemimpin Palestin, termasuk para bijak pandai, ulama, peniaga, dermawan, dan penyajak, malahan sesiapa sahaja yang mempunyai semangat patiriotisme. Pembunuhan kejam secara upahan ini telah direncana di seluruh dunia, termasuk di Amerika Syarikat. Dalam proses ini mereka turut membunuh ribuan wanita dan kanak-kanak. Malahan mereka kerap mengebom secara bertubi-tubi khemah pelarian dan membunuh wanita dan kanak-kanak.

Setelah mengisytiharrkan negara Israel di atas tanah kepunyaan Palestin (ketika itu pada 1948, rakyat Palestin merupakan tuanpunya 90 peratus tanah itu) orang Yahudi telah merampas semua harta benda Palestin; tanah, kebun dan ladang, rumah kediaman dan perniagaan. Setelah menghalau para pelarian Palestin itu dan menolak kepulangan mereka, mereka pun meluluskan satu 'undang-undang harta peninggalan', untuk membolehkan mereka merampas hartabenda orang Palestin untuk diberikan kepada masyarakat Yahudi. Undang-undang itu mempunyai 'chutzpah' (syarat) menegah penjualan semula setiap harta pencurian itu kembali kepada orang Palestin.

Pada 1982, Israel telah menakluki Lubnan. Sepanjang itu dan selama 18 tahun menjajahnya, sekitar 40,000 orang awam telah terkorban. Israel telah mengebom dan menyerang bandaraya dan perkampungan termasuk hospital dan rumah kanak-kanak miskin (seperti yang dirakamkan oleh Palang Merah Norway) sehingga menghancurkan sebuah bandar purba yang sungguh indah, Beirut.

Perdana Menteri Israel yang terkini, Ariel Sharon, tidak berani menjejakkan kakinya di Belgium dan Netherland, kerana takutkan hukuman yang pernah diisytiharkan oleh Mahkamah Dunia kerana jenayah perangnnya. Sharon bertanggungjawab membunuh sekitar dua ribu pelarian di Khemah Sabra dan Shatila di Lubnan.

Israel pernah menembak jatuh sebuah pesawat penumpang Libya yang bermuat 111 penumpang di Semenanjung Sinai.

Bukan sahaja orang Palestin yang telah menanggung kesengsaraan daripada keganasan Israel.


Keganasan zionis Terhadap Amerika Syarikat

Amerika pernah menanggung kesengsaran bahana keganasan zionis. Malahan, zionis pernah melancarkan beberapa tindakan peperangan terhadap Amerika Syarikat.

Rekod keganasan Israel terhadap Amerika Syarikat itu bermula sejak 1954 lagi. Pada tahun itu, kerajaan Israel telah merancang memusnahkan infrastruktur Amerika di Kahirah dan Iskandariah (Cairo and Alexandria) mentohmah kerja itu dilakukan oleh beberapa warga Mesir. Mujur rencana itu gagal dan tidak dapat dikesan. Itulah Kisah Lavon, yang mengambil sempena nama orang merancang keganasan itu, Pinhas Lavon, yang menjadi Ketua Pertahanan Israel ketika itu. Dia meletakkan jawatan pada 1955 selepas kegagalan projek keganasan itu.

Pada 1967, telah menggunakan pesawat yang tidak bertanda dan bot yang dilengkapi torpedo untuk menyerang USS Liberty, sebuah kapal tentera laut Amerika di Semenanjung Sinai, termasuk menembak dengan mesingan pelampung dan rakit keselamatan kapal itu. Serangan itu membunuh 31 askar Amerika dan mencederakan 170 orang lagi. Pihak Yahudi itu bercadang menenggelamkan kapal Amerika itu dan membunuh semua rakyat Amerika untuk mentohmah kemudiannya bahawa kerja itu adalah bikinan Mesir. Dengan cara itu Israel merencana untuk mendapat sokongan Amerika dan menguasai lebih banyak tanah kepunyaan negara Arab.

