Laman Webantu (M)   KM2: 6057 File Size: 7.8 Kb

| KM2i Index | KM2 Index |


TAG SP 324: WBiz: Siapa yang menang perang tarik-tali di AS?
By Leon Hadar

5/10/2001 1:12 pm Fri

Siapa yang menang perang tarik-tali di AS?

(Who's winning the tug of war in the US?)

Oleh: Leon Hadar - Washington Business

Times 2 October, 2001

'Saya ada satu pesanan kepada tentera kita: Bersedialah!' Inilah kata-kata semangat yang dituturkan oleh Presiden Amerika George Bush Jr. ketika berucap di Congress yang diberikan liputan siaran langsung di TV ke seluruh dunia. Inilah kata-kata yang dianggap oleh para pengamat sebagai seruan untuk 'siap siaga' untuk menggerakkan rakyat Amerika bergelumang dalam satu peperangan yang panjang dan paling tinggi risikonya memerangi keganasan.

Memang tidak syak lagi ucapan Bush itu membuatkan rakyat Amerika merasa lega dan selesa sambil menaikkan semangat dan pengharapan mereka dalam memahami satu kempen ketenteraan yang secara spontan dan bertujuan untuk menghenyak mereka yang bertanggungjawab dengan serangan keganasan terhadap Pusat Dagangan Dunia dan Pentagon.

Untuk sehari-dua selepas ucapan itu, beberapa pegawai AS yang lain turut mengulang-ulang iltizam itu. Setiausaha Negara Collin Powell yang telah memimpin tentera Amerika pada 1991 terhadap Iraq, telah memberikan gambaran betapa Amerika mempunyai matlamat untuk 'menghapuskan' keganasan dan menekankan ia tidak akan berakhir sehinggalah tentera Amerika berjaya 'menyelinap masuk, menumpaskan dan menghapuskan mereka'. 'Jom, kita laksanakan!' demikian tajuk sebuah akhbar tabloid harian.

"Bolehkah anda tolong tekan butang itu?" demikian kata Matt Drudge, seorang editor majalah internet yang terkenal ketika merayu kepada Presiden Bush. Mahaguru politik dan pakar ketenteraan telah meramalkan betapa tentera Amerika sudah bersedia untuk menyerang dan sedang merancang untuk menyerang pangkalan pengganas di Afghanistan dan berkemungkinan menyerang sasaran lain di Iraq, Syria dan Libya.

Malahan, mengikut sumber dalaman, satu perdebatan besar sedang bergolak dalam pentabdiran Bush sendiri, antara kumpulan yang sederhana, pimpinan Collin Powell yang memberi penekanan kepada menubuhkan satu kumpulan besar sejagat, termasuk beberapa negara Islam dan Arab yang sederhana, yang dapat menyokong satu serangan ketenteraan yang berpilih-pilih terhadap Afghanistan. Kumpulan ini ditentang oleh beberapa pegawai Pentagon yang dipimpin oleh Timbalan Setiausaha Pertahanan Paul Wolfowitz, yang mencadangkan agar AS meluaskan peperangan terhadap keganasan itu dan menggunakan segala peluang untuk menjatuhkan Saddam Hussein dan menyanggah Iran, Syria dan kerajaan lain yang masih mempunyai hubungan dengan kumpulan keganasan.

Kini, tiga minggu hampir berlalu selepas serangan dibuat ke atas New York dan Washington yang telah meremukkan hati orang Amerika, dan 10 hari sudahpun berlalu sejak Bush meminta rakyat 'bersedia' sehingga menaikkan begitu banyak harapan agar dilaksanakan satu serangan tentera yang spontan, tetapi sehingga kini tidak ada sesuatu yang dapat dibanggakan.

Tidak adapun Perang Dunia Ketiga, dan tidak ada gegarannya, tidak ada yang meledak di Kabul dan Baghdad. Sebaliknya, Mr. Bush, Mr. Powell dan beberapa pegawai tinggi AS yang lain telah mula menurunkan tahap pengharapan, dan menyempitkan ruang matlamat apa yang mereka sebut Perang Menentang Keganasan (yang semakin sama bunyinya dengan Perang menentang dadah dan tidak lagi bergema sebagai Perang Dunia Ketiga) sambil meminta rakyat bersabar, sebanyak-banyak sabar.

Rakyat Amerika seharusnya tidak menjangkakan satu kempen ketenteraan yang spontan. (Mereka tidak boleh mengharapkan ulangan senario Pendaratan di Normandy yang merupakan serangan tanah besar Eropah oleh pasukan tentera bersekutu dalam Perang Dunia Kedua dulu). Demikian pendapat Setiausaha Pertahanan Donald Rumsfeld, yang dianggap sebagai salah seorang yang berjiwa 'helang' di Pentagon.

