Laman Webantu (M)   KM2: 6053 File Size: 16.1 Kb

| KM2i Index | KM2 Index |


TAG SP 321: Mata Lebam Itu: Selepas Tiga Tahun
By Raja Ahmad Aminullah

5/10/2001 11:58 am Fri

Mata Lebam Itu: Selepas Tiga Tahun

Oleh : Raja Ahmad Aminullah

20 September 1998 akan sentiasa terukir di dalam himpunan memori rakyat kita. Adalah sukar untuk menidakkan peri-pentingnya tanggal ini di dalam setiap hati dan fikiran ramai rakyat Malaysia.

Apabila pintu rumah seseorang - yang hanya tiga minggu sebelumnya bergelar Timbalan Perdana Menteri - dirempuh dan dipecahkan pada hari yang bersejarah itu, ia memberikan gambaran yang berbeza-beza kepada orang yang berlainan.

Pada tahap peribadi (dan ini tidak kurang juga kesannya pada peringkat umum atau politik), peristiwa yang agresif ini sudah tentu meninggalkan satu kesan yang mendalam kepada isteri Anwar Ibrahim, anak-anak dan keluarganya.

Malahan, episod yang memalukan ini telah dirakamkan dengan begitu baik sekali oleh penyair kebangsaan kita, Usman Awang, di dalam sajaknya yang bertajuk Jentayu Yang Luka (Untuk Wan Azizah) :

Tiba-tiba dia bangkit
Dengan kelembutan yang tetap sopan
Berdiri di barisan paling hadapan
Sebagai pahlawan keadilan

Lama dulu wajahnya tersembunyi
???????
???????
Dia adalah jentayu yang luka
Terbang mengepak menyongsong gumpalan awan Mencakar menjeritkan kebebasan dan keadilan Mencabar dunia yang semakin kejam.


Kesedaran awam :

Walau bagaimanapun, pada tahap yang lain peristiwa tersebut memberikan isyarat bahawa langkah-langkah yang berhati-hati ke arah penerapan nilai-nilai masyarakat madani di Malaysia telah terhenti buat sementara.

Peristiwa yang tercetus berikutnya, walau bagaimanapun, telah menunjukkan bahawa masyarakat awam tidak lagi rela diperlakukan sewenang-wenangnya atau cuba dibelenggu pemikiran mereka. Orang ramai pada umumnya lebih peka terhadap hak-hak mereka dan bersedia untuk mempertahankannya.

Mempertahankan hak-hak mereka itu kini dianggap sebagai lambang penghormatan dan bukannya sesuatu yang perlu dijauhi.

Apa yang pasti adalah ia telah menunjukkan bahawa 'kuasa bagi yang tidak berkuasa' - sebagaimana yang diterangkan oleh Presiden Czech Vaclav Havel di dalam kerja-kerjanya yang menyediakan asas kepada pembangunan - bukanlah binaan secara teori. Bahkan, kuasa bagi rakyat adalah sesuatu yang diraikan, sesuatu yang dipilih untuk menegaskan kemungkinan-kemungkinan di dalam kehidupan dan diteruskan pencariannya untuk membentuk perubahan yang kreatif bagi kebaikan masyarakatnya.

Dalam pada generasi pelajar-pelajar yang lepas, para pemimpin belia dan bijak-pandai memperkatakan tentang proses kesedaran ala Paolo Freira, peristiwa tragis 20 September di dalam sekelip mata menyedarkan segmen yang luas dari populasi.

Tumbukan yang hinggap ke atas bekas Timbalan Perdana Menteri oleh Ketua Polis Negara pada masa itu telah menggemparkan seluruh negara apabila diketahui umum.

Hakikatnya, kejadian yang menimpa Anwar yang matanya ditutup dengan kedua-dua belah tangannya terikat ke belakang merupakan insiden yang tidak boleh diterima akal; namun ia akhirnya didedahkan kepada dunia melalui penampilan pertama kalinya di mahkamah beberapa minggu kemudian, kesan lebam di sekeliling matanya menarik perhatian dan memeranjatkan dunia sama ada di dalam atau di luar sempadan Malaysia.

