Laman Webantu (M)   KM2: 6007 File Size: 6.4 Kb

| KM2 Index |


TAG SP 299: IUK: Osama Laden Tak Kisah Kalau Panggil Dia Seorang Pengarah
By Robert Fisk

30/9/2001 9:48 am Sun

Independent
25 September, 2001.

Osama Laden Tak Kisah Kalau Panggil Dia Seorang Pengarah

(It suits Bin Laden if we call him the head of World Terror Inc.)

Oleh: Robert Fisk

Sudah ada persyarikatan antara manusia yang bersekongkolan mahu merobah sinario Timur Tengah. Mereka telah melanggari peraturan setiap agensi perisikan, sehingga menipu CIA dan Mossad, dan menjadi igauan setiap pegawai keselamatan dan setiap sub-editor. Mereka berbohong mengenai kuasa yang ada pada diri mereka seperti mana para perisik berbohong mengenai mereka. Osama bin Laden tidak berkecuali dlam perkara ini. Dia mengaku pernah mengenali dua orang daripada tiga orang lelaki yang dihukum pancung oleh Arab Saudi kerana mengebom pangkalan tentera Amerika di Al-Khobar. Namun dia bertegas mereka tidak bertugas dengannya. Dia mengaku orangnya berjuang menentang askar Amerika di Somalia, tetapi berkata mereka berbuat begitu bukannya kerana dirinya.

Apakah mereka yang ingin menjadikan Osama Laden berperanan sebagai pengarah 'World Terror Inc' akan memberikannya satu kekuatan luarbiasa - berpadan dengan minatnya. Inilah dia orangnya yang berada di puncak pergunungan Afghan empat tahun dulu, yang telah merangkul pengarauh akhbar Arab kerana peristiwa yang dicetuskannya, walaupun dia sendiri ada yang tidak tahu, sehinggakan terkejut dan tersipu-sipu enam bulan kemudiannya, walaupun orang Amerika mendakwa dia adalah ketua perancang 'keganasan sejagat'. Dia memerlukan jolokan itu walaupun dia tidak layak dengan sanjungan begitu.

Oleh kerana manusia persis Osama Laden dan segala agensi perisikan dunia, hidup saling dendam-berdendam. Ketua 'Jihad Islam' pernah memberitahu saya betapa William Buckley, ketua CIA di Beirtu yang telah mati kerana disiksa selepas diculik - telah menyediakan satu senarai nama orang Islam yang perlu dihapuskan oleh pemerintah Lebanon. Penculik yang sama kini disebut namanya oleh perisik Israel sebagai orang perhubungan Osama Laden. Kedua tuntutan itu memang tidak ada kebenarannya. Tetapi ia menepati kepentingan mereka yang mempercayainya.

Pada hari isnin, bekas ketua 'Canada Security Intelligence Service' telah menceritakan betapa negaranya 'dipenuhi oleh pengganas' - seramai 350 daripada 50 kumpulan yang berasingan, katanya. Ini memang menakjubkan. Walaupun kemungkinan seorang pemasang bom Algeria berjaya sampai ke sempadan AS - dan berkemungkinan merupakan orang suruhan Osama Laden - adalah sukar menyebut banyak nama kumpulan itu di Timur Tengah, apalagi 50 orang di Kanada, sahaja.

'Seandainya AS pupus esok hari,' kata seorang bekas perisik David Harris, 'kami di Kanada memang dihantui kumpulan maniak yang berani mati.' Kesian Kanada. Orang Israel pun tidak perlu pergi begitu jauh menunjukkan kegilaan mereka.

Yang terserlah, orang Arab yang memerangi Russia di Afghanistan, sama ada di bawah arahan Osama bin Laden ataupun pemimpin gerila yang pro-Amerika, telah memainkan peranan utama memanjangkan peperangan memerangi Barat taupun regim yang pro-barat di Timur Tengah. Sebagai contoh, tidak ada sebarang bukti hubungan Osama Laden dengan kumpulan Islamiyah Algeria yang telah bersekongkolan dengan pasukan angkatan tentera negara itu untuk menghapuskan sekitar 120,000 nyawa di Algeria. Namun, kedutaan Pakistan di Algeria mempunyai satu senarai mengandungi ribuan nama warga Algeria yang mendapatkan visa untuk memasuki Afghanistan pada 1980-an untuk pergi ke Peshawar dalam perjalanan ke Afghanistan.

Pegawai keselamatan Mesir, yang menyiasat pelancung asing yang terkorban di Luxor membuat andaian betapa Osama Laden, walaupun namanya telah diketahui oleh para pembunuh secara rambang sahaja, tidak pun terlibat. Tetapi, setiap agensi keselamatan, kini menyenaraikan pembunuhan kejam di Luxor itu sebagai hasil kerja Osama Laden. Osama laden amat membenci Saddam Hussein sambil menuduh beliau adalah seorang diktator ciptaan Barat - dan ini bukannya satu panggilan yang tidak tepat - walaupun dia kini sudah dituduh bersekongkolan dengan insan yang diberi gelaran 'Haiwan Baghdad'.

Osama Laden tidak punyai masa untuk Kolonel Gadaffi daripada Libya. Namun dia dituduh bersekongkolan dengan perisik Libya. Kumpulan Abu Sayaf di Indonesia (Manila? - penterjemah) adalah ciptaan Gadaffi - dianggotai oleh pejuang yang pernah berpengalaman di Afghanistan. Tetapi, Osama Laden sudah tentu tidak berkemungkinan mempunyai sebarang hubungan dengan insan yang pernah disebut dengan panggilan 'flakey' (makanan anjing). Ada berita yang diulang-ulang menyebut betapa orang Arab yang dituduh mengebom dan membunuh itu semuanya pernah berkhidmat di bawah telunjuk Osama laden. Sedangkan ribuan pendatang asing yang berjuang di Afghanistan memerangi Russia dulu melakukannya setelah digalakkan oleh CIA dan bukannya Osama bin Laden.

Ini tidak membersihkan nama warga Saudi itu. Pembabitannya dengan pembunuhan di kedutaan Amerika di Nairobi dan Dar es-Salam, memang kukuh buktinya. Hubungannya dengan pejuang berjihad di Pakistan adalah satu perkara kebanggannya. 'Pakatan Jarman' yang membabitkan beberapa pejuang yang bersekolah sama (satu maktab pengajian) di Jarman dulu dan merampas pesawat Amerika pada September 11 itu - semakin menonjol setiap hari.

Demikian juga dengan negara kelahirannya Arab Saudi. Satu sebab kenapa kerajaan Saudi enggan membenarkan FBI menyoal-siasat semula orang yang dituduh mengebom pangkalan udara Amerika di al-Khobar ialah kerana meahu mengelakkan terdedahnya kisah betapa Osama Laden telah mampu mempengaruhi masyarakat Saudi, termasuk warga istana.

Dengan itu, adalah baiknya kalau didengar segala bahan bukti di mahkamah apabila Osama Laden di bawa ke hadapan pengadilan. Lainlah, kalau Amerika tidak berniat memberi peluang dia diadili - dalam hal ini, segala 'bahan bukti' terpaksa dilakonkan dulu sebelum menghukumnya.

Tamat

Terjemahan: SPAR




Asal:

http://www.independent.co.uk/story.jsp?story=95878 atau KM2 5514 It suits Bin Laden if we call him the head of World Terror Inc


KM2 Main Index