Serangan terhadap Liberty itu adalah serupa dengan satu tindakan ganas yang mencetuskan keadaan perang terhadap Amerika Syarikat oleh Israel. Walaupun Setiausaha Negara Dean Rusk dan Ketua Tentera Laut Admiral Moorer telah mengumumkan bahawa perbuatan Israel itu sengaja dilancarkannya terhadap USS Liberty, kuasa yang ada di tangan kumpulan pelobi zionis telah berjaya mempengaruhi keadaan untuk mengelakkan tertubuhnya satu siasatan tajaan Congress. Kalaulah pelobi itu berjaya menutup rapat keganasan Israel terhadap Amerika itu, adalah tidak menghairankan apabila Israel berjaya menyorokkan jenayahnya yang berpanjangan terhadap Palestin. Namun, selepas Liberty diserang, Amerika tidakpun bertindak mengurangkan jumlah bantuan kita yang berbilion banyaknya. Sebaliknya kisah itu lenyap sahaja daripada mukasurat pemberitaan dalam masa beberapa hari sahaja.

Pada 1986, telah sengaja menyebabkan kita melancarkan perang dan menyerang sebuah negara lain. Pasukan Mossad telah memasang satu pemancar (transmitter) di Tripoli, Libya dan menyiarkan beberapa pesanan menggunakan kod Libya memberi kiasan bahwa Libya telah bertanggungjawab dengan pembunuhan dua rakyat Amerika disebabkan pengeboman Disko La Belle di Jerman. (Tidak lama kemudian barulah disahkan betapa Libya tidak ada kena mengena dengan pengeboman itu). Dengan tipu muslihat begini, Israel telah menggalakkan Amerika mengebom Libya sehingga mengakibatkan banyak kemusnahan. Salah seorang yang terkorban ialah anak perempuan Presiden Libya, Muammar Gadaffi. Inilah satu perbuatan sial dalam menipu sebuah negara untuk mengisytiharkan perang tanpa usul periksa terhadap sebuah negara lain. Hanya regim musuh yang benar-benar zalim yang mampu berbuat begitu kepada Amerika.

Setiap rakyat Palestin dan Arab amat sedar akan keganasan Israel sejak setengah abad yang lalu, Keganasan itu tidak dapat menyubur tanpa bantuan kewangan, ketenteraan, dan sokongan diplomatik Amerika Syarikat. Mereka sedar betapa berpengaruhnya kumpulan pelobi Yahudi mengawal Dasar Timur Tengah Amerika dan Kumpulan zionis yang mampu mendapatkan apa sahaja yang mereka ingini daripada Congress mengenai sebarang isu yang berkepentingan kepada mereka.

Kerana Amerika memberikan sokongan penuh kepada Israel melancarkan penaklukan ganas terhadap Lubnan dan menjajahnya pada 1980-an dulu yang menyebabkan pengeboman terhadap Amerika Syarikat.

Itulah serangan yang mengorbankan 300 askar muda Amerika daripada pasukan komandonya.


Amerika Terbabit Dengan Jenayah Israel

Orang Arab sedar betapa setiap bom yang membunuh orang mereka datang daripada Amerika. Setiap butir peluru, setiap kereta kebal, setiap jet pejuang, telah dibikin ataupun dibayar oleh dollar Amerika. Berbilion dollar Amerika telah menyokong dan membolehkan negara Yahudi mengganas terhadap orang Arab lebih satu abad, lamanya.

Walaupun Israel telah menakluki Lubnan dan membunuh ribuan orang awam, Amerika tidak pernah mengugut mengebom Tel Aviv (seperti yang dilakukannya dengan kejam terhadap Iraq) kalaupun Israel enggan mematuhi arahan dan keputusan resolusi PBB. Satu perbandingan tindakan Amerika terhadap penaklukan Iraq ke atas Kuwait berbanding penaklukan Israel terhadap Lubnan memang menunjukkan faktor yang amat jelas.

Dasar luar Amerika yang berat sebelah itu boleh ditera mengikut pelbagai cara yang dikenakan terhadap Iraq berbanding terhadap Israel.



