Laman Webantu (M)   KM2: 6054 File Size: 9.7 Kb

| KM2i Index | KM2 Index |


TAG SP 322: Pravda: Tiada Peperangan - Ianya Tidak Perlu
By Sergey Snegov

5/10/2001 12:22 pm Fri

http://english.pravda.ru/main/2001/10/02/16850.html

Pravda Online


Tiada Peperangan - Ianya Tidak Perlu

(There will be no war, it is not needed)

Oleh: Sergey Snegov Wartawan Pravda

Suasana yang menyelimuti Afghanistan telah bergolak seperti yang pernah kita ramalkan. Amerika masih lagi menggenggam penumbuknya, mengugut Taliban dengan pengeboman sebagai membalas dendam. Operasi ketenteraan yang dijanjikan itu sudah tertunda banyak kali, sehinggakan tercetus kesangsian betapa peperangan itu tidak akan menjadi. Kata-dua Bush sudah terkubur dalam lipatan sejarah bersama ugutannya untuk membersihkan sarang pengganas sejagat dan memusnahkan Osama Laden, sekali gus. Kini, ada yang menjangkakan peperangan itu akan bermula dalam minggu yang terdekat selepas berakhirnya tempoh kata-dua itu. Latihan perang angkatan tentera yang dilakukan oleh Amerika semacam menunjukkan kemungkinan serangan itu akan dilakukan juga.

Akhbar 'The British Observer' telah menakutkan puak Taliban kelmarin dengan berita serangan yang akan dimulakan. Tetapi, semua kapal induk pembawa pesawat penyerang masih lagi belayar di samudera, peluru berpandu masih terikat di sarangnya, dan pesawat itu masih tersimpan di penebatnya. Media barat melapurkan tarikh baru peperangan Afghan itu - 'minggu ini'.

Kini, puak Taliban kerap mengacah Amerika. Mereka menyebut Osama Laden ada di Afghanistan, kemudian mereka menyebut oleh kerana mereka telah lama bersekongkolan dengannya, persahabatan itu akan terus dikekalkan. Soal menyerahkan tertuduh utama itu tidak pernah ditimbulkan. Pihak pentadbiran Afghan itu hanya menyebut: 'Amerika Syarikat akan menanggung bahananya, seandainya tentera darat mereka menyerang Afghanistan.' Mungkin juga mereka sudah semakin yakin betapa peperangan itu tidak akan dilancarkan.

Memang ada alasan untuk menyerang Afghanistan sebaik sahaja tragedi menghenyak Amerika Syarikat. Itulah waktu yang tepat, mencetuskan peperangan sebagai satu tindakan serang balas. Kita tidak akan membincangkan isu ini seperti siapa yang sepatutnya dipersalahkan dan apa yang sepatutnya dilaksanakan. Berita terbitan media massa Amerika, dan segala surat daripada pembaca kita telah memberikan banyak ilham: tunjukkan kepada kami, siapa musuh sebenarnya supaya kami boleh bertindak balas.

Memang ada alasannya mengebom Afghanistan satu minggu selepas terjadinya tragedi. Kemarahan seluruh dunia naik memuncak begitu hebat ketika Pusat Dagangan Dunia menyala dengan dahsyat. Tetapi apa faedahnya mengebom Afghanistan sekarang? Hingar-bingar sudahpun reda, sedangkan sudah semakin banyak tunjuk perasaan di merata tempat di Britain, Amerika, dan negara barat membantah pelancaran satu perang baru di dunia. Semakin ramai manusia menyertai pergerakan membantah peperangan ini.

Apa faedahnya pengeboman itu? 'Nyet!!!', kecuali melahirkan mangsa di kalangan orang awam dan anggota tentera. Inilah yang telah melunturkan semangat keperwiraan Amerika berasaskan lambang helang terkangkang mereka yang semakin terhumban di longkang sejak beberapa minggu yang lalu. Ini juga bererti pentadbiran presiden sudah semakin merana daripada usaha meningkatkan propaganda mereka. Di tahap awalnya dulu para pakar propaganda muncul di kaca TV mencetuskan pelbagai propaganda itu dan mempertikaikannya. Perkara itu disauk pula oleh akhbar harian untuk membentangkan keadaan itu mengikut sudut kajian yang berbeza.

Lagi lama masa beredar sejak peristiwa serangan angkasa yang dahsyat mengenai Amerika, semakin tumpul makna persediaan ketenteraan mereka. Mungkin juga sasaran anti-keganasan global yang histeris itu tidak sama dengan agenda peperangan anti-penjenayah sejagat?

