Laman Webantu (M)   KM2: 6031 File Size: 4.9 Kb

| KM2 Index |


TAG SP 310: Cerita Dongeng Terbaru Amerika
By Tehran Times

3/10/2001 11:49 am Wed

Cerita Dongeng Terbaru Amerika

(Ashcroft Reads the Latest Fairy Tale)

Oleh: Tehran Times

[Mahathir Mohamad harus berbangga, taktik yang diajarnya kepada PDRM kini sudah dikenali oleh seluruh dunia. Dia harus berbangga betapa dalam kes pengeboman WTC di New York kaedah beliau menyediakan barang bukti terhadap kes-kes besar seperti Al-Maunah, Al-Arqam, Memali, KMM dan banyak lagi yang berakhir dengan kematian, keputusan memenjarakan ramai rakyat Malaysia yang tidak berdosa di bawah ISA kini menjadi amalan Presiden Bush dan agensi risikannya, serta para menteri dan ahli Kongresnya. Contohnya ialah berita yang kita petik daripada Tehran Times: - Penterjemah]


TEHRAN: Sejak berlakunya serangan dahsyat terhadap menara kembar Pusat Dagangan Dunia di New York, manusia sejagat telah menunggu satu penjelasan yang rasional daripada pasukan keselamaan Amerika dan para pegawainya.

Malangnya, masa terus berlalu, segala kenyataan dan gambaran yang dibentangkan oleh FBI (Biro Siasatan Persekutuan Amerika) dan beberapa agensi keselamatan AS nampaknya semakin tidak boleh dipercayai dan dikira munasabah, dan ini memungkinan bertambahnya pelbagai penipuan di kalangan pihak yang berkuasa.

Beberapa andaian bukti yang dikemukakanoleh FBI telah memperkuatkan teori ini. Berikut adalah beberapa contoh yang menyerlah yang tidak mampu meyakinkan kanak-kanak sekolah, apa lagi masyarakat sejagat:

1. Pada 12 September, akhbar 'Boston Herald' melaporkan bagaimana pihak berkuasa di Massachusets telah menjumpai sebuah kereta sewa di 'Logan International airport'. Kereta itu dikatakan berkemungkinan telah digunakan oleh para perampas pesawat, dan dalam kereta itu telah dijumpai beberapa buah buku panduan memandu pesawat terbang dalam bahasa Arab dan sebuah kitab Al-Quran. Cuba fikirkan, kenapakah juruterbang yang begitu terlatih dan pintar mengendalikan jet jumbo untuk menghunjam bahagian tengah menara kembar itu memerlukan satu buku latihan dalam bahasa Arab? Apakah mereka membuat ulangkaji terakhir cara mengendalikan sebuah kapal terbang? Apakah mereka tidak pandai berbahasa Inggeris? Juruterbang manakah di dunia ini yang tidak pandai bertutur bahasa Inggeris? Kenapakah mereka tidak membawa bersama Al-Quran itu memasuki pesawat terbang?

2. Pada 16 September, FBI telah mengumumkan mereka menjumpai satu pasport kepunyaan salah seorang tertuduh yang menyerang Bangunan Menara Kembar itu kira-kira satu blok jauhnya daripada bangunan tersebut! Bukankah ini satu peristiwa secara kebetulan yang paling luarbiasa, terutama sekali apabila semuanya yang ada di situ telah musnah terbakar. Mengikut laporan rasmi, kehangatan minyak jet yang menyala itu telah mencairkan keluli yang membalut tiang bangunan dan telah merosakkan 'kotak hitam' pesawat terbang. Boleh jadi, seorang perampas itu telah membuka jendela pesawatnya di saat-saat akhir dan mencampakkan pasportnya itu sebelum pesawat itu menghunjam bangunan sasarannya dengan kelajuan sekitar 1000 km/jam.

3. Bukti yang disebut ini telah dibentangkan dengan bangganya oleh Peguam Negara AS, Johan Ashcroft pada Jumaat yang lalu.

Ashcroft telah memberitahu para wartawan kisah satu dokumen setebal empat muka surat yang dijumpai dalam beg kepunyaan Mohammed Atta, seorang tertuduh oleh pihak berkuasa AS sebagai tertuduh utama dalam serangan membabitkan American Airlines Flight 11 untuk menjahanamkan 'north tower' Pusat Dagangan Dunia itu.

Mengikut Ashcroft, salinan surat itu yang bertulis tangan dalam bahasa Arab, telah dijumpai dalam sebuah kereta yang diletakkan di luar lapangan terbang Dulles, dan kereta itu pernah digunakan oleh seorang lagi tertuduh dalam kes menghunjamkan pesawat ke atas Pentagon, dan sebuah lagi yang meledak di Pennsylvania.

Apakah rakyat Amerika boleh mempercayai bahawa sepucuk surat boleh selamat dan dapat dijumpai dalam dua ledakan pesawat yang telah terbakar dengan dahsyatnya?

Surat itu dikatakan mengandungi banyak doa, ingatan dan panduan kepada bakal perampas pesawat udara(!)

Kemungkinan FBI mempunyai masa yang panjang untuk menulis sendiri surat dalam bahasa Arab itu selama dua minggu yang lalu, sayangnya mereka tidak mempunyai masa menulisnya mengikut susur atur pendidikan Islam dan tradisinya. Sudah tentu orang Islam yang membaca surat palsu itu akan ketawa membaca kandungannya.

Apakah Amerika Syarikat betul-betul mahu meyakinkan dunia ini kepada kesahihan barang bukti yang membohong seperti itu? Adalah amat sukar untuk sahabat terbaik AS dapat menerima-pakai semua cerita dongeng itu.

Tamat.

Terjemahan: SPAR.


KM2 Main Index