Laman Webantu (M)   KM2: 6039 File Size: 18.2 Kb

| KM2 Index |


TAG SP 316: B16D - Perisik di Padang Pasir
By GT

3/10/2001 8:32 pm Wed

Bab 16D (Akhir)

Perisik di Padang Pasir

(Spies In The Sand)

Oleh: Gordon Thomas

Amiram Nir memang dianggap insan yang paling cocok menjadi seorang penasihat anti-keganasan kepada Perdana Menteri Shimon Peres. Dia berani, mudah menyiasat dan mendapatkan maklumat, pintar bermuslihat dan ganas. Nir mempunyai satu perwatakan yang garang, tanpa pandai berlembut, serta kepintaran menyindir dan mampu maju berfikir ke depan, sambil pintar mengubah tugas mengikut keadaan yang kerap berkecamuk antara fakta dan fiksyen. Nir pernah bertugas sebagai seorang wartawan.

Pengetahuan terdahulunya mengenai perisikan bermula daripada pengalamannya sebagai seorang wartawan kepada televisyen Israel. Kemudian dia pernah bekerja dengan akhbar harian terbesar di negara itu, 'Yediot Abaronot' yang dipunyai oleh Dinasti Moses yang rapat hubungan dengannya kerana beliau mengahwini salah seorang anak perempuan keluarga itu. Empayar penerbitan itu adalah segalanya yang melambangkan impian yang tidak dapat diadakan oleh Robert Maxwell. Ia sungguh dihormati dan mempunyai kewangan yang mantap dan memberikan ganjaran kepada para pekerja bersamaan dengan keringat mereka setiap hari. Perkahwinan Nir itu bukan sahaja menjadikanya seorang suami kepada salah seorang wanita terkaya di Israel, tetapi membolehkannya rapat dengan pihak yang paling atas dalam kekuasaan politik Israel.

Namun pada 1984, berlakulah suasana kekejutan di kalangan masyarakat perisikan Israel apabila Peres melantik Nir menjadi seorang penasihat memerangi keganasan kerana jawatan itu dianggap paling sensitif oleh masyarakat perisikan negara itu.

Nir berusia tiga puluh empat tahun ketika itu dan kalau ada pengalaman yang diperolehinya dalam kerja-kerja perisikan, ia merupakan satu pembabitan pendek dalam kursus IDF. Di kalangan sahabatnya, sudah menjadi satu persetujuan bersama bahawa dia memerlukan lebih daripada wajahnya yang bengis sebagai kelayakan untuk memegang jawatan yang terbaru itu.

Ketua Mossad, Nahum Admoni, merupakan orang pertama yang menunjukkan ketidak-senangan terhadap pemilihan itu: dia telah menukar struktur Jawatankuasa Ketua Bahagian untuk mengasingkan Nir daripada majlis bertindak yang membuat keputusan. Nir tidak ambil hati, cuma mengambil masa yang panjang pada tahap awal perlantikannya untuk membaca setiap makalah yang sampai di tangannya. Inilah yang membuatkannya tertarik kepada kisah operasi membabitkan senjata sebagai bahan pertukaran dengan mangsa penculikan. Setelah merasakan inilah peluang untuk menonjolkan kepintarannya, Nir telah memujuk Peres agar dia diamanahkan bagi mengisi jawatan yang dikosongkan oleh David Kimche. Dengan sokongan guru dan penasihatnya Ari Ben Menashe, Nir akhirnya mendapati dirinya terlibat bekerja di bawah arahan Oliver North.

Tidak lama kemudian, manusia berdua ini dapat bekerja rapat, berpergian sana dan sini, seiring jalan. Sepanjang perjalanan mereka itu mereka merancang untuk menamatkan usaha pertukaran senjata dengan kelengkapan perang dengan penuh kejayaan. Mereka merencana terbang ke Iran dan menemui kepimpinan negara di Tehran dan merundingkan pembebasan para tebusan penculikan.

Pada 25 Mei, 1986, sambil menyamar sebagai ahli teknikal Air Lingus, penerbangan negara Ireland, Nir dan North telah berlepas daripada Tel Aviv untuk pergi ke Tehran dengan menaiki sebuah pesawat kepunyaan Israel yang telah dicat semula dengan warna Air Lingus lengkap dengan logo 'shamrock' yang terkenal itu. Dalam pesawat itu terdapat sembilan puluh tujuh buah misail peluru berpandu dan satu pellet alat gantian missail jenis 'Hawk'. Nir terbang dengan menggunakan satu pasport palsu yang disediakan oleh North.

