Laman Webantu (M)   KM2: 6020 File Size: 2.6 Kb

| KM2 Index |


TAG SP 306: Anova: Osama Nafi Terlibat Serangan di Amerika ...
By Ananova

30/9/2001 11:23 pm Sun

Ananova

Osama Nafi Terlibat Serangan di Amerika ...

(Bin Laden denies terror attacks and points finger at Jews)

Osama Laden telah menafikan dia terlibat menyerang Amerika dengan ganasnya dan telah menuding jari ke arah Yahudi yang dikatanya melakukan keganasan itu.

Dia berpendapat, masyarakat Yahudi Florida tidak memaafkan Presiden Bush kerana muslihat politik memenangi pilihanraya presiden, demikian yang diterbitkan oleh sebuah akhbar berbahasa Urdu.

Wawacara itu telah diterbitkan oleh harian Ummat, yang dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan kumpulan Islam di Afghanistan.

Soalan bertuils telah dikirimkan oleh akhbar itu melalui pegawai Taliban dan mereka telah menerima jawapan bertulis.

Akhbar itu merakamkan jawapan Osama Laden: "Saya ataupun pertubuhan saya Al-Qaida tidak terbabit dalam serangan itu dan AS telahpun mengesan penyerang itu dalam Amerika sendiri."

"Penyerang itu boleh merupakan sesiapa sahaja, mereka yang merupakan sebahagian sistem Amerika yang memberontak terhadapnya, ataupun kumpulan tertentu yang mahu menjadikan abad ini satu abad konfrontasi antara Islam dan Kristian," kata beliau.

Merujuk kepada barang bukti yang diperolehi oleh perisik Amerika, Osama Laden berkata: "Tanyakan soalan itu kepada agensi perisikan yang dibayar berbilion dolar setiap tahun."

Ummat merakamkan jawapan Laden sebagai: "kita menyanggah sistem Amerika dan bukannya rakyat Amerika. Islam tidak mengizinkan pembunuhan orang yang tidak berdosa, lelaki, perempuan, dan kanak-kanak walaupun ketika berperang."

Osama Laden berkata usaha membekukan aset dan akaun di merata dunia tidak akan menjejaskan pergerakan Al-Qaida kerana 'kami ada cara lain untuk berurusan'.

Mengikut akhbar itu, Osama Laden menyebut bahawa Al-Qaida mempunyai tiga sistem alternatif dalam perakaunannya, yang dapat bergerak bebas antara satu dengan lain dan diuruskan oleh mereka yang 'cintakan jihad' katanya.

Tamat

Banyak lagi kisah Taliban dan Osama Laden pada laman web 'ANANOVA' ini.

Terjemahkan: SPAR




Asal:

http://www.ananova.com/news/story/sm_410936.html? menu=news.usterrorattacks.lateststories

atau

KM2 6019


KM2 Main Index