Laman Webantu (M)   KM2: 5488 File Size: 9.0 Kb

| KM2 Index |


TAG SP 291: Anjing Yang Menyalak Jarang Menggigit
By Mark Tuner

28/9/2001 7:44 am Fri

M@rhaen

Pulau Pinang
18 September, 2001


Anjing Yang Menyalak Jarang Menggigit

(A Barking Dog Seldom Bites)

Oleh: Mark Tuner

Keganasan atau atas apa nama sekalipun, tetap merupakan satu jenayah. Lantas hati kita turut bersedih dengan keluarga mereka yang terkorban di WTC, New York dan Pentagon, Washington DC.

Keluli serta konkrit yang tertimbun di dua tapak serangan belum lagi diubah dan nasib mereka yang terperangkap di bawah timbunan batu-batan itu belum dapat dipastikan lagi; Presiden Amerika Syarikat sudahpun mengisytharkan perang terhadap sebahagian daripada dunia ini, terutamanya Osama Bin Laden.

Kenapa Tergesa-gesa?

George Bush telah mengisytiharkan perang dengan bersandarkan kepada bahan bukti yang belum pasti yang mengarahkan kerajaan Amerika kepada Osama bin Ladin. Dalam masa yang sama orang yang tertuduh telah menafikan penglibatannya.

Amerika telah mementaskan seluruh kejadian itu melalui rangkaian propaganda yang hebat, terutamanya CNN, Pengawasan Sains Kristian dan juga badan berita sedunia yang dikatakan bebas.

Pemimpin Asia seperti Presiden Musharraf dengan membabi-buta telah bersetuju mematuhi tekanan yang dikenakan ke atas mereka bagi menjayakan rancangan Bush iaitu 'Doktrin Peperangan Dunia Ketiga' dengan mengorbankan keamanan dunia dan integriti Islam itu sendiri. Tidak lama lagi, kita menjangkakan usaha yang sama akan menular ke Indonesia, sebuah negara Islam terbesar di dunia.

Malaysia, dengan populasi orang Islam sebanyak 65% sedang memainkan peranan untuk menghenyak Islam berikutan sikap Mahathir Mohamad yang beriya-iya merayu undangan ke Rumah Putih, dan dalam pergelutannya untuk terus merangkul kuasa yang semakin menghilang.

Di Amerika 50,000 anggota simpanan telah dikerah 'berkhidmat kepada negara yang hebat ini', sementara para komando, tentera laut dan angkatan pakar SEAL sedang merancang untuk ditempatkan di Pakistan dalam sedikit masa ini. Para proksi Musharraf masih lagi berada di Kandahar, dengan kata-dua bahawa Osama mesti diserahkan dalam masa tiga hari. Sedang mereka masih lagi berada di kota itu, Pemimpin Taliban telah mengumumkan keengganan mereka untuk mematuhi permintaan itu dan menyatakan kesediaan untuk berperang. Di bumi Pakistan sendiri, rakyatnya telah mula berdemonstrasi menyanggahi keputusan Musharraf dan memulakan langkah mogok ke seluruh negara pada 21 September ini.

Sindrom Koboi:

George Bush Junior telah mula membayar harga yang tinggi untuk cuba menjadi Koboi Unggulan, dengan melantik 'Marshals' seluruh dunia dalam persediaannya mewujudkan jalan selamat bagi kemasukan angkatan Amerika itu. Dia meniru carakerja bapanya yang talah menjadi Koboi Unggulan terhebat Amerika. Collin Powell, seorang Ketua Turus tentera yang terpaksa ketika itu, belum pun berhasil mempersembahkan kepala Sadam Hussein kepada bapa Presiden sekarang, kini bos barunya pula berkehendak kepala Osama bin Ladin di atas dulang.

Kesemua lakonan-sandiwara ini bertujuan memacu semula ekonomi Amerika yang menjunam, dunia telah mengetahui bahawa Amerika akan menghadapi masalah setiapkali berlakunya pertukaran Presiden dari satu parti ke parti yang lain.

Amerika perlu memulihkan dirinya dari kejutan yang amat memalukan apabila dihunjam dalam negara nya sendiri. Ini adalah loceng 'amaran' kepada semua rakyat Amerika bahawa biar apapun yang mereka sedang alami itu, adalah kejadian biasa di Timur tengah dan banyak lagi tempat-tempat lain di seluruh dunia di mana kejahatan tektik membuli Amerika telah direkodkan. Amerika patut melihat diri mereka di dalam cermin dahulu dan cuba bayangkan nasib rakyat Iraq, Palestin, Sudan, Libya, Somalia, Ethiopia, Afghanistan, Indonesia, Nicaragua, Colombia, dan banyak lagi seperti di negara-negara Amerika Selatan yang telah menderita disebabkan oleh manipulasi Amerika dalam usahanya mempertahankan Keunggulan Globalnya.

Setelah lebih empat dekad Amerika berjaya mengelirukan dunia Arab sehinggakan mereka sering bertelagah di antara satu sama lain. Oleh itu, lapangan telaga minyak Arab membangkitkan selera Amerika. Begitu juga, industri-industri yang mempunyai tahap pencemaran yang tinggi ditempatkan di negara-negara Islam yang miskin bagi membolehkan negara Barat menggunakan produk-produk pada harga yang sangat rendah.

