Laman Webantu (M)   KM2: 6069 File Size: 35.4 Kb

| KM2i Index | KM2 Index |


TAG SP 329: 18 Hari Selepas Musnahnya WTC dan Pentagon
By M. Amir Ali

7/10/2001 4:45 pm Sun

http://www.iiie.net


18 Hari Selepas Musnahnya WTC dan Pentagon

(The Destruction of WTC and the Pentagon)

Oleh: M. Amir Ali


Kutukan, Takziah dan Tuntutan Mahukan Keadilan

Penulis ini dan seluruh dunia Islam, termasuk puak Taliban dan Saddam Hussein, telah mengutuk kemusnahan nyawa dan hartabenda di WTC (Pusat Dagangan Dunia), Pentagon dan empat buah pesawat pada Septermber 11, 2001, sambil turut merasakan kesedihan dan sepakat dengan apa yang ditanggung oleh ahli keluarga mereka yang menjadi mangsa. Penjenayah sebenar yang melakukan jenayah itu sudahpun mati dan akan sekongkolan mereka sudah pergi bersembunyi; mereka seharusnya mesti dicari dan dibawa ke muka pengadilan. Di waktu yang sama, kita harus percaya adalah sama salahnya dan adalah dianggap satu jenayah seandainya kita melancarkan satu tindakan bertindak balas berasaskan syak wasangka tanpa bukti yang sahih.


Siapa Di sebalik Serangan Udara?

Kerajaan AS telah membuat pengumuman bahawa semua bahan bukti menunjukkan pembabitan Osama Bin Laden sebagai tertuduh yang utama. Bukti yang ditonjolkan ialah terdapat sembilan belas nama orang Arab yang didapati tersenarai dalam manifes pernerbangan dan segelintir nama mereka ada kaitan dengan nama orang yang pernah mengambil kursus menjadi juruterbang di sekolah latihan. Satu lagi bukti tambahan ialah terdapatnya satu buku panduan (manual) dalam Bahasa Arab yang dijumpai dalam sebuah kereta sewa yang ditinggalkan di tempat meletak kereta di sebuah lapangan terbang. Kemudian ada pula cerita betapa segelintir orang Arab itu pernah berkumpul di Florida sambil beromong kosong mengenai operasi jenayah tersebut. Mereka dikatakan bersukaria menari dan berfoya-foya dengan wanita walaupun sudah ada dakwaan betapa mereka adalah pengikut Osama Bin Laden. Semua ini adalah percanggahan kerana sebagai 'pengikut ajaran Islam' dan melibatkan diri dalam dosa besar seperti membunuh orang awam yang tidak berdosa, meminum arak dan berfoya dengan wanita sambil mempunyai semangat perjuangan syuhadah, adalah unsur-unsur yang tidak boleh dicampur-adukkan.

Demikianlah, betapa kerajaan AS berteori, yang berakar-umbikan prasangka, kebencian dan kegerunan Islam dan umahnya yang dibakar oleh kelentongan pemukul canang anti-Islam seluruh dunia. Kerajaan AS telah gagal menunjukkan secebis bukti yang sahih untuk menyokong teori mereka. Sebaliknya, semakin banyak bukti yang sengaja telah dikumpulkan oleh orang ramai untuk menyokong teori saya yang turut diperakukan oleh dunia Islam, termasuk para penulis bukan-Islam yang berfikiran waras, bahawa Israel dan rakan Zionis-nya telah merupakan kumpulan yang bertanggungjawab dengan jenayah ini. Adalah satu kesilapan psikologi ramai orang, temasuk segelintir umat Islam, betapa sesebuah kerajaan itu mengetahui yang terbaik dan mempunyai teori yang benar sedangkan orang lain adalah tukang omong semata. Saya fikir kita terpaksa hidup dengan orang yang suka membohong. (Sila baca tulisan saya mengenai Indeks Pembohongan di www.iie.net). Penipuan tidak menyumbang kepada sebarang kemajuan. Cuma ia melahirkan lebih ramai pengikut gila laksana sekumpulan kambing yang mudah dibela, sedangkan keraguan telah memajukan dunia sains dan menonjolkan kita kepada zaman komputer dan roket. Keraguan juga telah mendesak manusia meyediakan bukti yang sahih dan tidak boleh dipertikaikan ataupun berdiam dan membiarkan orang lain menimbangkan pelbagai teori yang berbeza dulu.

Prinsip saintifik yang sama seharusnya dipergunakan untuk mencari siapa sebenarnya yang bertanggungjawab dengan kemusnahan WTC, dan Pentagon serta pembunuhan hampir tujuh ribu manusia yang tidak berdosa. Seandainya teori kerajaan itu diterima tanpa mempertikaikan segala andaian buktinya, ia akan menyebabkan kematian lebih ramai lagi manusia yang tidak berdosa, kemusnahan lebih banyak harata benda dan membazirkan kutipan cukai untuk membiayai kerja yang tidak ada faedahnya. Perihal mensabitkan seseorang kerana melakukan jenayah di mahkamah tidak semestinya mengesahkan sesuatu barang-bukti yang tidak boleh dipertikaikan kerana ramai orang yang terhukum walaupun mereka kemudiannya didapati tidak bersalah sebenarnya. Yang selalunya, penghukuman di Amerika kerap diasaskan kepada akuan yang dirundingkan (plea bargaining) dan bukannya bukti yang tidak boleh dipertikaikan. Saya sendiripun pernah mengalami kisah akuan yang dirundingkan.