North, yang kuat dengan fahaman 'evangelical Kristian' telah berjaya memujuk Presiden Reagan agar menanda- tangani sebuah kitab Injil untuk dihadiahkan kepada Ayatollah Rafsanjani, seorang pengamal ajaran Islam. Dia juga telah membawa hadiah kek coklat dan satu set pistol Colt sebagai hadiah kepada penyambutnya. Semua itu adalah satu ulang tayang majlis pertemuan di zaman dulu ketika peniaga kulit putih betukar-tukaran tanah kepunyaan Red Indian di Manhattan (yang kemudiannya didirikan Pusat Dagangan Dunia - penterjemah).

Mossad mengetahui perkara ini buat kali pertamanya apabila pesawat itu memasuki ruang udara Iran. Apabila mengetahuinya, Nahum Admoni dikatakan naik marah sehingga tidak dapat dibayangkan.

Mujurlah pihak Iran memerintahkan para pelawat itu keluar daripda Iran dan menggunakan lawatan mereka itu sebagai bahan propaganda terhadap Amerika Syarikat. Reagan naik marah. Di Tel Aviv, Admoni telah menggelarkan Nir sebagai 'seorang koboi (cowboy)'. Namun demikian, Nir dapat terus berkhidmat dengan kerajaan untuk selama sepuluh bulan lagi, sehingga bantahan di kalangan masyarakat perisikan mahukan beliau disingkirkan menjadi semakin memuncak. Semasa beliau masih berkhidmat itu, kes melibatkan Hindawi, Vanunuu dan Sowan telah melintasi mejanya, tetapi sebarang cadangan yang dikemukakannya cara menangani masalah yang berbangkit itu telah ditolak begitu sahaja oleh Mossad.

Apabila tidak lagi disenangi oleh Washington dan semakin terpulau di Tel Aviv, Amiram Nir telah meletakkan jawatan sebagai penasihat anti-keganasan Perdana Menteri Israel pada Mac 1987. Pada waktu yang sama perkahwinannya sudah menghadapi masalah, sedangkan bilangan sahabat rapatnya sudah semakin mengecil. Ari Ben-Menashe tetap mengekalkan perhubungan baik dengan Nir sehingga saat terakhirnya. Pada awal 1988, Nir telah berpindah untuk menetap di London.

Di London dia tinggal serumah dengan seorang perempuan yang genit daripada Kanada, Adriana Stanton, namanya, dan berusia dua puluh lima tahun yang mengaku pernah bekerja sebagai seorang setiausaha daripada Toronto. Nir mula-mula bertemu beliau ketika dalam perjalannya. Beberapa pegawai Mossad percaya Adriana Stanton mempunyai hubungan rapat dengan CIA, kerana CIA memang terkenal menggunakan wanita sebagai bahan memerangkap orang luar. Di London, Nir menyamar sebagai wakil pasaran di Eropah kepada sebuah syariakt Mexico yang berdagang buah 'avocado', Nucal de Mexico, yang berpusat di Uruapan. Syarikat itu menguasai satu pertiga pengeksportan avocado negaranya.

Akan tetapi, bukannya avocado yang membuatkan Ben Menashe melangkahkan kakinya di pintu rumah Nir pada satu malam hujan lebat pada bulan November 1988. Dia mahu tahu apakah sebenarnya yang akan didedahkan oleh Nir di hadapan hakim apabila dia dipanggil sebagai saksi kepada kes melibatkan Oliver North dalam kisah skandal Iran-Contra. Nir telah bernekad untuk mendedahkan pelbagai kisah yang akan mengaibkan bukan sahaja pentadbiran Reagan malahan juga kerajaan Israel. Dia bercadang mendedahkan betapa mudahnya mengendalikan satu operasi haram dengan mengenepikan segala peraturan rasmi kerajaan dan membabitkan beberapa negara lain seperti Afrika Selatan dan Chile. Dia menambah mahu menulis satu buku yang akan menjadikannya sebagai seorang yang paling berani membuka pekung Israel dalam sejarahnya. Ari Ben-Menashe telah membuat temujanji sekali lagi dengan Nir apabila dia pulang daripada membuat lawatan ke Nucal di Mexico. Pada waktu yang sama, Ari memberi ingatan kepada Nir agar berwaspada terhadap 'wanita itu' sebaik sahaja Adriana Stanton meninggalkan majlis pertemuan mereka bertiga. Ben-Menashe enggan memberi penjelasan kepada amaran itu kecuali bercakap dengan caranya yang selalu berselamba dan berahsia; 'Aku kenal dia dulu lagi, walaupun Nir tidak mengetahuinya, namanya sebenar bukanlah Adriana Stanton.'