  1. Iraq menakluki Kuwait. Israel menakluki Lubnan.

  2. Sekitar 3000 rakyat Kuwait mati di tahap awal peperangan dengan Iraq. 40,000 rakyat Lubnan sejak waktu serangan sehingga sepanjang Penjajahan Israel

  3. Iraq mungkiri resolusi PBB untuk berundur daripada Kuwait. Israel mungkiri resolusi PBB untuk berundur daripada Lubnan selama 18 tahun.

  4. Iraq melanggar konvensyen sejagat mengenai kimia, senjata biologi dan nuklear. Tetapi, Israel merupakan penyangak yang lebih besar lagi kerana mempunyai simpanan terbesar senjata kimia, biologi dan nuklear di seluruh dunia.

  5. Iraq telah menghentikan pemeriksaan PBB. Israel telah menolak selama ini pemeriksaan PBB.

  6. Kerana mengengkari resulusi itu, kita serang Iraq. Sebaliknya, sebagai tindakan kepada kedegilan Israel, Amerika terus mengirimkan bantuan berbilion dollar.


Selama ini, dasar luar Amerika adalah merupakan dasar Israel, belum pernah sekalipun Israel diugut untuk disekat bantuan Amerika walaupun ribuan orang Lubnan mati disebabkan tindakan ganas mereka. Pada satu ketika dulu Iraq adalah sahabat baik Amerika dam kita mampu berniaga dengan mereka dan membeli minyak Iraq. Malahan, Amerika menyokong Saddam Hussein dalam peperangan Iraq menentang Iran. Iraq tidak pernah berbuat apa-apa menyakiti Amerika, tetapi ia tersilap menjadi musuh Israel. Inilah yang membuat Yahudi dan segala birokrasi yang dikuasai oleh Yahudi bertindak. Media massa yang dikuasai oleh Yahudi telah bingkas mencemuh bekas sahabat karib kita dulu, Saddam Hussein, menjadi musuh ketat Amerika.

Kita telah menggugurkan lebih banyak bom menghujani Iraq, dalam satu minggu, berbanding jumlah bom yang kita gunakan sepanjang Perang Dunia Kedua. Kita telah membunuh ratusan ribu orang Iraq termasuk golongan kanak-kanak yang tidak brdosa. Kemudian kita kenakan pula sekatan ekonomi dan embargo terhadap Iraq sehinggakan PBB yang anti-Iraq itu sanggup mengaku betapa sekatan itu telah membunuh sekurang-kurang 1,200,000 (1.2 juta) kanak-kanak dan ratusan ribu warga tua Iraq. Kita mahukan rakyat Amerika yang tidak pernah faham kenapa munculnya keganasan menyedari fakta yang mengejutkan ini. Satu juta, dua ratus ribu kanak-kanak telah terkorban hasil tindakan kita terhadap Iraq.

Beberapa rakyat Amerika yang membaca tulisan saya ini tidak akan mempercayainya, kerana mereka enggan percaya betapa Amerika telah menyebabkan kematian ratusan ribu kanak-kanak dengan sengaja. Di sini ialah transkrip wawancara Setiausaha Negara Amerika yang berbangsa Yahudi dengan Leslie Stahl dari CBS (Colombia Broadcasting Services - penterjemah) pada Mei 11, 1996:

Leslie Stahl telah menyentuh sekatan ekonomi AS terhadap Iraq: 'Kita telah difahamkan bahwa setengah juta kanak-kanak tealh mati. Ini bererti, lebih ramai kanak-kanak yang terkorban berbanding mereka yang mati di Hiroshima (ketika bom atom digugurkan- penterjemah). Dan - sebagaimana yang puan sendiri maklum - apakah berbaloi kerja-kerja itu?'

Madeline Albright: 'Saya fikir ini adalah satu pilihan yang amat sukar. Saya fikir kerja itu berbaloi juga.'

Namun, masih ada rakyat Amerika kehairanan kenapa orang membenci kita.

Kumpulan 'The Jewish Lobby' (pelobi Yahudi) dan media yang dikuasai oleh Yahudi memang pintar menentukan agar rakyat Amerika TIDAK memahami alasan sebenar kita memerangi Iraq dan isu sebenar yang menghantui rakyat Palestin. Merekan menyekat sedaya mungkin agar rakyat Amerika terus bebal memikirkan kenapakah berjuta rakyat Arab membenci kita dan kenapakah bilangan ini terus meningkat.