Kemarahan orang awam begitu jelas sehinggakan satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat kecederaan Anwar yang berlaku semasa beliau di bawah jagaan polis.

Percubaan awal Perdana Menteri untuk menggambarkan bahawa kecederaan itu adalah hasil perbuatan sendiri hanya menambahkan lagi kemarahan orang ramai. Sekalipun ini tidak begitu ketara melalui pembacaan dari akhbar-akhbar utama, ia sudah cukup jelas bagi mereka yang berhubungan dengan orang ramai.

Apabila ketua Wanita Umno juga mencadangkan perkara yang sama, ia menambahkan lagi kemarahan rakyat biasa Malaysia yang sehingga pada hari itu telah mempercayai bahawa masyarakat mereka adalah sebuah masyarakat yang tidak sukakan keganasan di mana masalah-masalah diselesaikan melalui perbincangan atau pilihan raya secara muktamat dan sudah pasti bukannya melalui keganasan atau kekerasan.

20 September juga telah menodai kesucian Malaysia yang selama ini dicurahkan sepenuh kepercayaan oleh orang awam kepada pihak yang berkuasa. Rakyat Malaysia telah secara umumnya mempercayai, mematuhi dan memberikan penghormatan yang tinggi kepada para pemimpin mereka. Namun apa yang mereka lihat kini adalah bahawa pemimpin-pemimpin tersebut, yang telah mereka pilih untuk menerajui negara, berkeupayaan untuk mengambil tindakan yang tidak adil terhadap mereka yang sepatutnya diberikan perlindungan.

Pepatah Melayu, harapkan pagar, pagar makan padi, begitu tepat sekali dengan keadaan ini.

Kemerosotan yang berterusan:

Semenjak itu keadaan telah menjadi seperti semakin merosot. Kebebasan untuk membuat kenyataan telah disekat. Luahan secara alternatif dan pandangan-pandangan yang dikeluarkan kelihatan tidak wujud di negara ini sekiranya seseorang hanya bergantung kepada akhbar-akhbar rasmi utama.

Suara parti-parti politik di dalam Barisan Alternatif tidak langsung diberikan tempat di dalam media-media massa. Malahan, Harakah yang paling laris jualannya itu, yang sebelum itu dibenarkan untuk diterbitkan dua kali seminggu, kini telah dihadkan kepada hanya dua kali sebulan dan begitu juga dengan penerbitan dari parti-parti politik yang lain. Penerbitan bebas yang lain seperti Detik pula telah ditarik balik permit penerbitannya.

Akta Keselamatan Dalam Negeri telah dipergunakan semula untuk menahan rakyat tanpa perbicaraan di atas pertuduhan yang dikatakan oleh para peguam sebagai tidak kukuh. Perbezaannya sekarang adalah para isteri dan ibu mereka yang ditahan telah bangkit dan memberi penerangan kepada umum mengenai tindakan angkuh yang dibuat terhadap suami dan anak-anak mereka.

Pada keseluruhannya, 20 September 1998 telah mencatatkan perubahan besar kepada perjalanan jatuh bangun negara selepas 44 tahun merdeka. Sudah tentu tidak banyak yang dapat diharapkan apabila bersama-sama pembangunan fizikal yang boleh dilihat, tidak pula terdapat pembangunan yang selari dari segi kemanusiaan. Mungkinkah sesiapa pernah terfikir bahawa pemerhatian Hobbes iaitu 'kehidupan adalah rumit, kejam dan singkat' tidak akan menjadi kenyataan selepas lebih dari 200 tahun kemudiannya.

Kita, yang begitu bangga menjadi bangsa yang moden dan bertamadun, sudah pasti perlu memikirkan kelemahan kita di dalam konteks ini.

