Laman Webantu (M)   KM2: 6035 File Size: 3.7 Kb

| KM2 Index |


TAG SP 313: Pembangkang Afghan Menolak Serangan Udara AS
By TimesIndia

3/10/2001 6:44 pm Wed

Times of India

September 30, 2001


Pembangkang Afghan Menolak Serangan Udara AS

(Afghan Opposition Says No To US Strike)

Rome: Pemimpin pembangkang Afghan telah bersidang di Roma pada hari Sabtu yang lalu untuk mengirimkan satu pesanan yang jelas kepada Amerika Syarikat supaya tidak menyeang Afghanistan, dan sebaliknya meminta AS membekalkan mereka kelengkapan perang untuk membolehkan mereka menghalau para pengganas itu sendiri.

'Bekalkan kami kelengkapan dan biarlah kami sudahkan tugas itu,' kata Mostapha Zahir, pembantu khas kepada bekas Raja Mohammed Zahir Shah, 86, yang baru-baru ini ditemui oleh pasukan pembangkang dan PBB kerana menganggapnya sebagai pemangkin keamanan di negara itu.

Komander tentera daripada Perikatan Utara, yang telah memerangi militia Taliban selama ini, dan beberapa ketua perang pasukan lain telah bersidang di Roma, di rumah kediaman bekas raja itu dan membuat perakuan kepada AFP betapa mereka tidak mahukan campurtangan Amerika Syarikat.

Turut hadir memberikan sokongannya ialah ahli Kongres (Rep) Dana Rohrabacher, yang telah bertemu dengan para ketua kumpulan ketenteraan itu di sebuah hotel dan menjanjikan mereka 'satu pakej bantuan besar' untuk membangunkan kembali negara mereka seandainya mereka berjaya menggulingkan Taliban dan menghapuskan Osama Bin Laden.

'Tetapi perkara itu tidak akan berlaku selagi Taliban memegang kuasa dan seandainya mereka tidak mempunyai sebuah kerajaan awam,' kata Rohrabcher, seorang ahli Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa. 'Inilah peluang terbaik kepada orang Afghan sejak 10 hingga 15 tahun yang lalu.'

Rohrabcher berada di Roma bersama satu perwakilan ahli parti Republikan untuk merencana satu pertemuan dengan bekas raja, yang berhajat menyatukan semula rakyat Afghan untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang lebih berwibawa.

Setengah dozen ahli Perikatan Utara yang anti-Taliban itu bercadang menemui bekas raja mereka Mohammed Zahir Shah, yang telah menetap di Itali sejak dia disingkirkan pada 1973 dulu, tetapi masih lagi dianggap sebagai seseorang yang mempunyai ketokohan untuk menyatukan kembali negara itu di bawah sebuah kerajaan baru seandainya Taliban disingkir dari situ.

Perikatan Utara menguasai kurang dari 10 peratus Afghanistan, tetapi menjadi semakin berani apabila munculannya ugutan Amerika mahu menghukum Taliban dan tetamu mereka, Osama bin Laden. Osama telah menjadi orang yang tertuduh paling utama kerana serangan udara pada 11 September lalu ke atas Pusat Dagangan Dunia dan Pentagon.

Zahir ialah seorang cucu kepada bekas raja itu, telah turut meminta Washington agar menekan Pakistan, yang merupakan sekutu utama dalam usaha Presiden Bush melancarkan 'perang salib' menghancurkan keganasan itu.

Zahir berkata jabatan ISS (Inter-Services Intelligence) Pakistan telah menjadi 'satu kerajaan dalam kerajaan' yang membantu sekutu Taliban menghenyak rakyat Afghan.

'Bahaya kepada Pakistan adalah lebih besar berbanding Afghanistan apabila berlakunya pengaruh besar fahaman Taliban dalam angkatan tentera mereka,' kata Zahir.

Yunus Qanuni, seorang tokoh utama Perikatan Utara, berkata bahawa penghalang utama terhadap keamanan di Afghanistan ialah kewujudan jirannya yang sungguh berkuasa. Beliau berpendapat bahawa Taliban hanya merupakan 'alat kepada strategi jangka panjang Pakistan'.

Tamat.

Terjemahan: SPAR

Asal: http://www.timesofindia.com/


KM2 Main Index