Akuan Yang Dirundingkan

Beberapa tahun yang lalu, ketika saya memandu di lebuhraya I-80 East dan di satu bahagian jalan itu saya telah memecut kereta untuk 'memotong' sebuah lori panjang yang bergerak terlalu perlahan. Saya tidakpun melihat 'speedometer' tetapi saya yakin kelajuan kereta saya tidak melepasi had kelajuan yang ditetapkan. Sebaik memotong lori panjang itu saya dapati sebuah kereta polis trafik sudah mengekori saya dan menahan untuk memberikan satu saman kerana memandu laju. Saya terlebih laju 11 batu sejam. Saya tidak fikir dia dapat mengesan kelajuan saya menerusi radar kerana adanya lori panjang itu memisahkan pemantauan kelajuan kereta saya. Apabila saya menghadirkan diri di mahkamah, pendakwaraya memberikan saya pilihan untuk merundingkan akuan ataupun mengaku bersalah. Dia memberitahu kalau saya didapati bersalah oleh hakim saya akan didenda sebanyak $100 dolar, dikenakan denda hitungan mata pada lesen memandu saya dan menghadapi risiko membayar insuran yang lebih tinggi pada tahun berikutnya. Sebagai alternatif, saya punyai pilihan untuk merundingkan akuan saya itu dengan membayar $50.00 (dollar) dan tidak dikenakan denda hitungan mata pada rekod lesen memandu saya. Saya tanya beliau apakah akuan yang ditawarkan kepada saya. Dia menjawab untuk mendakwa saya kerana tidak membawa lesen memandu. Saya memberitahu beliau bahawa itu adalah satu penipuan kerana saya telah didakwa dengan tuduhan lain. Lagipun nombor lesen memandu saya sudahpun dirakamkan oleh polis pada kertas saman itu. Dia menjawab agar saya jangan peduli itu semua kerana dia boleh menyelesaikannya. Saya telah dihukum berasaskan tuduhan yang lebih ringan itu (dengan penipuan pihak pendakwa raya), saya pun bayar $50.00 dan selamat daripada bebanannya.

Akuan yang dirundingkan bukanlah berbentuk satu keadilan tetapi ia memberi beberapa faedah kepada kerajaan. Sebagai contohnya, menghukum seseorang dengan merundingkan secara berahsia memang dianggap betul secara politiknya, kerana ia mengurangkan biaya. Kadangkala ia menambahkan wang dan masyarakatpun merasa lega apabila seseorang sudah dihukum dan didenda. Sebahagian besar kemenangan yang diperolehi oleh pendakwa-raya adalah akuan yang dirundingkan melalui ugutan dan ancaman.

Kebanyakan umat Islam yang dihukum dengan tuduhan mengganas oleh mahkamah kanggaru New York adalah kerana adanya ramai Zionis jenis serupa ini. Semua kes keganasan membabitkan orang Islam dan Arab diadili di mahkamah kanggaru New York yang dikendalikan oleh Zionis kerana tidak ada mahkamah lain di negara ini (Amerika) yang dapat mengemukakan bukti yang secukupnya untuk menghukum mereka. Selagi Zionis terlibat di mahkamah yang mengadili orang Islam dan Arab, yang dituduh itu tidak akan berjaya dibebaskan kerana sudah menjadi amalan Zionis mengaggap Arab dan orang Islam sebagai puak yang sentiasa bersalah. Saya bukannya bercakap mengenai orang Yahudi, tetapi puak Zionis yang merupakan satu puak yang sedikit berbeza secara tersendirinya tidak kiralah apa agama mereka. Saya percaya kalaulah Timothy McVeigh telah meletupkan satu bangunan di bandar New York, dia mungkin akan terlepas dan bebas dan ada orang yang beragama Islam ataupun Arab yang dikenakan hukuman mati ataupun dibiarkan mereput dalam penjara persekutuan.


Teori Alternatif dan Bahan Bukti

Dalam artikel saya pada September 11, saya telah menyatakan bahawa jenayah ini adalah kerja Israel dan kawan-kawan Zionis mereka. Dua minggu selepas itu, saranan saya itu menjadi lebih kukuh apabila semakin ramai orang lain yang memberikan beberapa dalil yang enggan diterima-pakai oleh kerajaan AS. Saya telah mengmukakan bahan bukti itu di bawah dua tajuk kecil:

a) Rumusan Munasabah (logical conslusions) dan

b) Bukti Yang Diperaku (supportive evidence)


Rumusan Munasabah

1. Panduan Latihan dalam Bahasa Arab:

Pegawai penguatkuasa Amerika telah terjumpa panduan dalam bahasa Arab untuk latihan juruterbang, yang ditinggalkan dalam sebuah kereta sewa di tempat letak kereta. Secara logiknya inilah usaha memburukkan orang Arab kerana tidak ada penjenayah yang akan membiarkan barang bukti seperti itu. Lagipun, ramai yang diketahui telah menetap lama di Amerika dan belajar di institusi pengajian tinggi serta mahir dalam Bahasa Inggeris. Mereka tidak memerlukan buku panduan latihan dalam Bahasa Arab, kecuali buku itu sengaja diada-adakan sebagai barang bukti yang palsu.

