Laman Webantu (M)   KM2: 5509 File Size: 2.5 Kb

| KM2 Index |


TAG SP 295: NYT - Studio Filem Mungkin Menjadi Sasaran Pengganas
By Seth Schiesel

29/9/2001 3:20 am Sat

New York Times
September 21, 2001.


Studio Filem Mungkin Menjadi Sasaran Pengganas

(Movie Studios Possible Target of Terrorists)

Oleh: Seth Schiesel

FBI telah memberitahu beberapa studio filem utama di Los Angeles semalam, bahawa salah satu studio mereka berkemungkinan menjadi bahan sasaran pengeboman pengganas seandainya Amerika Syarikat menyerang Afghanistan.

'Kini FBI telah memberikan nasihat mereka mengenai ugutan yang mungkin dihadapi oleh sutdio filem di Los Angeles,' demikian kenyataan biro siasatan itu. 'Ugutan yang tidak dapat disahkan itu menyebut nama sebuah studio di California yang mungkin menjadi sasaran pengganas yang mahu menyerang sebagai tindak-balas sebarang tindakan Amerika Syarikat mengebom Afghanistan. Dengan sifat berhati-hati, FBI memberikan ingatan kepada ugutan ini.'

Tanpa mahu nama mereka disebut, beberapa pegawai penggambaran telah berkata bahawa Jack Valenti, timbalan presiden Motion Picture Association of America, telah mengumpulkan semua ketua studio utama di sebuah hotel di Los Angeles pagi semalam untuk betemu dengan pegawai FBI.

'Kami menerima baik maklumat ini secara serius dan keselamatan para petugas kami dan juga para tetamu adalah merupakan keutaman utama,' demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Universal Studios. 'Kerana itu, kami mengetatkan dan meningkatkan pengawasan keselamatan sambil bekerjasama degnan FBI dan penguatkuasan ketenteraman tempatan.'

Seorang jurubicara Universal berkata terdapat antara 5,000 hingga 7,000 pekerja yang bertugas di syarikat itu pada satu-satu masa.

Seorang jurucakap Warner Brothers berkata, 'Dalam suasana ini, kami memandang amaran FBI itu sebagai sesuatu yang serius dan mengambil tindakan yang sesuai untuk menjamin keselamatan pekerja kami.'

Beliau tidak mahu memberi penjelasan lanjut mengenai tindakan itu tetapi berkata bahawa antara 3,000 hingga 5,000 pekerja yang selalu bertugas di kawasan Warner Brothers.

Seorang ekskutif yang rapat dengan 20th Century Fox dan tidak mahu dirinya diperkenalkan telah berkata bahawa studio itu mungkin mengawal kemasukan pendatang, meningkatkan jumlah pegawai keselamatan dan membina penghalang di pintu masuk. Sekitar 3,500 orang bertugas di Fox Studio.

Tamat.

Terjemahan: SPAR


KM2 Main Index