Laman Webantu (M)   KM2: 6022 File Size: 5.6 Kb

| KM2 Index |


TAG SP 307: IUK: Negara Beraja Yang Menjadi Sarang Kepada Pembunuh Nekad
By Robert Fisk

2/10/2001 7:27 am Tue

Independent UK

Negara Beraja Yang Menjadi Sarang Kepada Pembunuh Nekad

(Divided kingdom that became a cradle for determined killers)

Oleh: Robert Fisk

Segala ketumbukan perang sedang menuju bumi dan perairan yang rapat dengan Afghanistan. Tetapi, pada hari yang mendatang, perhatian para diplomat dan Agen perisikan mungkin tertumpu kepada satu negara sahabat di mana rakyatnya - sekitar 12 orang semuanya - adalah antara 19 orang perampas pesawat yang telah mengorbankan 7,000 nyawa - Arab Saudi.

Arab Saudi tidak mengeluarkan visa kepada para wartawan untuk memasuki negaranya - dan kenapakah perlunya mereka mengeluarkan visa itu ketika banyak tandatanya akan mendedahkan sebuah kerajaan beraja yang begitu begolak neracanya antara pelampau beragama dan satu keluarga diraja yang telah mengizinkan askar Amerika Syarikat untuk berkubu di bumi negara itu sejak 11 tahun yang lalu? Sekurang-kurangnya enam orang perampas pesawat terbang dahulu datangnya daripada Arab Saudi, kebanyakannya daripda keluarga kelas menengah. Antara mereka adalah pengikut Safar Hawali, seorang ulama yang diikhtiraf degil dan telah berulang-kali menuntut - seperti Osama Laden - agar angkatan tentera Amerika Syarikat berundur daripada rantau Teluk.

Ketegangan dalaman di Arab Saudi sudah semakin ketara apabila kisah tragis itu mula diulang-ulang. Kalaulah kerajaan Taliban di Afghanistan - yang dilahirkan dengan belanja berjuta-juta dolar oleh Arab Saudi hasil tajaan ketua polis risikan Saudi yang kini sudahpun lucutkan jawatannya, Putra Turki bin Faizal al-Saud - boleh menyembunyikan Osama bin Laden, apakah tahap risikan Saudi itu begitu rendah sekali sehingga tidak menyedari enam orang warganya sedang merancang untuk menyerang Amerika Syarikat? Di sebalik tabir, kebanyakan orang Saudi memang sudah mengaku betapa wujudnya ketegangan - yang belum menonjol secara terbuka lagi - antara ulama Saudi yang berwibawa dengan keluarga istana.

'Perkara ini memang sudah merupakan satu masalah dan kami sedar betapa sensitifnya perkara itu kini,' kata seorang kawan lama saya seorang Saudi, semalam. 'Hawali ialah seorang fanatik dan saya pernah bertelagah dengannya, sekali. Dia tidak tahu bertolak ansur. Pendiriannya terlalu teguh. Tetapi, setiap negara mempunyai ulama fanatiknya dan orang gilanya. Anda melihatnya di Lubnan. Mereka wujud di Chechnya dan Pakistan.' Tidak ada negara yang mampu menonjolkan enam - mungkin juga 12 - pejuang rela-mati di kalangan warganya, yang mampu membunuh begitu ramai manusia di Amerika pada bulan ini.

Hamza Alghamadi datang daripada Baljurchi, di wilayah Baha di Saudi, sama pekannya dengan Ahmad Alghamdi dan Ahmed Alhaznawi - kedua-duanya adalah perampas pesawat juga. Akhbar Saudi, Al-Watan, telah melaporkan minggu ini betapa seorang yang bernama Hamza Saleh Alghamdi telah meninggalkan rumahnya untuk pergi ke Chechnya dan kemudiannya menelefon ibu bapanya untuk meminta pengampunan mereka dan mendoakan kesejahteraannya. Bapanya bertegas bahawa gambar Alghamdi yang disiarkan oleh FBI bukan gambar anak lelakinya.

Apakah ini satu lagi kisah pasport yang dicuri untuk menyediakan satu identiti palsu untuk para perampas pesawat terbang? Hani Hanjour yang menjunamkan pesawat ke arah Pentagon, berasal daripada kawasan bukit peranginan Saudi di Ta'if. Seperti keluarga Lubnan Ziad Jarrahi, yang dikatakan memandu pesawat yang meletup di Pennsylvania setelah dikerjakan oleh para penumpang, ibu bapa Hanjour bertegas mengatakan beliau mungkin merupakan seorang penumpang biasa dalam pesawat itu.

Dua beradik Wail dan Waleed M Alshehri berasal daripada Khamis Mushayt berdekatan Abha, bandar di mana Safar Hawali mengajar. Ahmad Alnami adalah daripada wilayah Asir - Abha ialah ibukota wilayah itu dan beliau dikatakan kerap mengimamkan sembahyang di masjid itu.

Jelas segala bukti ini menunjukkan Arab Saudi sebagai sarang pembunuh yang nekad. Namun tidak ada sebarang perdebatan dalam negara itu untuk membincangkan bagaimana - dan kenapa - beberapa anak muda, semuanya dalam usia dua puluhan, sanggup mengaggotai satu pasukan rela-mati. Untuk mengemukakan soalan ini akan mendedahkan jurang yang wujud dalam masyarakat Saudi, dan membuktikan betapa besarnya pengaruh golongan ulama, satu kumpulan pemimpin agama yang didakwa oleh Osama Laden menyokong perjuangannya. Pertelingkahan terbaru antara golongan ulama dengan kerajaan Saudi, adalah mengenai insuran - yang mengikut pemimpin agama itu tidak berunsur keIslaman. Daripada menentang kumpulan elit golongan ulama itu, kerajaan telah membenarkan polisi insuran dikeluarkan oleh syarikat 'persisiran' melalui wakil perniagaan mereka yang menetap di negara sendiri.

Kerana curiga AS akan mengetahui wujudnya jurang pertelagahan dalam masyarakat Saudi, kerajaan Saudi telah menegah usaha Amerika untuk menyoal-siasat lelaki yang ditangkap kerana disyaki melakukan pengeboman. Putera Turki Al-Faisal tidakpun membuat sebarang komen mengenai penyingkirannya bulan lalu. Seperti biasa, kerajaan Saudi mahu meneruskan kawalan ketat terhadap para pembangkangnya - jika tidak dunia akan mengetahui betapa Afghanistan hanya mematangkan apa yang dikeluarkan oleh Saudi.

Tamat.

Terjemahan: SPAR.

Asal: http://www.independent.co.uk/story.jsp?story=96305 atau KM2 6021


KM2 Main Index