Laman Webantu (M)   KM2: 6055 File Size: 14.5 Kb

| KM2i Index | KM2 Index |


TAG SP 323: Virus Minda: Kebenaran Menjangkiti Rakyat Malaysia
By Raja Petra

5/10/2001 12:50 pm Fri

FAC 5/10/2001

Virus Minda: Kebenaran Menjangkiti Rakyat Malaysia

Oleh: Raja Petra

Pada hari berlakunya tragedi di Pusat Dagangan Dunia New York, virus Nimda menyerang ribuan komputer di seluruh dunia. Malaysia juga tidak terlepas. Virus terakhir yang mendarat di pantai kita beberapa minggu lalu - sebenarnya merupakan suatu cacing - menyebabkan banyak kerosakan kepada komputer di seluruh Malaysia. Apa yang menyedihkan dari keseluruhan episod tersebut adalah bahawa komputer-komputer kerajaanlah yang paling teruk terjejas, dan ia berlaku tidak lama selepas Menteri de facto Undang-undang dengan bangganya mengumumkan tentang pelancaran peluru berpandu terhadap laman-laman web Reformasi.

Bagi mendapat tahu bagaimana kerajaan Malaysia menghadapi serangan epidemik virus komputer yang terbaru ini, Suara PRM menemuramah pelbagai pekerja di jabatan kerajaan untuk mendapatkan pandangan mereka dan mengetahui apakah yang dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan komputer-komputernya tidak turut terjejas sepertimana yang berlaku kepada ekonomi Malaysia.

'Apa yang anda cakapkan' Virus Nimda?? tanya seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri. 'Kami telah sekian lama dilanda komputer virus yang lebih serius lagi, virus Minda, dan ia menyebabkan lebih banyak kerosakan berbanding dengan apa yang boleh disebabkan oleh virus Nimda.'

'Virus Minda ini telahpun menyerang banyak laman web negara ini dan telah mengakibatkan kerosakan yang agak besar dan tidak boleh diperbaiki di Internet,' tambah Menteri itu. 'Dari pengiraan yang terakhir, sekurang- kurangnya 100 laman telah dijangkiti, dan ia membantutkan semua kerja baik yang Perdana Menteri cuba lakukan bagi memperkenalkan Koridor Raya Multimedia kepada dunia.'

'Rakyat tidak menyedari apa yang sedang berlaku,' kata Menteri itu. 'Mereka terus sahaja melawati laman-laman yang dijangkiti virus ini dan serta-merta dijangkiti. Sebelum mereka melawati laman-laman web ini mereka tidak begitu tahu tentang politik Malaysia atau tentang apa yang sedang berlaku di negara ini. Namun sebaik sahaja mereka melawati laman-laman web ini mereka diracuni dengan fakta-fakta.'

Koridor Raya Multimedia, atau MSC, adalah hasil cetusan idea Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad dan disasarkan bagi membawa negara kecil dengan penduduk seramai 23 juta orang ini ke era siber. Virus Minda, yang telah menjangkiti hampir 100 laman web, pertama kali muncul pada 2 September 1998, pada hari Anwar Ibrahim disingkirkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan negara ini.

Seorang Ketua Polis Negara Malaysia, yang lebih suka untuk tidak dikenali, berkata bahawa pihak polis telah memantau masalah ini sejak tiga tahun yang lalu. 'Kami mula-mula menyedarinya pada hari Anwar disingkirkan apabila laman web Anwar Online dilancarkan. Selepas tiga tahun menjalankan penyiasatan yang terperinci dan melakukan beberapa penahanan di bawah ISA, kami mula dapat menyelesaikannya,' tambah jurucakap polis yang tidak mahu dikenali itu. 'Kini kami tahu kesemua mereka yang terlibat dan sedang memantau aktiviti-aktiviti mereka.'

'Pada mulanya ia tidaklah begitu serius,' jelas jurucakap polis itu. 'Namun kesudahannya, apabila lebih banyak laman web muncul, ia mula menjadi satu masalah. Kini pihak polis tidak mempunyai pilihan lain selain dari perlu mengambil tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab melakukan jenayah keji ini terhadap kemanusiaan.'

Menurut pakar-pakar siber, virus Minda merupakan residen di dalam semua laman web pro- Reformasi. Begini caranya mereka bekerja: setiap kali orang melawati sebuah laman web Reformasi, kandungannya akan mempengaruhi mereka dan menjadikan mereka pro-Reformasi. Apabila mereka pernah sekali melawati laman web Reformasi, mereka akan mendapati bahawa adalah begitu sukar untuk tidak mengunjunginya semula. Malah sebahagian diketahui telah menjadi ketagih kepada mereka.