Seorang penyair Indonesia W S Rendra pernah berkata di dalam puisinya :

Aku terdengar
Jerit hewan
Yang terluka



Ketidakadilan Yang Berterusan :

Barangkali kita perlu belajar, bukan sahaja untuk memerhati semata-mata, tetapi untuk menjadi saksi kepada rasa tidak puas hati dan ketidakadilan yang berterusan dilakukan di dalam masyarakat kita - semuanya dibuat di atas nama kita.

Tanggal 20 September mungkin adalah masa yang tepat untuk kita memikirkan perkara ini dan sekiranya boleh untuk memberikan perhatian kepada apa yang dituliskan oleh Julien Benda di dalam bukunya ?Trehison de clercs yang memperkatakan tentang orang-orang bijak pandai yang memilih untuk menjadi golongan pemerhati apabila negara mereka bergelut dengan kesukaran.

Anwar telah dikenali sebagai insan yang sering berusaha untuk mendekati masyarakat umum dan mementingkan rakyat di dalam hal-ehwal negara. Sehingga ke penghujungnya beliau telah mengemukakan cadangan pembentukan sebuah masyarakat madani bukan sahaja secara teori tetapi secara praktikal, walaupun beliau sendiri terkongkong di dalam bidang kuasa yang terhad.

Sekalipun idea untuk membentuk sebuah masyarakat madani telahpun dibawa oleh mereka yang pernah menerajui negara kita satu masa dahulu dan sehingga satu peringkat dinyatakan oleh beberapa peruntukan yang berkaitan di dalam Perlembagaan Persekutuan, Anwar dan generasinyalah yang telah berjaya menarik pandangan umum dan membantu meluaskan lagi ruang umum itu.

Oleh itu, 20 September perlu disambut sebagai satu tanggal yang telah membawa rakyat terbanyak untuk memperjuangkan penilaian mereka secara bebas dan juga lebih mengambil berat terhadap hal-hal yang berkaitan dengan orang awam di dalam masyarakat mereka.

Kita sepatutnya menuju ke arah sikap yang lebih penyayang, cuba memahami dan mengamalkan toleransi yang berupaya membuahkan kelainan.

Tamat.

Terjemahan: SPAR

RAJA AHMAD AMINULLAH merupakan seorang aktivis kebudayaan dan pelajar sejarah. Beliau kini meneruskan minatnya di dalam penulisan dan puisi.




Asal:

http://www.malaysiakini.com/News/2001/09/2001092105.php3

Black eye: three years later

NOTES FROM THE PERIPHERY

Raja Ahmad Aminullah

Last modified: Friday September 21, 5:03 pm

2:20pm, Fri: Sept 20, 1998 will forever remain etched in the collective memory of our people. Little can be done that will obliterate the significance of this day in the hearts and minds of many Malaysians.

When the doors of the private residence of a man - who only three weeks earlier had been the nation's deputy prime minister - were smashed and broken down on that fateful day, it symbolised different things to different people.

At the personal level (and this is not to be underrated as the personal is of no less significance than the public or the political), this aggressive event has surely left its poignant mark on Anwar Ibrahim's wife, children and family.

In fact, this shameful episode has best been captured by our national poet laureate, Usman Awang, in his poem Jentayu Yang Luka (Untuk Wan Azizah):

Tiba-tiba dia bangkit
dengan kelembutan yang tetap sopan
berdiri di barisan paling hadapan
sebagai pahlawan keadilan

Lama dulu wajahnya tersembunyi
.........
.........

Dia adalah jentayu yang luka
terbang mengepak menyongsong gumpalan awan mencakar menjeritkan kebebasan dan keadilan mencabar dunia yang semakin kejam.

Public awareness

However, on another level the events signaled that the tentative steps towards ingraining the values of a civil society, or masyarakat madani, in Malaysia had ground to a temporary halt.

Subsequent events that have transpired have however shown that the public is no longer willing to be pushed around or to be so malleable in their thinking. People are generally more aware of their rights and are willing to stand up for them.

Standing up for their rights are now worn as badges of honour and not moments to be avoided.

