Laman Webantu (M)   KM2: 6024 File Size: 10.3 Kb

| KM2 Index |


TAG SP 308: Petaka Dari Angkasa
By Rohan Gunaratna

2/10/2001 7:42 am Tue

[Sila maklum rencana ini sedikit serong (bias) pandangannya serta mengandungi beberapa prasangka yang tidak betul. - Editor]

Petaka Dari Angkasa

(Terror From The Sky)

Oleh: Rohan Gunaratna

Serangan bertubi-tubi terhadap lambang kemegahan Amerika, yang julung-julung kali dilaksanakan pada 11 September, 2001, telah mendedahkan betapa rapuhnya pertahanan negara apabila digugat serangan rela-mati. Namun, di Timur Tengah dan Asia, terdapat lebih 240 serangan rela-mati di darat dan di laut sejak gelombang serangan pengganas tercetus bermula 1968. Kesannya, negara yang diserang keganasan rela-mati ini terpaksa memajukan teknik dan teknologi menampan kemungkinan berulangnya serangan rela-mati baik di perairan mahupun di darat.

Di samping Israel dan Sri Lanka - yang setakat ini merupakan negara yang terlalu tertekan oleh serangan keganasan rela-mati - tidak banyak difikirkan cara untuk melindungi sasaran kemanusian dan infrastruktur daripada serangan rela-mati dari udara. Namun demikian, masyarakat keselamatan risikan Barat telah semakin sedar akan minat masyarakat pengganas yang mahu melancarkan serangan secara rela-mati daripada udara sejak hampir tiga dekad.

Ini bukannya pertama kali

Hanya satu usaha pengganas yang mula-mula menggunakan pesawat penumpang untuk melancarkan serangan rela-mati dari udara pada bulan Disember 1994. Niatnya ialah untuk menghukum Peranchis kerana membantu kerajaan Algeria dan menarik perhatian sejagat terhadap konflik di Algeria, Kumpulan Bersenjata Islamiyah (Groupe Armee Islamique - DIA) telah merampas Airbus A-300, kepunyaan Air France, penerbangan (flight) 8986 pada Disember 24, 1994. Daripada 227 penumpang semuanya, terdapat 40 penumpang rakyat Peranchis. Selepas peramapas membebaskan semua penumpang perempuan dan kanak-kanak, dan membunuh tiga orang penumpang, pihak berkuasa Algeria telah mengizinkan pesawt itu berlepas ke Paris. Tujuan sel GIA yang dipimpin oleh Abdullah Yahla, alias Abou, berusia 25 tahun, ialah menghunjamkan pesawat itu ke arah Eiffel Tower, di tengah-tengah Paris. Ketika menyoalsiasat penumpang yang dibebaskan di Algeria itu, terdedah kisah betapa perampas GIA itu membawa bahan letupan bersama mereka dan telah meminta dan menerima sebuah jam tangan daripada seorang penumpang, dan beliau telah membincangkan kisah mahu mati syahid.

Akhirnya, satu serangan yang serupa yang tidak memerlukan bahanletupan ataupun benda yang ada kena mengenai dengan pembikinan bahan letupan, seperti tabung gas ataupun kimia tertentu, tidakpun memberikan sebarang amaran akan berlakunya serangan itu.

Kecuali kisah yang membabitkan Air France itu, kumpulan pengganas di Timur Tengah dan Asia telah berhati-hati daripada mengenakan bahaya kepada orang awam kerana mahu mengelakkan serang balas kerajaan yang menyeluruh.

Biji-benih tragedi

Konsep merampas pesawat dan menggunakan pesawat penumpang sebagai bahan rela-mati boleh dikesan bermula di TimurTengah. Ide ini telah menyubur dalam dua fasa. Pertama, pengganas mulakan usaha memabangunkan keuapayaan pasukan udaranya. Pejuang pembebasan di Timur Tengah telah mendapatkan pesawat ringan untuk digembleng di angkasa raya sebagai kenderaan untuk memasuki Lubnan daripada Israel. Mereka telah melatih, mengajar dan menguji pelbagai jenis pengangkutan udara bermula daripada belon kajicuaca (weather balloons), kepada pesawat ringan (microlights) dan pesawat yang boleh dipandu secara kawalan jauh - pengendalian elektronik (drones) ...