Seorang pakar psikologi di Hospital Universiti mendedahkan bahawa hospital tersebut telah menemui ribuan kes ketagihan laman-laman web Reformasi. 'Ianya seperti Obsessi,' jelas pakar psikologi itu. 'Perkara yang mula-mula mereka lakukan apabila mereka bangun daripada tidur adalah untuk melayari internet. Mereka tidakpun menghiraukan untuk membasuh muka atau memberus gigi mereka terlebih dahulu. Ada sesetengah perkahwinan juga musnah disebabkan hal ini.'

Adakah ianya disebabkan oleh pasangannya diabaikan kerana ketagihan laman web Reformasi ini? 'Tidak!' kata pakar psikologi itu. 'Ianya disebabkan suami dan isteri berkelahi terhadap satu-satunya komputer di rumah mereka. Kaunselor perkahwinan kami terpaksa menasihati pasangan-pasangan ini untuk membeli komputer kedua bagi mengelakkan perkahwinan mereka dari hancur. Di dalam banyak kes, langkah ini berkesan dan perkahwinan dapat diselamatkan.'

Seorang pengarang di akhbar tempatan milik kerajaan mempunyai pandangannya sendiri berkaitan dengan hal ini. 'Anda tidak boleh menyalahkan orang-orang ini.' Beliau menjelaskan. 'Orang awam telah hilang semua keyakinan dan kepercayaan mereka terhadap media tempatan, terutamanya akhbar-akhbar milik kerajaan. Stesen-stesen televisyen juga tidak ketinggalan. Apabila orang merasakan yang mereka tidak boleh mendapat maklumat yang tepat melalui saluran tradisi seperti sebelumnya, mereka beralih kepada sumber-sumber lain. Dan mereka telah beralih kepada internet untuk ini.'

'Pihak media perlu menilik diri sendiri,' tambah pengarang itu. 'Ia perlu menanyakan dirinya sendiri: adalah ia memainkan peranannya sebagai penyebar berita atau bertindak sebagai alat propaganda kepada kerajaan. Akhbar-akhbar tembatan mungkin perlu melihat kembali kepada peranannya sebagai hanya agensi berita, melaporkan berita-berita yang tidak berat sebelah, daripada lebih kepada satu pihak dan kadangkala berita-berita palsu dan pembohongan yang kini dilaporkannya. Apabila orang awam telah dapat diyakinkan bahawa akhbar-akhbar Malaysia boleh dipercayai semula, ia akan meninggalkan Internet dan memilih akhbar-akhbar.'

Perdana Menteri, walau bagaimanapun, lebih tenang, pertama kali dilihat beliau begitu. 'Sudah tentu ini mungkin menjadi satu masalah,' Perdana Menteri memberi alasan. 'Virus ini telah menyebabkan rakyat menentang kerajaan. Jadi, apa masalahnya' Pada penghujungnya, mereka boleh membenci kerajaan semahu mereka. Apa yang lebih penting adalah kita masih memegang kuasa.'

'Bukan laman-laman web Reformasi yang menentukan siapa yang akan membentuk kerajaan. Pilihanraya Umumlah penentunya. Reformis-reformis ini boleh mempergunakan laman-laman web mengikut kehendak hati mereka. Mereka tidak akan dapat mengambil-alih negara ini. Itu adalah kerana kita mempergunakan Pilihanraya Umum, di mana, pada penghujungnya, adalah lebih penting. Jadi kita akan memenangi pilihanraya. Itulah caranya kita akan terus berkuasa.'

'Walau bagaimanapun, kita perlu melihat dari segi kebaikannya. Mengapa perlu semua virus internet berasal dari Pakistan atau Filipina? Mereka tidak mempunyai sebarang MSC. Kita ada. Sekurang-kurangnya kita mempunyai satu virus yang dicipta di sini - virus Minda. Adalah satu dosa untuk membelanjakan ratusan juta ke atas MSC apabila Malaysia langsung tidak mempunyai teknologi untuk mencipta virus.'

'Virus-virus selalunya berasal dari negara-negara maju, negara yang mahir dengan komputer. Sekurang- kurangnya kita telah membuktikan bahawa Malaysia juga mempunyai teknologi untuk mencipta virus. Ini menunjukkan kita juga maju sepertimana negara-negara tersebut.'

'Minda' adalah perkataan Melayu untuk akal fikiran, sebuah nama yang tepat bagi virus yang 'meracuni fikiran rakyat Malaysia supaya membenci kerajaan yang dipilih secara sah di dalam pilihanraya umum yang dikendalikan dengan cara yang tidak jujur'.

Tamat.