Pentdbiran Amerika berjaya merencana rancangan yang mereka idamkan pada permulaan kempen peperangan Balkan. Cara NATO menguasai Kasovo, Macedonia, dan negara lain tidak boleh dibandingkan dengan persiapan NATO yang terbaru ini. Dulu, tentera NATO telah memasuki beberapa negara termasuk negara pasca-Soviet - yang tidak kelihatan semacam betul-betul dilakukannya sedikit masa dulu. Terdapat banyak pra-syarat untuk membelah-bagikan negara-bebas bekas jajahan Soviet itu. Kalaulah sistem itu membangun seperti yang berlaku sekarang, bererti Russia akan kehilangan pengaruhnya di bahagian Timur. Ruang angkasa majoriti negara yang merelakan NATO menggunakannya, menunjukkkan kerelaan negara ini untuk meneruskan kerjasama mereka. Ini membolehkan Amerika Syarikat melipat-gandakan pengaruhnya ke atas negara ini dalam jangkamasa dua bulan sahaja. Jadi, gelagat menggenggam penumbuk itu nampaknya berbaloi juga. Lagipun, beberapa biji bom masih boleh digugurkan untuk mengena bumi Afghanistan. Yang lebih penting ialah melancarkan sasaran yang lebih utama. Inilah yang sedang dilaksanakan dengan giatnya. Bush telah membayangkan peperangan itu sebagai 'satu peperangan yang ganjil' - bukan sengaja bersaja-saja.

Sergey Snegov
PRAVDA.Ru


Gambar AP: Seorang lelaki Islam sedang memegang kitab suci Al-Quran, ketika menunjuk perasaan di hadapan kedutaan Amerika di Kuala Lumpur pada hari Isnin, 1 Oktober, 2001.

Tamat.

Terjemahan: SPAR




Asal:

http://english.pravda.ru/main/2001/10/02/16850.html


20:48 2001-10-02

SERGEY SNEGOV: THERE WILL BE NO WAR. IT IS NOT NEEDED

The events around Afghanistan are developing exactly the way we predicted. Namely: America is still shaking its fists, threatening the Taliban with bombardment and retribution. The start of the military operation has been delayed several times, so there is a suspicion growing the war would not start. The ultimatum sank into oblivion together with President Bushs determination to clean the nest of the international terrorists and destroy bin Laden. It was expected, the battle would start in the forthcoming week, after the ultimatum term was over. The military maneuvers, which were performed by the American forces seemed to be a good proof for that.

The British Observer frightened the Taliban yesterday the battle would start that instant. However, the aircraft-carriers still sail in the ocean, the missiles are in their mines, the aircrafts are in the hangars. The media reported on the new date to begin the Afghan war this week.

The Taliban is pressing on the USA. They claim bin Laden is in Afghanistan, then they said they collaborated with him for many years and the collaboration continued. The question to deliver the prime suspect is not being raised. The administration of the Afghan movement just says: The USA will be really sorry, if they start the land operation in Afghanistan. May be they are making themselves more and more sure there will be no such operation?

There was a point to attack Afghanistan right after the tragedy in the US. It was the right time, when the war would really look like the act of retribution. We would not go into such issues like who is to blame and what to do. The publications of the American mass media, the letters from our readers had the common idea: show us, who is the enemy and we will take revenge.

There was a point to bomb Afghanistan in a week after the terror attack. There was so much anger in the world, the ruins of the World Trade Center were still burning. What is the point to bomb Afghanistan now? The commotion has settled down, there are mass demonstrations taking place in Britain, America, in other western countries as a protest against the beginning of the new war in the world. More and more people join those actions of protest.

What can the bombing bring? Nothing, with the exception for victims among the civilians and military men. It is also clear the spread-eagle spirit in the USA went down a lot over the recent weeks. And this means that the presidential administration may suffer a failure from the point of view of propaganda campaign. In the beginning the specialists will appear on television wondering what it was all for? The newspapers will pick this up and look at the situation from the different angle

The more time passes since the moment of the terror attack in the USA, the more pointless the military preparations become. May be the goal of the global anti-terrorist hysteria is not the global anti-terrorist war?

The American administration managed to do the things that could be dreamed of in the beginning of the Balkan campaigns. NATOs control over Kosovo, Macedonia and other countries can not be compared to the operation that has been carried through by NATO recently. The troops entered several countries, including the post-Soviet ones this did not seem to be real a very short time ago. There were prerequisites laid to break-up the Commonwealth of Independent States. If the situation develops the way it is going now, then Russia will lose its influence in the East. The air space of the vast majority of countries is open for the NATO Air Forces, the states express their readiness for further cooperation. U.S. doubled its influence over just 2 months. So shaking fists is worthy. Moreover, a couple of bombs could be dropped on Afghanistan. The most important thing is to execute the major goal. It is being executed, rather actively. Bush called the up-coming war the strange war not for nothing.

Sergey Snegov PRAVDA.Ru