Laman Webantu (M)   KM2: 6038 File Size: 9.8 Kb

| KM2 Index |


TAG SP 315: B16C - Perisik di Padang Pasir
By GT

3/10/2001 7:36 pm Wed

Bab 16C

Perisik di Padang Pasir

(Spies In The Sand)

Oleh: Gordon Thomas

Pada satu malam bulan Disember 1988, sebuah pesawat sedang meluncur terbang keluar daripada London. Di dalamnya terdapat satu kumpulan yang dianggotai lapan orang anggota perisik AS yang baru sahaja pulang daripada bertugas di Timur Tengah. Empat daripada mereka itu adalah pegawai medan (field officers) CIA yang diketuai oleh Mathew Gannon. Turut berada di dalam pesawat itu ialah seorang pegawai tentera darat Amerika, Major Charles Mckee yang memimpin satu pasukan kecil yang pakar dalam menyelamatkan mangsa penculikan. Ketika berada di Timur Tengah dahulu mereka telah mencari jalan bagaimana dapat membebaskan beberapa mangsa penculikan yang masih disembunyikan di Beirut.

Walaupun siasatan kemalangan Lockerbie adalah di bawah bidang kuasa pasukan daripada Scotland, agen-agen SIC telah berada di tempat kemalangan untuk mencari sebuah beg pakaian kepunyaan Major McKee. Mujur, mereka terjumpa beg itu masih tidak rosak dan telah membawanya keluar dari situ oleh seorang lelaki yang pendek yang dipercayai seorang pegawai CIA juga, walaupun dia tidak menunjukkan kad pengenalannya. Kemudian beg pakaian itu dipulangkan semula dan diserahkan kepada pasukan siasatan Scotland yang mencatatkan kandungan beg itu sebagai 'kosong'.

Tidak ada sesiapapun yang mempersoalkan kandungan beg yang dimiliki oleh Major McKee itu, apalagi menanyakan kenapa dia terbang dengan sebuah beg yang kosong. Pada ketika itu, tidak ada sesiapa yang mengsyaki bagaimana pegawai CIA itu boleh membuka begnya dan mengeluarkan segala data yang ada sangkut paut dengan kemusnahan Pan Am 103. Beg kepunyaan Cannon tidakpun ditemui - memberikan kiasan betapa bom sebenar yang meledak itu telah tersembunyi dalam beg kepunyaannya. Tidak ada satu penjelasan yang memuaskan yang boleh diharapkan daripada persoalan kenapakah seorang pegawai CIA membawa sebutir bom dalam beg pakaiannya.

Sekumpulan krew TV rancangan penyiasatan milik PBS yang mengendalikan program 'Frontline' telah mendakwa kemudiannya bagaimana mereka dapat menyelesaikan misteri penyebab kemalangan pesawat itu. Pan Am 103 memulakan penerbangannya daripada Frankfurt, di mana ramai penumpang yang datang daripada Timur Tengah telah menyambung perjalanan untuk pergi ke Amerika Syarikat. Antara penumpang pesawat itu ialah pasukan CIA yang diketuai oleh Gannon, yang telah tiba di Frankfurt dengan menggunakan pesawat Air Malta. Beg bagasi mereka memang sama sahaja rupanya dengan beribu beg yang tiba di Frankfurt untuk kendalian petugas beg bagasi setiap hari. Salah seorang petugas itu adalah orang upahan kumpulan pengganas. Di satu penjuru kawasan lapangan terbang itu, petugas upahan ini sudahpun menyorokkan satu beg yang mengandungi bom. Dia telah diberikan arahan untuk mengecam sebuah beg pakaian yang sama rupa dan bentuknya, dan menukarkan beg itu dengan beg yang disorok berisi bom itu sambil memuatkan beg 'bom' itu masuk ke dalam perut pesawat terbang Pan Am 103. Ini merupakan satu teori andaian - tetapi salah satu yang masuk akal untuk mengaitkan kepada kemusnahan pesawat itu.

