Laman Webantu (M)   KM2: 6037 File Size: 7.6 Kb

| KM2 Index |


TAG SP 314: Pesanan merangsang minda dari Ameer-ul-mukminin Afghanistan
By Mullah Omar

3/10/2001 5:32 pm Wed

Pesanan merangsang minda dari Ameer-ul-mukminin Afghanistan

(Thought-provoking Address by Afghan's Ameer-ul-mumineen)

Amerika pada hakikatnya memusuhi negara Islam Afghanistan dan bukannya Osama. Jika semua umat Islam di dunia bangkit dan bersiap sedia untuk berjihad, insyallah, Allah akan menghapuskan segala masalah, mengembalikan semula harga diri umat Islam secara amnya dan rakyat Afghanistan khususnya. Bagi kali ketiganya dalam sejarah, tindakan serangan serta pencerobohan dilakukan kepada Afghanistan. Saudara-saudari sekelian sudah tentu sedia maklum akan hakikat ini.

Adakah Britain berhak untuk menceroboh bumi Afghanistan dua abad dulu? Ketika itu, Osama b. Laden belumpun lahir di dunia ini. Persoalan yang sama juga timbul apabila Rusia juga melakukan perkara yang sama ke atas Afghanistan. Ketika itu Osama sudahpun ada di Afghanistan. Kini bagi kali ketiganya, kami berhadapan dengan satu lagi tindakan serangan dan pencerobohan. Saudara semua tentu tahu bahawa Osama hanyalah sebagai alasan sahaja kepada ancaman tindakan ketenteraan Amerika ke atas kami, tetapi penyebab utamanya, adalah kerana perasaan permusuhan yang sudah lama tertanam terhadap Islam.

Ramai orang tahu bahawa apa yang berlaku di Amerika itu adalah satu kejadian yang sudah dirancang dengan begitu teliti, yang tidak upaya dan tidak terdaya dilaksanakan oleh seseorang pendatang, dengan serba-serbi kekurangan. Kerajaan Amerika tahu siapa sebenarnya bertanggungjawab terhadap serangan tersebut tetapi mereka tidak mahu menangkap mereka. Yang penting bagi mereka ada lah hakikat Muslim sejati dan Islam sebenarnya berada di bumi Afghanistan, dan suara "deen" sedang dilaksanakan di sini. Mereka mengibaratkan suara2 ini sebagai loceng kecemasan yang membahayakan dan dengan itu merasa terancam. Oleh itu saudara saudari harus lah memahami bahawa hanya ada satu cara sahaja untuk menyelesaikan krisis in iaitu bertawakkal kepada Allah SWT., serta bersabar. Perkara-perkara ini lah yang dapat menjamin kejayaan.

Kami sedar bahawa kami tidak dapat lari daripada bahaya apabila Amerika mengambil tindakan ketenteraan terhadap negara kami, tetapi kami tidak akan tunduk kepada ugutan mereka kerana takut. Umat Islam harus kembali kepada ajaran Islam dan berani mempertahankan harga diri dan tidak harus berputus asa. Sama ada kita hidup atau mati, kita wajib patuh kepada ajaran Islam dan mempertahankannya. Kematian tidak dapat kita elakkan; tetapi apabila kita mati, kita mempertahankan Islam serta keimanan kita dan menjaga maruah diri. Apakah yang lebih baik dari ini? Adakah kejayaan yang lebih baik dari ini? Adalah menjadi hakikat bahawa kematian itu pasti, ia akan datang pada hari ini, esok atau pun lusa. Bukan kah lebih baik untuk mati kerana mempertahankan Islam dari mati tidak beriman dan bacul serta pengecut. Kematian tidak dapat kita elakkan. Oleh itu janganlah saudara berasa takut dan sentiasalah yakin dan bersabar dan meletakkan keyakinan kepada Allah. Jika kita berbuat demikian, saya berpendapat kita tidak akan disakiti. Allah SWT berfirman, '"kamu akan berjaya jika kamu seorang mu'min". Adakah saudara meyakini firman Allah atau ugutan Amerika ini? Allah SWT seterusnya berfirman, kamu akan tetap menjadi unggul jika kamu seorang mu'min. Keimanan seseorang bukan diukur sekadar berkata aku seorang mu'min, tetapi hendaklah diikuti dengan perbuatan. Keimanan kita kini sedang diuji Allah SWT dan kita wajib menentang kekufuran dan menentang ugutan Amerika dan mempertahankan maruah Islam.