Pada 27 November, 1988 Nir dan Adriana telah terbang ke Madrid dengan nama samaran. Dia menggunakan nama 'Patrick Weber', kerana itulah nama samarannya ketika membuat lawatan ke Tehran bersama Oliver North. Adriana dicatat dalam manifes penerbangan Iberia dengan nama 'Esther Arriyaa'. Kenapa mereka menggunakan nama samaran untuk tiket pesawat terbang, sedangkan mereka menggunakan pasport yang menggunakan nama sebenarnya - Israel dan Kanada - tidak siapa yang mengetahuinya. Satu lagi misteri ialah kenapa mereka melencong dulu ke Madrid sedangkan banyak penerbangan terus ke Mexico City. Apakah Nir cuba menunjuk- nunjuk kepada kekasihnya betapa mudahnya membohongi orang lain setiap masa yang diingininya? Ataupun apakah sudah muncul satu keraguan yang menakutkan selepas dia didatangi oleh Ben-Menashe? Seperti banyak hal lagi yang kemudiannya terjadi, semua teka-teki itu tidak terjawab akhirnya.

Mereka tiba di Mexico City pada 28 November. Ketibaan mereka telah dinanti oleh seorang lelaki yang tidak dapat dikenali sehingga kini. Mereka bertiga pergi bersama ke Uruapan dan tiba di sana di sebelah tengah hari. Kemudian, Nir telah menyewa sebuah pesawat Cessna T-210, daripada sebuah syarikat kecil, Aerotaxis de Uruapan.

Sekali lagi Nir bersikap ganjil. Dia menyewa pesawat kecil itu dengan menggunakan nama 'Patrick Weber', dengan menggunakan kad kredit yang menggunakan nama itu untuk membayar kos sewaan, dan berurusan dengan seorang juruterbang untuk menerbangkan mereka ke kilang Nucal dalam masa dua hari lagi. Di hotel yang ditempahnya sebuah bilik untuk menginap bersama, dia telah menggunakan nama asalnya. Lelaki yang menemani mereka daripada Mexico itu tiba-tiba lesap tanpa sesiapa yang menyedarinya.

Pada 30 November, Nir dan Adriana Stanton, telah pergi ke lapangan terbang Uruapan yang kecil sahaja itu, dengan ditemani oleh seorang lelaki yang baru pula. Dalam senarai (manifes) penumpang nama lelaki itu telah dirakamkan sebagai Pedro Espionoza Huntado. Siapa majikannya ketika itu masih kekal satu misteri. Ada juga satu persoalan kenapakah Nir dan Stanton menggunakan nama mereka sebenar ketika mengenalkan diri untuk merujuk kepada nama di manifes itu. Kalaulah juruterbang itu sudah menyedari wujudnya perbezaan nama ketika menyewa pesawat itu dengan orang yang menggunakannya, sudah tentu keraguannya itu tidak terjawab.

Pesawat itu terbang dengan keadaan yang baik. Pesawat itu membawa seorang juruterbang bersama pembantu juruterbang, dan tiga orang penumpang. Setelah terbang sejauh satu ratus batu, secara tiba-tiba pesawat Cessna mengalami kerosakan enjin, dan terhempas sejurus itu membunuh Nir dan juruterbangnya. Adariana Stanton mendapat cedera parah, tetapi pembantu juruterbang dan Huntado mengalami cedera ringan sahaja.