Para pemimpin Arab yang telah dicap sebagai 'pemimpin jahat' dibiarkan menderita dan akaun kewangan mereka di dalam sistem perbankan Barat telah dibekukan - untuk dipergunakan sebagai wang percuma yang bakal bercambah bagi mengkayakan rakyat Amerika, dan untuk membiayai lanjutan polisi Israel di bumi Palestin.

Pada masa yang sama, perang industri Amerika telah mengorak langkah bagi memperlengkapkan setiap negara Arab yang telah diperbodohkan untuk menambah lagi mesin perang mereka dengan peralatan yang terkini sehingga menyebabkan mereka mempunyai lebih banyak kapal terbang dari juruterbang dan jurutera, membolehkan pula kemasukan juruterbang dan juruteknik yang mencari keuntungan semata-mata.

Kedudukan Kewangan Selepas Kejadian:

Adalah sesuatu yang ironik apabila pentadbiran Bush berjaya mendapatkan sebanyak USD 40 bilion lagi ke dalam pasaran saham sebagai perangsang kepada ekonomi yang merosot. Adakah sesiapa pernah terfikir tentang wang negara Arab dan negara-negara Islam yang telah dibekukan selama beberapa dekad pada akaun para pemimpin mereka yang telah dilabelkan sebagai mereka yang keras kepala? Dana yang dibekukan dari akaun kerajaan Iran sewaktu pemerintahan Shah Pahlawi adalah hak rakyat Iran masakini. Begitu juga dengan akaun Libya, Iraq, Somalia, Sudan dan lain-lain yang dikatakan dibuka oleh Subandrio dari Indonesia, Marcos dari Filipina, Mengestu Maryam dari Ethiopia, Samuel Doe dari Liberia, Siesi Seiko dari Congo dan banyak lagi yang lain.

Kesemua dana ini adalah wang-mudah yang membiayai industri-industri Amerika terutamanya industri persenjataan.

Selama tiga dekad di dalam abad yang lalu, banyak kerajaan di Timur Jauh telah bertahan dengan cara Amerika sehinggakan negara-negara ini telah dialu-alukan sebagai harimau yang mengaum. Sedang harimau-harimau ini hendak mengaum, sistem kewangan mereka dibelenggu dengan cara yang sungguh sistematik, menggunakan 'simpanan' yang enggan dibenarkan beku oleh Arab dan orang-orang Islam yang berada di dalam sistem perbankan Barat.

Menyerang Arab, Afghanistan atau Islam?

Rakyat Amerika perlu sedar bahawa 'menyerang Arab dan Afghanistan' adalah sama seperti mengisytiharkan perang terhadap Islam. Bush Jr. merasakan yang dunia Islam akan mudah diperbodohkan sebagaimana beliau memperbodohkan Musharraf dari Pakistan, Mahathir dari Malaysia atau kebanyakan saudagar-saudagar Sheikh minyak dari negara-negara Teluk. Koleksi 'wanita' terbarunya kini berada di Washington untuk memastikan negaranya, Indonesia, mengikuti rentak tari Rumah Putih.

Osama Laden mungkin tidak bersalah terhadap tuduhan terbaru yang dilemparkan kepadanya. Terdapat banyak laporan bahawa sebahagian masyarakat Amerika dan Eropah telah menyedari akan serangan yang ditujukan kepada New York dan Washington, walaupun mereka tidak pernah mempercayai amaran tersebut. Mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa serangan asing boleh membolosi Amerika. Fikiran mereka telah disekat semenjak zaman kanak-kanak lagi bahawa Amerika merupakan satu-satunya kuasa paling hebat yang menguasai dunia dengan berselindung sebagai polis sejagat.

Generasi muda Amerika masakini yang sedang bersedia untuk menganggotai unit simpanan perkhidmatan wajib negara perlu diberikan kesedaran bahawa Perang Dunia Ketiga yang dilaungkan oleh George Bush Jr. adalah perang untuk memuaskan industri jentera perang di satu pihak, manakala pertubuhan Zionis dan Freemason pula di satu pihak yang lain. Mereka mungkin berfikir bahawa Afghanistan umpama medan perang di dalam permainan komputer. Mereka mesti ingat, peralatan pengawasan yang terbaik mungkin tidak dapat memastikan keselamatan kedudukan Amerika di seluruh dunia.

George Bush Jr. berjaya menjejaki Rumah Putih kerana tiada persaingan. Beliau gagal untuk meraih populariti melalui peti undi dan cuba untuk menutupi kekalahannya itu melalui seruan untuk berperang. Dunia Islam telah biasa dengan pepatah Barat bahawa 'anjing yang menyalak itu jarang menggigit'. Begitu juga Dunia Islam telah biasa dengan pepatah Timur yang mengatakan : 'Apabila seekor harimau berundur ke belakang, ia bersedia untuk menerkam'!

Terjemahan: SPAR-20




Asal: KM2 5478 A Barking Dog Seldom Bites


KM2 Main Index