2. Menyamar Sebagai Krew Pesawat terbang:

Dua orang Arab dikatakan tiba di lapangan terbang dengan lesen juruterbang palsu. Inilah tohmahan yang tidak munasabah, kerana tidak ada penjenayah yang akan melibatkan dirinya dengan benda-benda yang mencetuskan kesangsian yang mereka adalah penjenayah untuk ditangkap sebelum mereka menaiki pesawat terbang. Sekali lagi ini adalah satu usaha yang disengaja untuk memburukkan warga Arab. Tiga orang Arab dikatakan membawa beg bagasi yang bertanda 'crew' (anak-kapal) sedangkan mereka bukannya petugas kapal, menunjukkan usaha memburukkan orang Arab.

3. Pengenalan Palsu:

Israel telah dilaporkan, mempunyai satu jabatan khas yang pakar memalsukan dokumen yang asalnya dikeluarkan oleh negara lain. Contohnya ialah kad pengenalan, pasport, sijil-sijil dan lain-lain lagi. Semua itu mereka palsukan untuk melengkapkan para perisik mereka untuk menyeludup masuk ke negara Islam dan secara bersistem mengumpulkan maklumat mengenai penduduk di negara yang mereka ceroboh. Adalah amat mudah untuk Israel memalsukan dokumen untuk membolehkan warga mereka menceroboh dan menyamar sebagai orang Arab seandainya mereka mahu menuduh Arab sebagai pencetus keganasan. Israel memang amat pintar merakamkan aktiviti perisiknya sebagai orang Arab dengan membekalkan mereka segala dokumen palsu untuk menyamar dan melakukan kerja-kerja jenayah dan kemudiannya menuduh orang Arab melakukannya. (Sila baca 'BY WAY OF DECEPTION' oleh Victor Ostrovsky, St. Matins Press, New York, 1991.)

Adalah penting bagi mereka untuk memantau nama oang Arab yang melakukan jenayah, sejak mereka kecil lagi, sehinggalah mereka mati. Untuk menyediakan satu senarai buruk sebagai orang Arab, perisik Israel dilengkapi kad kredit dengan nama Arab, mendaftar diri mereka di sekolah latihan juruterbang sebagai Arab, menyewa apartmen dengan nama Arab, mempunyai keluarga persis keluarga Arab dan melakukan apa sahaja untuk menuduh Arab dalam segala jenis kerja terkutuk.

4. Penyusupan dan Kordinasi:

Puak Zionis memang wujud di setiap aktiviti kehidupan di Amerika, yang menyungkupi penerbangan, juruterbang, komunikasi, FBI, CIA, lapangan terbang, keselamatan, menara kawalan penerbangan, penguatkuasaan undang-undang, media massa, Rumah Putih, Kongres, dan di setiap kedudukan yang penting untuk memantau aktiviti dengan sesiapa sahaja. Orang Arab dan yang beragama Islam tidak memegang jawatan tinggi di situ untuk memudahkan sebarang kegiatan jenayah. Lagipun, serangan terhadap Pusat Dagangan Dunia dan Pentagon, memerlukan pelbagai kordinasi dan bantuan dalaman yang tidak mungkin diperolehi oleh pengganas yang beragama Islam.

5. Rangsangan dan Kepentingan:

Soalan yang paling penting dalam setiap siasatan jenayah ialah mengenai rangsangan dan kepentingannya. Tidak ada sesiapa yang merelakan nyawanya terkorban kecuali ada sesuatu kepentingan pada dirinya. Kerajaan AS gagal menyatakan apakah rangsangan yang paling meyakinkan setiap kumpulan Islam, termasuk Osama bin laden. Dakwaan yang paling bodoh ialah andaian betapa dunia Islam cemburukan kekayaan Amerika dan cara hidup mereka. Ada yang mendakwa betapa orang luar membenci kebebasan Amerika, ataupun mereka bencikan demokrasi, dan kapitalisme.