Beberapa kumpulan pejuang Palestin yang berpengkalan di Lubnan, telah merancang, bersiap-sedia dan melancarkan beberapa kenderaan udara untuk memasuki ruang udara Israel sepanjang 1980-an. Kerana kewaspadaan Israel dan juga ketidak-utuhan kenderaan udara yang digunakan, operasi menceroboh ruang udara Israel itu terbantut begitu saja. Tetapi, pada keseluruhan 1990-an, teknologi pesawat ringan dan kualiti latihan yang dijalani oleh juruterbang puak itu sudah beransur maju.

Kecanggihan yang membesar telah dihantui oleh sekatan keselamatan yang dipertingkatkan. Kumpulan pejuang ini yang ditaja oleh beberapa kerajaan mereka terus menguji generasi baru pesawat udara itu. Perisik Israel telah melaporkan betapa Front Pembebasan Palestin (PLO) telah memperolehi 100 pesawat ringan dan peluncur udara (gliders) daripada Eropah atas tajaan Libya. Pesawat ringan itu boleh membawa dua orang dengan 180 kg bahan letupan. Juruterbang yang dilatih oleh Libya di Lubnan dijangkakan mampu menerbangkan bahan letupan itu untukmenghunjamkannya kepada sasaran mereka di Israel.

Keupayaan para pelatih itu semakin meningkat dengan adanya latihan, dan kecanggihan teknologiyang semakin baik. Namun, mereka dihantui kawalan keselamatan Israel yang semakin diperketatkan dan faktor kurang dinamik pesawat untuk memberikan kestabilan bila terbang di ruang angkasa. Setelah menyedari betapa taktik itu tidak bebaloi dengan kosnya, kumpulan Hezbollah (Lubnan) dan Palestin melepaskan konsep itu. Contohnya ialah pembelian sebuah pesawat latihan tentera daripada AS(T-39) yang dibeli oleh jaringan Al-Qaeda, kepunyaan Osama Laden. Setelah pesawat itu diubahsuai menjadi pesawat penumpang, juruterbang peribadi Osama Laden, Essam al-Ridi telah menerbangkannya daripada Kanada ke Eropah menuju Sudan. Al-Ridi merupakan pelatih penerbangan di Ed Boardman School of Aviation di Texas, adalah juga seorang pegawai perolehan Al-Qaeda. Al-Ridi telah menjahanamkan pesawat itu di Khartoum International Airport kurang satu tahun selepas pembelian pesawat itu (ada laporan pesawat itu telah disabotaj oleh CIA - penterjemah).

Pada waktu ini, terdapat 12 kumpulan pejuang di Timur Tengah dan Asean yang mampu melancarkan operasi rela-mati. Namun, apabila diambil kira sasaran pilihan mereka dan ?modus operandi? serangan, hanya kumpulan yang betul-bertul berpengalaman seperti Al-Qaeda yang mampu merancangnya. Begitu juga dengan persediaan, kordinasi pelancarannya yang bergitu tepat sasarannya dan ganas serangannya pada 11 September, 2001.

Ketika menyerang dua kedutaan AS di Afrika Timur pada 1998, Al-Qaeda telah menunjukkan kepintaan dan keupayaannya untuk menyerang secara impak yang tinggi dan berjaya menyusun-atur serangan relamati pada dua serangan pada sesuatu masa yang sama di dua buah negara. Begitu juga ketika melancarkan sebuah bot yang sarat dengan bahan letupan untuk menghenyak USS Cole pada 1998, Al-Qaeda telah menunjukkan kepintaran yang dikuasainya di darat untuk melancarkan serangan di perairan. Dengan pelancaran empat serangan pesawat udara, Al-Qaeda telah menjadi kumpulan pertama yang melancarkan serangan darat, laut dan serangan rela-mati daripada udara.