Malahan, sudah banyak petanda bahawa pentadbiran Bush sudah semakin hambar untuk menggulingkan kuasa Taliban di Kabul, yang direncanakan melalui usaha bersama Perikatan Utara (satu kupulan gerila anti-Taliban) dan pasukan AS dan Britain. Sikap ini amat bertentangan dengan hasrat kerajaan Pakistan yang merelakan tentera AS menggunakan pangkalannya dalam usaha menangkap Osama bin Laden yang dituduh perancang utama keganasan dan yang kini bersembunyi di Afghanistan.

Islamabad tidak ingin melihat kemunculan Perikatan Utara merampas kuasa pemerintahan Afghanistan. Kerajaan Arab dan negara Islam yang lain yang bersekutu dengan Washington memang prihatin akan kesan tindakan Amerika ke atas Afghanistan yang mungkin tercetus di negara mereka pula.

Kerana banyak pihak yang mengharapkan tekanan diplomatik dan ketenteraan yang ditumpukan kepada Taliban akan memaksa Osama bin Laden bersama para penyokongnya keluar daripada persembunyian ataupun sengaja mengundang kemaraan komando Britain dan Amerika untuk menangkap beliau dan mengheretnya ke medan pengadilan (ataupun membunuhnya di sana untuk menjimatkan perbelanjaan proses pengadilan yang panjang).

Apapun, kata pegawai kedutaan AS dan pegawai tenteranya, masih ada keperluan menyediakan sistem sokongan antarabangsa di darat, yang merupakan satu proses yang bukan sahaja merobah arah tuju dasar luar Amerika Syarikat yang bersifat multi-lateralisme menggantikan unsur pandangan unilateral pilihan kerajaan Bush di mana hak asasi manusia dan program 'pembinaan-negara' diperusuk di bahagian bawah agenda besarnya. Sekaligus ini merobah bentuk imbangan kuasa global seperti yang dapat dilihat dalam kemunculan persyarikat strategik yang lembab tetapi meyakinkan antara Washington dan Moscow yang menumpukan sasaran terhadap radikalisme Islam dan kemunculan NATO sebagai satu kuasa global yang tidak lagi terhad pada wilayah Atlantik sahaja.

Terdapat banyak kepuasan di Washington terhadap sokongan yang diberikan kepada AS di PBB dan di seluruh dunia (malahan Korea Utara dan Cuba telah menyatakan sokongan mereka terhadap strategi memerangi keganasan, dan Iran mengambil sikap berkecuali berbanding menjadi pembangkang kepada pendirian anti-Amerika)

Jelas, segala usaha meraih sokongan sejagat ini terus membantu pentadbiran Bush dalam usaha menghambat anggota Al-Qaeda dan cuba mengeringkan sumber kewangan organisasi itu.

Akan tetapi, apakah kemungkinannya segala usaha menubuhkan satu pasukan Bersekutu antarabangsa yang memakan masa tidak menentu dan kerja-kerja mata-mata gelap untuk menghambat sumber kewangan yang menghasilkan imej Osama Bin Laden yang sudah mati dapat memuaskan nafsu serakah yang sungguh tinggi rakyat Amerika yang pada keseluruhan dan majoritinya mahukan pemimpin mereka menghukum para pengganas yang mencetuskan tragedi September 11 itu?

Memandangkan sokongan terhadap Mr. Bush di kalangan rakyat Amerika berada pada tahap yang tinggi lambungannya, tidak ada seorang pemimpin politik dan mahaguru yang berani menyuarakan soalan mempertikaikan dasar Rumah Putih, buat waktu semasa. Tetapi secara persendirian, orang-orang dalam sudah semakin berani membincangkan keraguan betapa pentingnya pentadbiran Bush bertindak sesuatu (yakni satu bentuk tindakan ketenteraan yang membolehkan rakyat Amerika melihatnya di CNN) secepat mungkin. Jika tidak, bukan sahaja Rumah Putih akan kehilangan sinar sokongan rakyatnya, tetapi semangat patriotisme pasca September 11, akan berubah rupa manjadi satu bentuk kebingungan yang mencetuskan kemarahan yang akan mencemar perasaan kesatuan kebangsaan yang kini sedang bertiup lega menguasai Washington dan menyenangi keseluruhan negara.

Tamat.

Terjemahan: SPAR