Laman Webantu (M)   KM2: 5480 File Size: 7.5 Kb

| KM2 Index |


TAG SP 290: Kumpulan Elit Mungkin Hadapi Masalah
By Ed Timms

28/9/2001 7:23 am Fri

The Dallas Morning News

Kumpulan Elit Mungkin Hadapi Masalah

(Elite units may face a difficult task)

0leh: Ed Timms

Dia adalah seorang musuh yang licik dan licin.

Osama bin Laden tidakpun mempunyai askar yang berbaris. Dia jarang menetap lama-lama di sesuatu tempat. Usaha menjejakinya kerap mengecewakan dan menakjubkan pakar risikan Amerika.

Usaha menggunakan angkatan tentera konvensional untuk menyauknya keluar daripada Afghanistan, yang merupakan negara bergunung-ganang dengan sejarah menumpaskan penjarah asing dengan gemilang, akan merupakan satu usaha yang bukan kepalang. Dari 1970-an hingga akhir 1980-an Afghanistan merupakan 'kubur ala-Vietnam' bagi Soviet Union. Great Britain pun bukan hebat sangat di situ ketika menjajahnya.

Kalau hakikat ini diambil-kira, tindakan AS yang menyeluruhi serangan udara dan serangan peluru berpandu, tentu sekali pasukan khas Special Operations Forces akan merupakan pasukan yang mula-mula dikerah menyelongkar bumi Afghanistan.

Pasukan elit tentera AS ini memang dilengkapi dengan latihan dan kelengkapan yang canggih untuk bergerak di belakang barisan musuh. Mereka terlatih untuk menyerang sasaran yang mencetuskan risiko tinggi dan melaksanakan kerja-kerja sauk-menyauk - untuk membawa lari sasarannya.

Kalaulah Osama Laden 'yang dijadikan sasaran utama dalam serangan ganas' menjadi sasaran serangan bom ataupun peluru berpandu, satu unit khas operasi mungkin mampu mengesan kedudukannya. Seandainya satu kekuatan tentera diperlukan untuk menyauk warga Saudi itu untuk dibawa ke pangkuan pengadilan, mereka mungkin dikerah dulu untuk mengatur tapak pendaratan dan kawasan pelancaran.

Pasukan operasi khas 'boleh melancarkan operasi secara bersendirian dalam situasi yang kecil, dan berahsia memberikan pilihan kepada pucuk pimpinan negara untuk memilih tindakan diplomatik yang dibantu oleh kuasa konvensional yang amat ketara'. Satu kenyataan Jabatan Pertahanan ada menyebut, 'Apabila berhadapan dengan cabaran keselamatan, SOF menawarkan banyak kepintaran untuk memerangi keganasan.'

Kolonel bersara Daniel Smith, daripada Pusat Maklumat Pertahanan di Washington, telah memberi amaran bahawa terdapat pelbagai masalah seandainya unit sedemikian digunakan untuk menangkap Osama Laden di Afghanistan, di mana dia dipercayai sedang diberikan perlindungan oleh kerajaan Taliban.

Bahaya

Beliau berkata, unit itu boleh ditempatkan di sebuah negara yang liar, jauh daripada kawasan yang dianggap mesra. Pasukan militia Taliban mungkin masih menggunakan senjata peluru berpandu jenis U.S Stinger yang pernah dibekalkan oleh Amerika kepada mereka ketika menentang Soviet Russia. Inilah yang membuatkan sasaran yang sentiasa bergerak seperti Osama Laden menjadi sukar untuk dijejak kedudukannya.

'Salah satu bahaya ialah di sebalik segala cakap besar untuk berperang itu dan kerakusan untuk menyerang dengan cepat, kita berkemungkinan melakukan tindakan yang terburu-buru,' katanya.

Yang menjadi kelam-kabut sekarang ialah spekulasi yang disebabkan oleh sikap berdolak-dalik pentadbiran Bush dan pemimpin tentera, yang sudah pasti tidak didedahkan sebelum sesuatu tindakan dilaksanakan. Namun, ketika kehangatan perang terhadap puak pengganas itu semakin membara, pakar ketenteraan berpendapat beberapa unit khas yang pelbagai kepakarannya mungkin berguna dan mungkin lebih berkesan daripada pembabitan ketenteraan konvensional secara besar-besaran.

