Laman Webantu (M)   KM2: 6032 File Size: 14.2 Kb

| KM2 Index |


TAG SP 311: AS dan Britain Akan Menyerang Khemah Pejuang ....
By Guardian

3/10/2001 12:53 pm Wed

The Guardian:
September 30, 2001


AS dan Britain Akan Menyerang Khemah Pejuang Dalamasa Terdekat

(US and Britain to strike terror camps within days)

Serangan bertubi-tubi terhadap pengkalan yang dikuasai oleh Osama bin Laden akan dilancarkan dalam masa 48 jam sebagai satu operasi ketenteraan yang diluluskan oleh Presiden George Bush dan disokong oleh Britain.

Strategi yang dikata akan membawa kemenangan kepada golongan pragmatis telah direka untuk membunuh Osama bin Laden dan pengikutnya, dan akan dilancarkan seiring masa serangan daripada udara dan darat terhadap pasukan regim Taliban yang menyokong beliau.

Operasi yang disebut oleh sumber British dan AS boleh dilancarkan paling awal sekali pada waktu ini akan dimulakan dengan serangan udara menggunakan missail untuk memusnahkan 20 pesawat udara angkatan tentera Taliban, menghapuskan kubu anti-pesawat udara, dan memusnahkan keretakebal dan juga kelengkapan perang yang lain.

Satu petanda betapa serangan itu semakin hampir telah terbayang apabila Bush mengumumkan malam tadi, selepas bersidang dengan penasihat ketenteraan di Camp David: 'Amerika akan bertindak dengan tegas dan berkesan, supaya perjuangan mengekalkan kebebasan akan tercapai.'

Dalam satu siaran radio yang disiarkan secara lintas langsung, Bush ada berkata; 'Kita tidak mengundang konflik ini, tetapi kita akan mengakhirinya. Peperangan ini akan ditentukan di mana para pejuang itu bersembunyi, ataupun lari ataupun merencana. Kemenangan lain memang sudah jelas kepada semua pihak.'

Tujuan fasa pertama, yang berkemungkinan dilancarkan daripada angkasa dan dengan kapal kepunyaan Amerika dan Britain yang berada di lautan Arab, akan menghapuskan sebarang ancaman Taliban sebelum serangan berikut disusuli.

Beberapa sumber menyebut betapa akan bermulanya operasi 'desant' (meluncur dengan tali) - yang merupakan serangan daripada udara memasuki kawasan yang dikuasai oleh Taliban - dengan diketuai pasukan askar US 82nd. Airborne Division yang diangkut oleh helikopter. Sumber itu berkata bahawa 101st. Air Assault Division sudah diarahkan bersiap sedia untuk bertindak.

Pasukan 10th. Mountain Division telahpun dikerahkan, untuk menjadi pasukan utama yang digunakan dalam 'peperangan gerilla' membabitkan askar AS dan Britain. Walaupun askar 82nd. Airborne Division terlatih dalam lompatan menggunakan payung terjun secara terbang rendah, sebarang serangan mereka adalah dijangka menggunakan tali daripada helikopter untuk mereka meluncur turun.

Angkatan tentera Amerika akan disokong oleh Pasukan Gerak Khas AS - termasuk pasukan komandonya (Army Rangers dan Green Berets) dan juga British Special Forces. Beberapa unit tentera British yang akan digembleng di kawasan pergunungan itu ialah Pasukan G-troops, 22 SAS Regiments, Special Boat Services Mountain Troop - yang terlatih dalam memanjat kaki gunung dan peperangan di kawasan sejuk (Artic). Kemudian, ada pula pasukan yang dikenali sebagai 'Mountain Leaders' section of the 4/5 Royal Marine Commando?. Mereka semua telah dilatih dan dilengkapi peralatan untuk bergerak di kawasan pergunungan selama empat belas hari tanpa sebarang bantuan bekalan.

Pasukan Amerika dilengkapi dengan helikpoter penyerang versi baru Black Hawk dan MH-47 Chinooks yang mampu terbang jauh dan lengkap dengan meriam berputar. Mereka boleh mendapatkan bantuan pesawat AC-130 yang diberi nama jolokan ?Puff The Magic Dragon? - yang mampu memberi sokongan dengan kuasa meriam yang terpasang di bahagian perutnya.

Sasaran pertama yang dirancangkan ialah serangan udara secara operasi 'desant' untuk menghenyak markas Al-Qaeda berhampiran Kabul, terutama sekali kawasan landasan terbang.

Bukti penting pembabitan Osama Laden dengan penyerang rela-mati di New York dan Washington dulu telahpun diperolehi oleh Observer. Satu senarai rahsia (huhuhu!!) perisikan yang disediakan oleh sebuah negara Islam yang mempunyai minat memanjang dengan Osama Laden telah mendedahkan betapa sekurang-kurangnya seorang daripada 19 orang perampas pesawat itu telah dilatih di sebuah khemah di Afghanistan yang diuruskan oleh Al-Qaeda dan seorang lagi dikenali memang rapat dengan Osama Laden.