Mereka tidak mahu kita memahami sebab sebenar Amerika dibenci begitu teruk sekali - kerana inilah kerja ketua Yahudi yang mengawal dasar luar Amerika yang bertanggungjawab dengan kemaraan kebencian terhadap Amerika. Bayangkanlah betapa dahsyatnya kemarahan manusia yang tertindas dan rasa kehampaan mereka itu sehingga sanggup bertindak merelakan nyawa mereka untuk menuntut bela.

Tuan besar Zionis sedar cara Amerika menyokong dasar jenayah Israel telah mencambah kebencian orang terhadap Amerika. Tentu mereka juga sedar kerja-kerja mengebom dan mengisytiharkan perang terhadap negara yang bertujuan semata-mata untuk kepentingan Israel telah melahirkan segerombolan musuh yang beriltizam dan nekad memerangi Amerika, dan inilah musuh yang dahagakan darah Amerika untuk membalas dendam.

Sebenarnya, Amerika tidak pun mendapat sebarang faedah membunuh orang bagi pihak Israel; tetapi semua itu terlaksana bagi kepentingan Yahudi yang dianggap paling utama. Hakikatnya mereka sedar betapa serangan ganas dan bodoh yang baru melanda New York dan Washington hanya meningkat perjuangan Zionis untuk meluapkan kemarahan orang Amerika terhadap musuh Israel. Dengan cara ini Amerika menjadi semakin rapuh dan mudah diputar-belitkan oleh Israel.

Cuba fikirkan siapa sebenarnya yang untung daripada semua keganasan ini. Adakah orang Palestin meraih sebarang keuntungan? Tindakan ganas ini telah menghancurkan segala usaha Palestin untuk menyeleraikan pendapat dunia. Inilah yang telah menutup pandangan dunia sejagat sehingga buta terhadap keganasan Israel. Hanya Israel yang menang dalam tragedi ini. Mereka kini diberikan isyarat 'lampu hijau' untuk berbuat sesuka hati terhadap Palestin. Mereka boleh membunuh musuh mereka samada yang mengganas ataupun tidak. Mereka akan mendapat sebanyak wang yang mereka perlukan daripada rakyat Amerika, dan tidak ada sesiapa yang memikirkan kegiatan ganas mereka, membunuh dan mengengkari hak asasi manusia terhadap rakyat Palestin.

Hanya Zionis yang untung besar pada hari yang sungguh dahsyat bertarikh 11 September, 2001. Alangkah ironisnya, walaupun Zionis yang mencetuskan keganasan yang dahsyat itu, Zionis juga yang meraih keuntungan daripadanya. Sebabnya ialah kerana media massa Amerika adalah dikawal sepenuhnya oleh puak musibat ini (hasil kajian mereka mempelajarinya daripada Mahathir). Kerana itu rakyat Amerika pada amnya tidak mampu bertanya soalan yang bernas kenapakah peristiwa ngeri iitu boleh berlaku. Malangnya, tidak ramai manusia yang akan mendengar suara kecil seperti rintihan saya yang berani mencabar pembohongan Zionis.

Inilah sebabnya kita bercelaru, kerana sebuah kuasa asing sudah menjadi satu kumpulan pelobi yang sungguh berkuasa mempengaruhi kerajaan Amerika dan menentukan halatuju media massa di Amerika.

Biarlah saya ulangi perkara itu sekali lagi. Sebab utama kita dihantui keganasan di Amerika masakini, adalah kerana dasar kerajaan Amerika yang telah dikotak-katikkan sepenuhnya oleh kuasa asing. Itulah dia Israel dan segala usahanya untuk mewujudkan Ketuanan Yahudi seantero dunia.

Bendera Amerika berkibar di mana sahaja di seluruh Amerika sejurus berlakunya serangan ngeri terhadap Pusat Dagangan Dunia dan Pentagon. Memang baik perkara itu kerana kita mahukan orang kita lebih bersikap patriotik. Kalaulah kita lebih patriotik untuk kepentingan sebenar Amerika dan bukannya untuk Israel, kita tidak merana sekarang ini dihambat keganasan.