Kumpulan tentera darat yang dikenali sebagai Delta Force ataupun pasukan 'Green Beret' boleh digemblengkan untuk tindakan terus dan kerja-kerja pengawasan.

Pasukan Green Beret (komando) boleh dikerahkan untuk menyusun dan melatih pasukan anti-Taliban di kalangan rakyat Afghan. Green Berets memang terlatih untuk mengajar orang lain untuk berperang, sambil mereka turut mempelajari bahasa dan budaya tempatan.

Itulah missi utama pasukan gerak khas, untuk melatih orang tempatan dalam peperangan tidak konvensional,' kata Don Fender, seorang bekas sarjan major dan veteran Vietnam yang telah berkhidmat dalam pasukan khas itu lebih tujuh tahun lamanya.

Membantu Musuh

Usaha menambahkan bilangan orang yang membenci Taliban dan Osama Laden mungkin menghasilkan sesuatu walaupun Osama mampu melarikan dirinya daripada tertangkap untuk satu waktu yang terdekat.

'Kita boleh menggasaknya,' kata Mr. Fender. 'Selagi dia turut dikejar, dia tidak akan mampu merancang sesuatu.'

Jika perlu, Battalion Army Rangers, yang mudah digerakkan di manapun di dunia ini, digembleng untuk menguasai satu lapangan terbang yang membolehkan pasukan yang lebih besar mendarat di Afghanistan. Mereka juga boleh dikerah untuk menyerang pasukan Osama Laden yang bersenjata.

Pihak tentera boleh mendapatkan kepakaran pasukan 'Night Stalkers' yang merupakan 160th Special Aviation Regiment. Dengan menggunakan helikopter yang berkelengkapan khas, pasukan Night Stalkers boleh mengangkut askar jauh ke kawasan pedalaman musuh untuk menyerang kawasan pertahanan mereka.

Pasukan khas tentera udara mempunyai keupayaan menyediakan pesawat khas untuk mengangkut pasukan tentera. Kelengkapan mereka termasuklah AC-130 Spectre gunship, yang mampu meledakkan satu kawasan besar dengan kelengkapan meriam berukuran 105mm howitzer, 40mm cannon dan sebuah 25mm Gatling gun.

Angkatan perang khas tentera laut yang mengandungi anggota tentera laut, darat dan udara (SEAL) merupakan komando penyerang dan perisik yang bergerak di perairan. Peranan mereka mungkin terhad kerana Afghanistan adalah sebuah negara yang tersepit antara dua negara lain. Tetapi, kalau orang kuat Osama Laden menetap di negara lain, makanya SEALs mempunyai peranan yang lebih besar. Unit ketenteraan yang lain dengan kepakaran tersendiri mempunyai peranan juga, termasuk pasukan udara yang boleh digugurkan di bahagian belakang barisan musuh. Ini termasuklah Unit peninjau dan penembak khas (snipers) dan pasukan pemantau jarak jauh tentera darat.

Persiapan yang banyak

Pakar ketenteraan berpendapat, sebelum unit operasi khas dilepaskan, ataupun sebarang tindakan dilaksanakan, beberapa isu perlu diselesaikan dulu.

'Pertama, kita perlu tentukan siapakah yang mencetuskan semua itu, kemudian kita perlu mencari keseluruhan jaringannya,' kata bekas Panglima Tentera John Foss, bekas komander 'Army's Training and Doctrine Command and the 18th Airborne Corps'. 'Ada satu pasukan yang dihantar di banyak tempat di beberapa negara yang lain.'

Mr. Foss berkata usaha menjauhkan Osama Laden daripada bidang politik dan kewangannya, dengan tujuan mengekang pergerakannya, mungkin dijadikan satu cadangan sebelum sebarang operasi khas dilaksanakan.

Perisikan yang Penting

Itupun, kata beliau, 'Anda memerlukan kebijaksanaan sebelum dapat memulakan sesuatu operasi yang membabitkan banyak orang di medan perang.' Musuh seperti Osama Laden dan Saddam Hussein memang ternyata sukar untuk dikesan.

Ketika peluru berpandu dilancarkan terhadap Afghanistan sebagai membalas pengeboman WTC pada 1993 dulu, Osama Laden tidakpun terjejas.

'Kami berjaya memusnahkan beberapa khemah sahaja.... dan saya tidakpun pasti apa lagi kesan lain daripada serangan kami itu,' kata Mr. Foss.

Tamat

Terjemahan: SPAR-20



KM2 Main Index