Apabila penyelamat yang pertama, Pedro Cruchet, muncul di tempat kemalangan, Huntado telah menghilangkan dirinya dan tidak dapat dikesan lagi selepas itu. Cara Cruchet boleh tiba-tiba muncul di tempat kejadian itupun masih menjadi satu soalan misteri. Dia mengaku sebagai seorang pegawai Nucal, tetapi bagaimana dia boleh berada di tempat kemalangan pesawat itu sedangkan kilang Nucal terletak jauh dari situ, menjadi satu teka-teki juga. Dia tidak mampu memberikan penjelasan bagaimana dia boleh berada di situ. Apabila polis meminta kad pengenalannya, dia merayu agar polis mempercayai kehilangan kad itu dalam satu majlis sabong lembu. Rupanya Cruchet ialah seorang warga Argentina yang masuk dan tinggal secara haram di Mexico. Ketika pengenalan sebenarnya dapat diperakukan, Cruchet pun telah menghilangkan diri. Di tempat kemalangan itu, Cruchet telah mengenali mayat Nir dan dia telah menemani Adriana Stanton untuk mendapatkan rawatan di hospital. Dia telah berada di sisi Adriana sehinggalah seorang wartawan tempatan muncul mahukan butiran lanjut.

Joel Bainerman, penerbit majalah perisikan politik Israel telah berkata: 'Ada seorang wanita melaporkan betapa Cruchet berada di situ. Ketika dia cuba menemuramah Cruchet, seorang wanita telah muncul di pintu dan memberitahu waratawan itu betapa Cruchet tidak ada di situ dan beliau sendiripun belum pernah mendengar nama itu. Wanita itu memberitahu bahawa kehadiran Stanton di tempat kemalangan adalah satu kebetulan dan dia tidak ada kena mengena dengan 'Israel'. Namun, dia enggan memperkenalkan dirinya selain menyebut bahawa dia berada di Mexico sebagai seorang pelancong daripada Argentina.'

Kenyataan Stanton telah menyulitkan misteri itu. Ketika beliau disoal oleh penyiasat kemalangan seperti yang dilaporkan oleh wartawan Israel Ran Edelist pada tahun 1997, dia berkata: 'Ketika mengalami kecederaan dan sedang terkejut itu, Adriana Stanton nampak wajah Nir beberapa meter jauhnya dari situ melambaikan tangan dan suara menenangkannya. 'Semuanya akan selamat. Pertolongan sedang dalam perjalanan ke sini'. Pernah Adriana menyebut sebanyak dua kali pada hari berikutnya bahawa 'Nir masih hidup lagi.'

Mayat Nir telah diterbangkan ke Israel untuk pengebumiannya. Lebih satu ribu pengunjung datang menziarahi mayat itu dan dalam ucapan akhirnya (eology), Menteri Pertahanan, Yitzshak Rabin telah menyebut betapa Nir 'ketika itu sedang dalam satu perjalanan yang tidak diketahui destinasi dan tujuannya, dan segala itu terpaksa tersimpan sebagai satu rahsia yang terus terkunci dalam kalbunya.?

Apakah Amiram Nir telah dibunuh agar dia tidak mendedahkan rahsia yang selama itu terpendam dalam kalbunya? Apakah betul mayat Nir yang disimpan dalam keranda itu? Apakah dia sudah dibunuh sebelum berlakunya kemalangan udara? Oleh siapa? Semua soalan itu telah menghadapi jalan buntu di Washignton dan Tel Aviv.

* * * *

Dua hari selepas pesawat itu terhempas, Ari Ben-Menashe muncul daripada pintu sebuah pejabat pos di Santiagao, Chile. Dia telah diiringi oleh dua orang pengawal peribadi yang difikirnya memang diperlukan untuk mengawal keselamatannya. Tiba-tiba: 'Jendela yang baru saya lalui telah pecah berserpihan. Kemudian satu ledakan mengenai beg bimbit khas yang diperbuat daripada keluli istimewa yang saya bawa. Saya bersama dua orang pengawal peribadi telah berbaring di lantai setelah menyedari kami sedang ditembak ketika itu.'

Adriana Stanton merupakan insan yang lagi satu merasakan dirinya dalam bahaya. Mengikut Edelist, rakan perisikannya memberitahu bagaimana 'Adriana menjadi orang yang suka bersendirian, dan mendapatkan pembedahan plastik dan mengubah rupa wajahnya'.

Mossad semakin percaya bahawa Nir telah dibunuh oleh CIA. Mengikut pendapat Ari Ben-Menashe, 'Perisikan Israel sudah lama mengakui betapa semua itu adalah satu operasi yang dilancarkan oleh CIA dengan jayanya. Kematian Nir menjamin betapa Reagan dan Bush tidak teraib dalam kes mahkamah membabitkan Oliver North.'