Sweden, Jepun, Denmark, Kuwait, dan banyak lagi negara lain yang sama kayanya jika tidak lebih mewah lagi, tetapi mereka mencatatkan jenayah yang lebih rendah berbanding jenayah di Amerika, sepatutnya negara ini yang menjadi sasaran. Osama bin Laden datangnya daripada satu keluarga Arab yang kaya raya dan dia sendiripun memang kaya. Kenapakah dia mesti memusuhi Amerika? Sebaliknya, Israel mempunyai motivasi untuk melakukan jenayah dan menuduh orang Islam. Sejak dua minggu yang lalu, Israel telah meraih banyak keuntungan daripada jenayah dahsyat yang dilakukan sehinggakan mampu meningkatkan imejnya sedangkan seluruh dunia Islam diburuk-burukkan. Inilah sasaran dan matlamat Israel sebenarnya. Sebelum itu imej Israel di Amerika dan seluruh dunia sudah semakin mereput disebabkan kegiatan 'Intifada': kegiatan memerangi kereta kebal dan mesingan Israel dengan balingan batu. Martabat Israel itu sudah terjejas kerana pembunuhan rambang dan pengeboman rumah kediaman orang Palestin, termasuklah sikap mereka keluar memulaukan Persidangan Perkauman PBB di Durban. Kini, Israel telah memperbaiki imejnya dan dunia Arab sudah menjadi tercemar. Tidak ramai orang lain yang berani terbang bersama dengan penumpang Arab ataupun orang yang beragama Islam. Pengkhianat yang anti-Islam yang ditaja oleh Israel sedang merasa keseronokannya, sehingga memberikan motivasi untuk Israel terus membuat kerja-kerja jenayah dan menuduh orang Arab melakukannya. Masyarakat Islam dan Arab menjadi kumpulan yang tertindas dalam pilihan pendapat sejagat sedangkan Israel menjadi kumpulan yang meraih faedahnya.

6. Percanggahan dalam Ajaran Islam:

Meminum arak, berzina, menari dengan wanita dan membunuh orang awam yang tidak berdosa adalah perbuatan yang diharamkan oleh Islam. Semua ini bercanggah dengan ajaran Al-Quran dan konsep mencari jalan Syuhadah yang mendorong ke pintu syurga. Sudah tentu tidak ada seorangpun pejuang Islam yang sanggup melakukan dosa besar ini ketika dia nekad untuk menjadi calon syuhada.

7. Kes FBI yang lemah:

Mengikut senarai sembilan nama perampas pesawat yang dikemukakan oleh FBI, penerbagan United 93 dan 175, mempunyai hanya nama seorang juruterbang, penerbangan American 77 tidak mempunyai sebarang nama juruterbang sedangkan penerbangan American 11, terdapat nama empat orang juruterbang. Bukankah semua ini kerja bahlol! Apabila diamati lagi kes ini, akan kelihatan banyak lagi kesangsiannya kerana teori kerajaan AS yang memang lemah.


Bahan Bukti Yang Diperakukan

1. Laporan David Stern: (sternintel@hotmail.com).

Laporan ini bertarikh 13 September, 2001 menyebut satu memo perisikan ketenteraan AS yang mengaitkan penglibatan Perisikan Israel - Mossad, dalam kemusnahan WTC dan Pentagon. Memo yang baru berusia empat minggu itu 'memberi maklumat yang menunjukkan kepada ugutan adanya satu operasi berahsia Israel di bumi AS untuk memutarkan minda massa rakyat Amerika terhadap Arab Palestin dengan cara satu serangan keganasan yang menyerlah terhadap kepentingan AS'. Presiden Bush, ataupun Donald Rumsfeld ataupun John Ashcroft tidakpun menidakkan, dengan jelasnya kewujudan memo tersebut. Selagi kerajaan AS enggan menafikan kewujudan memo itu dengan jelasnya, Laporan Stern akan dianggap sebagai sahih dan Israel akan terus kekal menjadi tertuduh utama di mata dunia Islam dan di kalangan manusia yang berkecuali.

2. 4000 orang Yahudi:

Sudah ada satu laporan di Internet yang diulang oleh ABC Nightline pada 25 September, bahawa 4000 pekerja Yahudi di menara WTC tidak bekerja pada 11 September. Ini menimbulkan syak betapa Yahudi mengetahui sesuatu yang tidak diketahui lebih awal oleh orang lain. Pihak pentadbiran AS termasuk Jabatan Negara, berdiam diri dengan berita ini. Lainlah kalau AS menafikan desas-desus ini, secara bersungguh- sungguh, berita itu akan kekal begitu dan akan dianggap sebagai benar yang sudah tentu mempalitkan Israel kepada jenayah itu. Bagaimanakah mereka sanggup menyelamatkan 4,000 warga mereka daripada dihunjam bencana yang pasti sambil membiarkan 7,000 manusia yang lain pergi mati.

3. Senarai yang hidup dan mati:

Masyarakat Yahudi menguasai institusi kewangan, dan peratusan jumlah mereka sebagai pekerja dan petugas dalam industri kewangan dan pasaran adalah tinggi. Saya menganggarkan paling kurangpun peratusan Yahudi ini ialah sekitar 25%, dalam institusi kewangan; bererti di kalangan 50,000 manusia yang berkerja di dua menara kembar itu paling kurang jumlah berdarah Yahudi ialah 12,000. Jumlah 7,000 daripada 50,000 manusia ialah bersamaan 14%. Secara 'interpolation' kematian warga Yahudi seharusnya sekitar 1,700 dan tentulah ini dianggap relevan kepada siasatan untuk mengetahui kalau-kalau kematian warga Yahudi itu menunjukkan angka yang lebih kecil lagi. Ini bukannya satu niat jahat terhadap kematian orang lain, tetapi kita mahukan satu siasatan untuk mencari kebenaran. Mengikut Presiden Bush HANYA 130 Yahudi yang mati dalam bencana di dua menara itu. Aha....!