Sumber keselamatan Amerika telah memberiahu Observer betapa mereka percaya empat orang antara perampas pesawat itu pernah berada dengan Al Qaeda dan Taliban. Seorang yang bernama Wali Mohamed Al-Sherhi dipercayai telah diajar mengenai peperangan luarbandar dan keganasan di khemah latihan Al-Farooq di bahagian timur Afghanistan, berdekaan dengan sempadan Pakistan.

Dia dianggap telah keluar daripada Afghanistan 18 bulan yang lalu. Itulah pertama kalinya wujudnya satu senarai yang mengaitkan Al-Farooq kepada Osama Laden, sambil menyebut empat orang pilihan Osama yang diakatakan pentadbir khemah itu dan melatih rekrut yang datang di situ.

Berbalik ke Washington, tumpuan khas kepada operasi ketenteraan yang dirancangkan itu merupakan satu kemenangan kepada kumpulan pragmatis dalam kabinet Bush. Terutama sekali Setiausaha Negara Collin Powell. Collin Powell telah dipaksa bertegang urat dengan satu kumpulan yang disebut kumpulan helang (hawks) yang dipengaruhi hebat oleh timbalan menteri pertahanan (setiausaha pertahanan) Amerika Paul Wolofowitz, yang telah gian mahukan serangan diperbesarkan lagi untuk meliputi Iraq.

Rencana ini juga telah mengambil kira nasihat berhati-hati daripada Britain. Tony Blair telah memberi nasihat agar serangan hanya ditumpukan kepada jaringan Osama Laden dan kalau perlu kumpulan Taliban.

Tapak pangkalan yang akan diserang itu telah didedahkan oleh perisikan Russia, yang memberikan Pentagon bahan risikan yang paling terperinci mengenai jaringan operasi Osama Laden dan perkhemahannya.

Berita itu muncul ketika sumber Britain mendakwa Taliban sedang merencana melambakkan pasaran barat dengan bekalan dadah heroin dalam satu usaha untuk mengkucar-kacirkan musuh mereka.

Pasukan Khas tentera Amerika telah bergerak cergas dalam kawasan Afghanistan, sambil mengesan dan memantau pangkalan hadapan pelancaran pesawat udara dalam kawasan yang masih dikuasai oleh pasukan Perikatan Utara (Northern Alliance).

Ada beberapa dakwaan di Afghanistan semalam bahawa satu pasukan yang dianggotai lima orang komando AS telah ditangkap oleh Al-Qaeda. StesenTV al-Jezeera yang berpangakalan di Qatar, telah berkata adanya laporan al-Qaeda mengenai tertangkapnya satu pasukan bersenjata yang lengkap dengan senjata moden dan peta yang menunjukkan semua pangkalan al-Qaeda di wilayah Helmand.

Taliban dan Pentagon telah menafikan laporan ini. Pegawai AS telah mengakui Jumaat lalu adanya pasukan khas AS - mungkin pasukan Green Berets dan Rangers yang telah dikerah untuk mengadakan aktiviti peninjauan.

Mereka juga telah memberi kiasan pasukan British yang turut terbabit. Pasukan itu dikatakan meninjau kawasan untuk mendapatkan maklumat dan bukannya untuk mencari Osama bin Laden.

Sumber di Washington berkata dengan bermulanya kegiatan pasukan peninjau dan komando Amerika bersama Britain itu, pasukan khas itu teleh memantau sasaran dengan menggunakan sistem laser dan sensor. Ini memudahkan angkatan tentera menyerang terus, mencari pangkalan yang kini dikuasai oleh al-Qaeda.

Kumpulan perancang di Pentagon kini akan meningkatkan tekanan terhadap Rumah Putih agar turut menyerang beberapa pangkalan di Iraq, Syria dan Lubnan dengan matlamat penghapusan Saddam Hussen sebagai satu 'pra-syarat' untuk menumpaskan keganasan.

Tamat.

Terjemahan oleh SPAR.




Asal:

The Guardian

Saturday September 29 2001

US and Britain to strike terror camps within days

Devastating attacks on bases controlled by Osama bin Laden are set to be launched in the next 48 hours as part of a tightly focused military operation approved by US President George Bush and backed by Britain.

The strategy, which is a victory for pragmatists in both Britain and America, is designed to kill bin Laden and his forces, and will be launched in tandem with strikes against air and ground forces of the Taliban regime supporting him.

The operation, which British and US sources say could be launched as early as today, would begin with air and missile strikes to destroy the Taliban's 20-aircraft air force, remove anti-aircraft missile batteries, and destroy Taliban tanks and other armour.