Teori ini telah disokong oleh seorang komander tentera laut AS yang pernah menemani Nir ke Tehran dalam usaha membebaskan mangsa penculikan di Beirut dulu. Cerita komander ini berkisar dengan dakwaannya betapa Nir pernah bertemu timbalan presiden George Bush Sr. pada Julai 29, 1986, di Hotel King David di Jerussalem. Itulah pertemuan di mana Nir memberikan penjelasannya mengenai penjualan senjata Amerika melalui Israel kepada Iran. Mengikut penulis Joel Bainerman, 'Nir telah merakamkan secara berahsia segala perbualan mereka. Inilah yang menjadi bukti kepadanya yang membabitkan Bush kepada episod senjata untuk melepaskan tebusan penculikan. Di mesyuarat itu turut hadir McKee dan Gannon yang turut mati dalam penerbangan Pan Am di Lockerbie'.

Bainerman telah menceritakan satu episod lawatan yang dibuat oleh komander itu di ibupejabat CIA di Langley. Di sana dia berjumpa Oliver North, beberapa bulan sebelum Kolonel itu dihadapkan ke mahkamah. Penulis itu telah menggambarkan dengan tulisannya sendiri bagaimana komander tentera laut itu telah menyoal Oliver North 'apa yang sudah jadi kepada Nir?' North menjawab bagaimana Nir telah dibunuh kerana dia telah mengugut untuk mendedahkan rakaman perbualan mereka di Jerusalem.

Ramai waratawan yang cuba menyoal North akan perkara itu telah diperlekehkan sahaja. Bush pula membuat satu pendirian, bahawa apa juga yang patut dicakapkan mengenai hal ehwal Irangate telahpun dibincangkan oleh Presiden Reagan.

Pada Julai 1991, rumah kediaman Judy, balu Nir, telah diceroboh. Rakamannya dan segala dokumen mengenainya telah merupakan barang yang dicuri orang. Polis menyebut betapa pencerobohan itu adalah hasil satu kerja kumpulan yang pakar. Judy Nir menyebut betapa dia yakin, bahan yang dicuri itu mengandungi 'maklumat yang menyerang orang tertentu'. Dia enggan dilibatkan lebih daripada itu. Barang curian tidakpun dikembalikan. Siapa yang mencurinya pun tidak dapat dipastikan sehingga kini.

Selama empat tahun kemudiannya, Shabtai Shavit telah mengetuai Mossad. Beliau telah mengusahakan agensi itu tidak menonjol dan menjadi tumpuan tukang canang sambil meneruskan kerja-kerja mengumpulkan maklumkat

Walaupun jauh dariapda penelitian masyarakat awam, ragam lama di mana terdapatnya perlumbaan untuk meniti kekuasaan dalam pertubuhan masyarakat perisikan itu tidak pula pernah tumpul sengatnya. Ahli politik yang menganggotai Jawatankuasa Penyeliaan Risikan masih ingat bagaimana Shavit mendahului mereka mengenai keadaan tegang di Perang Teluk. Ingatan manusia adalah sama sahaja panjangnya di mana sahaja. Inilah yang membuatkan usaha membisikkan kepincangan kepimpinan Shavit terus bergema: Pandangannya terlalu sempit, kata mereka. Pintu belakang untuk dirasuk CIA masih terbuka luas, dia tidak pandai melepaskan tugas kepada orang lain, dia terlalu angkuh untuk mengikut pandangan orang bawahannya, kerana itu moral kerja mereka semakin menurun.

Shabtai Shavit memilih untuk mengenepikan segala petanda amaran itu. Tiba-tiba pada satu pagi di musim bunga 1996, dia telah menerima panggilan untuk menghadirkan diri di pejabat perdana menteri, Benjamin Netanyahu. Perdana menteri memberitahunya bahawa khidmatnya tidak diperlukan lagi dan sudahpun ada orang lain sebagai pengganti. Shavit tidak pun membantah, kerana dia sudah lama bergaul dengan Netanyahu untuk menyedari betapa tidak perlu bertindak semua itu. Dia cuma bertanyakan satu soalan sahaja: Siapakah penggantinya?

Netanyahu menjawab: Danny Yatom. Bermulalah satu era bagaimana darah orang Prussia menguasai Mossad.

....Tamat....

Terjemahan: SPAR


KM2 Main Index