Hakikatnya, apakah yang lebih patriotik daripada mahukan orang kita sendiri memimpin kita, berjuang untuk negara tercinta dan bukannya kerana sebuah kuasa asing ataupun untuk golongan minoriti yang berkuasa.

Sememanggnya, kita harus bekerja keras memerangi keganasan yang menyerang negara kita ini. Namun, kita mesti memahami kenapakah keganasan ini terjadi, dan bagaimana ia sudah membiak. Ia sudah terjadi kerana sudah lama sangat wujudnya penderhakaan terhadap Amerika dan rakyatnya.


Bencana Menimpa Rakyat Amerika oleh Zionisme

Pelobi Yahudi dan kuasa media mereka membuatkan Amerika Syarikat mengeluarkan belanja sekitar 6 juta dollar setiap tahun dan bentuk bantuan luar dan kelengkapan perang. Hampir satu pertiga daripada keseluruhan peruntukan bantuan luar Amerika sejak setengah abad dulu dan bersamaan dengan jumlah peruntukan Amerika memerangi dadah.

Inilah yang telah meracuni hubungan kita dengan negara minyak di Timur Tengah yang kaya-raya. Sebagai bertindak kepada dasar kita itu, orang Arab telah bersatu dan melancarkan 'senjata minyak' mereka yang menyebabkan rakyat Amerika berbelanja sekurang-kurangnya sepuluh trilion dollar hanya kerana kenaikan harga minyak.

Ini juga yang membuatkan dunia Arab itu menjadi terpinggir, menyebabkan kepada kehancuran dan rampasan harta benda Amerika yang bernilai berbilion dollar di dunia Arab, rakyat Amerika yang diculik, dan bangkitnya perasaan kebencian yang membuak-buak terhadap rakyat Amerika.

Apakah cara Israel membalas balik sokongan yang kita berikan kepada mereka? Mereka telah merisik aktiviti kita (seperti yang terdapat dalam kes Jonathan Pollard), menjual rahsia negara kepada pembeli yang sanggup membayar harga tertinggi (seperti menjual rahsia bikinan nuklear kepada musuh ketat kita, China Komunis), dan mencuri uranium untuk pembikinan secara haram senjata nuklear mereka).

Mereka telah melakukan serangan ganas terhadap Amerika Syarikat seperti dalam Episod 'Lavon Affair', dan serangan terhadap USS Liberty. Dua tindakan ini tidak ada bezanya dengan tindakan memerangi Amerika Syarikat. Tindakan memberikan Amerika maklumat songsang sehingga menyebabkan Amerika tersilap langkah memerangi negara lain adalah juga sama caranya seolah-olah Israel yang telah berperang dengan Amerika Syarikat. Namun, dalam cara mereka bertindak dalam perihal terkutuk ini terhadap Amerika, para pemimpin kita yang telah dikelabui dan dikawal oleh Zionis tidak pernah mahu mengurangkan wang berbilion dollar dalam bentuk kewangan dan bantuan ketenteraan terhadap Israel. Kita memberi Israel sekitar 6 bilion dollar dalam bentuk bantuan setiap tahun, yang bersamaan lebih banyak lagi dari bantuan Amerika kepada semua negara di Sub-Sahara Afrika, Caribbean dan Amerika Selatan (dijumlahkan bersama).

Berapa pula jumlah kerugian kita kerana menjadi khadam Zionisme dalam tindakan jenayah mereka yang ganas itu? Itulah yang kita terima dalam bentuk jenayah keganasan yang sungguh ngeri pada September 11, 2001.

Agen-agen Israel di Amerika memang sungguh berpengaruh dalam bidang media dan peringkat pentadbiran kerajaan, sehinggakan mereka bertanggungjawab dalam keganasan terhadap Amerika Syarikat sama dahsyatnya seandainya mereka yang memandu pesawat yang menikam Pusat Dagangan Dunia dan Pentagon.