Kerana tertekan dengan maklumat bahawa kemusnahan Pan Am 103 itu adalah satu tindakan para pengganas yang tidak boleh dikaitkan kepadanya, tuanpunya syarikat insurans pesawat itu telah mendapatkan khidmat sebuah firma siasatan persendirian bernama 'INTERFOR'. Syarikat ini telah ditubuhkan pada 1979 oleh seorang warga Israel bernama Yuval Aviv yang telah berhijrah ke Amerika setahun sebelum itu. Aviv mendakwa pernah bertugas sebagai pegawai pejabat dengan Mossad - satu dakwaan yang dinafikan oleh Mossad. Walaupun demikian, Aviv telah meyakinkan syarikat insurans betapa dia mempunyai hubungan yang baik untuk mendedahkan kebenaran kes itu.

Apabila menerima laporannya, syarikat insurans menjadi terkejut. Aviv telah merumuskan bahawa serangan terhadap pesawat itu telah direncana dan dilaksanakan oleh 'satu kumpulan bajingan CIA', berpangkalan di Jerman, yang mempunyai tugas melindungi satu operasi pengangkutan dadah daripada Timur Tengah ke Amerika Syarikat, yang menggunakan Frankfurt sebagai stesen perhentiannya. Sebagai sebuah agensi Kerajaan Amerika yang terkenal, CIA Amerika tidak berbuat apa-apa terhadap operasi haram itu kerana kumpulan CIA bajingan ini juga terlibat membantu CIA menghantar senjata kepada Iran dalam urusan pertukaran senjata dengan mangsa penculikan yang ketika itu masih dirundingkan.

Kaedah penyeludupan dadah adalah terlalu mudah. Seseorang akan menghantar satu beg pakaian dalam sesuatu penerbangan, dan 'seorang dalam (upahan)' di bahagian bagasi akan membuatkan pertukaran beg itu dengan satu beg yang sama rupanya tetapi mengandungi dadah di dalamnya. Pada malam yang sungguh malang itu, seorang pengganas Syria yang sedia maklum akan muslihat operasi dadah itu telah menyediakan beg yang mengandungi bom untuk ditukarkan. Tujuannya ialah untuk membunuh kumpulan perisik Amerika Syarikat yang telah dikesan oleh Syria akan menaiki pesawat itu.

Laporan Aviv telah menyatakan betapa McKee telah mendapat tahu wujudnya kumpulan CIA bajingan itu yang telah beroperasi di bawah satu kod rahsia bernama COREA, dan kumpulan ini diketahui telah bersekongkolan dengan seorang insan misteri yang pintar dan menjadi kaya-raya bersekongkolan dengan dunia perisikan. Monzer Al-Kassar ialah insan misteri ini yang terkenal sebagai pedagang kelengkapan Perang di Eropah, termasuk khidmatnya membekalkan Colonel Oliver North senjata yang dibekalkannya pula kepada kumpulan Contras di Nicaragua pada tahun-tahun 1985-86.

Al-Kassar mempunyai hubungan rapat dengan kumpulan Abu Nidal, sedangkan dia juga mempunyai hubungan keluarga yang amat hebat. Ali Issa Duba, ketua perisikan Syria ialah adalah adik-iparnya, dan isteri Al-Kassar adalah bersaudara kepada Presiden Syria. Laporan Aviv mendakwa Al-Kassar berjaya bersekongkolan dengan COREA sebagai rakan kongsi yang rela mengendalikan operasi penyeludupan dadah. Operasi ini bergerak licin selama beberapa tahun sebelum berlakunya kemusnahan Pan Am 103. Laporan itu turut mendakwa betapa McKee telah mengetahui kebajingan itu ketika meraba-raba mendapatkan talian hubungan dari kalangan samseng di Timur Tengah dalam usahanya untuk menyelamatkan mangsa penculikan di Beirut. Dalam laporannya itu, Aviv ada menyebut:

'McKee bercadang untuk membawa pulang bukti wujudnya pasukan CIA bajingan itu dan hubungan mereka dengan Al-Kassar'.

