Laman Webantu (M)   KM2: 6042 File Size: 2.7 Kb

| KM2i Index | KM2 Index |


TAG SP 318: TGraph - Pentagon berbelanja berbilion membeli pesawat risikan
By Telegraph

4/10/2001 3:42 am Thu

[Apabila sebuah negara sanggup berbelanja berbilion untuk mengintai negara orang itu sudah cukup untuk menggambarkan hasrat jijik yang jauh terpendam. Amerika mahu semua negara tunduk kepada telunjuknya dan tidak mampu menggugat (negara pengganas) Israel yang disayang. - Editor]

Telegraph

Pentagon berbelanja berbilion membeli pesawat risikan

(Pentagon spending billions on spy planes)

Oleh: Michael Smith, Wartawan Pertahanan

Pentagon berbelanja hampir 12 bilion Sterling Pound perbelanjaan darurat untuk memperkasakan keupayaan kumpulan perisikan udaranya sebagai satu bahagian menghambat Osama bin Laden.

Kebanyakan peruntukan akan digunakan untuk mempercepatkan pengeluaran pesawat yang dilengkapi isyarat perisikan jenis 'RC-135V/W Rivet Joint' dan 'Global Hawk' yang merupakan pesawat peninjau jarak jauh tanpa juruterbang (UAVs Unmanned reconnaissance vehicles).

UAVs 'Predator' memang sudah dikerahkan di angkasa Afghanistan daripada pangkalannya di Uzbekhistan, mengambil video akan keadaan bumi Afghanistan. Satu pesawat itu telah terhempas setelah ditembak jatuh oleh Taliban.

Versi baru Golden Hawk diharapkan dapat mengumpul isyarat perisikan termasuk gambar perisikan, dan mengirimkannya melalui satelit kepada pemantaunya beribu batu jauhnya dari situ.

Setiap Golden Hawk berharga 30 Juta Sterling Pound, dan seperti Predator dilengkapi beberapa kamera yang mampu, berfungsi dalam gelap dan melalui awan yang mendung. Tetapi kelajuannya 350 mph adalah lebih laju daripada Predator, dan mampu terbang lebih tinggi dan jarak yang lebih jauh lagi.

Tentera udara AS mempunyai empat buah Global Hawks. Ada rencana membeli enam buah pesawat lagi untuk lima tahun terdekat, tetapi semua ini berkemungkinan dipercepatkan.

Pesawat 'Predator' yang berharga cuma 2 Juta Sterling Pound, sedang digunakan dan beberapa unit yang kini digunakan di Macedonia akan dipindahkan di Asia Tengah untuk digunakan di angkasa Afghanistan.

Agensi risikan Amerika dan British sudah pun memiliki banyak bahan risikan. Yang terbaik datangnya daripada enam 'US Crystal satellites' yang mengelilingi bumi dengan keupayaan mengenalpasti sesuatu benda sebesar sebiji buah anggur.

Pesawat peninjau berkamera U-2R kepunyaan Amerika berlegar daripada pangakalannya di RAF Akrotiri Cyprus dan daripada Diego Garcia di Lautan Hindi, untuk memantau Afghanistan, di tempat yang tidak mampu dikesan oleh satelit itu.

Tamat.

Terjemahan: SPAR