Terjemahan: SPAR




Asal:

http://www.freeanwar.com/articles/article051001.htm

The Minda virus Truth infects Malaysians

By Raja Petra

On the day of the New York World Trade Centre tragedy, the Nimda virus hit thousands of computers worldwide. Malaysia too was not spared. The last virus that hit our shores a couple of weeks ago - it was a worm actually - did much damage to computers all over Malaysia. The irony of the whole episode is that government computers were the worst hit, and it happened soon after the de facto Minister of Law had gloated about unleashing a missile on the Reformasi websites.

To find out how the Malaysian government is coping with this latest computer virus epidemic, Suara PRM interviewed various people in the government to obtain their views and find out what the government is doing to ensure its computers do not crash like the Malaysian economy.

"What are you talking about? The Nimda virus?" asked a Minister in the Prime Minister's Department. "We have a more serious computer virus that has been around for much longer, the Minda virus, and it is creating more damage than the Nimda virus ever could."

"This Minda virus has already infected many of the country's websites and has wreaked considerable and irreparable damage to the Internet," added the Minister. "At the last count, at least 100 sites have been affected, and it is undoing all the good work the Prime Minister has tried to do in introducing the Multimedia Supercorridor to the world."

"People do not realise what is going on," said the Minister. "They innocently visit the virus-infected websites and immediately get infected. Before they visited these websites, they did not know much about Malaysian politics or about what is happening to this country. But once they visit these websites they are poisoned with facts."

The Multimedia Supercorridor, or MSC, is the brainchild of Prime Minister Dr Mahathir Mohamad and is aimed at bringing this tiny obscure nation of 23 million into the cyber age. The Minda virus, which has infected almost 100 websites, first emerged on 2 September 1998, the day Anwar Ibrahim was sacked as the country's Deputy Prime Minister and Finance Minister.

Malaysia's Inspector General of Police (IGP), who would rather remain anonymous, said the police have been monitoring this problem for the last three years. "We first noticed it the day Anwar was sacked when the Anwar Online website was launched. After three years of thorough investigation and scores of arrests under the Internal Security Act, we are beginning to put the pieces together," added the anonymous police spokesman. "We now know all those involved and are monitoring their activities."

"At first it was not so serious," explained the police spokesman. "But eventually, as more and more websites emerged, it started to become a problem. Now the police have no option but to take action against those responsible for this despicable crime against humanity."

According to cyber experts, the Minda virus is resident in all pro-Reformasi websites. This is the way it works: whenever people visit a Reformasi website, the contents will influence them and turn them pro-Reformasi. Once they have visited a Reformasi website, they find it very difficult not to revisit it. And some are known to have become addicted to them.

A psychologist at the University Hospital revealed that the hospital has come across thousands of cases of Reformasi website addiction. "It's like an obsession," explained the psychologist. "The first thing they do when they wake up from sleep is to log on to the Internet. They do not even bother to wash their face or brush their teeth first. Some marriages have even broken up because of this."

And is it because the spouse is being neglected due to this Reformasi website addiction? "No!" said the psychologist. "It's because husband and wife are fighting over the only computer in the house. Our marriage counselors have had to advise these couples to buy a second computer to prevent their marriage from falling apart. It most cases, this works and the marriage is saved."

An editor of a government-owned local daily had his own view on the matter. "You cannot blame these people," he explained. "The public has lost all confidence and trust in the local press, especially the government-owned newspapers. The television stations are no better. Once people feel they cannot get accurate information through traditional means, they turn to other sources. And they have turned to the Internet for this."

"The media needs to do some soul-searching," added the editor. "It needs to ask itself: is it playing the role of disseminator of news or acting as a propaganda tool of the government? The local newspapers may need to go back to its role of just being a news agency, reporting unbiased news, rather than the one-sided and sometimes false news and lies it is now reporting. Once the public is convinced Malaysian newspapers can be trusted again, it will abandon the Internet in favour of newspapers."

The Prime Minister, though, was more sedate, the first time he has been known to be so. "Of course this may be a problem," reasoned the Prime Minister. "This virus is turning the people against the government. So what? At the end of the day, they can hate the government all they want. What is important is that we will still be in power."

"It is not the Reformasi websites that determine who will form the government. It is the General Elections. These Reformists can manipulate the websites all they want. They will never be able to take over this country. That's because we manipulate the General Elections, which, at the end of the day, is more important. So we will win the elections. That is how we will stay in power."

"Anyhow, we have to look on the bright side. Why should all the Internet viruses originate from Pakistan or the Philippines? They do not have any MSC. We do. At least we have one virus that is home grown - the Minda virus. It is a sin to have spend hundreds of millions on the MSC with Malaysia not even having the technology to create a virus."

"Viruses normally originate from advanced countries, countries that are computer-savvy. At least we have proven that Malaysia too has the technology to create viruses. This shows we are advanced like those other countries."

"Minda" is the Malay word for "mind", a most appropriate name for a virus that "poisons the minds of Malaysians into hating the government legitimately elected in a rigged general election".