It has certainly shown that "the power of the powerless" - as elucidated by Czech President Vaclav Havel in his seminal work - is not a theoretical construct. In fact, the power of the people is one that is celebratory in nature, one that chooses to affirm the possibilities in life and continually seeks to engender creative change for the betterment of his or her society.

Where previous generations of students, youth leaders and intellectuals had spoken of the process of conscientisation ala Paolo Freire, the tragic events of Sept 20 overnight conscientised vast segments of the population.

The blows rained on the ex-deputy prime minister by the then Inspector General of Police shocked the entire nation when it became public knowledge.

The fact that Anwar was blindfolded with hands tied behind his back during the incident was too surreal a happening to comprehend; but when it was finally revealed to the world through his first court appearance several weeks later, the black mark around his eye galvanised the attention and shocked the world within and beyond Malaysia's borders.

Public indignation and anger was so manifest that a Royal Commission was set up to enquire into Anwar's injuries whilst in police custody.

That initially the prime minister chose to depict the injuries as self-inflicted only heightened the people's anger. Although this was not apparent from reading the mainstream media, it was palpable enough for those who were in contact with the people.

And the fact that the head of Wanita Umno suggested the same thing added to the annoyance of the ordinary Malaysians who up till then had chosen to believe that theirs was a non-violent society where problems are resolved through discussions or ultimately elections but certainly not through terror or violence.

Sept 20 also breached the Malaysian innocence with regards to those whom the public had entrusted civil authority. Malaysians had by and large trusted, deferred and gave due respect to their leaders. But now they saw that those leaders, whom they had elected into office were also capable of meting out acts of injustice towards those they were supposed to protect.

The Malay proverb, harapkan pagar, pagar makan padi, is instructive in this respect.

Downward spiral

Since then things have appeared to be on a downward spiral. Freedom of expression has been curtailed. Alternative expressions and points of view do not seem to exist in this country if one merely had recourse to officially endorsed mainstream media.

The voice of political parties in the alternative front - Barisan Alternatif - are not given their due attention in the mass media. Indeed, the top selling Harakah, which until then was allowed twice a week to publish, has now been restricted to only twice a month as with publications of other parties. Other independent publications such as Detik have had their publication permits revoked.

The Internal Security Act has been invoked again to detain people without trial on charges many lawyers best described as flimsy. The difference now is that the wives and mothers of the detainees go out to speak publicly at the high-handed action meted out to their husbands and sons.

All in all, Sept 20, 1998 marks a sea change in the nation's journey 44 years down the road after independence. It would surely be not too much to expect that along with the visible physical development there would be a parallel development in terms of humanitarian consideration. One would have thought that Hobbes's observation that "life is nasty, brutish and short would no longer ring true more than 200 years later.

We, who pride ourselves on being modern and civilised, will certainly need to consider our shortcomings in this regard.

The noted Indonesian poet W S Rendra says in his poem:

aku terdengar
jerit hewan
yang terluka

(we hear
the anguished cry
of the wounded)

Continuing injustices

Perhaps we need to learn, not only merely to observe, but to bear witness to grievances and continuing injustices being perpetrated in our society - all done in our name.

Sept 20 is perhaps the right time for us to reflect on these matters and if possible to take note of what Julien Benda in his book Trehison de Clercs says on the intellectuals who choose to be passive bystanders when their nation is grappling with its soul.

Anwar had been the person most identified with pushing the boundaries of public discourse and the engagement of the citizenry in affairs of state. To this end he had pushed the ideas of a civil society not only in theory but in practice; albeit within the confining parameters that he was in.

Although the ideas for a civil society has been laid down by the founding fathers of our nation and to some extent prescribed for in the relevant provisions of the Federal Constitution, it was Anwar and his generation who captured the public imagination and helped to enlarge public space.

Thus, Sept 20 should be celebrated as enabling greater number of people to exercise their independent judgement as well as showing greater concern in the ordering of the public realm in their society.

We should in fact be moving towards a kinder, understanding and tolerant dispensation which celebrates difference.

RAJA AHMAD AMINULLAH is a cultural activist and student of history. He is currently pursuing his passion in writing essays and poetry.