Kegagalan pasukan keselamatan negara AS untuk menyusup masuk pertubuhan induk Al-Qaeda di Afghanistan dan segala pertubuhan sokongannya, sel latihan dan operasinya di AS menunjukkan adanya kepincangan dalam dasar keselamatan negara AS.

Oleh kerana kepintaran manusia - berbanding kepintaran teknikal - merupakan senjata yang paling berkesan terhadap keganasan, AS terpaksa menyusun-atur dan memperbaiki keutamaan perisikannya pada masa hadapan yang terdekat.

Dari bergantung-harap kepada pasukan sekutunya dalam mendapatkan maklumat perisikan asing mengenai kegiatan kumpulan pejuang dan pengganas, agensi AS tidak ada pilihan lain daripada menyediakan agen sendirian untuk bergerak di dalam kumpulan asing yang mengancam kepentingan AS. Seperti ditunjukkan oleh Israel, Peranchis dan beberapa agensi lain, perisikan manusia adalah satu senjata yang amat berkesan untuk memerangi keganasan.

Menghadapi cabaran bahaya

Gelompang kontemporari kegaganasan (gelombang pembebasan) bermula pada 22 Mei 1968 apabila PFLP merampas pesawat El-Al yang terbang daripada Roma ke Tel Aviv dan telah menghancurkannya berserta semua penumpang. Tiga puluh tiga tahun kemudiannya, dengan munculnya serangan rela-mati, ancaman keganasan sudah menjadi lebih berbisa.

Operasi rela-mati adalah sukar untuk dihalang apabila pihak yang melancarnya memulakan operasi itu. Hanya ada satu cara untuk menyekat serangan rela-mati ini dan ini mesti berlaku di tahap persediaan dan pengolahannya. Kumpulan pejuang rela-mati menghabiskan masa yang panjang untuk mendapatkan rekrut, memukau mereka, melatih dan melancarkan tinjauan, melatih-tubi (dengan menggunakan latihan olok-olok untuk amalan merasakan kelajuan, kerahsiaan dan kejutan), sambil menyusun atur logistik (rumah penginapan yang selamat, kenderaan dan pengangkutan serta penyediaan dokumen palsu), dan hubungan komunikasi antara pertubuhan induk dan sel operasinya.

Kejayaan sesuatu serangan rela-mati bergantung kepada pelaburan dalam dua fasa awalan ini, peluang terbaik untuk setiap kerajaan menyekat operasi rela-mati ini ialah dengan mengesan serta menumpulkan bahaya sebelum terlancarnya serangan itu.

Bahaya serangan udara oleh kumpulan pejuang relamati sudahpun berkembang di Timur tengah dan Asia sejak dua dekad yang lalu. Sehinggalah terjadinya serangan di AS, para pejuang Timur Tengah dan Asia telah menumpukan serangan terhadap pesawat penumpang dan mendapat serta menggunakan satu-dua pesawat ringan untuk latihan, raptai, memasang letupan dan menyerang sasaran.

Penggunaan pesar penumpang dalam peranan rela-mati ini menunjukkan pengingkatan ugutan itu yang bertujuan menyebabkan kemusnahan besar-besaran. Apabila gerbang ini sudah ditusuk, adalah besar kemungkinannya beberapa kumpulan lain akan turut mencuba operasi yang serupa secara terdekat dan di hari muka.

Tindakbalas AS - dan negara sekutunya - akan menentukan masa depan kemungkinan kumpulan pejuang lain yang melancarkan serangan sebesar yang baru kita alami.

Tamat:




a) Diubah-suai perkataan 'kumpulan pengganas' kepada 'kumpulan pejuang' di mana difikirkan ia sepatutnya disebut begitu - penterjemah.

b) Perkataan berani mati diubah kini kepada 'rela-mati' ataupun 'relamati' atas nasihat Pak MT. Terimakasih Pak MT...!

29 September, 2001.

Asal: KM2 6023


KM2 Main Index