Laman Webantu (M)   KM2: 6030 File Size: 6.7 Kb

| KM2 Index |


TAG SP 309: USAToday - Peperangan Siapakah Ini?
By Patrick J.Buchanan

3/10/2001 10:44 am Wed

USA Today. 26/09/2001

Peperangan Siapakah Ini?

(Whose War Is It?)

Oleh: Patrick J.Buchanan

Dalam keghairahan beliau menjejaki Osama bin Laden dan kumpulan pejuang beliau yang dikatakan telah mengganas pada Sept. 11, Presiden Bush telah menerima sokongan padu daripada rakyat Amerika yang menyerupai episod Pearl Harbour. Tetapi kini, Bush sudah disedarkan betapa peperangan ini tidak boleh berakhir dengan terpenggalnya kepala Osama Laden dan terhumbannya Pemerintahan Taliban.

Satu surat terbuka sebagai ingatan kepadanya telah ditandatangani bersama oleh 41 orang pakar dasar luar negara, termasuk William Bennet, Jeane Kirkpatrick, penerbit 'The Weekly Standard' dan ketua editor 'The New Republic' - yang merupakan keseluruhan kumpulan neo-konservatif.

Apakah yang perlu dilakukan oleh Bush untuk mengekalkan sokongan mereka? Serang Hezbollah untuk menghancurkannhya, dan serang balas Syria dan Iran seandainya mereka gagal memutuskan hubungan dengan Hezbollah dan menggunakan kuasa ketenteraan untuk menggulingkan Saddam Hussein. Kumpulan neo-kon ini telah memberi amaran kepada Bush, seandainya beliau gagal menyerang Iraq 'bererti satu petanda yang memungkinkan kita menyerah kalah dalam perang memerangi pengganas sejagat'.

'Tujuan kami menulis ialah untuk memberikan sokongan kami terhadap anda dalam melaksanakan tugas yang mesti dilakukan untuk menentukan kemenangan dalam perang ini,' kata surat itu pada akhirnya.

Di situlah terselitnya satu ugutan untuk menarik sokongan seandainya Bush tidak meluaskan peperangan untuk mengambil kira semua musuh Israel, ataupun seandainya dia meneruskan pembabitan gabungan AS-Sekutu negara Arab yang direncana oleh Ketua Setiausaha Negara Collin Powell. Antara mereka yang turut menandatangani surat itu termasuklah Richard Perle, Pengerusi Majlis Dasar Pertahanan pentadbiran Bush, yang merupakan satu kumpulan penasihat penting.

Jelas surat itu merupakan satu bahagian dasar perang yang ganas yang mula meledak di Washington. Apakah peperangan ini berasaskan rencana Powell ataupun Peperangan Perle ?

Satu keputusan Yang Kritikal

Keputusan muktamad Bush nanti akan menjadi bahan sejarah yang sungguh kritikal persis keputusan muktamad Truman mengizinkan MacArthur menyerang Yalu, dan keputusan FDR menyekat kemaraan angkatan tentera pimpinan Eisenhower untuk membenarkan Stalin menguasai Berlin.

Bagaimanakah presiden bertindak masih belum diketahui.

Dalam ucapannya kepada Kongres satu minggu yang lalu, Bush mengumumkan 'Mulai hari ini, setiap negara yang menyorokkan ataupun menyokong keganasan akan dianggap oleh Amerika Syarikat sebagai satu regim yang liar.' Nampaknya Presiden ghairah menawarkan pengampunan, ataupun pelonggaran bersyarat, kepada negara luar yang dianggapnya liar seandainya mereka turut serta memihak Amerika, dan menghapuskan sel pengganas di negara mereka.

Malahan Setiausaha Pertahanan Donald Rumsfeld telah memberikan isyarat betapa yang penting ialah bukan di sebelah mana negara luar itu memihak, tetapi apakah pendirian mereka. Pada hari Ahad, dia memberitahu CBS: 'Apa yang kita teliti sekarang ini ialah bagaimanakah gelagat negara ini seterusnya.'