Namun demikian kita harus ingat bukan semua Yahudi adalah Zionis dan kerana itu bukan-Zionis tidak menerima balasungkawa daripada kerajaan Israel.

4. Gelagat Lima orang Yahudi:

Ada laporan menyebut bagaimana lima orang Yahudi telah membuat kerja-kerja merakamkan peristiwa kemusnahan dua menara kembar itu secara terperinci sambil merokok dan bergembira merakamkan segala peristiwa. Apakah mereka sudah mengetahui lebih awal lagi akan kemungkinan bencana itu akan berlaku? Tidak ada sebarang jawapan daripada kerajaan AS kepada soalan ini. Ini merupakan soalan yang relevan untuk siasatan (harap-harap Augustine Paul tidak terlibat - penterjemah) Kenapakah para penyiasat diam membisu dengan soalan itu?

5. Pembatalan lawatan Ariel Sharon:

Pembunuh kejam Shabra dan Shatila, yang kini menjadi Perdana Menteri Israel telah dijadualkan berlepas untuk mengunjungi AS dan menghadiri satu majlis terbuka di New York pada 11 September. Tetapi lawatan itu telah dibatalkan oleh Shabak, agensi perisikan Israel. Apakah Shabak sudah mengetahui lebih awal kejadian yang akan berlaku dan enggan memberitahu kerajaan AS? Ataupun apakah Shabak yang menjadi perancang utama dalam merancang dan melaksanakan serangan ngeri itu?

6. Juruterbang Ganas yang Masih Hidup:

Mengikut laporan AS terdapat sembilan belas pengganas Arab dalam empat pesawat yang terhempas pada September 11 dan antara mereka terdapat sekurang-kurangnya tujuh orang yang dicam sebagai warga Saudi. Tetapi, ada satu laporan Putera Naif, Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, mengumumkan kesemua tujuh orang masih lagi hidup dan segar-bugar di negaranya.

Terdapat lagi kesangsian mengenai yang lain, kalau-kalau Israel telah menggunakan nama orang yang masih hidup ataupun sudah mati untuk dikaitkan kepada pengganas yang melaksanakan kerja gila itu. Salah satu nama yang disebut itu diketahui sudah mati setahun yang dulu. Jelas, Israel telah memalsukan dokumen Arab yang bekerja sebagai juruterbang dan jurutera dengan tujuan mentohmah orang Islam itu untuk mencapai sasaran mereka agar dunia menyebelahi mereka untuk memusuhi orang Islam yang hidup di negara Barat.

Pada September 27, Nightline ABC, telah menunjukkan seorang insan yang dikaburkan wajahnya (faceles Max) yang disebut pernah menerima latihan di markas latihan Osama Laden dan yang dapat mengenal salah seorang insan yang wajahnya disenaraikan antara 19 pengganas September 11 itu. Si 'Max' ini telah memberikan nama orang lain yang jauh berbeza dengan nama yang ada dalam senarai FBI. Ini menunjukkan kisah yang diceritakan oleh si Max itu ialah satu dongeng sahaja. Tetapi begitulah teknik FBI kalau mahu memerangkap sesiapa yang mahu dikenakannya.

Satu ketika dulu Imam Sheikh Omar Abdur Rahman telah ditohmah dengan menggunakan kaedah 'Max' yang sebenarnya bernama Imad Salim. Musibat ini ialah seorang tukang masak Mesir, yang telah sanggup membohong kerana diupah satu juta dollar, dan sanggup menjalani satu program penempatan semula anjuran FBI, selepas itu. Kita boleh jangkakan ramai lagi tukang sanggup yang akan muncul mengaku dan mereka cerita dongeng yang dirancang oelh FBI ataupun CIA (mungkin juga dengan bantuan orang Bukit Aman, siapa tahu - penterjemah) agar keputusan yang menyenangi tipu muslihat politik Amerika dapat dikemukakan untuk memudahkan keputusan mahkamah.

7. Gegaran Pasaran Saham:

Mengikut ABC News dan Chicago Tribune, pada minggu sebelum terjadinya petaka dari angkasa, saham (kaunter) United Airlines, American Airlines, dan beberapa syarikat lain (38 syarikat semuanya - penterjemah) yang giat berdagang di menara kembar itu telah bergiat cergas kerana ada orang yang memacu kenaikannya. Ini merupakan satu aktiviti dalaman yang paling dahsyat dan masih disiasat. Jelas ada seseorang yang menyedari akan kemunculan petaka dari angksa itu; pasaran saham memang dikuasai oleh puak Zionis, orang Islam memang tidak ada di sana. Kerajaan AS dan agensi yang berkenaan mempunyai tanggungjawab melaporkan kepada rakyat Amerika dan dunia dan menjelaskan putarbelit yang menggegarkan dunia pasaran saham.