Allah Taala sedang menguji kita semua. Jika tidak begitu mudah untuk kita jika tiada missile atau bom dari Amerika. Jika Allah katakan jadi maka jadilah. Tidakkah ia pernah dialami oleh orang-orang yang terdahulu dari kita. Berjayakah orang-orang dari Britain dan Russia dahulu menghapuskan rakyat Afghanistan? Sejarah membuktikan bahawa dengan bantuan daripada Allah dan semangat cekal serta pengorbanan para mujahideen, kami berjaya menghalau mereka keluar dari negara kami. Tidakkah saudara lihat nasib negara-negara Islam lain yang tidak mahu mempertahankan agama mereka dan tunduk kepada kaum kuffar. Mereka telah hilang keyakinan, iman dan maruah diri. Kaum kuffar telah berjaya merampas segala-gala yang ada pada mereka. Patutkah kami, negara Islam Afghanistan menurut mereka?

Sejarah telah membuktikan bahawa dua penceroboh besar dunia berjaya dihapuskan oleh orang-orang Afghanistan. Afghanistan tetap Afghanistan yang sama. Ia masih punya nama yang sama, harga dirinya masih ada, masih Islam dan kukuh keimanannya. Oleh itu apakah sebenarnya berlaku semasa pencerobohan tentera Britain dan Russia dulu? Serangan Amerika ini adalah satu episod yang sama. Jika mati, biarlah mati. Sekurang-kurang nya mereka mati kerana mempertahankan Islam, keimanan serta maruahnya. Setiap umat Islam hendaklah bersiap sedia untuk berjihad terhadap tindakan pencerobohan dan serangan ini dan haruslah bersiap sedia pada setiap masa apabila diperlukan, dia hendaklah sanggup berkorban jiwa raganya kerana Islam. Jika tiada keyakinan cuba lihat bagaimana si tempang dan si cacat. Bagaimana mereka telah menunjukkan keberanian mereka. Bagaimna mereka telah menghalau penceroboh Rusia itu dan merobak-rabikkan Russia. Tidakkah anda nampak bagaimana Mujahiddin ini masih lagi hidup. Penceroboh Amerika juga akan menerima nasib yang sama, dengan izin Allah. Oleh itu jangan sekali-kali tunjukkan kebaculan kita dan menampakkan keresahan dan menuduh Taliban, Osama atau sesiapa lagi. Saya bersumpah dengan nama Allah yang Esa, bahawa jika kita serahkan Osama kepada mereka, keadaan tidak juga akan berubah, mereka tetap akan terus mengugut. Kita akan dipersoalkan lagi, mengapa kamu berbuat demikian. Apa akan terjadi dengan keimanan kita, harga diri serta keislaman kita?

Osama tidak melakukannya. Tidak ada kemungkinan dia berupaya untuk membentuk satu rangkaian yang begitu teratur dan berjaya pula melaksanakannya. Kedua, ini bukan misile yang Osama telah lancarkan. Ini adalah kerja orang-orang yang telah mengorbankan nyawa mereka. Tiada siapa akan mengorbankan nyawa mereka kerana Osama. Tiada siapa akan membahayakan diri kerana Osama atau membunuh kerananya. Apa yang berlaku di Amerika adalah perancangan sebuah negara ketiga. Orang-orang Amerika telah berjaya mempengaruhi dunia membenci kami. Siapa yang tidak percaya bersama mereka walaupun mereka berseteru dan tidak mempecayai antara satu sama lain. Dalam keadaan yang sedemikian, setiap umat Islam hendaklah bersatu teguh. Jika tidak mereka selalu akan dihantui ketakutan dan akan kehilangan rasa hormat terhadap mereka di mata dunia. Dalam keadaan ini lambat laun mereka mati juga, tetapi dalam keadaan kufur, bacul dan hina. Oleh itu setiap umat Islam wajiblah mempertahankan Islam. Moga-moga Allah SWT memberikan kejayaan kepada kita semua

Yakinlah bahwa saya tidak merangsangkan semangat anda semua atas dasar hendak mempertahankan kepimpinan saya. Saya cuma menasihatkan anda sebagaimana Allah perintahkan. Setiap umat Islam harus bangun dan menghulurkan bantuan, jangan resah dan tidak kecelaruan dengan berita-berita di radio. Moga-moga Allah Taala memperkukuhkan lagi keimanan kita

Ameer-ul-mukmineen Afghanistan
Mullah Omar.

Terjemahan: SPAR

Asal: KM2 6036


KM2 Main Index