In a clear sign that strikes were imminent, Bush declared last night, after a meeting with military advisers at Camp David: 'America will act deliberately and decisively, and the cause of freedom will prevail.'

In a live radio address, he added: 'We did not seek this conflict, but we will end it. This war will be fought wherever terrorists hide, or run, or plan. Other victories will be clear to all.'

The aim of the first phase, likely to be launched from aircraft with US and British ships in the Arabian Sea, would be to remove any threat from the Taliban for the substantial incursion that would follow.

Sources say this would be in the form of a so-called desant operation - an airborne assault deep into Taliban-held territory - led by helicopter-carried troops of the US 82nd Airborne Division. Sources said that the 101st Air Assault Division has also been ordered to be ready for action.

Also fully mobilised was the 10th Mountain Division, which would be the main ground force in what Bush called an upcoming 'guerrilla war' fought by US and British forces. Although soldiers of the 82nd Airborne Division are trained for low-level parachute jumps, any assault is likely be made by first abseiling down fixed lines from helicopters.

American forces would be supported by US Special Forces - including US Army Rangers and Green Berets, and by British Special Forces. British units understood to have been earmarked include mountain warfare cadres of G-troop, 22 SAS Regiment; the Special Boat Service's Mountain Troop - which is trained for cliff assault and Arctic warfare - and the Mountain Leaders' section of 4/5 Royal Marine Commando. All are trained and equipped to operate in mountainous terrain for periods of up to a fortnight without being resupplied.

The US troops are equipped with a specialised version of the Black Hawk attack helicopter and long range MH-47 Chinooks armed with rotary cannon. They would also be able to call on support from AC-130 aircraft - nicknamed Puff the Magic Dragon - which can give ground support with an artillery cannon in its belly.

Initial targets earmarked for the air assault and desant operation include bases controlled by the al-Qaeda around Kabul, in particular those with usable air strips.

Crucial evidence that links bin Laden to the terrorist attacks on New York and Washington nearly three weeks ago has been obtained by The Observer. A secret intelligence dossier compiled by an Arab state with a longstanding interest in bin Laden last night revealed that at least one of the 19 hijackers was trained in a camp in Afghanistan run by al-Qaeda and that another is 'close to bin Laden'.

American security sources told The Observer they believe four of the hijackers had spent time in Afghanistan with the Taliban and possibly with al-Qaeda. One, Wali Mohamed al-Sherhi, is believed to have been taught urban warfare and terrorism in al-Farooq training camp in eastern Afghanistan, close to the Pakistan border.

He is thought to have left Afghanistan 18 months ago. The dossier, for the first time, definitely links al-Farooq to bin Laden, naming four men who are bin Laden aides who it says administer and train those at the camp.

Back in Washington, the tight focus of the planned military operation is a victory for the pragmatists in Bush's cabinet, notably Secretary of State Colin Powell. Powell has been involved in a battle of wills with hawks gathered around the figure of Deputy Defence Secretary Paul Wolfowitz, who would like to see US strikes against a wide range of targets, including Iraq.

It also follows words of caution from America's key ally, Britain. Tony Blair has advised that the only target of military action should be bin Laden's network and, if necessary, the Taliban.

The location of the bases was revealed yesterday by Russian intelligence, which has provided the Pentagon with the most detailed intelligence so far on the network of bin Laden camps.

The news came as British sources claimed that the Taliban was set to flood the west with heroin in an attempt to destabilise its enemies.

US Special Forces were last night already active in Afghanistan, almost certainly involved in scouting and preparing a secure forward airbase in territory held by the opposition Northern Alliance.

There were claims from Afghanistan yesterday that a team of five US commandos has been captured by al-Qaeda. The Qatar-based al-Jezeera television station said al-Qaeda claimed to have captured a unit 'armed with modern weapons and maps of al-Qaeda's bases' in the south-western Helmand province.

The Taliban and the Pentagon denied the report. US officials, however, confirmed on Friday that special forces units - possibly from the US Green Berets or the elite Rangers regiment - had been deployed in Afghanistan on reconnaissance missions.

They hinted that soldiers from the British SAS were also involved. The special forces had been deployed 'in the last few days', the sources told US reporters, and were there to gather information on Taliban positions and strengths, not to search for bin Laden.

Sources in Washington said that with British and American reconnaissance and Special Operations teams already working on the ground to locate targets with laser-guidance and sensor systems, US forces were ready to 'go into the first breach' in territory controlled by al-Qaeda.

Planning groups at the Pentagon will now increase pressure on the White House to expand the action to attack locations in Iraq, Syria and Lebanon, with the elimination of Iraqi dictator Saddam Hussein as 'a precondition' to defeating terrorism.


KM2 Main Index