8. Yahudi bergembira:

Ketika ledakan berlaku daripada angkasa, ada laporan terdapatnya sekurang-kurangnya seorang Yahudi yang bersuka sakan apabila mendengar berita itu. Kenapakah mereka begitu gembira sedangkan tidak ada apa yang mereka dapat daripada kematian hampir 7,000 manusia yang tidak berdosa serta kemusnahan harta benda.

9. Adakah rakyat Palestin di mana-mana?

Media yang pro-israel, seperti CNN, telah menayangkan semula klip video rakaman 1991, menunjukkan sekumpulan rakyat Palestin menyambut peristiwa September 11. Kenapkah berita itu diulang-tayang secara begitu seandainya Israel tidak ada kepentingan dalam ledakan kedua-dua menara itu dan meratapi mangsa yang mati? Ini menunjukkan Israel sudah bersedia mentohmah Arab seluruh dunia untuk dunia menyumpah mereka dan begitulah salah satu sebab kenapa Yahudi suka sangat melaksanakan rampasan pesawat dan meledakkannya untuk mentohmah masyarakat Islam dan Arab.

10. Adanya talibarut di Rumah Putih:

Ada satu laporan bagaimana Air Force One (pesawat yang khas untuk Presiden Amerika) menerima ugutan ketika sedang terbang membawa Presiden Bush. Terdapat dua misteri yang tidak diselesaikan:

a) Bagaimanakah pengganas tahu nombor teleforn Air Force One dan cara melepasi kawalan elektroniknya?

b) Bahasa yang digunakan ialah menepati Kod Rumah Putih. Bagiamankah pengganas mengetahui kod itu? Satu rumusan yang munasabah mungkin kerana adanya talibarut khas di Rumah Putih.Tidak ada sesiapa yang bercakap hal ini melainkan secara kiasan sahaja. Tidak ada warga Islam yang berkhidmat di Rumah Putih, selain kaum Zionis yang sudah beranak-pinak di sana.

11. Manifes Penerbangan:

Sebahagian senarai manifes penerbangan telah diterbitkan di Eropah dan mudah dilihat di internet di mana tidak adapun nama orang Arab. Dari manakah pentadbiran Bush mendapatkan nama 19 orang Arab? Bagaimanakah boleh diketahui semua mereka itu pernah menjalani latihan juruterbang di sekolah swasta? Ini jelas, semua nama itu disogokkan oleh kumpulan yang merancang kerja keganasan itu, supaya orang Arab dikenali sebagai penjenayahnya, sebelum kerajaan mendapat maklumat dan bukti lain untuk membabitkan orang lain, yang melibatkan Shabak, Mossad ataupun agensi perisikan lain di Israel.


Bush Isytihar Perang

Ketika mengisytiharkan perang, Bush dan sekongkolannya menyebut dua perkara yang sungguh penting untuk direnungkan oleh umat Islam:

(a) Dia mengisytiharkan 'krused' (perang Salib),

(b) Dia menyebut frasa 'mengeringkan paya'.

Dua frasa ini adalah amat penting untuk difahami.

Sejurus itu dia mengumumkan bahawa peperangan itu bukannya satu usaha memerangi Islam ataupun orang Islam. Kita perlu meneliti dua pengisytiharan ini.


Apakah makna 'Crusade' (perang salib)?

'Crusade' ialah kegiatan memerangi Islam, yang (sejak dulu lagi) menghancurkan Islam untuk mengambil alih tanah mereka, membunuh seramai mungkin orang Islam dan memaksa mereka yang hidup menganuti agama Kristian. Bush mencetuskan pertembungan dalam dirinya ketika mengumumkan 'crusade' itu dan pada waktu yang sama menyebut ia bukan memerangi Islam. Bahagian mana kenyataan Bush yang seharusnya kita percaya dan bahagian yang mana pula berunsur satu tipu daya?


Apa maksudnya Mengeringkan Paya?

Paya adalah sumber pembiakan nyamuk. Membunuh nyamuk bersaja-saja tidak akan menghapuskannya kerana ia akan terus bersilih ganti selagi paya masih wujud lagi. Kerana itu dianggap penting mengeringkan paya untuk memusnahkannya dengan itu nyamukpun termusnah sama. Mengikut fahaman barat, madrasah dan surau adalah sumber pembiakan bijak pandai Islam, guru-guru dan segelintir pemimpin ummah. Daripada segelintir graduan kajian Islam itu akan muncul segelintir radikal Islamiah yang berkemungkinan bertukar peranan menjadi apa yang disebut Barat sebagai pengganas. Barat beranggapan bahawa sumber keganasan ialah ajaran Islam yakni Al-Quran, Sunnah, Siirah, Fiqh dan sejarah Islam. Seandainya pengajaran itu disingkirkan akan keringlah paya. Sebetulnya kempen sebenar ialah pendidikan Islam daripada sumber yang sahih.