Kini, mereka sudahpun bersedia menggunakan segala tipu muslihat yang mencetuskan keganasan itu dulu untuk melancarkan satu pusingan keganasan terhadap musuh Israel. Anda boleh bayangkan betapa Zionis merancang sesuatu yang lebih dahsyat daripada hanya mahu mendera mereka yang malaksanakan peristiwa keganasan yang ngeri itu. Sekali lagi Amerika akan digunakan untuk menyerang sesiapa yang ditentukan oleh Israel.

Satu tindakan yang sembarangan atau terburu-buru dari Amerika akan akhirnya mencetuskan kemarahan yang meluap terhadap Amerika juga. Ini akan mengundang lebih banyak tindakan ganas yang akan menghambat setiap rakyat Amerika. Putaran kebencian yang semakin ligat adalah idaman Zionis, kerana mereka mahukan kita memerangi musuh Yahudi, sambil kita menumpahkan darah untuk perjuangan mereka. Mereka akan Merupakan golongan yang meraih keuntungan daripada kepedihan Amerika ayng berdarah. Sepatutnya Israel yang merana, tetapi kita yang ditimpa bencana.


Memerangi Keganasan dengan Keganasan

Media massa dan kerajaan Amerika telah diserang pelbagai jeritan mahukan kehancuran kepada musuh baru Amerika yang disangkakan. Dalam tinjauan pendapat terbaru (opinion polls CBS dan CNN) terdapat 65 hingga 70 peratus rakyat Amerika yang memperakukan pengisytiharan perang terhadap pengganas yang dituduh. Mereka menyokong tindakan Amerika (saya sebutkan soalan poll itu secara jelasnya) 'walaupun ia akan menyebabkan kematian beribu orang yang tidak berdosa'. Saya merasa tertekan melihatkan majoriti rakyat Amerika yang mempunyai pendirian yang sama terhadap kemanusian seperti yang dipunyai oleh pengganas yang mencetuskan peristiwa ngeri September 11.

Setakat ini, saya belum lagi mendengar sesiapa, tidak seorangpun tokoh agamawan yang terkenal melalui media, atau Presiden Amerika Syarikat, ataupun ketua gereja, ataupun sesiapa juga yang dianggap tokoh masyarakat yang berani bersuara mendedahkan sikap munafik yang penuh kepura-puraan ini.

Jadi, kita mahu memerangi keganasan. Apa jadinya nanti apabila Amerika mula menyerang dan melepaskan bom untuk menghunjam bumi negara luar dan secara sembarangan membunuh 'ratusan ribu manusia yang tidak berdosa'. Mampukan kita menghapuskan keganasan itu sebenarnya? Amerika telah bertindak begitu, satu ketika dulu. Cuba kita renung kembali kesan tindakan Amerika dulu.

Seperti yang telah dikisahkan, pada 1986, Israel telah memberikan maklumat songsang kepada Amerika terhadap Libya sehingga menjentik kita menghunjam bom menyiram bumi Libya. Kita mendera Libya dalam usaha 'memerangi keganasan' dan jenayah yang tidakpun dilakukan oleh Libya. Satu tahun selepas pengeboman itu, satu kumpulan puak radikal di Libya telah menuntut bela dan mengebom PanAm Flight 103 di ruang angkasa Lockerbie, Scotland, menyebabkan satu bencana udara yang ngeri membunuh 270 nyawa. Kita lakukan tindak balas dengan pesawat B-1; mereka lakukan balas dendam dengan pengebom relamati. (Baca Gideon's Spies: kemusnahan di Lockerbie adalah kerja CIA dan Mossad dan tidak ada kena mengena dengan Libya - penterjemah).

Ini bukannya cara terbaik untuk melindungi diri kita daripada tindakan seperti itu. Pihak yang membenci kita memerlukan hanya seorang yang sanggup relamati dan menyebabkan sebuah pesawat jatuh terhempas tanpa keperluan bersiap sedia dengan bahan letupan yang tidak dapat dikesan pada dirinya. Kita sedang hidup dalam satu dunia di mana agen biologi yang sungguh berbahaya dengan kesan kehancuran yang melibatkan massa boleh dicipta di mana-mana. Amerika harus ingat: lain kali, tindakan ganas boleh dilakukan oleh hanya seorang insan yang mampu memusnahkan ratusan ribu manusia. Keupayaan menggembleng kuasa tentera yang perkasa tidak lagi mampu melindungi setiap negara.