Pada tahun 1994, Joel Bainerman, penerbit sebuah laporan perisikan Israel yang kerap menyiarkan analisanya dalam Wall Street Journal, The Christian Science Monitor, dan Britain's Financial Times, telah menulis: 'Dua puluh empat jam sebelum penerbangan itu, Mossad telah memberikan 'tip' maklumat kepada Pasukan BKA Jerman (agensi perisikan Jerman) kemungkinan sebuah bom disumbat masuk dalam penerbangan 103. BKA telah memberitahu pasukan COREA CIA di Frankfurt yang kemudiannya memberikan jaminan 'mereka akan menangani perkara itu.'

Peguamcara Pan Am, Gregory Buhler, telah mengeluarkan sapina kepada FBI, CIA, FAA, DEA, NSC, dan NSA untuk meminta apa juga maklumat yang mereka tahu, tetapi kemudiannya, 'kerajaan telah melupuskan sapina itu disebabkan keselamatan negara'.

Tidak ada sesiapa di kalangan krew pembuat program TV 'Frontline', mahupun Yuval Aviv, mahupun Joel Bainerman yang dapat memberikan jawapan yang selesa kepada beberapa soalan yang penuh kemusykilan. Kalaulah aktiviti COREA itu dapat dibendung dan disungkup, setakat manakah dalam hiraki CIA kegiatan itu diketahui? Siapa yang meluluskan penubuhan COREA? Apakah orang itu ataupun orang-orang yang lain memberikan arahan agar data yang terdapat dalam beg kepunyaan McKee dipupuskan? Kenapakah agensi Jerman BKA memberitahu COREA akan perkara ini? Apakah tindakan itu secara kebetulan sahaja? Mungkinkah kerana wujudnya satu keputusan bahawa aktiviti COREA sudah dianggap terlalu berbahaya kepada orang lain dalam CIA? Apakah pula butiran 'sebab keselamatan negara' yang menyebabkan peguamcara Pan Am menerima surat penolakan menyeluruh terhadap permohonan sapinanya?

Beberapa tahun kemudian, soalan di atas telah muncul di kalangan masyarakat perisikan pelbagai perkhidmatan, dan jawapannya telah dirahsiakan - termasuklah kebenaran sebenar satu misteri yang terakhir. Apakah sebabnya Mossad mengarahkan seorang 'katsa' yang berpangkalan di London untuk pergi ke bahagian utara dan menghala ke Lockerbie dalam masa beberapa jam sahaja terhempasnya Pan Am 103?

Setakat ini perkhidmatan itu telah merahsiakan apa juga yang diketahuinya mengenai kemusnahan pesawat terbang tersebut. Ada sumber yang menyebut dengan syarat identiti mereka tidak didedahkan kerana takutkan bahaya bencana yang menyusul, bahawa Mossad sengaja memeram segala maklumat sebenar yang diketahuinya sebagai satu bahan ugutan (Mossad belajar daripada Mahathir !! Sama cara dia menyimpan bukti Musa Hitam terhadap Tengku Razaleigh) terhadap Amerika seandainya Amerika satu hari nanti mahukan Mossad menghentikan segala aktiviti perisikannya di Amerika Syarikat.

Yang lebih pasti, masih ada lagi satu episod lain yang boleh mengaibkan masyarakat perisikan Amerika Syarikat. Ia melibatkan kematian Amiram Nir, manusia yang seronok dengan suasana ala-James Bond yang telah menggantikan tempat David Kimche sebagai orang peninjau Israel dalam episod Irangate.

....bersambung....

Terjemahan: SPAR


KM2 Main Index