Mustapha Kamal telah menghancurkan pendidikan Islam 85 tahun yang lalu di Turki dan secara mengeringkan paya. Beliau menjadi sumber idealisme kuasa anti-Islam. Syria, Iraq, Libya, republik Islam Asia Tengah, dan negara anti-Islam lain yang sekular telah menyauk teknik yang sama untuk menyingkir bentuk Islam sebenar. Negara ini membenarkan hanya pendidikan Sufi Islam, yang merupakan versi pendidikan Islam ala-Kristian yang telah lama direka dulu oleh pemerintahan zalim yang memisahkan amalan politik dan unsur ekonomi daripada ruang-lingkup Islam. Pakistan, Mesir, Maghribi (Morocco),Tunisia dan segelintir lagi negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam sedang mencuba idealisme Mustafa Kamal ini.

Fahaman dan amalan Quran dan Sunnah membrri ruang kebangkitan pertubuhan Islam seperti Ikhwan al-Muslimun, Jamaat-e-Islami, FIS, Hamas, Taliban, Tanzseem-e-Islami,Hizb ut-Tahrir, Tahrik-e-Khilafat dan banyak lagi yang berusaha kembali melayari arus perjuangan Islam. Barat amat bencikan parti ini dan pertubuhannya dan menganggap semua itu laksana paya yang membiakkan aktivis Islam yang kemudiannya melahirkan pejuang Islam. Untuk mengeringkan paya tersebut bererti menghancurkan parti Islam melalui penyibaran bibit bantahan dan kekeliruan secara menyusup masuk dan menyibarkan tohmahan. Inilah peperangan terhadap Islam, sama ada Bush mahu menyebut sebenarnya ataupun tidak, kita memang faham maksud yang sebenar.


Apa yang boleh dilakukan oleh Rakyat Amerika Beragama Islam?

Rakyat Amerika beragama Islam mampu melaksanakan sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh yang bukan-Islam. Kita perlu adakan pergerakan 'mendampingi seseorang untuk menyalurkan pendidikan'. Ataupun satu pergerakan dengan motif 'satu keluarga satu bulan'. Seandainya seorang beragama Islam mempelawa dua orang bukan Islam ke rumah kediamannya setiap bulan untuk makan bersama ataupun bersembang-sembang, ataupun sebuah keluarga mengajak sebuah keluarga bukan Islam yang lain (dua orang dewasa bersama satu ataupun dua orang anak mereka) setiap bulan, mereka mampu menyalurkan maklumat untuk pendidikan sekitar 24 hingga 40 manusia setiap tahun. Terdapat tujuh juta umat Islam di Amerika daripada jumlah penduduk seramai 280 juta. Dari tujuh juta manusia Islam itu ada sekitar 2 juta keluarga dan seandai setiap keluarga itu mengajak dan mendidik satu keluarga lain setiap bulan, kita mampu mendekati 24 juta hingga 48 juta setiap tahun. Dengan cara ini kita dapat menjangkau keseluruhan penduduk di Amerika dalam tempoh sepuluh tahun. Kesannya nanti akan terhapuslah perasangka, kebencian dan ketakutan terhadap Islam di negara ini. Ketidak-fahaman ialah ibu kepada kebencian, kesangsian, dan prasangka yang dapat diperbetulkan oleh pendidikan. Kejayaan projek ini akan bergema kesannya seantero dunia.


Apa Yang Boleh Muslim di Amerika Lakukan?

Satu perubahan dasar barat terhadap dunia Islam akan mampu menghentikan pembiakan pengganas dan mengeringkan kawasan paya. Tidak perlu dilancarkan 'crusade' terhadap Islam sebaliknya satu crusade untuk memahami amalan Islam itu yang lebih penting. Bush tidak perlu melancarkan operasi terbuka ataupun tertutup di luar negara tetapi dia perlu melancarkan satu kempen pendidikan yang tidakpun tinggi biayanya di seluruh Amerika untuk menerima satu dasar berkecuali terhadap dunia Islam dan mengambus kebencian terhadap Islam dan ummatnya.

Amerika Syarikat mesti menghentikan gelagat menggunakan dua bentuk kayu pengukur, satu untuk bangsa Arab dan orang Islam dan satu lagi untuk orang Yahudi dan Israel. Cara menyelesaikan masalah keganasan ada di rumah sendiri di negara ini, Mr. Bush! Laksanakan reformasi kepada dasar luar AS terhadap dunia Islam dan Israel dan hentikan menyibuk dengan masalah dunia Islam. Apa yang difikirkan sesuai untuk dunia barat, mungkin difikirkan sesuai untuk dunia Islam! Biarlah dunia Islam memilih sistem mereka tersendiri dan kerajaan yang mereka suka. Hentikan kerja-kerja bodoh menyokong boneka.


Penyakit dan Simtomnya

Kerajaan AS dan media massa kawalannya sedang mengheret rakyat untuk menjadi marah dan menutup segala simtom, yakni keganasan yang dilakukan oleh orang Israel ataupun orang Islam. Tidak ada sesiapapun kecuali seorang dua pemikir di luar bidang kerajaan yang memikirkan perihal etiologi (falsafah sebab-musabab penyakit) dan penyakit yang semakin berjangkit. Laksana sakit perut dan penyakit hati. Barah hati ialah penyakit yang didahului oleh sakit perut sebagai simptomnya. Perut itu boleh dibedah tetapi ia tidak menjanjikan hilangnya penyakit barah.