Pasukan Powell semakin siap kini. Sama ada disebabkan takut ataupun berunsur opportunis, Libya, Syria, Iran dan Kerajaan Palestin telah mengutuk serangan keganasan September 11. Pakistan sudahpun menyertai pasukan itu dan Sudan sudahpun memberikan kesanggupan untuk bekerjasama.

Seruan agar peperangan itu diluaskan medannya sudah mula diterbitkan dalam media neo-konservatif. David Tell mahukan perang itu bukan berasaskan keganasan yang diterima, tetapi diluaskan untuk menyeluruhi 'setiap kumpulan ataupun kerajaan yang menunjukkan sokongan ataupun mengekalkan mereka di masa depan'.

Bennet mahukan Kongres mengisytiharkan perang terhadap kumpulan 'Islam militan' dan 'kuasa peperangan' digunakan terhadap negara yang menaja pelbagai bentuk keganasan seperti Lubnan, Libya, Syria, Iraq, Iran dan juga China. 'The Wall Street Journal' mahukan serangan 'ditujukan terhadap khemah pengganas di Syria, Sudan, Libya dan Algeria, dan mungkin juga di beberapa bahagian di Mesir'.

Senarai Mereka

Pakar keganasan, Steve Emerson, mencatatkan Lembah Bekaa di Lubnan sebagai catatan utamanya. Benjamin Netanyahu mengambilkira beberapa 'Empayar Keganasan' yang perlu dimusnahkan itu termasuk: Hamas, Hezbollah, 'persembunyian Heszbollah', dan juga Iran, Iraq dan Taliban Afghanistan. Tom Donelly dan Gary Schmitt daripada 'Project for the New American Century' mahukan Iraq diserang untuk ditakluki sekarang, 'JANGAN TUNGGU UNTUK MENGGEMBLENGKAN SETENGAH JUTA ASKAR....... cabaran terbesar ialah menjajah Iraq setelah pertembungan itu tamat.'

Buat masa ini, Bush menumpukan perhatiannya kepada Osama Laden dan Taliban. Tetapi, apabila semua itu berakhir, dasar besar peperangan akan ditentukan: Apakah kita musnahkan persekutuan AS-Arab-Islam ciptaan Powell dengan menggunakan kuasa Amerika untuk menakluki Iraq? Apakah kita ubah pula perikatan itu untuk mengisytiharkan peperangan Israel sebagai peperangan Amerika?

Risiko Yang Menghantui Pasukan Sekutu

Seandainya AS menakluki Iraq, mengbom Hezbollah dan melancarkan serangan terhadap Syria dan Iran, peperangan itu akan membesar menjadi peperangan dua-benua daripada Algeria hingga Afghanistan. Pada waktu itu Amerika Syarikat akan berganding hanya dengan Israel menentang setengah dozen negara Arab dan Islam. Mangsa pertama nanti ialah Arab moderet (sederhana) - Mesir, Jordan, Arab Saudi, negara emiriah teluk, yang selama ini telah merupakan rakan sekutu kita ketika Perang Dingin dan Perang Teluk dulu.

Peperangan yang diimpikan oleh Netanyahu dan neo-kon, di mana Amerika Syarikat dan Israel memerangi kesemua negara Islam yang dianggap radikal itu. Inilah bentuk peperangan yang diimpikan oleh Osama Laden. Inilah peperangan yang diimpikan oleh para pejuangnya telah cetuskan selepas mengaturkan para pejuang untuk menghunjam Pusat Dagangan Dunia dan Pentagon.

Seandainya Amerika benar-benar mahu dipulaukan, ia akan mematuhi kehendak kumpulan neo-konservatif. Kumpulan konservatif, seharunya bersatu untuk menangani Presiden Bush - dan Jeneral Powell.


Tamat

Pat J. Buchanan ialah seorang juruanalis konservatif dan pengerusi 'The American Cause', sebuah yayasan pendidikan.

Terjemahan: SPAR



KM2 Main Index