Adakah sesiapa yang masih tidak lupa tindakan Amerika 'memerangi keganasan'? Clinton telah menjanjikan untuk melancarkan 'memerangi keganasan' dengan mengebom Afghanisan dan memusnah satu kompleks farmasi di Sudan. Serangan ini telah dilancarkan dengan begitu terancang oleh Clinton ketika dia dihantui saat yang kritikal melibatkan skandal Monica Lewinsky. Mereka gaagal membunuh Osama bin Laden, cuma menambahkan semangat nekad golongan Taliban mahu menuntut bela terhadap Amerika kerana memusnahkan Afghanistan. Peristiwa September 11, mungkin merupakan kesan terus yang tercetus daripada 'peperangan terhadap keganasan'. Biar saya ulangi, kita kirimkan pengebom B-1 dan mereka balas dengan mengirim pengebom relamati. Kini, selagi kepala dingin tidak menonjol kita akan melancarkan satu lagi peperangan terhadap keganasan yang akan mengorbankan lebih banyak manusia yang tidak berdosa dan meligatkan lagi putaran keganasan.


Mengubat Luka dan Mengutamakan Amerika Dulu

Selagi tidak diubati luka yang masih terbuka dan dicari jalan lain untuk Amerika, setiap serangan baru peluru berpandu dan bom yang diledakkan, kita akan menerima serangannya balik mengenai kita juga. Setiap titisan darah yang kita tumpahkan di negara orang, akan berakhir dengan tumpahan darah kita di negara asing dan di laman sendiri. Amerika akan mereput di kancah ketidak-tentuan dan ketakutan.

Selepas peristiwa September 11, seorang ayah bernama John Mosey, yang kehilangan seorang anak perempuan dalam kemusnahan pesawat Pan Am di Lockerbie telah menulis sepucuk surat kepada Tony Blair, Perdana Menteri British. Dia menyatakan bahawa 270 nyawa yang terkorban dalam peristiwa ngeri 1988 di Lockerbie adalah kesan balas dendam kepada tindakan ganas Amerika yang menghenyak dunia Arab. Dia telah memberi ingatan: 'Setiap rencana harus diteliti agar setiap pilihan akan menghasilkan kejayaan yang tidak menjejaskan nyawa orang yang tidak berdosa, yang memungkinkan balas dendam yang mencetuskan keganasan lagi.'


Kita perlukan fikiran waras untuk mematikan putaran ganas

Marilah kita kirimkan doa untuk mangsa yang teraniaya termasuk keluarga mereka yang sedang merana. Marilah kita hambat pencetus tindakan ganas itu dengan segala kepintaran.

Tetapi, yang lebih penting lagi, marilah kita fahami kenapa musibah ini terjadi dan bagaimana caranya mengubati kebencian terhadap negara kita yang tercinta ini.

Ramai penderhaka dalam kerajaan kita yang memberikan sokongan kepada aktiviti jenayah para Zionis berbanding kesetiaan mereka kepada kepentingan negara. Mereka telah menabur benih kebencian yang kini mencetuskan kegiatan jenayah yang ganas. Selagi pengaruh mereka tidak dihapuskan, Amerika akan dihantui bermacam rupa keganasan lagi.

Apabila kita sudah memahami sebab-musababnya, barulah kita dapat bersatu menyetujui cara terbaik untuk mencegah tindakan ganas di masa depan.

Penyelesaian kepada masalah yang besar ini terlalu nyata dan terlalu mudah sekali.

Amerika seharusnya mengimbau kembali kata-kata terakhir yang diucapkan oleh Bapa Kemerdekaan kita yang mengingatkan agar kita 'elakkan muslihat pembabitan orang luar'.

Akhirnya, mesti sentiasa utamakan Amerika dan Rakyat Amerika!

Tamat

Terjemahan: SPAR

Asal: KM2 6056