Begitu juga dengan keganasan yang merupakan petanda kasar kepada penyakit yang lebih besar. Penyakit ini yang mesti dicari dan diubati. Kalau kita dapati penyakit itu dalam bentuk bulatan sepusat, pusatnya itu merupakan sikap 'menyibuk' dan jaga-tepi-kain orang lain yang diamalkan oleh AS di negara Islam dan menafikan hak mereka untuk memerintah sendiri sesuka hati. Garisan bulatan terdekat pada pusat (bull's eye: mata-kerbau, penterjemah) itu tadi, merupakan sokongan yang tidak berbelah-bagi Amerika terhadap kezaliman yang mandasari pemerintahan Israel dan kesannya terhadap sokongan itu.

Terdapat banyak lagi penyakit sekunder seperti sekatan ekonomi dan ketenteraan terhadap Iran, Iraq, Afghanistan, Sudan, Pakistan, dan beberapa negara Islam yang lain. Begitu juga dengan peningkatan gerakan anti-Islam, kegiatan anti-Islam dan anti-Arab yang dicanang oleh kerajaan seluruh dunia yang menerima upahan dan biaya daripada Zionis dan Fundamentalis Kristian. Memang ada banyak lagi penyakit lain yang akan saya tulis di kesempatan yang lain.

Osama bin Laden dan keganasan Israel boleh merupakan simtom dan bukannya penyebab tercetusnya penyakit membenci Amerika Syarikat. Etiologi penyakit ada tersorok di Amerika Syarikat. Negara ini berkemampuan mengawalnya dan mengubatinya. Tidak perlu mengirimkan angkatan tentera keluar negara, secara terbuka ataupun secara berahsia untuk mengubatinya. Tidak ada satu payapun yang mampu dikeringkan oleh Amerika Syarikat. Cakap-cakap Perang Salib hanyalah omongan kosong sahaja, Bush dan sekongkolannya patut tahu merasa malu kerana menggunakan frasa yang sungguh jijik itu.


Penghargaan

Saya masih menghargai sikap Presiden Bush ketika becakap dengan Datukbandar dan Gabenor New York, dia telah berkata agar masyarakat Arab-Americans dan Muslim-Americans dihormati kerana mereka tidakpun terbabit dengan keganasan. Saya juga menghargai mayor Daley daripada Chicago yang berseiring dengan beberapa pemimpin politik menyatakan sokongan mereka kepada masyarakat Muslim-Americans. Di kalangan masyarakat media, saya menghargai ABC News, terutama sekali Peter Jennings dan Ted Koppels, kerana bersikap berkecuali dan bersuara mencadangkan pencarian penyakitnya dan bukan membenteras simtom penyakit itu. Saya kutuk jaringan TV yang lain, terutama sekali Fox News yang menjuarai anti-Islam dan pencacian dunia keIslaman.


Tekanan terhadap pemimpin Islam Sedunia

Pakistan, Afghanistan, Yasser Arafat dan dunia Arab sedang tertekan agar bekerjasama untuk menangkap dan menyerahkan Osama bin Ladin kepada kerajaan Amerika. Adalah satu dosa besar (mengikut Fardu Ain - penterjemah) menangkap seorang pemimpin Islam dan menyerahkannya kepada musuh Islam. Yang pertama, AS mempunyai tanggungjawab memberikan bukti yang sahih terhadap Osama bin Ladin, dan sebuah negara Islam bertanggungjawab menghakimi beliau dan menjatuhkan hukum jika sabit mengikut perundangan Islam.

Seandainya pemimpin Islam tidak mahu mempelajari ajaran Islam, maka mereka seharusnya mempelajari amalan Israel. Israel enggan menyerahkan warganya kepada negara lain ataupun mahkamah antarabangsa. Perampas dan penculik yang dianggapnya penjenayah dihakimi dan diadili dalam negara Israel sahaja. AS dan negara Eropah telah merestui pendirian Israel ini sehinggakan Amerika tidak dapat mengekstradisi (membawa balik) penjanayah Amerika yang bersembunyi di Israel. Setiap mahkamah antarabangsa diurus mengikut ketaksuban membenci Islam dan mereka tidak layak menghakimi orang Islam kecuali mereka yang berfahaman sekular dan telah meninggalkan amalan seorang yang beragama Islam.


Teori Konspirasi

Sesetengah orang mudah taksub kepada teori konspirasi. Tetapi mereka tidak sedar betapa setiap missi siasatan bermula dengan penonjolan banyak teori konspirasi yang pelbagai. Apabila siasatan itu terus beransur gerakannya, teori yang lemah digugurkan. Amerika Syarikat tidakpun mempunyai teori alternatif selain daripada mengatakan bahawasanya Osama bin Ladin sahaja yang bersalah. Di sinilah letaknya kerapuhan siasatan mereka. Kerajaan AS telah sengaja menuduh Osama bin Laden dan Taliban, seolah-olah tuduhan itu sudah terpahat di atas batu jemala mereka. Inilah yang akan menjejaskan kepentingan AS dan rakyatnya.

Tamat

Terjemahan: SPAR

Asal: KM2 6045